Monday, August 24, 2020

Corat Coret PKPP' 2020

Pagi2 smlm dah keluar rumah. Nak drop boys kat rumah Angah @ Sepang. Mumi kena teman Pa & kekawannya menyampaikan sumbangan rakan2 mereka utk keluarga arwah kawan Papa yg baru meninggal dunia.

Anak sulungnya baru habis study. Belum dpt scroll pun lagi. Mujur ada buat part time. Dua adiknya di IPTA, 2 lagi msh di sekolah rendah. Isteri arwah tak kerja. Smlm dengar juga Pa & kekawannya guide & explain on what the son has to do berkaitan peninggalan arwah. Kasihan juga the son, blur2 dia. 

Mumi pun terfikir, kalau tiba giliran kami, mcm manalah agaknya. Anak2 msh kecil. Kalau Mumi pergi, mungkin tak adalah susah sgt kot bagi Pa sbb dia lelaki. Tapi kalau Pa yg pergi dulu? Haish, tak moh lah fikir. Mumi sentiasa doa kami berdua diizinkan Allah utk terus dpt jalankan tggjwb & amanah besarkan anak2 hingga mampu berdikari & berjaya.

Semalam, borak2 dgn Babang...

M: Babang tak pernah pun bagi Mumi hadiah…

B: Babang bagi Mumi hadiah yg tak ternilai lah…

B: Doa…

M: Ya lah tu… apa yg Babang doa utk Mumi?

B: Babang doa Mumi panjang umur

B: Dapat tgk Babang kahwin…

B: Dapat tengok anak2 Babang…

Ceh! Gediknya! :-)

Balik dari sampaikan sumbangan, Bro Odeng suh singgah tempat dia @ Nilai Springs Golf & Country Club. Lunch in d'house :-)

Tapi rasa awkward sbb Mumi d'only lady. Sambil tunggu mereka mengeteh & berborak, sempatlah Mumi re-work on the proposal yg Cikgu SP suh perbaiki tu. Pheww...

Apapun, umur kita ni tak tahu sampai bila. Persediaan kena ada. Bekal pun kena selalu top up. Moga2 Mumi dapat istiqamah untuk jadi LEBIH BAIK mulai tahun baru Hijrah ni. InsyaAllah, Aamiin...


Baby demam 15-18/08/2020. Mumi dah cuak sbb badannya panas sgt. We didn't go anywhere unnecessarily & never take boys along jika nak ke mana2 utk beli keperluan rumah. Monitored his condition & beri ubat yg mmg sediada di rumah. Alhamdulillah, 19082020 d'day we planned nak bawa ke klinik utk antibiotik, demam baby kebah.

Tapi hingga Jumaat lalu, baby tak ada appetite. Tak mahu makan sgt. Weekend 22082020, spend sikit utk entertain boys di Pizza Hut dgn mematuhi peraturan & SOP new normal. 1st time bawa anak2 having meal outside. Hopefully, baik2 saja lah. Alhamdulillah, byk baby mkn hari tu. 


Hidup ni kadang2 susah nak faham bila sesuatu tu di permulaan kejadian. Konflik, krisis, awal2nya akan buat kita rasa so much hurt. But time heals, indeed. Pengalaman & laluan spjg hidup akan beri lessons yg paling baik. Moga yg baik2 juga seterusnya. 

Mumi tak reti nak order kek yg grand. Lilin pun tak sempat beli. Mumi tibai lilin aromaterapi yg ada kat umah kita tu je. Jadilah ye... tepat 12 midnight Baby dah buat surpise.

Happy birthday to d'father & eldest daughter yg uniquely share d'same date of birth 13 August. Baby pun tetap nak interframe. Ya lah, acceptable la... sbb Baby pun share the same number 13. But his is, 13 Feb. Buka 13, yg tutup pun 13 :-)

Umur PTCC ni awal sedikit dari jumlah masa Mumi service UiTM. Almost 10-11 years. Awal2 penubuhan, PaMi gave our all for this baby. Siap buat kenduri doa selamat. Bila Mumi dpt tawaran ke UiTM Tapah, Mumi susah hati. Plus few limitations waktu itu, Mumi decided to 'withdraw' to focus on my new job. My partner run alone. Mumi cuma assist in terms of views & opinions je.

Mumi tak ambil apa2 portion pun dr PTCC after 'withdrawal'. Even modal pun masih di sana. PaMi anggap 'wakaf' je hu hu... moga2 jadi saham yg baik utk pengakhiran kami.

Due to COVID-19, PTCC  pun mcm kbykn entities & business, terkesan. Dgn landlord yg tetap charge sewa premis, PTCC agak suffers. After perbincangan dgn partners, I rendered my opinion for PTCC to run from house.

Awalnya, nak close down. Tapi, Allah lebih merancang. Mungkin rezeki my partner, PTCC got a new space with affordable rent. Alhamdulillah. Drpd closing down, PTCC was moving out and keep it's operation as usual tapi dlm keadaan 'low-density' :-)

Selesai kerja-kerja di PTCC, malamnya kami sunyi keletihan. Minda pun blank. Alih2 kami sama2 work on the puzzles. Puzzles tu umurnya pun dah 10-11 tahun, we bought masa mula2 buka PTCC sbgi elemen ilmu & hiburan utk anak2 murid. 

It's hijrah time for PTCC.


Mumi rasa dah tua bila diminta jadi wakil keluarga utk rombongan peminangan & majlis bertunang anak sepupu (belah abah). Adeh... Ya, dah nak kahwin dah awak? Rasa mcm smlm je dia msh kecil. Mumi pergi dgn Pa je. Boys tinggal di rumah. Rasa mcm 'terkongkong' buat majlis mcm ni dlm keadaan Pandemik & di bawah rules & new normal SOP. Tapi utk kebaikan bersama, patuh je. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar.

PaMi's 1st ceremony during PKP/PKPP :-)


#nilaispringgolf&countryclub
#pizzahut1sttimesincePKP
#birthdaypa&kakak
#ptccismovingout
#yabertunang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS