Thursday, January 30, 2020

OMG : Kaduk Untuk Miang Kham

Kasihan OMG. Dah bersemak samun. Bilalah nak dpt weekend yg lapang? Sejak balik musafir, almost every weekend penuh jadual. Tak dapat nak duduk cabut2 rumput n kemas pepasu OMG. Bayam brazil pun dah banyak yg mati kekeringan. Udahlah sekarang musim panas lit-lit. Ampunkan Mumi ye pokok2...

Tengok sudut ni balik kerja petang semalam, lagilah susah hati. Che Kaduk ni dah merayap-rayap. Tak pernah sekalipun petik dia utk dimasak @ dimakan sbgi ulam. Tak reti nak guna sebenarnya.

Bila tengok che kaduk ni tiba-tiba teringat Miang Kham. Gigih korek pen drive & external hard disk cari sesuatu. Dan... terjumpalah gambar lama ni... 


Ini adalah kali pertamanya saya makan Miang Kham. Masa raya Aidilfitri di Sabak tahun 2012. Kak Mah yg buat. Pa tlg serve utk saya yg tak reti. Macam makan sirih pulak hu hu...

And yes, I like it! Sbb ada cili api :-)
Teringin pulak nak makan Miang Kham ni. Kita cari resepinya dulu, nanti kita buat ye!


Ini rupa Miang Kham yg Kak Mah hidang back in 2012's Eid. Nampak simple je, especially sos tu. Tapi bila google resepi lain pulak cara sosnya. Tak pe... letak je dulu. Nawaitu dah ada, mana tau nnt ada izin Tuhan... terjadilah Miang Kham versi RAN nanti :-)



































Macam mana cara nak makan Miang Kham ni?
Hu hu...
Ambil sehelai daun kaduk yg dah dibersihkan. Bentukkan macam kon.
Masukkan serba sedikit setiap bahan miang kham tadi eg kacang tanah sangai, udang kering sangai, cili padi, bawang & kekawannya yg lain tu ke dalam kon kaduk tadi.
Akhirnya masukkan sos miang kham. Balut kemas.
Bismillah... boleh makan!

Saya dah lupa sebenarnya rasa miang kham. Tapi as long ada cili api, insyaAllah sedap :-)



Walk to remember:
Didik sakit perut hari ni maka direhatkan dari persekolahan.
Mumi pun dah mula semula sore throat & mucus hidung sebelah kiri.

#omg
#kaduk
#miangkham

Friday, January 24, 2020

Hatiku di Haramain : Seteguh Jabal Rahmah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

قَالاَ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ 
"Keduanya berkata, 'Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, 
jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, 
nescaya pastilah kami termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.'
(QS. al-A'raaf(7):23)
*******************************************************************



7th day : 05 Nov 2019

Jabal Rahmah adalah sebuah bukit setinggi 70 meter yg terletak di dlm kwsn Padang Arafah.  Ketika musim haji di bulan Zulhijjah, jemaah perlu berada di sini utk tunaikan salah satu rukun haji iaitu Wukuf di Padang Arafah.

Rukun ini sbg mengenang peristiwa di mana Nabi Adam AS & Hawa diturunkan ke bumi dari syurga krn telah ingkar perintah Allah akibat tipu daya Iblis. 40 tahun (ada artikel yg kata 400 tahun) lamanya mereka berdua terpisah di dunia. Akhirnya Allah izinkan mereka bertemu kembali.

Di mana?
Di sinilah tempatnya. Di Jabal Rahmah. Bukit Kasih Sayang.

Di sinilah Nabi Adam AS & Hawa merayu keampunan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Pengasih & Penyayang. Akhirnya Allah terima permohonan keampunan mereka.

Ibrah dari itu, Padang Arafah ini jadi tempat kita sbg hamba bermunajat menyesali sgl dosa yg pernah dilakukan. Di sinilah hamba Allah memanjatkan rayuan keampunan spjg tempoh slps gelincir matahari iaitu bila masuk waktu Zuhur 9 Zulhijjah hingga sblm fajar/sblm subuh pd 10 Zulhijjah.

Pd hari itu, ribuan jemaah memutih membanjiri kwsn Padang Arafah & Jabal Rahmah ini. Ketika ini langit dikatakan turun rendah & sgl doa akan jadi mustajab diangkat ke langit Allah. Wallahualam.

Ziarah ke Jabal Rahmah scr spesifik bukanlah hal sunah apatah lagi wajib dlm pelaksanaan rukun haji & umrah. Tapi ia tetap menjadi lokasi kunjungan kegemaran ramai org utk mengambil hikmah  & ibrah Bukit Kasih Sayang sempena kasih Nabi Adam & Hawa yg terus diizin Tuhan apatah lagi ia terletak di dlm kwsn Padang Arafah.

Selain dr lokasi yg diyakini tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa setelah diturunkan dr Syurga ke dunia, Jabal Rahmah juga dikaitkan dgn 2 sirah lain :

(1) Pertama kali Nabi Ibrahim bermimpi bhw Allah perintahkannya berqurban dgn menyembelih anak kesayangannya, Nabi Ismail, dia ragu. Mimpi berulang 3 kali. Ketika berada di Jabal Rahmah, barulah Nabi Ibrahim benar2 sedar ia adalah mimpi yg benar, perintah dari Allah.

(2) Tempat turun wahyu terakhir kpd Rasulullah saw ketika baginda berwukuf, spt yg terkandung dlm surah Al-Maidah ayat 3 ttg kesempurnaan agama Islam. Saidina Umar & Saidina Abu Bakar, bersedih krn berfirasat Baginda bakal meninggalkan mereka. Benar, tak lama kemudian Rasulullah SAW dijemput kembali kpd Pencipta.


Dongak pandang Jabal Rahmah, Pa tanya, 'nak naik ke?'.

Hesitated utk jwb. Jika ikutkan keadaan diri, agak mustahil. I do have problem with my right leg & knee sejak bbrp lama. Persediaan nak bermusafir, Pa suruh consume Donna. Saya ambil sebiji sehari. Alhamdulillah, menjelang nak pergi tu agak kurang limitasi kaki kanan.

Tetap ia bkn sesuatu yg mudah bg org spt saya yg tak ada stamina utk mendaki celah batu besar tu. Dlm keadaan matahari terik, kaki yg masih bersisa sakit, saya usaha juga sambil dibantu Papa.  TQ so much Pa. Ada waktunya saya guna lutut bila kaki tak boleh push naik. Saya hadir bawa misi. For my lil sis. Maka saya perlu usaha sampai ke puncak.  

Terima kasih Dr Aishah Mohd Noor (UMP), bantu ambil gambar kick-start kami mendaki ni :-)


Di puncaknya ada tugu/monumen empat persegi yg dibuat dr beton, 8m tinggi & 1.8m lebar. Pd tugu itu terdpt notis kerajaan Arab Saudi agar jemaah tidak melakukan hal-hal yg bidaah. Awat ntah... kot2 dedulu ada yg pi tulis nama jodoh atas batu dgn cium tugu ka pa? Erk?!

Ketika kami sampai di puncak, keadaan sgt sesak. Mulanya saya tak tahu fungsi tugu tu. Tak faham juga maksud tulisan Arabnya. Sbb dpt lihat satu sisi tugu je. Kalau dpt lihat sisi yg ada gambar, mgkn boleh agak apa yg notis tu sampaikan :-)

Apapun, saya cuma ambil hikmah tanah suci utk bisikkan doa sebagaimana objektif awal saya utk bbrp org. Bila Pa lead doa bersama, barulah teringat saya lupa sertakan doa khusus utk kami berdua dlm bisikan doa saya tadi. 

Sama mengaminkan doa Pa, moga Allah mendengar permintaan kita. Bukan hanya asbab Jabal Rahmah, tetapi moga keikhlasan permintaan kita ini Allah dengar. Moga Dia perkenankan agar kasih sayang atr kita seteguh Jabal Rahmah & dpt bersama sampai syurga bersama anak2 & seluruh keluarga.  InsyaAllah... Aaamiin...


Pic ni sewaktu kami dah menuruni Jabal Rahmah. Turun guna anak tangga yg hampir 170 jumlahnya. Lebih mudah sedikit berbanding naik dari celah batu tadi. Agak payah nak senyum sbb keletihan. Panas... berpeluh2 Mumi. Tapi Mumi tetap rasa bersyukur & bahagia...


Sedikit pemandangan & view Jabal Rahmah & Padang Arafah yg sempat kami abadikan...


With Kak YDP Hjh Zaidah Haron yg suka bergambar & her husband, Prof Hj Mahzan Arshad (UPSI). Pic bertiga dgn Kak Lina Bani, sblm saya & Pa mendaki.


Memori bersama rakan jemaah Wira Saujana di Jabal Rahmah, Padang Arafah, 
Mekkah al-Mukarramah.


#jabalrahmah
#adamdanhawa
#bukitkasihsayang
#donna

Hatiku di Haramain : Ziarah Sekitar Masyair Haram

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...memburu kasih sayang Allah,
menjejaki sirah Rasulullah SAW di Tanah Suci Mekah...
********************************************************************


7th day : 05 Nov 2019

Hari ini, slps selesai bersarapan kami dibawa menziarahi bbrp tempat bersejarah di Kota Makkah. 

JABAL THUR

Saya rasa pic ni di Jabal Thur. Pa pun iyakan, so ya la tu. Kalau tgk di google, ala-ala lebih kurang je senario persekitarannya.

Di puncak bukit ini terletaknya Gua Thur, tempat Rasulullah & Saidina Abu Bakar bersembunyi slm 3 hari, menyelamatkan diri drpd ancaman org2 Quraisy Mekah ketika berhijrah ke Madinah. Sirah meriwayatkan, ketika org2 Quiraisy hampir dgn gua ini, seekor burung merpati membuat sarang & bertelur di dlmnya. Labah-labah pula buat spider-web menutupi pintu gua tersebut utk selamatkan Rasulullah & sahabat baginda.

Search ttg Gua Thur, terbaca satu blog ttg pengalaman beliau mendaki. Terasa excitement nya. Nanti kalau ada rezeki dtg dgn anak2 & kalau ada rezeki, blh ambil pakej umrah yg agak pjg tempohnya. Boleh buat aktiviti mendaki ni. Hopefully larat lagi la kot ajak diorang pi mendaki. Kalau lagi 10 tahun, huish PaMi dah mmg kategori ganyut. Erk?!

