Thursday, December 30, 2021

Sweet Mumi, Nyit Papa - DIDIK

Pandemik COVID-19 menyebabkan banyak perkara terjejas. Persekolahan anak-anak juga. Didik sepatutnya ambil UPKK tahun 2020 tapi terbatal / tertangguh / tertunda. Akhirnya jadi MPKAFA pada tahun ini bersekali dengan murid-murid tahun 5.

Maka tahun ini, maternal side... Didik ambil exam sekali dengan Mimin, Fafa & Nuqman. Paternal side, sekali dgn Syakir dan Darling (rasanya... mumi ni pelupa...).

Alhamdulillah. Mimin dan Fafa berkongsi keputusan dgn Didik. Nuqman kurang satu sahaja. Paternal side mungkin belum dapat tembus website. Mmg payah nak tembus website simpeni tu since dibuka jam 11, 28 Disember kelmarin. SMS ke 15888 pun berjam2 baru dapat jawapan. Jammed :-)

Mumi dapat tgk result Didik & maternal cousins nya pun semalam. Alhamdulillah, Didik ikut jejak Babang utk UPKK/MPKAFA. Tapi Didik tak berpeluang ambil PSRA sebab dibatalkan.

Earlier, Didik selalu kata 'Mi... Didik minta maaf tau kalau tak dapat 8A. Didik rasa Didik mmg tak boleh dapat 8A...'

Mumi pun, walaupun berharap tapi tidaklah terlalu memberatkan. Apatah lagi dah tahu yang boys mmg tak mahu ke boarding school. Nak duduk juga bawah armpit PaMi :-) Plus, kerja mereka di rumah asyik main je, tak berenggang dgn gadjet & HP.

Janji ilmu yang diperolehi tu bermanfaat untuk dunia dan akhirat. Untuk PaMi tumpang ke syurga nanti...


Tapi, happiness ni tak lama... hahaha.

Tghari 29hb tu... mmg Didik dah called Mumi, minta maaf dan bagitau dia tanpa sengaja terpecahkan periuk kesayangan Mumi. Adeh... sabar je lah Mumi. Harta dunia semua tu... anak tu lah antara harta Mumi untuk akhirat. Maka Mumi tenang2 saja... alhamdulillah, tak mengamuk :-)

Tapi bila kat rumah, bila Papanya dah peluk dan kiss congratulations kat dia segala... Didik datang lagi dan cakap, "Mi... sbnrnya ada lagi satu Didik nak minta maaf..."

Hah, sudah! Apa lagi laaa ni budak bertuah ni... hati Mumi dah dup dap dup dap.

"Didik tak sengaja terjatuhkan hp kat toilet..."

Ya, skrin HPnya dah retak seribu. Allah... Mumi boleh sabar lagi dan reda sbb mmg dah few times jadi. Tapi Papanya lah yg 'hancur-luluh' hati :-)
Sabar Pa... mana lebih penting? Anak ke HP tu ke duit ke? Mumi gelak dalam sebak je la...

Adoi, budak Didik ni memang sejak dalam perut dah BERTUAH. Ada je hal dia... 

Kali ni dia bagi PaMi 8A, tapi dia pau almost RM800 la nampaknya...

Agaknya kamu ni nanti bakal jadi INSAN HEBAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT wahai Muhammad Amir Zafri, Didik si Sweet Mumi, si Nyit Papa... 


Apapun, alhamdulillah... tahniah dan terima kasih Didik dah beri sehabis baik yang kamu mampu kepada Ustaz2 & Ustazah2 kamu yang penat lelah memberi ilmu. 

Jauh lagi perjalanan yang akan membentang di hadapan kamu. Buatlah baik2, kejayaan tu bukan setakat ukuran sekeping kertas tapi sekeping kertas itu masih penting untuk menjalani kehidupan.

Apapun, ilmu itu moga bermanfaat di dunia dan juga akhirat...

Suka juga Mumi quote di sini sbg tambahan pd memori diari ini, few words dari individu yg Mumi admires untuk Babang, Didik, Baby.. dan diri Mumi sendiri juga...:

"Yes you did good in your exams because you have worked hard for it. This shows that you can achieve any academic success with hard work but you must also be a good person. When you are a good person, you shine." (Dr Imelda Bachin)



#didik
#2ndchildsyndrome
#upkk2020yangtertangguh
#MPKAFA2021
#sweetmuminyitpapa
#pecahlagiskrinhp


Wednesday, December 22, 2021

Expect The Unexpected...

Suasana sekarang berlingkar sekitar #daruratbanjir.

Pagi ni pun Mumi masih terasa penat. Walaupun rumah kami tak dimasuki air, tapi perumahan kampung sekitar kami hampir semuanya digenangi air banjir. Even my SIL di Kg Jawa masih pelan2 buat pembersihan dan clearance rumah. 

Majoriti orang yang mengalami banjir kali ini sbnrnya tak expect akan dilanda musibah ni. Sebab rata2 kawasan dah belasan atau puluhan tahun mereka tinggal di situ, tak pernah banjir. Paling tidak pun, kalau air melimpah rumah mereka tetap tak masuk air. Mungkin sebab tu ramai yang tidak ada preparation.

Macam Mumi dulu kalau rumah abah ibu, mmg dah biasa setahun 2x banjir. So, kami mmg dah siap2 prepare for the worst tiap kali musim hujan atau tarikh2 tertentu yg ada kemungkinan amaran banjir.

Sebab itu pada hari sebelum start banjir di Klang, waktu Mumi paksa Pa bawa beli barang2 dapur yang basic (sbb kat kedai dah banyak barang mula tak de), suh Pa call Mak di rumah SIL untuk ambil dia bawa ke rumah kami. Sbb air kat Kg Jawa katanya dah mula naik. Tapi Mak kata tak ada apa2 dan insisted to stay sebab Ahadnya tu adik ipar bongsu akan balik dari Melaka dan jemput dia balik ke kampung. 

Rupanya betul je Kg Jawa ditenggelami air. Dan kami tak ada kemudahan untuk redah air yg dalam tu utk ambil Mak. Bila tgk gambar yg SIL kirim di grup wasap family, tahu Mak distressed dan penat. Tahu mak cemas dan takut walaupun dia cuba sembunyikan. Mujur Sabtu pagi tu mereka dah diselamatkan dan dibawa ke Masjid, barulah kami boleh ambil mak. 

Jam 3pagi tadi waktu Atot minta keluar, hari hujan rupanya. Sampai ke pagi rasanya lebat hujan tu. Pagi ni rupanya ada kawasan dah naik air semula. Ada juga toll dan jalan yang tutup sebahagiannya. 

Mumi tadi pagi dah siap2 bawa sepasang persalinan dan isi minyak kereta penuh in case berlaku perkara yang cuba dielakkan nanti petang. Moga2 baik2 sajalah hendaknya. Skrg ni pun di luar tingkap pejabat Mumi, cuaca mendung.

Hari ni pun Mumi agak serabut. Dengan hectic kerja utk year end closing, dengan sana-sini berita #daruratbanjir yang menyayat hati, dengan khabar rumah abah ibu di SK yang bergenang air banjir, dengan ibu yang sedang ambil oksigen di klinik sebab demam dan sesak nafas, dengan mengenangkan persediaan keluarga sendiri jika jadi apa2 yang buruk nanti... semua sumbat dalam kepala Mumi.

