Wednesday, November 14, 2018

OMG : Kembang Sepatu



Baru tahu bunga raya dipanggil juga Kembang Sepatu. Tapi tak sama langsung dgn sepatu hu hu! Di Jawa katanya dipanggil Worawari. Kalau bunga raya merah, jadi bunga kebangsaan Malaysia la.

Asal bunga raya putih ni katanya dari China & Kepulauan Pasifik. Dipanggil Chinese Hibiscus @ nama Latinnya Hibiscus Rosasinensis-L.

Satu hari jiran sebelah tanya, "Bunga Raya ke tu?"
"Ya, bunga raya putih yg awak bagi tu la..."
"Hidup ye? Saya punya mati pulak. Agaknya sesuai dgn tanah tu. Elok bunga raya putih tu, boleh buat ubat."

Ya. Ehsan jiran keratan bunga raya ni. Pendek sgt2 keratannya. Terima kasih, alhamdulillah orang nak bagi hu hu. Pa cucuk ke pasu. Tangan Pa sejuk agaknya. Hidup n membesar slowly. Hingga kini pokoknya cinonet & comel je dlm pasu. Bawah rimbunan dedaun lengkuas. Tapi kerap bloom. Comel pulak tu!

Kalau baca kat google, dikatakan akar, daun & bunga raya putih ni byk gunanya terutama dlm perubatan tradisional China & India. Daun & tunas bunga muda digunakan sbg alat tuam utk rawat bisul & bengkak. Air rebusan akar boleh guna utk rawat demam, batuk, sakit mata & penyakit kelamin. 

Kalau nak hilangkan kelemumur, hitam & kilatkan rambut, boleh ramas bbrp helai daunnya hga keluarkan lendir & sapu di kulit kepala @ rambut. Biar sekejap sblm dibilas bersih. Rasanya masa kekecik dulu pnh buat, sbb dulu duduk di kampung dgn arwah Wan. 

Kalau demam (dulu Wan pernah buat), bbrp helai daun bunga raya putih yg segar tu ramaskan dlm sedikit air. Lap air ramasan daun pd seluruh badan. Nak demah di atas kepala pun boleh. Bantu kurangkan panas badan.

Terima kasih ye jiran sbb beri keratan pendek batang bunga raya putih ni. Kalau nanti dia dah besar, blhlah amek keratannya pula tanam di rumah awak pula. 

Moga2 bermanfaat bunga raya putih yg comel di laman OMG kami ni. Pahalanya turut mengalir sama pd jiran yg sedekahkan keratan batangnya tu juga.

InsyaAllah.


Walks to remember:
Kdg tak faham dgn org yg buat org tapi act as if org buat dia. Eg kucing dia yg memudharatkan  (ptt kita yg marah) tp bermasam muka pula dgn kita. Kucing tak mukalaf. Tapi isu 'kucing' ni mmg isu standard lagi global. Kucing mmg kesayangan Rasulullah. Cuma perlu hati2 jaga kebajikan kucing peliharaan agar tidak mengganggu hga susahkan jiran. Dibimbangi hilang kesempurnaan iman. sptmn amaran Rasululullah itu sendiri.

Krg fhm juga bila lihat org yg style sidai baju bila hari dah nak hujan @ mlm. Yg suka biar jemuran bwh open sky berhujan & bermlmn hga esok. Atau yg entah mengapa suka biar kasut sekolah anak yg dijemur dari pagi melangkau mlm sampai esok hari atas tembok. Walhal sudah kita bantu ingatkan @ laungkan 'hari hujan'. Faham itu urusan dia. Tapi... tak sampai hati tgk baju anak kecil basah kehujanan & bermalaman sdgkan orgnya ada di rumah. Can't help myself from asking... adakah itu lumrah @ tips murah rezeki @ saya yg ada penyakit OCD?

Krg fhm juga bila org selalu sembang gaya 'kembang'. Ya faham... mgkn mahu dipandang tinggi.  Saya tak kisah. Sbb saya mmg jenis org yg blh 'layan'. Tapi, nilai yg lebih murni ialah rendahkan hati & diri bila berkata. Kerana.. 'ketinggian' itu pasti terpamer walau tanpa suara.

Seperti kembang sepatu putih kesygn. Kecil je pokoknya. Pasu pun tak besar mana. Tapi bila dia bloom, Subhanallah... putih berseri membahagiakan org yg memandang. Tak perlu pun dia berkata-kata. And the plant is growing up now! Bahagianya...

RAN, bersyukurlah dgn apa & siapa jua yg didatangkan Allah. Ambil yg baik, sempadani yg tidak.
Baiklah...

#kembangsepatu
#bungarayaputih
#takfahamjiranseketulyangsejenis
#kucing
#OCD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS