Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
*********************************************************************
Sebenarnya... saya... tak...berapa...gemar...pergi...muzium :-)
Tapi di sini, demi Rasulullah SAW gigihlah juga baca & lihat.
Mengenang susah payah Rasululullah & Nabi2 serta umat Islam dahulu memperjuang & membina Islam yg nikmatnya kita kecapi hari ini. Nikmat iman & Islam... moga jadi kunci kita ke syurga Allah.
Okay, moh lah kita balik hotel. Sampai nanti kita perlu sempurnakan hajat utk umrah keempat kita pula, insyaAllah.
*********************************************************************
8th day : 06 Nov. 2019
Hari ini setelah solat & miqat di Masjid Hudaibiyah kami dibawa ziarah ke muzium tercantik di Mekah iaitu Muzium Haramain (Muzium Dua Masjid Suci) @ disebut juga sbg Two Holy Mosque Architecture Exhibition yg terletak atr Hudaibiyah & Mekah.
Ditubuhkan pd 1420H & dirasmikan oleh YM Putera Abdul Majid Bin Abdul Aziz pd 25 Syawal tahun tersebut. Muzium ini menyimpan bukti sejarah perkembangan Masjidil Haram & Masjid Nabawi sepanjang zaman.
Di luar bangunan Muzium Haramain. Baru sedar tak ambil gambar penuh bangunan muzium ni.
Model penuh pembangunan Masjidil Haram. Subhanallah. Moden & sgt indah. Terharu dgn nikmat kemudahan yg diizinkan Tuhan ini. Semoga ia jadi pemangkin kpd sebuah jihad & rasa penghambaan diri kpd Pencipta dgn ikhlas. Bukan sekadar monumen kpd sebuah perasaan gah & taksub yg kosong. Ustaz Huzaimy sdg beri sedikit penerangan kpd grup jemaah kami.
Antara tiang-tiang lama Kaabah pd tahun 65H.
Kain tenunan Kiswah iaitu kelambu kain berwarna hitam bersulam benang emas yg pernah menutupi Kaabah. Kiswah ini biasanya diganti setiap tahun pd 9 Zulhijjah apabila jemaah haji keluar dari Kota Mekah utk berwukuf di Padang Arafah.
Dikatakan Kiswah ni dulu berwarna-warni. Kadang merah, kemudian hijau & putih juga. Tetapi yg kekal adalah warna hitam bersulam kaligrafi benang emas ini.
Atr bekas bingkai (frame) lama Hajar Aswad ketika pemerintahan Ottoman Sultan Murad Khan. Riwayat menyebut bhw Abdullah Bin Zubair adalah org pertama yg buat bingkai Hajar Aswad dari perak.
Mimbar kayu lama yg dikatakan diletak di tepi Kaabah pd 1240H.
Dikatakan ini adalah replika Maqam Nabi Ibrahim dgn bekas tapak kakinya ketika membina Kaabah. Dikatakan juga selain Rasulullah SAW, nabi-nabi yg pernah turut serta dlm proses pembinaan Kaabah adalah Nabi Adam & Nabi Ismail.
Antara pintu-pintu lama Kaabah.
Cokmar atau crescent? Hu hu...
Item (2) adalah sbhgn drpd tiang kayu lama Kaabah pd 65H.
Item (1) pula adalah anak kunci Kaabah.
Tapi di sini, demi Rasulullah SAW gigihlah juga baca & lihat.
Mengenang susah payah Rasululullah & Nabi2 serta umat Islam dahulu memperjuang & membina Islam yg nikmatnya kita kecapi hari ini. Nikmat iman & Islam... moga jadi kunci kita ke syurga Allah.
Okay, moh lah kita balik hotel. Sampai nanti kita perlu sempurnakan hajat utk umrah keempat kita pula, insyaAllah.
#umrahkeempat
#muziumharamain
#koleksimasjidilharamdanmasjidnabawi
#kiswah
#kiswah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.