Papa & boys pula sejak kelmarin bantu SIL berkemas, hari ni pula bantu kawannya di Kg Kuantan untuk berkemas pasca banjir. Moga2 Allah lindungi kita semua dan dengan musibah ini kita saling menjadi sandaran bahu sesama kita. Ukhwah kerana Allah.



Situasi hari ni yang jiran kirimkan. Rumah abah ibu tu dah lama tinggal, tak tau la macam mana nak uruskan pembersihan air banjir lepas ni. Moga Allah beri kekuatan...


Rasa nak terbang pi ambil Ibu sekarang. Tapi keadaan belah Klang Valley tak meyakinkan... Mumi jadi bimbang. Sekurang-kurangnya belah sana belum ada potensi air naik lagi.... insyAllah for time being Ibu lebih selamat di sana.


Atr pic awalan banjir di rumah SIL di Kg Jawa @ 18/12/2021.

The moment 4WD rescue SIL's family & MIL bawa keluar ke Masjid berhampiran.

Ini juga atr scene banjir rumah Tia di Kg Jawa Klang, one of our dept's staff hse area. Tinggi...
Puluh tahun tinggal di sana, ini 1st time... unexpected.

Mumi cuma simpan memori ini kerana mereka atr orang terdekat Mumi. Gambar2 situasi lain lebih menggerunkan, Mumi tak mau simpan di sini. Ada di mana2 saja capaian di media sosial. Mumi tak tega nak lihat sangat. Mumi tak sampai hati.

Ya, bagi yg tidak pernah mengalami.. tentu shocked dan lost. Apatah lagi lihat kemusnahan harta benda. Kalau kenderaan total lost, lagilah tak terkata. Faham... Mumi sudah melalui dan mengalaminya berkali-kali. Situasi ini buat Mumi rindu sangat pada arwah Abah dan arwah Dik Us. Rindu dengan memori masa lalu yang hanya tinggal memori.

Bagi kami yang memang sudah berkali2 dan lali, tiap kali hujan lebat kami ada 'perasaan' berjaga2 tu. Selalu cuba untuk stand by & prepare for the worst.

Bila mula hujan lebat dan amaran2 sudah mula diberikan Jumaat tu, Mumi dah kerah boys kumpul power bank & caj semua to full battery. Mumi dah kumpul lilin. Mumi dah siap peringat kat boys mana fail doc penting. Mumi dah mula stock up basic food. 

Walaupun rumah kami tak dijangkau limpahan air, apa yg akan menimpa kawasan sekeliling berpotensi menjadikan perumahan kami pulau. Cut off access pun ada possibility. Tapi jika air Sg Klang tu naik 1 meter, insyaAllah kami juga akan kena. Doa, usaha dan tawakal je la...

Cuaca masih mendung. Bendahari Mumi 2-3 kali ulang ke bilik Mumi lihat awan yang mendung ni. Takut katanya... ya... Mumi pun takut dan risau.

Sejak Jumaat lepas, Mumi nangis dan kata dengan Pa, "Mumi belum jumpa ibu lagi... dapat ke kita tengok matahari esok lagi..."

Moga Allah jaga kita semua. Ini ujian kita semua bersama. Pukul rata... mengikut bahagian masing-masing. InsyaAllah kita masih ada saudara-saudara yang prihatin dan cakna yang akan sentiasa berusaha memberikan bantuan sedaya upaya.

Dan paling penting, kita masih ada Allah melindungi kita.

#daruratbanjir
#airpasangbesarmeethujanlebatmeettempiasributfilipina
#sediabegkecemasan
#expecttheunexpected

Thursday, December 16, 2021

TAPAK Urban Street Dining bayar Misi Cari Cencaru

Malam Deepavali, 4/11/2021 tu Pa ajak JJCM. Dalam kereta dok la survey online cari tempat makan yg OK di area Shah Alam. Mumi ontok2 je sbb macam biasa bila bulan bintang dah bertugas, mata Mumi mmg dah nak lelap je.

Shah Alam malam tu crowdedJammed jalan kat tengah bandar Shah Alam tu, mujur tak stuck. Tau-tau dah parking kat satu tempat. Mumi yg berbaju kelawar, bila nak sarung cardigan baru perasan rupanya tersalah bawa T-Shirt Papa.  

"Aurat tu Mi..." bebel Babang. 
Ampunkan Mumi, Ya Allah...

1st time there. TAPAK Urban Street Dining, Seksyen 9 Shah Alam. Banyak food truck kat situ with various drinks & food. Agak ramai org tapi sebab dah agak lewat, mudah juga nak cari meja & kerusi untuk kami 6-beranak. Pa belanja makan, anak-anak happy la round the TAPAK dari satu foodtruck ke satu foodtruck.




Bagi Mumi, makanan kat sini agak pricy tapi mgkn worth d'taste & quantity. Mee goreng sotong yg Mumi makan tu rasanya belas ringgit (tak ingat exact), tapi mmg surrender Mumi makan. Banyak...

Ntah kenapa, lusanya Saturday 6 Nov tu, mengulang lagi. Adeh... mmg bukan type Mumi, tapi boleh je layan. Mumi happy kalau Pa & anak2 happy, as simple as that je.  Sesekali bolehlah... nak santai-santai midnight dinner / supper. Kalau seselalu, perut Mumi yang sebu. Mumi pulak dah lama cravings for nasi ulam :-)

Tapi, 2nd trip ke TAPAK ni Mumi tahu motifnya huhu.

Pa nak beli jiwa Mumi la tu... sbb Ahad 7/11 Pa ada trip memancing di laut. Misi Cari Cencaru. Haish! Tgh air pasang besar, dia nak pi laut. Katanya air pasang besar impaknya daratan yg melimpah. Kat tengah laut tu biasa je. Grrrr...

Dia tak tahu hati Mumi ni punya air pasang besar mana la satu hari Ahad tu risaukan dia. Alhamdulillah, he was safely home dgn sebesen besar ikan cencaru bahagian dia saja. Pengsan agih-agihkan malam tu.



Ikan cencaru ni Mumi tak reti nak peragamkan. Mumi bakar je. Kalau Pa dia suka cecah dengan sambal kicap, Mumi prefers air asam. Malam tu Pa terus minta bakarkan beberapa ekor. Rasa ikan yang baru naik dari laut sangat beza dgn ikan kat pasar atau yang dah lama. Rasanya sedap, manis sangat. 

Alhamdulillah, rezeki Allah beri walaupun hati Mumi risau je. Ditegah pun dia nak pergi juga. InsyaAllah, Allah sentiasa ada selamatkan Pa dan kita semua.



#TAPAKurbanstreetdining
#deepavalithrowback
#jjcm
#misicaricencaru

Tuesday, December 14, 2021

Consolation Prize

Petang Aidil Adha tahun ni yang lalu, kami spent masa bantu Baby lengkapkan tugasan video utk sesi sekolah kebangsaannya. Kami panggil ia Pengorbanan Aidil Adha 1422H :-)

Salah satu tugasannya ialah sesi bercerita untuk subjek Bahasa Inggeris. Papa carikan cerita pendek dengan tajuk The  Ant and The Dove. Kita shoot video apa adanya je dengan baju melayu raya je. Nak kata aim untuk menang tu, tak terlintas la.. sbb tengok kawan-kawan Baby yang lain punye video lagi dahsyat. Takat Mumi yang buat video lurus kejung lagu tu je la :-)

Objektif Mumi hanyalah untuk Baby tahu dia ada tugasan dan bertanggungjawab sempurnakan tugasan seperti yang diberi. Plus, mau beri memori & suasana kerjasama dan penglibatan keluarga untuk membantu dia. Family bonding time :-)

Tetiba, masa penggiliran seminggu PdP-seminggu PdPR tu, waktu jemput dari sekolah dia masuk kereta dengan wajah cerianya. Oooh... rupanya dapat piala.

Consolation Prize. Alhamdulillah. Walaupun cuma saguhati tapi Baby punye gembira tu yg lebih bermakna untuk Mumi. 

Terima kasih cikgu-cikgu yang tetap menghargai penglibatan dan usaha anak2 murid mereka, bagi piala begitu dan stationeries lagi. It's a motivation for kids, truly.

Tahniah Baby dapat hadiah saguhati :-)
Ulung2 kali Mumi willing amek gambar sbb Baby kata kami pakai baju warna sama :-)


Okay, its 2pm already. Mumi kena sambung keje dah... me-time sudah habis :-)


#storytelling
#consolationproze

Friday, December 10, 2021

Grading Time

Bila dah banyak kelonggaran (guided by SOP) diberikan, alhamdulillah sesi training boys utk TKD dah mula dibuat secara bersemuka tetapi masih dalam kapasiti bilangan terhad. Baby lah yg paling excited. Selalu hitung hari nak pergi training TKD.

Alhamdulillah, walaupun TKD adalah martial-art pilihan Mumi (a must coz I never give neither Pa nor d'boys any other option huhu) tapi mereka love TKD so much too. Cuma mungkin tahap penguasaan mereka agak berbeza. As for Babang, dah okay dah. Baby pun Mumi nampak potential untuk dia ikut jejak Babang. Didik... Mumi spares him for his limitation pada kaki dan lututnya. But his poomsae tetap kemas di mata Mumi.

Sparring je mgkn boys belum mampu nak kuasai. Mumi selalu berangan my boys boleh sparring macam cerita Karate Kid atau cerita yg ada Lin Quinan tu :-) 

Last Nov. 27th, they attended upgrading di Padang Jawa, Shah Alam. Dan malam semalam masing2 dah dapat result grading. Baby naik green belt, Didik naik another lever for his Poom Belt & Babang katanya dah habis level Black Belt. Ye ke bang? 

Earlier Mumi nak isi borang utk mohon SBP tahun depan for both Didik & Babang. Alih2 Babang kata Masternya ajak Babang ikut buat coaching next year, so kalau pi boarding school tak dapatlah dia buat coaching yg dia suka. Alasan sungguh la hai anak..

Bila fikir2 semula, ya la.. tak mengapalah. Biarlah mereka masih di rumah, bersekolah di bawah pengurusan & pengawasan PaMi. Mumi pun nak Didik habiskan hingga Black Belt dengan Master Fauzan juga. 

Lagipun... ini ajelah masa untuk anak2 berada dengan PaMi. Mereka lebih suka di rumah bersama kami. Nanti kalau dah habis SPM kalau perlu ke kolej, masa tu dah berjauhan. Kalau bekerja... dan berkeluarga... mungkin akan jauh juga... maka PaMi ambil waktu ini untuk berada bersama mereka. Eh sebak pulak Mumi... huhu...


Earlier, they had few F2F trainings, and boys got extra times from their Master as to prep them for the upgrading.


Grading's day @ 27 Nov. 2021. Mumi spared myself for Didik's outcome utk sesi patahkan papan TKD. Didik hanya dapat patahkan 2 dari 4 papan saja. He has tried, I know. Sampai merah & lebam buku limanya. Mungkin juga teknik punching Didik tak betul atau mmg tiada power bersama punch tu. Untuk kick pula, Mumi spared him kerana Mumi tahu Didik ada limitation pada kaki & lututnya. 

Habis sesi, he burst into tears in my embrace. Mumi peluk Didik to calm him down. Mumi tahu Didik kecewa, satunya perhaps he could'nt satisfied himself, keduanya Mumi tahu Didik tahu PaMi expect the best out of them.







Pujuk hati Didik & ala kadar isi perut kami yg dah lapar sangat tengahari tu. Zafri maksudnya kemenangan. Memang sejak kecil dia tak boleh kalah. Kalau kalah dia mesti marah, merajuk atau menangis. Tapi Mumi tahu kali ni dia nangis sebab dia hampa tak dapat perform as best as his Babang.

It's OK Didik... Mumi's proud with 3 of you. Tak ada bezanya... semua ada keistimewaan tersendiri sbb Mumi yang mengandung, melahirkan dan menjaga... Mumi  tahu...


#TKDGrading
#MohdChanChineseMuslimRestaurantShahAlam
#didiknangistakpatahduapapan

My 1st @ 15th

He turned 15 last Friday. Hari ni ni baru Mumi ada kesempatan simpan diari. Alhamdulillah.

When Pa asked 'sempat tak minta Nek Imah buat kek utk Jumaat @ 3 Dis, Mumi kata tak perlu sbb Pa dah minta Acunya buatkan utk Sabtu bila kami balik tengok Mak & Ibu serta trip memancing Pa dgn abang2nya nanti.

But then, balik keje hari Jumaat yg lewat tu... Ayong balik bawa lamb yg baru dibeli di pasaraya. Adeh... nak buat stik ke memalam ni? Mumi exhausted, nampak bantal je dah. Makanya, dgn apa saja bahan yg ada di rumah, Mumi & Kakak buatlah homemade lamb chop

Coleslow guna salad source instead of mayonis. My whipped potato tak de susu cair, mumi lenyekkan je daisy & cheddar parut. Lamb tu guna all sos yg setelah dituang, semua botol kena masuk dlm dustbin. Time to shop barang dapur nampaknya sebelum Disember berakhir. Tahun depan harga ntah jadi apa...

Pa, walaupun dia la kononnya paling stress dgn Babang, tetap tak moh miss birthday celebration of his younger version's. Itulah hati seorang bapa...



Di kampung pun, alang2 dah ada kek Acunya buatkan, raikan je ala kadar. Yang balik cuma kami sekeluarga. Ayah & Abahnya balik sendirian sbb mmg main plan mereka memancing tenggiri di laut BNO.

Tq Acu buatkan kek batik cheese for Babang's birthday plus extra kek coklat percubaan resepi baru dengan curahan coklat tornado, cream horn dan cheese tart. Oleh kerana Cheybah request nak makan ayam, kita beli KFC je.

Dan bakar 5 ekor cencaru (tenggirinya entah mana huhuhu) utk dinner '3 nelayan'.


Baby & cousins kecik... Ceybah tertidur kekenyangan... :-)

Banyak yg dah Mumi & Pa lalui sepanjang besarkan dia. Dari keresahan & kebimbangan sewaktu mengandung bila diperdengarkan teori risiko ibu hamil yg didiagnos dgn hyperthyroid crisis. Hinggalah saat nak melahirkan... dan tempoh hectic 8 bulan pertama menjaganya, Tuhan je tahu.

Setiap waktu Mumi mohon Allah selalu melindungi, merahmati & berehsan dgn anak Mumi ini. Mumi sentiasa berdoa agar Babang sentiasa dikurniakan kefahaman tentang islam, ditetapkan iman, ditingkatkan takwa & ditambah baik akhlak & peribadi.

My little young hero...
His Papa's younger version.

Semoga jadi anak soleh kami, yg dapat PaMi sandarkan harapan & kekuatan. Yang dapat sama2 menggalas tanggungjawab terhadap adik-beradiknya bila PaMi dah tak ada di dunia nanti. Yang menjadi benteng agama & bangsanya...

Semoga Allah kurniakan kamu segala bintang kebaikan di dunia hingga syurga di akhirat, Babang MASAN. Walaupun Mumi suka bebelkan kamu, walaupun Papa suka marah2 kamu... tapi fahamilah, itulah kasih sayang & cinta serta harapan menggunung kami terhadapmu...


Be good boy... be good man... 
Ambillah yang baik2 dari PaMi, sempadanilah kekurangan kami & 
dokonglah kekuatan kami di hari tua kami nanti...
Happy 15th birthday @ Dec 3rd,  sayang...


#babangturns15
#misicaricencaru
#homemadelambchop
#babang'sbirthday

Thursday, December 2, 2021

Dental Composite

About a year plus ago... boys told Mumi their Papa kicked a ball & hit Didik's face when he was so asyik main game di hp. Impaknya, sebatang gigi depan Didik patah separuh. Grrr... marahnya Mumi!

Mumi mmg tak boleh kalau jadi apa2 kat boys. Kalau Pa marah boys pun, Mumi marah Pa. Tapi kalau Mumi yang marah, tak apa... huhu... I guess semua mak-mak begitu.

Bila nak bawa ke dentist, ada saja halnya. Dengan COVID-19 la, PKP la, lockdown la... grrrrrr.

Bila masuk fasa Pemulihan hari tu, Mumi dah tak kuasa nak tunggu. Mumi tak kira! Mumi nak juga bawa Didik ke dentist, nak remedy giginya tu. Kasihan anak Mumi yang sweet ni. Sejak gigi depannya tu patah separuh, dia selalu sembunyi senyum. 

Mumi survey beberapa kaedah rawatan di klinik pergigian. Mumi tanya kawan2 kat office. I even visited a dental clinic with Pa. Akhirnya Mumi conclude untuk try dental composite berbanding crown. Sebab doktor kata, Didik masih kecil/muda so better buat dental composite dulu dengan kos lebih kurang RM300.00. 

Maka, Mumi set appointment untuk Papa bawa Didik ke Klinik Pergigian Famili Shah Alam di kwsn belakang UNISEL. Dekat je dengan tempat kerja Mumi, kalau apa2 hal Mumi boleh lari turun dari office.


Pa sent Mumi pictures of Didik... 


Didik dah boleh senyum mcm dulu2 semula. Tapi gigi tu sekejap je eloknya. La ni dah sumbing sikit kat bawah. Entah apa solid @ hard food yang dikunyahnya padahal dah pesan kena tertib & gracefully waktu makan untuk tempoh sebulan dua ni. 

Haish... Didik...

Apapun Mumi lega dah... settle satu hal Didik yang lama sangat tertangguh. After this nak kena bawa dia check mata pulak... pheww...


#dentalcomposite

Klinik Pergigian Famili Shah Alam
No 18-M, Jalan ZIRKON F 7/F 
40000 Shah Alam Selangor
+60 11-1669 1096

Wednesday, December 1, 2021

December Throwbacks

And it's December again. So fast... 

Macam jarang berjalan in December. Sebab, Disember adalah closing month di pejabat. Cuti freeze.


Broga Bliss Eco Garden, Lenggeng NS

17-18 December 2017



UiTM Sporting Campus - Fun Ride
14 Dec 2014



Friday, November 26, 2021

Kisah Atot Anthony (III)

5/8/2021, Atot balik dalam keadaan berkaki-tiga. Satu lagi kakinya tak sentuh lantai/tanah. Dah kenapa pulak anak jantan seketui ni?

Lepas sehari dua tu Mumi tak puas hati sbb Atot masih berjalan & berlari dgn 3 kaki. Mumi ambil gambar dan tanya dengan 'mak kandungnya'. Nurul kata mungkin terseliuh, suruh urut nanti lelama baik. Hmmm?

Mumi kalau 'mungkin-mungkin' ni Mumi tak berapa gemar. Lepas tu Mumi perasan kakinya bengkak pulak. Haish, tak boleh jadi. Mumi tak sanggup la tengok dia menderita sakit. Mumi minta Pa bawa kami ke Vet. Dengan pandangan & nasihat serta carrier yang Intan pinjamkan Mumi pun buat appointment dengan Vet.

7 Ogos 2021 tu, first time dalam hidup Mumi pi Vet! Pheww...

PaMi bawa ke Paw Love Veterinary Clinic di Bandar Baru Klang. Alhamdulillah, servis di situ Mumi suka & rasa selesa. Tapi Mumi tak de gambarnya... sbb masa tu PKP fasa berapa ntah, the concern jaga SOP & Atot yg restless dlm carrier tu buat Mumi tak ingat apa2 yg lain. 

Mumi masuk dgn Atot ke bilik Vet. Terangkan apa yg berlaku segala lah. Bila Vet nak mulakan rawatan, Mumi diminta keluar. Dari luar Mumi dengar Atot asyik miow-miow, kesiannya! Macam mana Mumi risau kalau bebudak ni nangis2 dulu bila di tangan doktor, begitulah juga Mumi risaukan Atot masa tu. Haish...

Rupanya kaki Atot yg bengkak tu, cedera. Macam ada luka tusukan. Vet cukur fur Atot & bersihkan luka. Vet beri antibiotik & ubat anti radang juga. Bila dah keluar dari bilik Vet, Atot monyok je dalam carrier. Penat menangis sakit kot... sian Atot.

Tu la! Sapa suruh asyik bergaduh je. Kan Mumi dah pesan, kalau nampak si Oyen tu, terus masuk rumah! Ni nak gaduh, awak tu kecik.. penakut pulak. Kan PaMi juga yang susah hati!

Atas nasihat Intan, kami tak benarkan Atot keluar dari rumah. Sebab Vet pun pesan, kena jaga sampai lukanya sembuh. Cemana pulak Mumi nak jaga sebab dia bukan reti potty kalau nak biarkan bebas dalam rumah. 

Intan suruh pinjam cat-cage dia. Anak2 bulusnya tak pakai katanya. Besar sangkar tu. Mumi pun bawa balik & letak bantal kat situ, dgn potty & bekas air serta makanan.

Tapi, as expected... Atot memang tak suka hidup dlm kurungan. Mumi hanya keluarkan bila nak suh Pa & Babang beri ubat, lepas tu masuk semula dlm sangkar. Sudahnya sepanjang malam dia mengiow minta keluar. Tak boleh tidur Mumi dikerjakannya. Tak boleh tidur bukan sebab dia bising, tapi sebab sedih kenangkan dia pun tak tidur bila asyik protes macam tu. Alahai...

Hai lah... macam nak berperang bagi Atot makan ubat. Susah betul...

Lepas 2-3 hari, bengkak kaki Atot surut dan dia pun dah mula berani guna 4 kaki. Alhamdulillah... lega Mumi lihat dia dah sihat.

Sebelum tu dalam bulan Jun, Mumi tengok tangan Atot ada macam kesan melecet kemerah-merahan. Dah kenapa pulak? Susah hati Mumi. 


