Monday, October 31, 2022

Rindu Madinah Al-Munawwarah 31-10-2019

 Hari ini, 3 tahun yang lalu...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ





Mumi tulis diari ni bila FB pop up memori waktu Mumi share postings Wira Saujana ni pada 17/11/2021 awal pagi sblm Mumi mulakan kerja. Pagi 17/11/2021 ni waktu hantar Baby & Didik ke sekolah, hujan agak lebat... Alhamdulillah...

Waktu Mumi tulis diari Hatiku di Haramain pd 2019 tu, tarikh2nya mungkin tak tepat sbb bila tiba di sana, Mumi tak teringat pun nak rekod log aktiviti. Yg Mumi tahu Mumi ada di Tanah Suci dengan matlamat yang satu. Tuju redha & keampunan Allah. 

Ya, Mumi takut. Takut kalau dosa-dosa Mumi yang menggunung diperlihatkan balasannya di sana, dihukum di sana. Kena hukum di dunia pun Mumi dah takut rasa nak tercabut nyawa, macam manalah nak hadap hukuman di hari pembalasan nanti.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang.

Allah... ampunkan Mumi ya... ampunkan suami Mumi, anak-anak Mumi, ibubapa dan mertua Mumi serta seluruh kaum keluarga, muslimin dan muslimat ya Ya Allah...

Mumi auto-sharingkan diari ni, semoga ada umur Mumi untuk lihat diari ni publish dlm FRAN hari ni...

Sesungguhnya Mumi rindu...

#hatikudiharamain
#madinah
#wirasaujana
#rindu

Friday, October 14, 2022

Adhoc GDD @ Sri Pentas

Sebenarnya last week, motivasi merudum. Tak tau kenapa. Lately cepat bosan dgn persekitaran kerja di pejabat. Tanda2 burnt out. Rasa rindu nak tulis skrip, tapi RTM belum keluar result utk latest pitching. Proposals lain pun belum tahu untung kelapa @ untung sabutnya. 

Mumi pun kata pada Tuhan, 'Mumi boring la Ya Allah... bagilah Mumi apa2 perkara yg menggembirakan...' hahaha... Mumi memang selalu begitu. Kalau orang tengok, mungkin orang akan kata Mumi tak waras sbb kekadang, kat memana, bebila... Mumi akan bercakap sesorang. Sebenarnya Mumi sdg 'doa' atau mengadu hahahah

Sekali, terbangun jam 5 pagi Isnin, 10/10/2022 tengok ada mesej dari coach Mumi. Bila diberi adhoc assignment utk GDD, tetiba tak tahu smd nak nangis takut @ nak happy. Tak tau smd itu menggembirakan @ mengerikan hahahaha.

Assignment yg coach minta Mumi bantu ialah, sinopsis penuh utk 1 jam setengah tayangan drama bagi 4 episod untuk 4 cerita bagi 4 watak berbeza. Keseluruhan episod & watak utama ada 7, Mumi volunteer untuk bantu 4 sbb kasihan pd coach yg masih tak sihat & alami writer's block.

Bila dapat assignments Isnin almost tengahari, spjg petang pi Shah Alam cari baju warna baby blue sekeluarga ikut tema kenduri kahwin Yah 22 okt ni, nanti terus jadi baju raya tahun depan je. Balik dah penat... tengok laptop pun blank. Malam, baru nak duduk depan laptop, Pa & anak2 ajak pi dinner santai di Tg Harapan. Weh! Mumi nak kena siapkan 4 sinopsis utk submit esok paginya Selasa tu! Udahlah hari bekerja tu, adeh.... takut tak de harapan 4 sinopsis Mumi nak siap! Rabu pagi dah kena pi meeting di TV3!

Sepanjang malam kelintang kelintung dpt 3 sinopsis rough. After midnight dah tak boleh tahan. Pa & baby kena tido dgn lampu bedroom terbuka. Mumi tidur-bangun-tidur-bangun siapkan & touch up 3 sinopsis mcm zombie. 4.30a.m. terbangun lagi sbb sinopsis ke-4 tak datang2 ideanya. Mata segaris, otak mengantuk tapi jari kelintang kelintung taip ntah apa2... by 5am something Mumi email pd coach seperti yg dijanjikan. 5.30am... Mumi terlentang dan 'Ya Allah, Mumi minta tidur untuk 20 minit je lagi sebelum bangun utk subuh & bersiap pi kerja & hantar anak2 ke sekolah. Nanti kejutkan Mumi ya, Ya Allah...'. Lepas tu Mumi pun lelap!

Malam tu si Ginger pulak jadi peneman sblm Mumi angkut laptop ke bilik tidur...

Untuk meeting Rabu 13/10/2022 pagi, Coach nak Mumi ikut sekali meeting dgn TV3. Minggu busy di pejabat, Pa pun busy kat ceiling site. Mumi pun fikir2 cane Mumi nak lari ke TV3. Timbang tara atr kesulitan-keinginan-nak bantu coach, Pa arranged Yazin, his cousin grabkan Mumi dari office ke TV3. 

Dalam keadaan hujan sejak awal pagi almost every places, jalan yang jammed.... Mumi & coach sampai just on time je. Kesian Yazin kena reroute laluan & masuk antara jalan perumahan untuk make sure Mumi sampai on time. Tq Dik...

Dan tadaaaaa... akhirnya selesai meeting dengan TV3 bersama coach SSAG & director Heykal Hanifah. Wah... Mumi sangat excited dapat pengalaman baru yg kedua ni!

Nak balik tu, coach Mumi suruh bergambar dulu depan Sri Pentas. Hahahahah Mumi ketawa sebab segan... biasanya Mumi tengok je gambar2 penulis2 skrip hebat bergambar depan Sri Pentas setiap kali mereka pitching @ meeting. Tak sangkanya Allah kurniakan Mumi perkara yg menggembirakan ni... 

TQ Allah sebab selalu sayang Mumi! Mumi sayang Allah!  


Kalau sesiapa yang tengok NUR pada senyum Mumi ni pun dah boleh tahu 
Mumi sedang bahagia sangat! Hahahahaha

Tq Coach SSAG yang comel! Sebab selalu baik hati beri sedikit ruang & peluang untuk anak murid dia yg sgt clingy & serba tak tau ni untuk belajar & bermimpi... 

Mumi tak sabar nak mulakan tulis skrip ni! Huhu... azam dulu, usaha kendian hahahaha


#1sttimedisripentastv3
#7episodGDD
#sambilbantucoachsambilbelajar

Check Up & Hari-hari Yang Dipermudahkan

11 Oktober Mumi attended endocryne check up di HSA. Last visit was June 8th. Prior to this visit, Mumi has been scheduled for thorough blood test.

Alhamdulillah, my T4 hormon, cholestrol jahat & everything (heart, kidney etc etc) showed good result. Doktor kata, at my age dengan result sebegitu, considered so good. Alhamdulillah...

What made Mumi happier was, I lost 4kg since last visit. Wow... bersemangat terus Mumi nak kurangkan lagi berat walaupun Mumi tak sure apa yang Mumi dah buat sampai turun 4kg tu hahahaha.

Cuma, sugar level Mumi masih border line. Jika next visit in Feb 2023 (insyaAllah) masih statik, doc will prescribe me with diabetic prevention medication. Aiyo. For time being, since Mumi had no diabetic history in our family line, maka Mumi perlu perbaiki gaya pemakanan, kena start practice suku-suku-separuh tu (I love rice and I am rice box huhu) & to minimize roti putih. Roti putih kegemaran Mumi juga.. Haish..

And Mumi perlu start to exercise more frequent. Serta, kena kembali penuhkan peti sejuk dengan sayur-sayuran & ulaman seperti peria katak kegemaran Mumi tu. 

Apapun, alhamdulillah... this is the 2nd happy news yg Mumi perolehi untuk awal minggu ini. Yang d'1st, kejap2 lagi atau masa lunch break yang panjang slps urus anak2 ke sekolah tghari ni, Mumi simpan diarinya.

Alhamdulillah, Jumaat dah hari ni. Minggu ni Mumi ada few assignment yang selesai dengan baik dan dipermudahkan Allah. Sharing session Lawatan Penanda Aras Unisel belah pagi selesai seadanya with Mumi's simple briefing. Last Mumi ada sesi dengan Bendahari UNISEL ketika Mumi served TSSB dulu. Every now & then masa tu kena pi meeting kewangan di Menteri Besar Incorporation (MBI). Masa tu la ada networking sesekali. Tapi Bendahari UNISEL sekarang dah berbeza individu :-)

Oleh kerana Mumi yang kena beri briefing dalam sesi ni untuk slot jabatan Mumi, I made my 2nd boss & colleague accompanied me, right & left. Senang nak divert jika ada Q&A yang di luar bidang pengetahuan Mumi. Tapi biasalah, mereka mmg selalu jaga & protect Mumi hahahaha. 


Mumi kalau bab office-matter, mmg nampak sangat huduh sebab mungkin stress hahahaha. Dan biasanya Mumi sangat jarang simpan any pic berkaitan kerja dalam FRAN. Mungkin lps ni Mumi nak simpan kot-kot esok2 kalau ada umur lepas pencen, boleh recall the memories. 

Lepas resign dari lecturing job, Mumi hanya appear for presentations untuk scriptwriting job Mumi. Sebab itu memang passion Mumi. Kalau kat office, memang Mumi tak kuasa sangat bab2 presentation ni. Mujur dapat colleague & bosses lelaki yg naturenya, 'tak pe, kami present, you standby je kalau ada apa2'. Haaa.... mudah sungguh hidup Mumi. I can make the slides, but you present, hahaha itu condition Mumi. Kerja dengan orang lelaki ni kadang2 memang mudah. :-)

Petangnya, Mumi mengiring boss Mumi (wakil kpd boss besaq) ke KPT untuk sesi defends anak-anak syarikat. Yang ini mmg kami bertiga sangat nervous kerana kebiasaanya bukanlah level kami pun nak deal di KPT. Tapi mungkin Allah aturkan begitu dengan hikmahnya. All well, went well. Harap2 keputusannya begitulah sehingga sudahnya. Sampai rumah ketika Isyak berkumandang. Pheww... Mumi memang tidaklah berapa suka kerja long hours & reach home memalam buta hahahah. That phase Mumi dah tinggalkan bila Mumi decided to resign from my private & GLC work life dulu.

