Dah Muharram, baru sempat tulis diari Hari Raya Haji. Tak apalah... hu hu... malam ni Mumi marathon simpan semua diari yg tertunda. Untuk simpanan memori yg sweet dlm lipatan kehidupan.
Aidil Adha @ that Jumaat, kita raya di rumah Nek Non je. Tak pi mana-mana. We just stayed at home within our family-circle je. Pi tolong korban pun cuma Ayah Min je gantikan Pak Usu. Solat raya pun dibuat di rumah je.
Pa tanya, 'Tak amek gambar solat raya kat umah ke hari tu?'
Erk, ampun. Tak teringat. Waktu tu bila tgk bersaf2 sejadah terbentang di tengah rumah & ramainya kita semua (ni kalau police rush, cemana agaknya dgn rule PKP 20 org minima dlm rumah. Tapi rumah mak spacious, atas bawah lagi hu hu), Mumi rasa hiba sgt.
Masa org2 lelaki takbir (tunggu yg perempuan2 mandi, bersiap & sarung telekung), Mumi rasa airmata perit sgt rasa nak tumpah. Sedihnya....
2nd time in life solat raya di rumah. Masa waktu Aidil Fitri, Pa imamkan solat kita di rumah kita, kita2 je. Aidil Adha, berimamkan Papa, kita solat ramai2 di rumah Nek Non.
Family Papa besar, terima kasih msh izinkan Mumi tumpang. Family Mumi pula, kecil & makin kecil. Dah tak ada abah, dah tak ada Dik Us. Ipar belah Mumi pun tinggal seorang. Rugi juga adik beradik sikit ni ek? Sedih mmg sedih, tapi janji Allah itu nyata. Mumi dah lihat, Mumi akuinya sgt2.
Adoi.. Mumi tak moh sesedih la. Mumi nak simpan sedikit memori yg ada sempena Aidil Adha @ 10 Zulhijjah 1441H.
Perhaps, this made them happy, so Mumi tumpang happy juga for having this courage to let go everything of the past n reach today...
Otw balik Klang, sempat singgah jumpa Ibu di rumah Dik Sah. Lupa amek gambar. Apapun, yg penting Ibu sihat, Mak pun sihat... Alhamdulillah. Moments, kalau tak dapat simpan dlm FRAN, ia tetap ada dlm hati, InsyaAllah...
The day bertolak balik kampung tu, panas terik ya ampun. Sampai Kuala Selangor, aircond kereta tak function. Dugaan sungguh. Nak teruskan rasa mcm ada yg jadi daging salai nnt. Maka berhentilah kami kat bengkel kereta. Fix the aircond dulu la jawabnya...
Betul2 sebelah Bukit Melawati, bengkel tu. Ni kalau bukan time PKPP mau juga naik jejalan kat atas tu sementara tunggu aircond selesai dibaiki. Ambil masa sejam juga kata mechanic tu... haish...
Baby tak pernah naik lagi Bukit Melawati ni. Nanti2 ada rezeki & kesempatan, PaMi bawa Baby naik ye... utk skrg, Baby posing je la dulu ya.. :-)
Smtra tunggu kereta, bagi boys minum di restoran next door bengkel tu. Dan takdirnya...
Pa showed me a banner di dinding kedai & kemudian tunjuk kpd seorang pakcik. Okay... one glance, rasa kagum, pejuang yg menulis. They started to have some conversations. Mumi perhati je sambil ambil gambar kenangan.
Bila tang buku, Mumi mmg sgt appreciate. Maka, kita belilah buku tu senaskhah, nak suruh anak-anak baca supaya timbul kesedaran & rasa patriotik dlm diri. Mumi pemalu... maka Mumi kerah Pa & Baby jadi model bergambar dgn penulisnya utk Mumi :-)
Belek-belek buku YANG DILUPAKAN ni dlm kereta, "Pa, the writer's inital is Rossem. Mcm nickname Mumi zaman sekolah la.. Rossen. Wah, Rossen met Rossem ni!"
What a coincidence. Tapi, siapa Rossem? Pa kata, Rossem is somebody terkenal yg lukis kartun. Oh, Pa tau rupanya Rossem ni. Sorry Mumi naive bab kartunis ni kecuali Ujang je. Kartun yg Mumi tau & suka cuma Popeye & Flintstone je :-)
Kita google la...
- Antara sentuhan Pak Rossem -
Pejuang cum kartunis yg pnh berguru seketika dgn kartunis veteran Rejabhad & ada Balai Kartun di Kota Bharu. Dikatakan agak kebaratan krn gaya kartunnya sgt dipengaruhi kartunis Amerika, hu hu. Bila baca biodata & testimoni, rasa kagum. Bagusnya beliau ni, byk pengalaman & warna dlm kehidupan. Mumi kagum & rasa terinspirasi pula.
InsyaAllah, Mumi akan pelan2 usaha realisasikan apa yg Mumi ingin buat dlm hidup. Sempat ke tak, capai ke tak.. janji Mumi dah usaha. InsyaAllah, Mumi percaya dgn takdir kehidupan dan janji Allah.
Kalau masa Mumi tulis diari Patin Tempoyak Gambang & 70th Birthday Ibu tadi, Mumi sdg rawat rasa down sbb 6 proposals utk Media Prima, Cikgu SP tak luluskan utk submission hari ni. Rasa mcm, awat la teruk sgt aku ni? Kekunun dah ada 4 baby books, bila tulis proposal pun kena reject dgn Cikgu SP, rasa mcm looser... huhu...
Tapi tulis utk terbit buku dgn tulis utk siar di kaca TV tak sama. Mumi sedar & faham, Mumi msh di peringkat awal pembelajaran, many steps & stages to go. Kena kuatkan semangat. Okeh, Mumi pinjam sat semangat Pak Rossem dari diari ni hu hu
Dan skrg Mumi dah happyyyyyy!
TQ la Cikgu SP bagi Mumi vitamin mlm ni! Bersemangat semula. Lega sikit dgn compliment & motivasi yg Cikgu SP bagi. Lagipun 4 proposals yg sblm ni dah lepas penilaian Cikgu SP & dah submit ke TV3/9 & Al Hijrah, Mumi dah cukup bersyukur. Apapun result di peringkat TV's channel, itu adalah proses pembelajaran seterusnya. InsyaAllah Mumi cuba kuatkan semangat. Moga juga Cikgu SP tak jemu ajar anak murid dia yg dah tua ni huhu...
Doakan Mumi ya FRAN...
#aidiladha2020
#kartunisrossem
#rosidisemail
#yangdilupakan
#cikgutaklepaskanproposaluntukmediaprima
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.