Intan kata takut kena Sporo. Mumi pun google...


Haish... Mumi pun guna minyak kelapa dara yang dulu Dik Sah beri sebotol besar beli masa dia kerja kat Arab. Minyak tu Mumi guna untuk rawat kulit Babang waktu dia kena PLC dulu. Mumi pun istiqamahlah titis minyak kelapa dara tu kat kulit Atot yang melecet dan kemerahan tu.

Alhamdulillah, lama2 baik. Terima kasih Allah!

End of October baru ni pulak, tetiba Atot monyok. Asyik masuk menyorok bawah katil Didik. Makan tak nak, minum tak nak. Dah kenapa?

Papa kata, dia ada tanya2 dgn Faiz (tuan kandung Atot). Faiz kata kucing2nya yang lain  pun begitu tak mau makan & minum. Tanya dengan Intan, Intan pun sama kata anak2nya tak berapa lalu makan.

Haish, dah kenapa? Memang ada musim2 yg kekucing ni semua hilang selera makan ke apa? Mumi bab2 kucing ni mmg zero-knowledge la...

Day by day, Mumi tgk Atot makin lemah. Asyik menyorok bawah katil. Bila jalan pun, Mumi tengok dia huyung hayang. Kadang2 asyik bersin. Mumi tak kasi Babang mandikan lagi si Atot tu  takut dia sejuk kena selsema ke apa ke...

Intan kata kena bawa vet takut2 kena penyakit Parvo. Apa pulak la penyakit Parvo ni. Masa tu pula Papa non-stop dgn site ceiling-jobnya. Mumi kena ikhtiar cara lain sementara tunggu Papa free.

Borak2 dgn Intan, Intan suruh datang ambil satu supplement untuk kucing yang dipanggil TF. Transfer Factor. Ini untuk cat immune booster. Mahal supplement ni, sebotol harganya ratus2. Tapi hari tu Intan beri beberapa kapsul, katanya dia belanja Atot. Baiknya Intan.... semoga Allah sentiasa rahmati dan kurniakan yang baik2 untuk Intan sekeluarga.


Bukan mudah nak jaga pet. Jaga tu antara kategori istilah bela vs pelihara yg Mumi percaya ada beza. Kalau pelihara, kita ambil berat tentang keselesaan dia, kesihatan dia. Which is rumit & renyah la juga. 

Mumi tak boleh bela kot... sbb Mumi tak sampai hati tgk kucing2 tu duduk dalam sangkar je, tak bebas. Atau tidur atas lantai & tanah. Mumi tak boleh tengok kucing2 tu comot2. Mumi tak sampai hati tengok kucing2 tu termenung kat luar sendirian. Mumi sedih...

Mumi percaya kucing2 tu pun pasti nak tempat yg selesa, at least kita sediakan alas tempat tidurnya. Tak lah dia tidur merata2. Especially ibu kucing yg sedang menyusu anak. Kesian ibu n babies tu baring je atas simen yg berhabuk n berpasir tu. Mumi mmg tak boleh tengok gitu. 

Sebab tu lah selama ni Mumi mmg sebolehnya tak mau bela apa2pun... sbb Mumi sedar Mumi ni 'senget' sikit. Semua benda nak ambil berat sampai tak larat hati menanggung. 

Hari ni hari akhir & kertas akhir (Bahasa Arab) Didik menduduki MPKAFA, penilaian yang menggantikan UPKK. Sementara tunggu Didik selesai sek. agamanya jam 630 nanti, Mumi share 2nd diari Atot ni di sini. Or else.. ntah bila la Mumi ada kesempatan.

And Atot sebenarnya kat rumah tu cedera lagi satu kakinya. Tapi Pa & Babang dah Mumi suruh beri antibiotik utk elak bengkak. Malam tadi bagi TF. Tadi pagi nampak dah boleh pijak sikit2 kakinya. Atot... Atot... Penin Mumi dengan anak jantan seketul ni...



Kisah Atot Anthony (II)

Last few months, Atot Anthony tak balik rumah almost 2 minggu. Mumi susah hati Tuhan je tahu. Setiap hari kekadang termenangis tak semena-mena. Kadang tidur malam, Mumi akan terbangun jam 2 pagi, 3 pagi, 4.30 pagi, buka pintu panggil2 nama dia, kot2 dia balik. Tapi tak ada... Mumi sedih. 

Weekend, pepetang Mumi naik motor dgn Pa cari Atot di seluruh kwsn perumahan persekitaran. Di taman kami mmg langsung tak nampak kelibatnya. Intan kata takut dia sesat sbb jalan jauh cari girlfriend. I don't think so. Selama ni Atot tu rumah Intan tu pun dia tak pernah sampai. Dia tu penakut...

Kat manalah Atot... apalah dia makan sbb Mumi teringat dia tu makan memilih. Kat manalah dia tidur sebab Atot suka tidur dlm keadaan selesa. Tak keruan hati Mumi. 

Satu hari waktu balik kerja, di u-turn Jusco tu ada kucing mati kat divider tgh highway tu. Terus Mumi nangis. Entah2 Atot sebenarnya dah mati kena langgar sbb tu langsung tak nampak kelibat dia.

Satu malam, Mumi nangis & bisik, "Atot... Atot kat mana? Mumi susah hati ni... balik lah Atot. Paling2 pun datanglah dlm mimpi Mumi, bagitau keadaan Atot cemana..."

Allah... malam tu Mumi mimpi buka pintu & nampak Atot sdg tunggu je kat depan pintu tu. Tapi Mumi tak ingat dia masuk ke tak. Mumi tak tahu nak tafsir mimpi tu. Hari2 Intan je la yg jadi kawan mendengar luahan sedih Mumi. Ginilah yg Mumi rasa bila kucing Mumi tetiba hilang waktu Mumi belum kahwin dengan Pa dulu, yg menyebabkan Mumi trauma dan 'tobat' tak mau ada pet, especially kucing.

Satu malam, rasanya genap 2 minggu Atot hilang, Mumi terbangun mcm biasa dlm jam 4pagi. Mumi buka pintu & panggil2 nama dia kot2 dia balik. Tapi... tak de juga. Mumi hiba. Mumi amek wudhu n nak solat tahajud mcm biasa. Baru je nak angkat takbir, Mumi dengar bunyi 'miow', sekali je... perlahan sesangat. Mencicit Mumi pergi buka pintu.

SubhanAllah! Atot melangkah masuk dgn lemahnya, kurusnya... Mumi terjerit tetengah dinihari tu. Happynya Mumi, bersyukurnya Mumi, leganya Mumi! 

Atot terus pergi tempat makanan dia macam selalu. Cecepat Mumi bagi dia makan. Dia makan lahap, mcm kelaparan sangat. 


Dan pagi tu dia cari Babang. Tidur dengan Babangnya sepagian. Seharian sebenarnya dia tidur ikut suka hati dia beralih tempat. Nampak letih sangat. Atot pergi mana? Dua minggu Atot tinggalkan Mumi... susah hati Mumi...

Atot mmg lebih sayangkan Babang. Babang pun mmg sangat sayangkan Atot. Mumi terbaca yang pelihara kucing baik untuk anak-anak. Dikatakan anak yang ada ikatan emosi yang kuat dengan kucing akan memiliki kualiti hidup yang jauh lebih baik samada di sekolah atau di rumah.

