Friday, February 21, 2020

Hatiku di Haramain : Baitullah al-Haram

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Sesungguhnya rumah yg mula-mula dibangun utk (tempat beribadah) manusia,
iailah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yg diberkahi
dan menjadi petunjuk bagi semua manusia."
(Al-Imran ayat  96)
*********************************************************************

Kaab. Perkataan Arab yg bermaksud empat persegi. Terletak di tengah2 Masjidil Haram di Mekah.

Pasti seluruh umat Islam punya impian utk mengunjunginya. Menatapnya. Mengucupnya. Dari konteks ibadah umat Islam, ia berkait rapat dgn 2 drpd 5 rukun Islam. Pertama, solat lima waktu yg wajib serta lain2 solat sunat berkiblatkannya. Keduanya, satu rukun wajib ibadat haji & umrah adalah 7x tawaf di sekelilingnya. 

Itulah Kaabah. Baitullah. Simbolik kpd Rumah Allah. Didirikan sbgi salah satu tanda kebesaran Allah. Tanda sejarah kewujudan dunia, tamadun manusia & agama.

“Sesiapa yang menziarahi rumah-Ku, atau Masjid Rasulullah SAW, 
ataupun di Baitul Muqaddis, lalu ia mati, maka ia dianggap mati syahid.”
(hadis Qudsi)


Riwayat hadis, asas tapaknya dibina para Malaikat. Kaabah pula pertama kali dibina oleh Nabi Adam (AS). Kemudian Nabi Ibrahim (AS) & Nabi Ismail membinanya semula. Sejarawahwan & ilmuan Islam mengatakan ia dibina semula antara 5-12kali.

Nabi Ibrahim mengasaskan lebar ukuran Kaabah sbgi 'Dinding Timur 48 kaki 6 inci, Dinding Hatim 33 kaki, Dinding atr Hajar Aswad & sudut Yamani 30 kaki, Dinding Barat 46.5 kaki'.

Ia manifestasi tunggak kekuatan & pengekalan Islam. Belum tercatat dlm sejarah ia dpt ditakhluki sesiapa. Alexander Macedonia tak sempat sampai ke Mekah. Raja Babylon tak berani menakhluki Mekah. Abrahah, Raja Habsyah pernah cuba menyerang & merosakkan Kaabah tapi gagal. Betapa ia dipelihara Allah.

Dari konteks sosial, ia jadi pusat berkumpu umat Islam. Tak kira bangsa, warna kulit, adat budaya, fahaman politik, darjat, kedudukan @ taraf kewangan, asal saja beriman kpd Allah. Di sanalah kita berhimpun dlm keadaan yg aman & sejahtera sbgmn termaktub dlm ayat 125, surah Al-Baqarah.

Myself... lama sgt mengimpikan Mekah & Kaabah. Tertunda krn rasa takut yg amat. Dikatakan, org berdosa jika ke sana, Allah beri balasan 'tunai'. Mcm2 cerita didengar & baca. Rasa diri hina sgt, banyak dosa sgt. Takut sgt dgn balasan Allah. 

Msh ingat masa mula2 kerja. Dpt gaji, mesti jln kaki ke Pej Pos blkg bangunan Atria. Simpankan sedikit duit dlm akaun simpanan yg saya buka utk Abah & Ibu. Niat utk kumpul duit supaya Abah & Ibu dpt pergi Tanah Suci. Mula kerja, gaji pun kecil. Alhamdulillah,  dgn apa yg ada, bantuan adik2 juga & simpanan abah ibu, mereka jejak kaki juga ke Tanah Suci diiring Angah & Naha. Terima kasih Allah.

Terima kasih Tuhan...
Diri sendiri bila diizin ke sana bsm Pa, pertama kali menatap Baitullah dgn mata kurniaan Allah, tak tahu nak cerita perasaannya. Airmata gugur tak mampu berhenti. Hati sebak & hiba. Timbul semula semangat & keyakinan bhw 'Allah itu sesungguhnya sayang padaku...'.

Ketika dlm tawaf, sesekali pandang dia. Teringin hendak ke depan, sentuh, pegang & cium dia. Bila sebutkan pd Pa, katanya 'tak perlu... buat apa yg wajib kita buat je...'. Ya, faham...


Setiap kali selepas selesai tawaf, di sinilah saya & Pa akan solat & duduk merenungnya dgn hati seribu rasa. Mmg Pa akan bawa saya dptkan tempat di sini, berdepan Multazam & Maqam Ibrahim. Atr tempat yg dikatakan mustajab doa & permohonan.


Antara tempat mustajab doa di sekitar Baitullah. Multazam tu adalah dinding Kaabah atr Hajar Aswad & Pintu Kaabah. Dinamakan Multazam krn para jemaah berdiri di siru sambil merapatkan badan ke dinding utk berdoa. Mgkn mengambil iktiar dari apa yg disampaikan oleh bbrp riwayat bhw Nabi Muhammad SAW pernah rapatkan wajah & tangan Baginda di situ & berdoa. Krn itulah ia dikatakan sunat utk berdoa di sini, bertaubat & memohon keampunan.

Tapi, perlu hati2 dgn permintaan & doa. Krn apa yg kita hajati, dgn izin Allah pasti ditunaikan. Jika tertunai, perlu berlapang dada jika dicuba dgn bbrp ujian Nya. Jika tak tertunai, kena yakin pula bhw Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita, hambaNya. Jika lambat ditunaikan pun, anggaplah itu sbgi ujian Allah mencuba tahap kebergantungan, redha & sabar kita sbg makhluk-Nya.

Ya Allah... ku mohon yg baik2 saja dari Mu, dan moga apa yg Kau kurniakan padaku adalah yg terbaik utk duniaku, agamaku malah akhiratku.


Pd hari akhir kami jalan2 explore Masjidil Haram. Ini pemandangan Kaabah dari roof top. Panasnya hari waktu itu, tegak matahari atas kepala hingga tak boleh nak buka mata pandang kamera. Belum berpeluang lihat Kaabah dari atas Menara Jam Mekkah, dapat lihat seluruh suasananya dari tingkat teratas Masjidil Haram juga rahmat Allah yg besar.


Sempat Pa rakamkan suasana ni dari roof top. Tidak pernah sunyi Baitullah dikunjungi. Tak pernah sunyi juga hati ini dari rasa rindu yg amat dalam. Izinkan kami lagi ya Allah...


Doa ketika melihat Kaabah


Memori bersama rakan jemaah Wira Saujana Kumpulan 30/10/2019.

"Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, kehormatan, keagungan & kehebatan pd Baitullah ini & tambahkanlah pula pd org2 yg memuliakan, menghormati & mengagungkannya di atr mereka yg berhaji @ berumrah pdnya dgn kemuliaan, kehormatan, kebesaran & kebaikan."
(maksud doa ketika melihat kaabah)



#kaabah
#baitullah
#takpernahtakrindu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS