Niat nak adakan kabinet kasut di ruang depan tu dah lama. Tapi disebabkan belum sampai hajat nak tiles kan lantai & pecah tembok pagar, maka tertangguh niat nak decorate. Pun, bajetnya ada saja lari ke sana-sini :-)
Pernah juga suarakan kat Pa kalau2 dia boleh buat rak kasut guna left-over PVC ceiling tu. Selain serabut tengok material job-celing reno Pa tu, teringin juga kalau2 ia boleh divariasikan jadi rak kasut.
Pernah juga suarakan kat Pa kalau2 dia boleh buat rak kasut guna left-over PVC ceiling tu. Selain serabut tengok material job-celing reno Pa tu, teringin juga kalau2 ia boleh divariasikan jadi rak kasut.
Tapi, Pa busy sokmo. Sesekali tanya, dia kata belum datang ilham. Pa kekdg mmg cerewet bila nak buat sesuatu. Nak buat, dia buat dgn sedaya upaya eloknya. Ya lah... saya redha je la.
Monday, 20012020... balik kerja, tgk dia mula bertukang. Sampai ke tengah malam he worked on it. Walaupun penat, mata dah nak terpejam, tapi excited nak tgk rak kasut punya pasal, sengkang juga mata teman dia.
Esoknya, Pa hantar ke wasap DIY shoe rack yg dah siap tu. Wah... bagi orang yg hati kecil mcm saya, dah lebih dari comel sgt dah pun shoe rack ni.
"Apsal tetiba buat shoe rack ni. Baru datang ilham ek?"
And he answered, "Kesian kat awak, asyik-asyik kena susun kasut & selipar yg bersepah2 tu..."
Oooh... alhamdulillah. Terima kasih ya Pa. Semoga Allah beri rahmat & kebaikan pd ikhlasnya hati Pa terhadap kami.
Bagi seorang isteri, yg lebih bermakna adalah understanding, ingatan, keprihatinan & belas kasihan suami pd usaha & keringatnya. Tak perlu beli @ sediakan yg mahal. DIY guna left-over material begini pun dah lebih dari membahagiakan. Krn bsm DIY shoe rack ini, isteri tahu suaminya melihat & belas pd penat lelahnya menguruskan keluarga & rumahtangga. Dan bila tiap kali pandang, isteri tahu bersama DIY shoe rack itu ada hati suaminya.
Tetiba sentimental. Kerana ada pelbagai kisah luka yg berlaku di sekeliling kita. Ya, bahagian & takdir hidup masing-masing. Ada suami yg baik, isterinya pula melukakan. Ada isteri yg baik, suami pula yg khianat & curang. Ada suami isteri yg tak ada masalah, orang luar pula lebih-lebih mengharu-birukan keadaan.
Kita semua manusia biasa. Tak akan pernah sempurna. Meskipun 'baik', pasti ada kelemahan & kekurangan di mana-mana. Sebagai pasangan, kitalah yg perlu sempurnakan & melengkapi kelemahan pasangan kita. Terima seadanya pasangan kita.
Oh, teringat drama pepetang Seadanya Aku. Terjebak pula sbb saya mmg suka Zara Zya. Pa dah bbrp kali usik, katanya tengok tajuk tu sekali pandang macam SEANDAINYA. My former boss pun pernah kata Seandainya kalau jadi drama bersiri mesti best. Tapi... tak pe. Semua dgn kehendak & izin Allah. Cerita buku ke skrin TV/layar, pasti ada pro & con nya. Sbb tu saya jenis mengharap tidak, tak harap pun tidak. I is okay je... dah jadi buku macam tu pun, dah besar rahmat utk saya :-)
Dan, bila dah ada DIY shoe rack baru ni maka shoe rack lama yg kecik tu jadi rumah baru che strawberi :-)
Dari berpuluh-puluh pasu strawberi, skrg tinggal 6 beradik je. Last berbuah minggu lepas, dimakan Didik. Rasanya Mumi dah malas la nak jaga che strawberi.
Lagipun sejak balik musafir, Mumi asik penat je. Langsung tak terjaga dah OMG tu. Weekend baru ni je yg lapang sikit. Barulah terang sikit OMG tu bila Mumi kerah 3 ketul boys tolong cabut rumput. Mumi kerah Pa tolong replant semua pasu bayam brazil. Mumi alih 2-3 pokok anak cili purple yg berwarna-warni tu. Haaa... baru sejuk sikit mata memandang.
Okay... done diary for today. Awal gila saya sampai office pagi ni. Sempat tengok FRAN :-) Sekejap lagi nak pergi kursus pertama tahun 2020. Kursus Pengurusan Jenazah. Ya... umur2 mcm ni terutamanya... perlu selalu beringat.
"A man dreams of a perfect wife. A woman dreams of a perfect husband.
But do they realize that Allah created them to complete one another?"
(ntah sapa cakap, tapi RAN improvise ayat akhir tu sikit hu hu)
#DIY
#shoerack
#pvcceiling
#seadanyaaku
#myworkinghour830-530
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.