Dan memang Babang-Didik-Baby sangat sayangkan Atot. Mumi pulak, memula tu terpaksa ambil berat kebajikan Atot sebab bonding antara Boys-Atot ni. Sayang, sayang juga tapi biasalah.. budak manala tau jaga kebajikan kucing. 

Mumi pulak mmg deep dgn empathy. Mumi risau kalau2 Atot lapar ke, haus ke, tak selesa ke... kadang risau kalau tgk dia sakit tak lalu makan, atau cedera bila bergaduh. Sebolehnya Mumi nak Atot comfortable. Lelama Mumi jaga Atot seolah2 anak lelaki ke-4 Mumi pulak. Grrr...

Atot ni pulak bukanlah kucing kami sepenuhnya sebab tuan sebenarnya adalah jiran sebelah rumah. Tapi mmg diorang pun tahu Atot lebih suka ke rumah kami. Apa yang buat Mumi tersentuh & macam yg Kak Sham (di pejabat Mumi) kata, dia tuju rumah kami seolah2 here is where he belongs to... Mumi rasa a blessing sangat.

Cuma Mumi takut tak dapat jaga Atot dgn baik sebab Atot bukan jenis pet yg nak duduk di rumah. Bukan jenis indoor. Atot ni mcm hibrid indoor & outdoor. Dia free soul cat. Dia tak mahu buang air dlm tempat yg disediakan. He wants to go out n play n have his life. Mumi takut dia susahkan jiran2... walaupun byk kali dah pesan dgn dia supaya behave.

Kalau dah outdoor tu, biasalah... bergaduh la bagai. Kang balik, kaki hencot2. Nanti Mumi simpan diari tentang itu :-)

Dan Mumi susah hati juga bila nak keluar bermalam di kampung @ ke mana2, manalah dia nak duduk & makan. Nanti Mumi diarikan pengalaman hantar Atot ke rumah Mommy Intan bila kami balik kampung awal2 sempadan daerah dibuka.

Masa lockdown dah kunun2 nak hujung dulu, Pa dah buatkan dia 'homestay'. Persediaan untuk train Atot supaya ada tempat rehat n makan sementara tunggu kami balik dari kerja atau sekolah. Tapi dia tak moh pun pandang. Masuk apatah lagi.. adeh.. penin Mumi.



"Cat chooses us, we don't choose them'
(Kristen Cast)

#AtotAnthony(I)

Tuesday, November 23, 2021

November Throwbacks

Bila sempadan negeri dah dibuka sepenuhnya, ramai orang ambil peluang ni bukan takat nak pi balik jenguk mak ayah di kampung, ber-reunion dgn family, tapi ramai juga yang gunakan masa ini untuk bercuti.

Tapi PaMi ambil keputusan untuk relax dulu. Dari dulu pun kami tak berapa gemar berjalan & bercuti bila crowded sangat. Mumi akan jadi lebih penat berjalan kalau terlampau ramai orang keluar dan jalan yang jammed.

Juga, untuk avoid risiko C-19 (semampu kami), kita postpone la keinginan nak berjalan & bercuti. InsyaAllah, bila dah reda sedikit baru kita cuba jalan-jalan ya anak-anak Mumi... kesian juga diorang asik tanya bila nak gi jenjalan.

Makanya, untuk waktu ini kita jalan-jalan dalam kenangan la dulu.

Check... November ini, pada tahun2 yang lalu...


8 days WPF1002's Travelog

Mengelilingi separuh Semenanjung...
25 Nov - 03 Dec 2011

I miss this soooo much.... 

1st aim Mumi bila ada rezeki nanti, kita pusing lagi Semenanjung. Mumi  teringin nak tidur dalam khemah je, adventurous la kunun. Tapi Papa tak moh... sbb dia perlukan 'rest-room' yang up to his standard :-)



Tiara Beach Resort, Primaland PD
07-09 November 2014

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Mak Lijah (MIL Dik Sah) yang telah kembali ke rahmatullah (2021).


Bila la dapat jalan2 dgn semua2 lagi...


Gold Coast Morib Resort
23-25 November 2015

Fixing d'broken heart...

Broken heart is painful, but let the time heals it with Allah's blesses...



PB Family Fun Day
Qashrina Resort, Melaka
4-5 November 2017



#cuti-cutinovember
#mumisakitbelakangkepaladahbbrphari
#countingdaysforpa'sboostertapimumiworries

Monday, November 15, 2021

Vaccine for Schooling

Hari ni hari pertama Mumi hantar ketiga-tiga boys ke sekolah bersekali. Kalau minggu sebelumnya cuma Baby & Didik bergilir shift ke sekolah agama. Rutin harian biasa yang akan bermula. Tengahari tadi Mumi tumpangkan kawan Baby yang tertinggal bas sekolah dari sek agama ke sek kebangsaan. Memang tahun2 sebelum ni pun begitu. Kalau ada yg tercicir kenderaan, ustaz/ustazah akan tanya kalau2 Mumi boleh bantu bawa. Tentulah boleh... takkan la Mumi sampai hati tak mau bantu.

Oleh kerana beg Baby di seat belakang & Mumi perlu cari parkir utk settlekan Baby & tunggu Didik, maka Mumi dropped kan dulu gegurl tu di sekolah. Mumi dropped dia betul2 di laluan pagar terus masuk ke dalam sekolah & Mumi pastikan sendiri mata Mumi melihat dia melangkah masuk ke capaian guru di pintu pagar. Kes viral kemalangan anak tahun 1 di Sepang semalam, walau bukan yg pertama kali.. masih ada dlm kepala Mumi. Mujur saja Mumi mmg elak dari membaca @ melihat videonya. Kalau tak, maunya Mumi melalak seminggu. Tak apalah, takdir & bahagian kita tak serupa. Mumi yang hanya orang luar mendengar pun macam nak gila, apatah lagi kalau hati & bahu yg diuji, lagi lah... syurga jua tempatmu duhai anak... moga Allah permudahkan jua segala urusan orang2 yang diuji. 

Sekolah bersemuka dah staggeredly bermula. Moga baik2 saja untuk anak2 & kita semua. Babang & Didik dah complete vaccine. Bila tiba giliran program vaksinasi anak2 sekolah hari tu, honestly Mumi susah-hati. Anak Mumi itu je la 3 orang. Belum sempat dipanggil utk program vaksin di bawah kelolaan sekolah, UiTM dah panggil dulu. Ketika dapat appointment di Hospital UiTM, Puncak Alam... Allah je tahu hati Mumi. Tapi Pa's positivity & pertimbangan Mumi, Mumi tawakal & mohon pd Allah agar dikurniakan yg baik2 saja untuk kita semua. Mumi berharap & percaya ada ramai orang2 baik di dunia ni. Dan setiap sesuatu tu Allah juga yang melorongkan dan mengizinkan, InsyaAllah...


1st dose Pfizer @ 30 September 2021.

Masa ni, Mumi punya bimbang Tuhan je tahu. Pa yg accompanied boys naik, Mumi jaga Baby kat bawah je. During observation, boys okay je kata Pa. Dalam kereta pun nampak okay. Cuma Didik kata dia start panas badan dlm kereta otw balik tu tapi dia tak cakap. No wonder dia baring kat seat belakang. Tapi sampai rumah, dia bounced back. Cuma Babang melepek sikit hingga 2nd day. Katanya sakit perutlah, badan tak bermayalah... risaunya Mumi. Bagilah ubat demam, vitamin C & jaga makan minum mereka. Mumi mohon sangat kat Allah moga baik2 je.... Alhamdulillah, they've passed that phase. 

2nd dose Pfizer @ 21 Oktober 2021.


Bila tgk balik gambar2 ni, rupanya mereka bertiga ni sarung baju yg sama seperti mereka hadir utk dose pertama. Adeh... coincidence sungguh. Beza pada cap Babang je. Dan kali kedua ni mereka dah tak mahu bawa sweater walaupun Mumi takut mereka sejuk.

2nd dose tu, Babang kata tangannya agak sakit, tak berapa boleh angkat. Didik pun kata tangannya, tempat suntik rasa sakit. Okay, kiranya itu standard. Alhamdulillah, selain tu tak ada kesan sampingan yg obvious sgt. Masih seperti biasa.

Lepas vaksin, lapar kata boys. Dine in sekejap di Marry Brown Puncak Alam je...
lalu saja mereka makan.

Tinggal Baby saja  yg belum vaksin C19. Mumi harap2 biarlah dulu... Papa pun sepertinya sependapat dgn Mumi kalau kami belum perlukan vaksin C19 utk Baby. Perhaps kami akan postpone jika mmg kena ambil sbb Baby masih kecil lagi...

Ya Allah... peliharalah anak2 Mumi & anak2 yg lain yg menerima vaksin C19 ni. Mereka nak bersekolah, menuntut ilmu yg moga2 berkat & bermanfaat utk dunia & akhirat mereka. Jaga mereka ya Allah...

Semoga terus sihat ya anak2 semua. 


#COVID19vaksinanaksekolah
#Pfizer
#backtoschool

Friday, October 29, 2021

Jatuh, MIL dan IC Didik...

Salam Jumaat 22 Rabiul'Awal 1443H. 

Me time Mumi skrg ni di pejabat sbb long lunch break :-) Maka Mumi pun jumpa lah FRAN after so long busy yg amat dgn kerja2 di pejabat & kehidupan.

Oh ya, Mumi terjatuh di dapur 20/10/21 petang. Pipe leaking dlm konkrit kat kawasan sinki tu. Meresap ke pengalas kaki. Udahlah lutut Mumi belah kiri ni mmg bengkak & sakit dah seminggu. Tambah pulak jatuh tergelincir, terhentak pula di lantai tiles tu pd lutut kiri juga. Aduhai... sudahnya 2 hari Mumi be away from office. Effect pinggang n urat leher terus. 

Coincidence 21hb tu hantar boys utk 2nd dose, maka Jumaat tu terus cuti je la sbb kebetulan Mak pun ada di rumah since Rabu sbb Muzila balik Melaka. Dapatlah spent masa dgn MIL. Bukan selalu... kalau tak sebab jatuh tu, agaknya Mumi susah juga nak tinggalkan office. Nanti kesian pulak Mak boring di rumah.

5 hari mak di rumah kami. Biasanya akan bergilir dgn my SIL. Tapi since SIL demam n selsema, we didn't allow mak ke sana. Langkah berjaga2 walaupun her test kendiri result negative C19 hu hu. 5 hari tu walaupun kaki n badan semua sakit, alhamdulillah Allah beri Mumi kemudahan uruskan Mak yg kebetulannya kedua2 kakinya pun bengkak. Spend lots of time dengar Mak bercerita. Banyak Mak bercerita seolah2 nak keluarkan semua cerita dlm dadanya... tapi Mumi rasa puas entertain dia begitu. 

Esok lusa, kalau Mumi diizin Tuhan bermenantu... harap2 menantu Mumi akan sayang n jaga Mumi juga. Mumi sayang MIL, tapi Mumi ni penakut. Mumi rasa kecil n rasa diri ni menantu yg serba serbi kurang, ya la.. Mumi ni dah la mokmok tak comey, tak pandai masak segala, sebab tu Mumi jadi segan & be more reserved. Tapi kalau MIL di rumah Mumi, Mumi akan pastikan dlm keupayaan Mumi, MIL sentiasa terurus, selesa & tenang hati. 

And for few days, Mak dikunjungi sbb Mak tak larat nak jalan2 ke mana2 sbb kakinya bengkak... 
Bila tengok MIL, Mumi teringat Ibu juga... tapi tiap kali Mumi call Ibu, she sounds okay & happy di Sekinchan. Mumi pun happy for her too...


Didik pula genap berumur 12 tahun pada March 28, 2021. Tapi disebabkan PKP after PKP after PKP, sudahnya lambat lah PaMi ke JPN utk daftarkan kad pengenalan Didik. 

Ketika ketidaktentuan PKP few months ago, Mumi godek-godek juga website JPN dlm bulan July ke Ogos ke, lupa dah. Buat janjitemu di UTC Shah Alam je. Pheww masa tu semua tarikh dekat2 dah fully book. Kesiannya Mumi...

1s time Mumi dpt tarikh Oktober end. Jauhnya tarikh... tapi Mumi tersalah tarikh beri pada Papa & Didik n mereka pergi awal dari tarikh sebenar. Makanya Mumi dah tak moh tarikh tu. Mumi pun batalkan & isi semula. Dapat tarikh awal 28 September 2021. Alhamdulillah...

Settle dah Didik menjadi warganegara Malaysia yg ada kad pengenalan :-)

Dah besar dah anak Mumi ni.... dah ada IC ni, dah boleh kahwin ke Dik? :-)


Didik sekarang dah tinggi menggalah. Rasanya dah separas Mumi je dia. Tengok anak2 yg dah lebih besar dari PaMi ni... Mumi rasa.. adoi... waktu Mumi kat dunia ni tinggal sikit sangat lagi...

Ya Allah... jaga anak2 Mumi ya... Babang Didik Baby... kurniakanlah segala kebaikan, kasih sayang dan keberkatan-Mu buat anak2 Mumi ya Allah. Selamatkanlah anak2 Mumi di dunia & di akhirat. Sesungguhnya Mumi sentiasa reda dengan anak2 Mumi...


#milindhouse
#didikdapatkadpengenalan
#jatuhdidapur

Friday, October 15, 2021

Qada Raya 2021

Semalam balik kerja, jalan agak lengang. Cepat je Mumi sampai rumah. Hari ni office pun lengang. Mungkin dah rama yg rentas negeri balik jumpa ibubapa yg lama tak jumpa. Ya, rentas negeri dah dibenarkan hu hu. So... lunch break ni Mumi rentas masa sekejap jumpa FRAN la :-)

As for us, we're Selangorian. Maka tak de lah excited mana nak rentas negeri. Tapi, walaupun sama negeri, sebelah Pa baru last weekend semua berkumpul di rumah mak di SB bila semua age 18 above dah lengkap vaksin. Itupun Mak requested utk semua balik, masak2 macam sambut raya. Dan pakai baju raya...

Sbnrnya waktu grup wasap family Pa sebut ttg request Mak utk semua balik beraya, Pa worry ttg Mak... tapi... insyaAllah tak ada apa2. Semua atas ketentuan takdir Allah. Dah lama sgt semua tak berkumpul di kampung, raya bersama pun tak, sebab tu la Mak request begitu...

Ibu pula bila tahu kami nak balik 'beraya' ke SB, dia pun nangis nak ikut. Sebab nak minta kami drop kan di rumah Dik Sah di Sekinchan. Ya, Ibu dah rindu cucu2nya di Sekinchan tu. Makanya Sabtu pagi 9 Oktober tu Naha sampai bawa Ibu ke rumah kami. Tak boleh nak halang atau tangguh dah keinginannya nak ke rumah Dik Sah. Ya lah.. kami sampaikan je hajat Ibu :-)


Sabtu tghari potong seekor kambing, sponsored by family Bang Em, perhaps juga sempena promotion K.Mah :-) Kami tak sempat sampai utk lihat sembelihan. Pa ada appointment dgn client pagi tu, bukan salah Mumi ye :-) 
Sbnrnya pun Mumi pagi tu sibuk uruskan Atot ke hotelnya :-)
Barbeque malamnya sambil kids main bunga api & mercun.




Sambil sambut birthday Decemberians juga. Rasa mcm bebaru ni pun dah potong kek juga, berapa kali mau jamak birthday pun tak tau hu hu. Bertuah sbb baker & bakery mmg in d'house :-)


Panas lit-lit tghari tu nak susun kedudukan photoshoot raya :-) 
Mumi dah peluh-peluh... redhokan je la... huhu...

Photoshoot ikut keluarga :-)
Dah besar anak-anak. Tak sangka Mumi dapat sampai ke umur mcm ni  & dapat tgk momen begini, 
tak lama lagi Mumi tumpang sambut menantu2, insyaAllah huhu...
We're all there... doa bertahun yg mcm jadi nyata... Alhamdulillah...

Anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu, cucu2 menantu, cicit Mak @ 2021


Selamat Hari Raya Aidilfitri ft Hari raya Aidil Adha 2021 
yang 'diqada & dijamakkan' di bulan Rabiul Awal 1443H :-)



Lama tangguh bagi duit raya demi nak tunggu raya bersemuka juga huhu... 


- Remember d'moment, cheris d'story & celebrate this life coz life is a collection of happy moments -

Friday, September 17, 2021

Ada Baby dalam Perut

Hari ni Mumi WFH. Tapi disebabkan ramai yang ambil cuti sempena Fasa 2 kehkehkeh, Mumi pun relalah masuk juga ke pejabat utk cover apa yg perlu. Lagipun petang nanti kami ada Exit ISO Audit. Betterla Mumi masuk ke pejabat selepas clearkan urusan di rumah utk tinggalkan Pa & anak2 sekejap.

Mumi ada banyak nak tulis... tapi waktu rehat ni Mumi plan (plan je, entah berjaya ntah tak) nak habiskan my 6th course in Percipio. Ini antara tugasan PnP yg terpilih bagi tahun 2021-2022, attend & take exam dan habiskan training hours yang diwajibkan. Utk 2021, dateline adalah 10 Disember 2021 dengan 22 courses (with exam) to attend. Mak aiiii pengsan Mumi...

Mumi baru selesai 5 courses (satu course scored 100%, the rest dapat 80 plus je, markah lulus 70). Itupun bertatih2 menyambil dgn urusan dan kerja hakiki. Kursus yg ke-6 ni Mumi start since 10 September. Sampai hari ni belum sempat nak habiskan. Ada je yang interrupt fokus Mumi. Maka Mumi ingat nak selesaikan hari ni. Tapi dah ada pulak tu PnP yang completed semua. Serius lah?

Oleh sebab itu hari ni Mumi jumpa FRAN sekejap je la ye FRAN...

Mumi cuma nak simpan moment ni. Awal pagi tadi masak utk lunch Pa & boys sebelum Mumi ke pejabat. Mumi masak yg simple je, sup ayam ala Thai mix Mumi dengan goreng ikan (supaya Anthony boleh makan juga). Last sekali Mumi goreng sayur campur.

Bila Mumi nak belah si Capsicum tu, Mumi terkejut sikit sebab ada baby dalam perut dia...


Mumi tak tahula kalau perkara ni biasa dan dah selalu orang lain jumpa. Tapi... Mumi baru pertama kali ni potong Capsicum dan jumpa Babynya dalam perut.

Dulu2 Mumi tak suka rasa Capsicum atau Lada Benggala ni. Tapi since PKP started last year, entah kenapa Mumi wajib ada stok Capsicum ni dalam freezer. Mumi suka letak dalam sayur goreng sebab mereka cantik & warna-warni : merah, kuning & hijau. 

Selalunya Mumi amek yg merah je. Sbb boys tak makan pun Capsicum. Kalau Mumi letak dalam kuah spagethy pun, alamatlah boys tak usik kuah tu. Jangankan capsicum, kalau Mumi letak sosej pun mereka bising. Jangankan sosej, kalau si kakak yang masak spageti pun budak2 ni komplen 'siapa masak? tak sama rasanya.' Mereka tetap mau Mumi juga yg masak kuah spageti tu ikut cara Mumi yg asal tanpa ubah2pun resepinya. Adeh...

Sebenarnya bila tengok baby Capsicum tu, selain Mumi rasa ia comel, Mumi pun rasa kesian pulak dengan dia... sampainya hati Mumi belah perut dia yg sedang ada Baby  di dalamnya. Maafkan Mumi ya Capsicum yang cantik...

Capsicum ni kalau baca kat Google, berasal dari kawasan Mexico yg merupakan negara pengeluar utamanya. Kat Malaysia pun ada ditaman - contoh kawasan penanaman utama di Cameron Highland, Kundasang (oh my... I miss Sabah... hopefully we can once again be there), Lojing Kelantan & few others.

Capsicum yang biasa Mumi nampak kat market warnanya merah, kuning & hijau. Rupanya ada warna putih, coklat, oren, ungu dan hitam! Seriously? Mumi nak cari Capsicum Hitam la hu hu...

Apa khasiat Capsicum?

(1) Kurangkan tahap kolestrol & rendahkan tekanan darah
(2) Mampu tingkatkan kadar metabolik tanpa naikkan tekanan darah & kadar denyut jantung
(3) Bantu kurangkan berat badan
(4) Ada Vitamin C yanng bantu serap zat besi serta cegah anemia.
(5) Rangsang peredaran darah & tingkatkan aliran darah.
(6) Legakan kesakitan ulser
(7) Kandungan karotenoidnya mampu bantu penglihatan yang sihat
(8) Bantu hasilkan kolagen bagi mendapatkan kulit sihat & anjal
(9) Mengandungi antioksidan dan fitokima yg dapat bantu kulit kekal muda.

Wah wah wah... banyaknya khasiat Capsicum. Hmm... nnt Mumi nak cari benih la, nak tanam kat OMG. Dah lama Mumi tak bercucuk tanam ni.. sejak ada WFH & PdPR boys ni mmg tersangatlah busy & hectic & letihnya.

Kalau tanam sendiri boleh makan banyak2. Kalau beli.. erk... mahal tu harga Capsicum ni... mahallah bagi Mumi... so beli pun takat nak guna cecomel je hu hu.

Okay, Mumi nak solat zuhur sat lepas tu kita attend Percipio sebelum masuk ISO Audit Exit jam 3.30 pm nanti.

Oh ya... hari ni Pa dapat Solat Jumaat di masjid... dia happy sgt... alhamdulillah... semoga Allah masih terus melindungi kita semua.


Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


#capsicum
#babycapsicumdalamperutmakcapsicum
#percipio
#PPNFasa2

PAGEVIEWS