Pic tak brp jelas. Kalau on real scene, kelihatan memutih pendaki2 sdg mendaki Jabal Thur tu. 

Gambar kedua ni Ustaz Syakir yg offered utk ambilkan.

JABAL NUR

Seingat saya, kami tak turun di kwsn Jabal Nur. Cuma ditunjukkan oleh Ustaz dari dlm bas ketika melalui kwsn tersebut. Mgkn sbb Jabal Nur ni kami lalui dlm pjlnn pulang ke Le Meridien setelah bermiqat di Majsid Ja'ranah. Namun, pd mlm esoknya (atau mlm lusa, tak  ingat)  Ustaz bawa bsm bbrp org jemaah yg nak daki Gunung Bercahaya ini di mana di puncaknya terdpt Gua Hira', tempat Rasulullah terima wahyu pertama melalui perantaraan Malaikat Jibrail.



Atr gambar pemandangan & pengalaman rakan2 Jemaah yg mendaki Jabal Nur spt dikongsikan dlm grup wasap kami. Wish we could join them, tapi tgh mlm itu kami peruntukkan utk sempurnakan umrah kali kelima (terakhir) sblm berangkat pulang ke tanah air esoknya. Lagipun Papa surrendered, ya lah... brp pula dah umur kita :-)


JABAL RAHMAH, PADANG ARAFAH, MINA, MUZDALIFAH

Kami juga singgah turun di JABAL RAHMAH yg terletak di dlm kwsn Padang Arafah. Saya diarikan Jabal Rahmah berasingan. Bergerak keluar, kami melalui kwsn Padang Arafah yg luas & Muzdalifah. Tapi tak turun. Lihat dari atas bas & kemudian saya imaginasikan keadaan kami nanti andai ada rezeki & usia sampai ke tahun giliran haji kami. Di sinilah mungkin kami akan berada tika itu nanti.

PADANG ARAFAH, tempat jemaah haji melaksanakan wukuf. Sbg mengenang peristiwa Nabi Adam AS & Hawa diturunkan ke bumi dari syurga krn ingkar perintah Allah disbbkan tipu daya Iblis. Ibrah dari peristiwa inilah, wukuf perlu dilaksanakan sbg salah satu rukun haji.

Ketika ziarah, jemaah dibawa melihat kwsn Arafah agar tahu bgmn keadaan serta susah & payah yg bakal dilalui ketika melakukan wukuf, iaitu elemen paling penting dlm ibadah haji. Dgn kegersangan & terik matahari, keadaan yg sgt bersesak di Padang Arafah hingga ada yg rebah pengsan, umpama simulasi keadaan di  padang mahsyar kelak. Keadaan inilah yg akan jadi cabaran kpd ketahanan mental & fizikal. Praktik manasik yg akan menguji kekuatan iman juga.

Dlm kursus umrah, saya ada dgr ustaz sebut umrah & haji adalah jihad. Maka kena terima & lalui sgl kepayahan & keperitan. Bkn sekadar dtg melancong, suka2 @ shopping. 

Selesai wukuf di Padang Arafah, sejurus terbenam matahari @ masuk waktu Maghrib, jemaah haji akan bergerak ke Muzdalifah.

MUZDALIFAH, kwsn atr Arafah & Mina. Ia sbhgn dr Tanah Haram (Masyair Haram). Jemaah perlu berada di sini sekurang2nya dr waktu terbit Fajar 10 Zulhijjah hga  terbit matahari hari itu utk bermabit (atr perkara wajib haji).

Di sini, jemaah haji disunatkan mengutip 7 anak batu utk melontar Jamrah Kubra di Mina pd 10 Zulhijjah. Skrg lebih mudah krn jemaah disediakan anak2 batu oleh pihak agensi masing2.

Slps selesai bermabit, jemaah akan terus bergerak ke Mina.



MINA, tempat melontar jumrah di 3 jamarat dlm ibadah haji. Terdpt beribu khemas putih yg moden & lengkap dgn aircondition utk jemaah menginap hingga 13 Zulhijjah. Kerajaan Arab Saudi masa ni sdg in progress bina hotel2 moden utk gantikan  khemah2 ini hampir dgn kompleks Jamarat.

Di sini, jemaah akan melontar di Jamratul Kubra/Aqabah pd 10 Zulhijjah diikuti oleh jamrah Sughra, Wusta & Kubra pada Hari Tasyrik iaitu 11,12 & 13 Zulhijjah. Selesai melontar, barulah jemaah kembali ke Mekah utk sempurnakan tawaf, saei & tahlul bagi melengkapkan rukun ibadah haji.

Maka, atr umrah & haji, yg membezakan keduanya adalah rukun wukuf  di padang arafah. Krn itulah dikatakan 'haji itu adalah wukuf di arafah'. Eh, saya dah study utk haji hu hu. Ya Allah, moga ada izin-Mu untuk kami nanti...

Apabila bas berhenti di Le Meridien, kami pun bergerak ke Masjidil Haram utk sempurnakan umrah kami yg ketiga.

#ziarahmasyairharam
#jabalthur
#jabalnur
#arafah
#muzdalifah
#mina

Hatiku di Haramain : Ibrah Seorang Siti Hajar

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...memohon maghfirah, meraih mardhatillah...
*******************************************************


Saie adalah salah satu rukun dlm ibadah Haji & Umrah. Dilakukan slps sempurna tawaf, scr berlari anak (disunatkan pd lelaki ketika melalui Bathnul Waadi yg bertanda lampu neon hijau) @ berjalan cepat sebanyak 7 kali perjalanan ulang-alik dr Bukit Safa & berakhir di Bukit Marwa. Jarak atr keduanya lebih kurang 405 meter.

Merupakan rukun yg mengambil ibrah dari perlakuan Siti Hajar berlari ulang alik 7 kali atr Safa & Marwah mencari air minuman utk dirinya & anaknya, Ismail. 

Kasihan Siti Hajar & anaknya. Menanggung perit & sedih ditinggalkan suami (Nabi Ibrahim) di tanah kering kontang bsm anak kecil yg kehausan. Letih & cedera akibat berulang alik berlari mencari & mengharapkan bantuan.

Habis kudratnya, bengkak kakinya, luluh hatinya. Tiada manusia @ makhluk yg dpt diharapkan. Hanyalah Allah tempat pergantungan mutlak. Ketika Siti Hajar menyerahkan hidupnya total kpd Allah ketika itulah Allah turunkan bantuan-Nya. 

Kdg dlm hidup ni, bila ditimpa ujian @ melihat org lain yg spt sudahlah susah, ditimpa tangga pula... selalu tertanya knp Allah selalu beri ujian (yg kita rasa) berat begitu.

Tapi... begitulah didikan & bahasa cinta Allah. Mehnah. Krn dikatakan, ada waktunya hati tak terbuka melalui ibadah saja, tetapi melalui ujian & musibah juga. Atau jika ikut bahasa layman manusia, dah terhantuk baru terngadah. Talking about & for myself... tak cakap org lain pun.

Indeed, it's true... thank you Allah. 


Awal dinihari 03 Nov 2019, rasanya dlm jam 2 pagi begitu (waktu Mecca), selesai tawaf umrah wajib yg pertama. Sebaik selesai kami solat sunat & berdoa di kawasan yg ditetapkan benar2 berdepan dgn Hijr Ismail. Kami berkumpul di tempat minum air zam-zam. Berehat seketika sambil diberi taklimat seterusnya utk ke rukun kedua iaitu Saei.

Alhamdulillah, saya masih ada wudhu biarpun dah selesai tawaf. Muka cuak semacam. Walau dah lega sempurna tawaf. Tiba turn utk risaukan saei. Mampukah saya? Pun begitu, saya tetap bersungguh utk teruskan ke rukun kedua. Ibrah Siti Hajar, Saei Lillahi Ta'ala. 



Saya buat & simpan nota ini dlm FRAN. Satunya, jika ia dpt dikongsi bersama, alhamdulillah moga ada sedikit pemberat saya di hari akhir nnt. Kedua, agar saya sendiri tidak lupa. Dan ketiga... moga dpt saya rujuk jika ada rezeki kami lagi di suatu masa nanti...

Terngiang lagi suara Pa berombak melagukan doa saei tiap kali dia berlari anak mengiringi langkah saya di Bathnul Waadi (antara lampu hijau). Juga doa saei bila kita mendaki naik ke Bukit Safa & Marwah sebelum berhenti mengadap kiblat, bertakbir  & melambainya. Moga ada izin-Nya kita mengulanginya lagi. Dengan anak-anak di sebelah kanan dan kiri kita pula nanti... insyaAllah...



Momen setelah selesai saei & tahlul saya yg pertama. Waktu ini Allah saja yg tahu perasaannya. Barulah berani senyum. Tak terduga mampu lalui 7x perjalanan itu di tingkat pertama dgn perasaan nikmat & bahagia. Perjalanan yg perlahan tetapi smooth.

Bohonglah jika tak letih. Padahal bersaei dlm ruang aircond, lantai sejuk & tak berbatu je pun. Ada sumber air zamzam di spjg jln utk diminum bila dahaga. Betapa lebih sukar & perihnya Siti Hajar dulu. Ampunkan saya Ya Allah. Izinkan saya utk terus jadi hamba-Mu yg sentiasa bersyukur di atas apa jua ketentuan & pemberian-Mu. 

Byk kebahagiaan & kemanisan yg Allah telah kurniakan sepanjang bernafas di dunia ini. Tapi bahagia yg satu ini, tak terucap...

Alhamdulillah.. sempurna saei pertama kami utk kali ini dgn izin & kasih sayang Allah.


Duduk berehat seketika di atas Bukit Marwah bsm sbhgn rakan jemaah smtr menunggu yg lain sempurnakan tahlul mereka. Kami berdua dah selesai tahlul sendiri sebaik sempurna 7 pusingan saei. Waktu ini dah nak hampir Subuh. Ada sbhgn rakan jemaah pulang ke hotel krn keletihan & kurang sihat. Alhamdulillah, kami masih mampu menongkat kudrat dgn izin Allah utk terus menunggu masuknya waktu. Subuh pertama saya & kami berdua di Masjidil Haram.


