Hari ni, Jumaat akhir utk Ogos 2020. Dari pejabat Mumi, sgt clear dgr lontaran bacaan surah al quran & zikir slps solat Jumaat di Masjid UiTM. Sayu rasa hati. Entah apa yg akan kita tempuh pula slps 31 Ogos nanti. Masih ada lagi ke PKP yg disambung huruf lain di hujungnya. Atau dah boleh get back to normal life?
But I guess, normal life pun dah tak berapa nak normal kot. Masih ada sikap 'jaga-jaga' dan 'hati-hati' dlm diri kebanyakan kita. Itu pilihan masing2 la kot. Cuma harap2 pilihan yang kita buat beri manfaat & kebaikan pd semua.
Hm... dlm hidup, kita selalu dipertemukan dgn byk pilihan. Seperti memori di Tanah Suci. Pilihan yg setiap orang bila dah jejak kaki ke sana, rasa. Pilihan untuk nak balik atau nak stay? Tapi mana boleh stay lelama... ikutlah tempoh izin :-)
Waktu tu, jika ikut hati, Mumi nak terus tinggal di Tanah Suci. Pun mmg Mumi selalu ada rasa nak migrate somewhere. Nak mengajar @ kerja di UAE la, situ la sini la. Tapi... Malaysia tempat tumpah darah Mumi. Ada byk nostalgia, happy moments even yg pahit juga. Di Malaysia ada keluarga... ada tggjwb & amanah pekerjaan, ada sgl yg Allah pinjamkan sebagai rezeki. Ada anak-anak terutamanya... anak2 jiwa Mumi. Maka Mumi mesti pulang juga.
Tak apalah, Mumi redha je dgn apa yg Allah takdirkan dlm hidup. Minta yg baik-baik je utk dunia & akhirat. Jumaat ni Mumi nak simpan momen ni dlm sharing akhir episod Hatiku Di Haramain @ FRAN... supaya tak lupa...
After few days di Mekah, Pa dah sgt rindukan teh tarik & roti canainya. Malaysian style. Maka kami cari la Malaysian Restaurant ni. Jenuh mulanya, sesat barat :-) Alhamdulillah, jumpa juga.
Pa & pilihannya. Mumi, of course dgn mee gemok & telur bolat nan sebiji tu. Tapi... hu hu...
Cerita funny... sdg nak mula mkn, ada seorg makcik comel ni lalu di sebelah meja kami. Mungkin lihat mee gemok tu, she then said something.
Nak tergelak pun ya, kesian pun ya, risau pun ada. Kata ramai org, di tanah suci tak boleh byk komplen nanti Allah tunjuk 'hikmah'. Tapi bila tgk makcik tu, teringat Ibu. Org2 tua kita ni begitulah, especially kalau yg jenis org kata #sokampung mcm my Ibu, mcm Mumi la juga yg dah terbiasa dgn sedapnya masakan kampung homemade, tentulah kecewa bila beli makanan yg dihajati tersasar jauh dari rasa. Sedap tak sedap ni sbnrnya subjektif kot. Tapi... Mumi pun masa tu surrendered huhu...
Selepas dinner di alRomansiah, kami terus ke Airport Jeddah. Agak lama kami di sana menunggu proses & prosedur. Kak Zaidah & Kak Camy dah selesai awal krn mereka di business class. Kami msh tunggu mutawwif bantu selesaikan proses check in luggage dsbgnya. Alhamdulillah dipermudahkan. Our 1st batch yg dah settle, bergambar (pic by mutawwif) sblm masuk ruang menunggu utk berlepas.
Pa sempat paksa wefie sblm masuk perut kapal. Mumi dah tak reti senyum sbb Mumi penat naik tangga kapalterbang yg melangit tu. Miracle betul Mumi boleh climb the stairs up, tq Allah!
Tanah Suci, kami balik dulu ya. Kami sgt rindu Malaysia walaupun kami ingin tinggal lebih lama.
Urusan collect luggage pun alhamdulillah dipermudahkan.
We received everything, all in good condition.
Selesai urusan ketibaan di airport sebelum maghrib, rasanya. Alhamdulillah dipermudahkan. Some of d'family & relatives yg tunggu di ruang ketibaan, terima kasih byk2. Moga Allah beri sgl yg baik2 utk kita semua.
Malam itu, kami selamat tiba. We're home!
His 1st thing vs my 1st thing when we reached home :-)
His 1st thing vs my 1st thing when we reached home :-)
PaMi sedih sbb Blacky nazak. He was waiting for us to reach home, so that he can go in peace.
Blacky... PaMi minta maaf tak dpt jaga Blacky dgn baik. Dan terima kasih sbb sudi tunggu PaMi balik sblm Blacky tinggalkan kami... :-(
Dan... che kacang botol tu punyalah dia berbuah during my absence. Dah agak tetua kekacang botor tu. Tak de sapa nak petik makan agaknya masa kami musafir.
Sbnrnya juga bila kami tiba di rumah, rumah dah terang benderang & meriah. My inlaws family dah ada di sana. Bik Mah siap dah masak2 di TH37 mcm kenduri. Bik Mah kata mcm kat homestay. Hu hu...
Terima kasih Mak krn beri moment ni utk kami.
Terima kasih Bik Mah & Paman krn selalu ada di samping kami, waktu susah senang kami.
Terima kasih semua yg selalu ada...
Adat manusia, silap salah itu tak pernah sunyi.
Fitrah insan, terlanjur bicara & perbuatan tu sentiasa jadi ujian.
Dunia ni mmg tempat permainan & cubaan.... sakit, pahit, perit getir... semoga Allah selalu sudi rahmati, lindungi serta kasihi kita semua.
Walk to remember:
Bila throwback, btp bersyukurnya dpt izin Allah utk kami sempurnakan hajat waktu itu. Disember tu dah mula havoc COVID-19 di China. Angin2 beritanya dah sampai ke mana2 di seluruh dunia. Kemudian Jan-Feb, certain people dah mula bergosip & berjaga-jaga. Even kami masa tu bila baca few news & articles, terasa-rasa je mcm something will come out. Dan mid March'2020 kita 'lockdown'. At least, kami sempat merasa normal routine di Tanah Suci, very close to kpd perubahan normal dunia. And ya, don't know whether things will be d'same again, or when everything will get back to our normal routine again. Maha Besarnya Allah, Maha Pengasihnya Allah...
#endofourmusafirjourney2019
#rindutakpernahhilang
#awaitingresultforalhijrah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.