We reached KPT 30 minutes earlier than the meeting time.
Bukti kehadiran utk bossess yg ada tugasan di Sabah/Sarawak.
Hmm... kami staff yg baik hahahah

The hectic week, reda sedikit hari ni harap2nya supaya Mumi boleh bertenang dan tulis diary sebelum memulakan fasa seterusnya.

Dan hari ni pulak, mungkin disebabkan hectic sepanjang minggu ni, Mumi dah start suara serak dan blocking nose. Moga baik2 je...

Jangan lupa baca Al-Kahfi ya FRANs....

Okay, let's start work... 


#hypothyroidcheckup
#hecticweek
#lawatanpenandaarasunisel
#defendsholdingatkpt
#pa&bangminattendfatehcikibahnikahday@sgsamak


Tuesday, October 4, 2022

Proposal Menangis vs Proposal Nak Tido

Sejak selesai pitching RTM baru ni Mumi dah tak sempat nak tulis lagi untuk bank proposal. Sebabnya kerja-kerja office tu entah bila nak surut. Semedang tak pernah reda hahaha... 

Kak Mawar minta proposal few weeks ago, sampai la ni Mumi tak sempat siapkan. Tapi, last week... coach Mumi minta, katanya nak macam ADJ yang pitched di RTM. Ada producer nak katanya tapi dia tak sempat nak buat. Makanya, bila coach yang minta Mumi memang tak boleh disappoint her. Coach request sebolehnya akan jadi my priority hahahaha... bukan bodek, tapi Mumi terhutang budi dengan kebaikan hati & willingness coach ajar n kongsi ilmu dgn Mumi ttg dunia penulisan skrip. 

Dalam minggu yang hectic dengan segala work-load dan dateline laporan, otak Mumi ligat berfikir apalah story yang Mumi nak tulis. Driving, fikir. Kat traffic light, fikir. Makan, fikir. Dalam toilet, fikir. Tunggu anak, fikir. Pendek kata, sepanjang petang lepas coach text tu, otak Mumi ligat fikir cerita apa nak tulis.

27 Sept tu, malamnya lepas settle urusan keluarga, siap mandi... walaupun mata mengantuk yang amat, Mumi paksa diri duduk depan lappy. Alih2 si Shiro yang baru seminggu lepas sunat tu asyiklah nak bermanja2. Duduk atas keyboard laptop la pulak dia. Cane la Mumi nak menulis...?

Kesian pulak kat dia. Entah overdose manja, entah sakit... risau Mumi. 

Midnite tu siap, tak moh tengok dah. Terus sent email. Nak tido dengan aman hahahaha. Esoknya, 28 Sept tu... coach bagi text yg inspired Mumi to keep writing. Tapi macam biasalah.. Mumi punye motivasi tu sekejap je hangatnya, lepas tu jadi tahi ayam semula hahahaha.


Hopefully, proposal TKS ni mampu buat panel TV menangis juga & sudi panggil kami masuk pitching. Teringin nak realisasikan TKS, manalah tahu boleh jadi TV baby Mumi yang kedua selepas #icequeenkucair. 

Weekend baru ni pula, coach minta expand idea producer into proper proposal. Nak adhoc juga. Disebabkan weekend baru ni PaMi memang kelintang-kelintung urus anak2 kaki 2 n kaki 4 tu - hantar Didik training volleynya, Babang dgn study-datenya di PIPAS, jemput Chase & Ginger discaj vet kerana sunat, pi beli uniform sekolah Baby yg semuanya dah tak muat. Kali ke3 tahun ni... phewww baby sudah semakin membulat... petang Ahad nak lari ke Bangi pula untuk family meeting bagi wedding Yah 22-23 Oct ni, maka Mumi stayed up Sabtu malam utk selesaikan amanah coach.

Akhirnya siap juga. Bila baca semula, Mumi rasa 'eh, pepandai aku je alter cerita ni...'. Tajuk pun Mumi tukar dari MH kepada AMMH. Moga2 coach producer tak cekik Mumi laa..

Dan, beginilah gelagat anak-anak bila Mumi duduk depan lappy nak menulis. Bila Papanya ada urusan NGO di malam hari, Baby tak akan masuk tidur di bilik selagi Mumi tak masuk. Seketul dengan Nanomey, jenis nak mengempeng je. Tunggu Mumi sampai tertido di meja. Akhirnya Mumi angkut lappy dalam bilik. Maka siaplah AMMH menjelang 3am Ahad tu. Alhamdulillah... Mumi tumpang rezeki Nanomey & Baby yang teman untuk siapkan AMMH. Moga ada rezeki kita bersama... aaamiin...



#proposaltks
#proposalammh
#shiro
#nanomey


PAGEVIEWS