Pengalaman saei pertama saya, kaki bengkak. Termenangis di hotel & termerajuk dgn Pa. Alhamdulillah, Allah msh pelihara hati. Termerajuk sekejap je sbb org yg sakit kaki ni mengada-ngada nak dikasihani & diberi perhatian lebih. Padahal Pa nak turun utk hisap rokok sekejap je pun. RAN, bayangkan bgmn Siti Hajar double triple sakitnya. Sudahlah ditinggalkan suami bsm anak kecil, cedera kakinya berulang Safa-Marwah 7 kali. Lapar & dahaga, helpless. Ku mohon ampun, Ya Allah... 

Ini ketika saei utk umrah kali ke-5 (terakhir). Buat berdua tgh mlm Jumaat (esoknya Sabtu). Miqat sendiri di Masjid Tanaim. Mujur Ustaz Huzaimy baru balik dari bawa rakan-rakan mendaki Jabal Nur, dptlah dia bantu carikan kereta, nego tambang & beri pesanan.

Pesan Ustaz, 'Nak pergi, abang naik dulu, kakak naik kemudian. Balik nanti, kakak turun dulu. Bayar bila dah sampai Masjidil Haram'. Utk keselamatan supaya org perempuan tak dibawa lari. Erk?!


Suasana ketika sae'i di tingkat bawah. Tiada kata mampu menceritakan rasa.
Hanya mengharap izin & bantuan dari Allah, 
menagih rahmat & ehsan-Nya utk ke syurga.


Sempat Pa amek video sikit ni.. tapi sakit kepala pulak sbb ia bergegar2 :-)

Ramainya hamba Allah yg sdg mencari redha-Nya.
Ampunkan kami ya Allah... permudahkan & terimalah ibadah kami.



Ketika berhenti sebentar utk abadikan kenangan di Bukit Safa, ada seorg hamba Allah offered utk bantu (mungkin dia kesian lihat kami wefie dgn susah payah). Bantuan itu adalah sedekah beliau buat kami. Moga Allah beri rahmat kpdnya selalu atas kebaikan hatinya membantu kami mengabadikan memori ini. 

Sepanjang 5 kali saei, sekali saja saya ikut laluan tingkat 2. Lebih suka di tingkat pertama walaupun sesak & ramai. Lebih bahagia begitu. Walaupun kena kerah lebih kudrat utk mendaki, tapi setiap kali sampai bilangan pusingan di Bukit Safa & Bukit Marwa tu, ia lebih membahagiakan. Mgkn sbb di tingkat ini saya dpt melihat Safa & Marwa berbanding  tingkat dua yg kelihatan spt memusing shopping mall  je. RAN?! Ampun...

Walaupun struggle dgn keupayaan kaki, tetap mohon Allah izinkan saya lakukan sendiri saei tanpa perlu guna skuter. Lagipun Kak Camy yg guna skuter (suaminya menghidap slip disc), kata tak 'feel' buat saei dgn skuter. :-) ya faham. Tetapi jika keadaan memerlukan, perlu juga digunakan.


Memori mengerjakan umrah kali kedua dgn bimbingan mutawwif pd 04 Nov 2019. Miqat di Masjid Tana'im & menaiki eskalator ke Masjidil Haram (bas menurunkan kami di bwh terowong).

Setelah selesai tawaf, kami berhenti di tempat minum air zam-zam, tunggu rakan-rakan jemaah lain utk berkumpul sebelum naik bersama mengerjakan saei pula. Mumi dah terlunjur kaki, keletihan yg membahagiakan. Dan Pa... spt biasa asyik menyakat si Kiki (Ilke Iryna):-)

Sebelum & sesudah menyempurnakan umrah kali kedua pd 04 November 2019. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas izin-Mu, kasih sayang-Mu, bantuan-Mu. Kami hamba2 yg memohon maghfirah-Mu untuk meraih mardhatillah-Mu, wahai Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pa tak botakkan kepala pd  umrah kali ini. Entah kenapa dia tak moh huhu. Teringat waktu Pa buat umrah dgn his parents & relatives back in 2009, bila Pa balik dgn kepala botak, saya jadi 'pelik'. Perhaps he doesn't look like him kalau tak de rambut. Atau mmg sindrom ibu lepas pantang, sbb masa tu baru habis tempoh pantang kelahiran Didik  :-)




"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, 
nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar. 
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa diduga."
(At-Talaq, ayat 2-3)


#umrah2019
#saei
#ibrahsitihajar
#safadanmarwa
#agarakutidaklupa

Yang Semakin Tua


It's either fikiran ke lain, atau mata mmg rabun teruk.

Anyway, alhamdulillah... semalam balik kerja, singgah Big Eye Optic. Ambil cermin mata baru. And... ya... lens rabun dekat sudah bersekali.

Ya, saya yang sudah semakin tua... hu hu...

Sorry ya bang... malam nnt kalau larat, mumi redo la lencana tu :-)


"Getting older is an adventure, not a problem."
(Betty Friedan)

Thursday, January 23, 2020

The Kabin

Before 2016, I focused more on my manuscript, work & children. Pa focused more on his work. We always had been busy. Whenever he had to go outstation or even abroad, I'd rather stayed home doing my routine & be with kids. 

After what we've gone through, he preferred to take us along whenever possible. Especially bila ada PM team buildingHe went abroad less. Joint only the local occasion.  Walaupun kadang I'd prefer to do my things at home, tapi fikir ia kesempatan utk bawa anak2 jalan2 juga. Boys pun mmg suka dgn kolam renang. So, redha je la bila kena tunggu lama utk Pa habis program after we've had to check out.

Sweetnya ialah bila time menunggu tu, manuskrip saya selesai. Like, Menunggu Daisy Hati yg selesai 2nd last editing di Ilham PD back in 2017. Sayangnya, saya dah lama 'berhenti' work on my mss. Tak tahu bila ada keinginan semula. 

This yearweekend 18-19 Jan PM buat team building dekat je. 1/2 jam dari rumah. The Kabin, Pantai Remis. 

Walaupun sbnrnya myself baru baik dari ENT infection, Baby baru baik selsema, n Babang pula mula tak sihat, plus risau nak keluar in crowd due to influenza season, berserah je dgn Tuhan.  Vitamin C mmg dah jadi wajib ambil hari2 for kids. Lagipun kids especially baby dah tak sabar2 nak mandi kolam. Ya lah.. last December kami tak ke mana-mana.

Simpan dlm FRAN sesi team building PM utk 2020. Agak small scale, tak ada outdoor activities &  tak excited nk ambil gambar sgt. Satu dua pic anak2 for memory je.

Baru kenal dgn nama Sharjah. Before Mumi google, Babang dah dulu lebih tahu, 'somewhere di Timur Tengah' katanya. Amboih?

Belum ada rezeki nak jelajah Dubai, stay overnight dlm local cabin nama Sharjah pun alhamdulillah. Muat2 utk kami 5 beranak. Ruang solat agak limited. Bilik solat khas dekat dgn lobi. Pa & boys solat di sana, saya di kabin je.

Pa already there early morning with Azmer for their team building. Since tak jauh, myself & boys drove there tengahari slps selesai kemas rumah & masak utk bekalan makan. That day, jam 2.30ptg tengah panas lit2, Didik & Baby insisted nak swim juga. Babang, stayed in cabin. Dah mula demam sejak pagi. Sepetang tu, mereka berdua conquered kolam renang. Slps jam 6, barulah ada kanak2 lain turun. I guess, that weekend chartered for team building PM. Mcm tak nampak org lain...


Small area je tempat ni. Semua kabin (rasanya dlm 14 buah) diletakkan mengelilingi cafe & kolam renang. Kabin-kabin ni dinamakan sempena nama tempat - Santos Balboa, Hamburg, Felixstowe, Rotterdam, Atwerp, Durban, Long Beach Vancouver, Melbourne, Ho Chi Minh. Busan, Keihin, Columbo, Shanghai, Singapore & Sharjah. Harga pula dlm range RM190-RM440.00 ikut kategori muatan - 2/4/6 pax. 

Hari Ahad tu, sempat jalan2 keliling. Tgk pattern cabin & pokok2. Tapi pokok ni mcm menakutkan. And coincidence, mlmnya tu saya nightmare. Mengigau tahap kena kejut dek Pa sbb dah jerit Allahuakbar byk kali. Biar betul RAN?!

Teringin nak duduk kat buai gantung tu. Tapi terbantut hasrat bila terpandang yg bergantung2 kat pokok tu. Ya, saya mmg penakut tahap tak boleh bincang kadang2 imaginasi.

Boys gelakkan Pa dpt name tag dgn gelaran Wak. 
During break, Pa rehat di depan Sharjah. Waktu sampai, kami mkn bekalan di meja ni. Tak ambil pakej mknn dgn PM sbb dekat dgn rumah, boleh msk bawak bekal sendiri je. Jimat. Tapi slps tu kena bawa masuk semuanya, takut ditapau oleh monyet. Kucing pun byk bertunggu tangga depan pintu.

The excited lil boy... enjoy lah your every childhood moment, sayang...

Ni namanya 'Kawan Setahun Sekali'. Jumpa hanya bila mak2 & ayah2 mereka hadir PM's teambuilding. Anak2 & pasangan dptlah tumpang sekaki rezeki :-)

Didik had fun too. Mumi happy lihat anak2 enjoy their moment begini. Selagi mana diizinkan Tuhan, PaMi akan selalu usaha untuk sediakan sebuah kehidupan secukupnya, seadanya, semampu kita... tanpa mengkhianati, menyakiti & menzalimi org lain.

Babang demam on & off since Saturday. Did blood test yesterday. Result? Clear. All theory, negative. Alhamdulillah. Tapi kalau demam juga malam tadi, mmg hari ni kena start antibiotik. Alhamdulillah, so far so good.


Kalau outsider dtg sini, boleh kot pergi Bukit Melawati, Pasir Penambang, pi pantai Pasir Remis tempat mkn2 @ tengok kelip-kelip kat Kg Kuantan. Atau mgkn Sky Mirror lebih popular. Dulu masa di TSSB, kami jaga Sky Mirror ni, tapi saya sendiri pun belum sampai.

Nak memancing pun boleh. Ada kolam pancing dekat je. Pa selalu je dtg memancing sini, sometimes kami ikut. Blh juga mkn ikan bakar & seafood di Aroma Ikan Bakar, pun dekat je kat situ.

Okay, kami balik dulu. Pa belum habis program. Pa balik tumpang Azmer je la ye :-)


The Kabin, 
Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, 
Kuala Selangor, Malaysia. 



Walk to remember
#2020PM_thekabin
#2019PM_eRYabySURIA
#2018PM_Broga
#2017PM_IlhamPD

Friday, January 17, 2020

Hatiku di Haramain : Kebesaran-Mu, Tuhan...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Ya Allah, aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala."
Maka permudahkanlah dan terimalah ibadahku...
*******************************************************

Ahad, 03 Nov. 2019

Jam berdenting menandakan 12 tgh mlm. Memasuki lembar waktu 03 Nov. 2019. Sempurna wudhu', kami berkumpul di lobi Le Meridien. Dijadualkan utk mengerjakan umrah wajib pertama dgn bimbingan mutawwif. Taklimat ringkas diberi. Receiver diserah kpd jemaah bagi memudahkan bimbingan & penyampaian maklumat.

Melangkah perlahan sambil bertalbiah dgn mendengar suara Ustaz Huzaimy dari receiver di telinga, Allah saja yg tahu ritma degup jantung. Keluar dari pintu Le Meridien, Pa dah tunjukkan lapangan perkarangan Masjidil Haram. Saya angguk.

Dap dup dlm hati.
Sayu & hiba. Takut & gentar.
Ya Allah, aku datang Ya Allah.
Terimalah hamba-Mu ini Ya Allah...

Di perkarangan Masjidil Haram, berkumpul lagi. Mendengar taklimat & makluman seterusnya dari Ustaz. Diarahkan membuka kasut, memastikannya bebas dari najis & simpan dlm wooven bag yg dikhaskan utk kasut/selipar (bawa masuk bsm).

Ketika melintasi satu kwsn sblm ke eskalator, Pa bisik, 'Tu, nampak tak kaabah?'

Allah... terdiam. I didn't see it. Maka saya tak jwb soalan itu. Hanya lengannya saja saya genggam kejab-kejab (berlapik). Degupan jantung laju bila menapak ke eskalator utk turun ke level bwh. Pujuk hati, mungkin saya terlepas sudut pandangan tadi. Namun risau masih menderu.

Apabila eskalator smkn menurun, sedikit demi sedikit, kain yg berwarna hitam berjalur benang keemasan itu kelihatan di mata. Sedikit demi sedikit, semakin jelas terpapar di pandangan. Jantung berdegup laju. Dengar suara Pa, 'Nampak tak?'

Tak mampu jwb. Hanya cengkaman jari saya di lengannya makin kuat. Airmata gugur & gugur & gugur hingga pandangan kabur. Hilang rasa malu bila harus jua lepaskan tangisan itu dari dada yg sarat.

Allah... Allah... Allah...
Terima kasih, Ya Allah....
Saya dengar Pa bisik, "Alhamdulillah..."
Dan saya tahu airmatanya juga berguguran.
Ya, kita hamba Allah yg byk dosa kan Pa...?


Kami mulakan niat tawaf umrah. Perlahan berjalan dari penjuru Hajar Aswad, ke hadapan. Kami lambai ke arah Hajar Aswad dgn lafaz 'Bismillahi Allahu Akbar Walillah hil hamd' & kami kucup telapak tangan. Tanda rindu & kasih. Dan kami juga perlu pastikan Ka'abah sentiasa berbetulan dgn bahu kiri kami.

Air mata terus & laju berguguran. Suara ustaz melalui receiver menambah sayu dlm hati. Dlm sayu, dlm pilu, dlm sgl rasa yg berkocak di dada, mengalir sebuah ketenangan & kelegaan dlm jiwa.

Kami ikut rapat di belakang Ustaz. Dan Pa sentiasa erat memegang tangan saya (berlapik). Terasa dilindungi... oleh Allah & oleh dia. Pun, memang jemaah lelaki kami sama2 menjaga & mengawasi kami jemaah wanita mereka. Terima kasih...

Ya Allah... kami datang ya Allah.
Sebagaimana impian perkahwinan kami 14 tahun yg lalu...
Allah, terima kasih krn menerima ku & suamiku (lagi) di sini.
Izinkanlah kami utk sempurnakan 7 pusingan tawaf wajib pertama kami ini dgn rahmat & kasih sayang-Mu...


Lakaran dari buku Panduan Ringkas Ibadah Umrah & Ziarah (Al-Ustaz Datuk Haji Kamal Haji Muhamad) yg dibekalkan utk kegunaan kami. 

Msh terbayang di ruang mata. Tak pernah lupa. Msh terasa perasaan yg sama. Entah bila dpt berulang semula.

Pd tawaf wajib pertama ini, kami ikut bacaan Ustaz sama spt yg terkandung di dlm buku.  Sayu sgt suara Ustaz & fahaman maksud bacaan membuatkan hati meruntun hiba. Besarnya kuasa Allah. Maha Besar lagi kasih sayang-Nya pd hamba-Nya. Pd ketika tertentu, saya bisikkan permintaan & doa dari dlm hati. Doa yg khusus.

