Favourite utk kari @ asam pedas. Paling tidak, kalau dah tak sempat sgt, masak asam darat bendi je. Ibu panggil asam derek. Among my boys, Didik the only one 'hantu' bendi mcm maknya juga.
Bendi @ Lady's Finger @ nama binomialnya Abelmoschus esculentus. Ist time belajar semai benih bendi. Dapat 2 pokok.
Benih bertunas jadi baby pokok bendi! |
Tak adalah membesar bgi johan. 2 pokok ini sebaya. Yg pendek tu bantut agaknya. Masa pindahkan dari polibag ke pasu, tak sengaja terputuskan satu akarnya. Sejak tu tak berani keluarkan anak pokok dari polibag. Dgn polibag2 letak dlm tanah @ dlm pasu :-)
Maka dia membesar agak lambat berbanding sepokok lagi tu. Selalu tanya Pa, kenapalah kurus melidi 2 ketul ni. Bunga tak nampak, buah lagilah tidak.
Kerap siram dgn air beras & air basuhan ikan @ seafood. Hampas kelapa sgl letak dlm pasunya. Lepas buh baja buah, baru nmpk tumbuh daun di spjg batang. Itupun pd pokok yg bantut. Pokok tinggi tu masih juga melidi batangnya togel.
Bbrp kali berbunga. Tapi hampa. Bunganya gugur. Kenapa ntah. Bila jadi buah, kecil2 pun gugur juga. Sedihnya...
Akhirnya, dpt juga lihat bunga bendi berkembang. Cantik bunganya! Simpan dlm FRAN sbb dia tak akan kekal lama.. kejap lagi dia jadi buah bendi pulak :-)
Bendi sulung. Dah krn dia seketul je yg membesar, maka saya decide to let it stay there. Buat benih nanti. Nak campur dlm kari pun alang-alang. Adik-beradiknya msh bertatih. Lately nampak buah bendi yg kecil tu dah ditebuk ulat. Haish... makanlah ulat... rezeki kamu. Yg lain jgn tebuk tau... Ummi nak masak!
Tak apalah. Ini fasa 1st timer & beginner. 2 pokok ni mcm eksperimen kami. Hopefully lepas ni boleh jadi pandai jaga pokok bendi variasi 5 segi ni.
Buah bendi ni che Wiki kata elok utk kuatkan daya memori & kecergasan otak. Kalau dulu, mak-mak selalu pesan, masa mengandung elok mkn bendi. Nanti mudah nak bersalin (insyaAllah). Mgkn disbbkan lendir pd bendi tu mudahkan baby melungsur keluar? Wallahualam :-)
Apapun, bendi is Didik's & my favourite. Paling sedap kalau celur/rebus & makan sbgi ulam. Dulu... arwah abah suka masak bendi. Sedap sgt air tangan abah. Campak2 dgn lada kering dlm kuali cenggitu je pun, sedapnya hingga bertambah2 nasi.
Al-Fatihah sentiasa utk abah...
Al-Fatihah sentiasa utk abah...
#diariRAN
#bendi
#lady'sfinger
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.