Langkah kami mengelilingi tawaf pd awal dinihari itu tenang sgt. Walaupun ramai jemaah, tapi saya rasakan semuanya berjalan mudah. Bak kata Ustaz awalnya, tawaflah scr merasai kenikmatannya, jgn tergesa-gesa. Buat sehabis baik, seolah-olah ini adalah pertama & terakhirnya...


Alhamdulillah, seolah tak percaya selesai 7 kali pusingan tawaf umrah wajib saya yg pertama ini dgn begitu tenang & mudah. Bila selesai, kita saling memandang wajah. Nikmat perasaan yg bahagia ini hanya Allah sahaja tahu...

Tuhan, hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku...
Tuhan, terimalah rinduku buat-Mu.

رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat 
serta selamatkanlah kami dari azab api neraka." (Al Baqarah : 201)


Ya Allah, ampunkan kami, rahmatilah & lindungilah kami di dunia & di akhirat, 
permudahkan urusan kami di dunia & di akhirat. 
Ya Allah, bersihkanlah hati & diri kami. 
Pelihara anak-anak kami, jadikan mereka anak-anak kami yg soleh & solehah. 

Ya Allah, terimalah kehadiran & niat kami, terimalah amal ibadah kami.
Ya Allah... kami mohon redha-Mu, pengampunan-Mu, syurga-Mu...



#umrah2019
#tawafwajibyangpertama
#baitullahilharam
#agarakutidaklupa

Hatiku di Haramain : Menanti Lambaian 12 Tengah Malam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"... dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah.
Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat akan hamba-hambaNYA..."
(Al Ghafir 44)
*******************************************************

02-03 Nov. 2019

Awal mlm 02/11/2019, kami tiba di Hotel Le Meridien, Mekah. Jln masuk ke hotel ini agak menakutkan saya pd mulanya (bukan saya je, tapi ramai yg dlm bas bimbang hu hu) krn jalan agak sempit & mencuram. Terfikir, apakah perlu turun naik jalan curam ni nak ke Baitullah? Bimbang & risau juga sedikit dgn keupayaan diri. Ternyata tidak... alhamdulillah.

Slps tiba, kami mkn mlm dahulu. Lapar sgt. Alhamdulillah.

Begitulah Le Meridien, Mekah. Gambar ni che google yg punye :-) 

Jarak dlm 130m ke perkarangan Masjidil Haram, memasuki pintu satu (King Abdul Aziz Gate). Pd saya yg spesis manja, tak pernah jalan kaki jauh2 ni, rasanya dah dekat sgt dah tu. Keluar dari lobi hotel, dah nampak perkarangan Masjidil Haram. Jalan kaki lurus je melalui lapangan tempat org bagi makan beburung :-)

Alhamdulillah, Allah beri izinNya. Tak sedikit pun rasa penat @ nak merungut. Cuma saya agak malas kalau diajak Pa jalan2 ukur kedai. Kat Malaysia pun saya mmg jenis tak brp gemar jalan2 ukur kedai. Kecuali jika ada keperluan ataupun ketika bila ada duit terpijak. Erk?! :-)


Pic yg ada bagasi tu pic real kami. Itu je satu2nya...
Pic lain pinjam dari FB Wira Saujana & che google je. Bgtlah serba sedikit keadaan Le Meridien yg menumpangkan kami utk 8 hari 7 mlm di Mekah.


Lps dinner, kami  naik berehat dulu di bilik sementara menanti detik 12 tgh mlm utk turun berkumpul & mengerjakan umrah wajib kami yg pertama dgn bimbingan Mutawwif. Rasa lama benar tempoh menunggu detik tgh mlm tu. Takut, tak sabar... berdebar.

Msh terikat kpd 13 larangan ihram. Maka kita hamparlah sejadah berkiblatkan Kaabah. Lalu solatlah kita tanda syukur selamat tiba di bumi Mekah al-Mukarramah. Dgn hati sayu & gentar, buat solat taubat lagi dgn sesungguhnya mengharap keampunan Allah. Buat juga solat hajat agar dipermudahkan urusan & hasrat.

Lama di atas hamparan sejadah, merenung menara Masjidil Haram yg bercahaya di kaca jendela. Moga detik 12 tgh mlm nanti menjelang dgn sgl kerahmatan & keizinan Allah buat kami. Buat saya yg byk dosa ini, terutamanya.


Walaupun ini kali kedua dia ke Mekkah mengerjakan umrah, tapi saya tahu dia yg paling teruja (slps saya). Who doesn't? Sekejap2 lihat ke luar jendela. Terima kasih ya Pa... terima kasih krn tunaikan impian saya. Ampunkan dosa-dosa saya juga ya spjg jadi isteri awak. Moga dgn redha awak, Allah akan izinkan saya juga ke lapangan Baitullah.

Terima kasih Ya Allah, krn telah sudi terima saya setakat ini...


"We pray to ALLAH not just because we need something, 
but because we need to thank ALLAH for everything."

#umrah2019
#lemeridienmecca
#detik12malam
#agarakutidaklupa

PAGEVIEWS