Thursday, December 12, 2019

Hatiku di Haramain : 'Bukit Menyendiri'

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Telusuri jejak & sirah Islam
... Jabal Uhud, salah satu dari bukit-bukit yg ada di syurga...
(HR Bukhari)
*******************************************************

31 Okt 2019 

Dari Ladang Kurma Madinah, kami bergerak menziarahi sebuah bukit yg dikatakan ada di syurga. Allah... apalah perasaan bila dikurniakan izin melihat sesuatu yg kelak ada di syurga?

Jabal Uhud namanya. Bermaksud Bukit Menyendiri. Ia dipanggil bgt oleh penduduk Madinah krn kelihatan spt sekelompok gunung yg tidak bersambung dgn gunung yg lain.


Berwarna kemerah-merahan, terletak 5km sebelah barat laut Madinah. Direkodkan setinggi 1.077meter & memanjang dari timur ke barat sekitar 10km. Tercatat dlm sejarah Islam krn menjadi saksi bisu Perang Uhud pd 7 Syawal tahun 3H (ada rekod yg kata 15 Syawal) atr 700 pejuang Islam (bilangan sbnr 1000 org ttpi 300 drpdnya kaum munafik) menentang 3000 org musyrikin Mekah.


Di bwhnya terdpt Bukit Ar Rumah bermaksud Bukit Pemanah. Mutawwif kata, dulu tinggi juga tapi bila saban waktu didaki ramai jemaah, maka ia jadi semakin terhakis & rendah. Kami naik juga Bukit Ar Rumah ni. Alhamdulillah masih dalam kadar keupayaan. Tapi Jabal Uhud tu tidaklah mungkin mampu kami daki. Mutawwif pun takkan benarkan hu hu....

Di Bukit Pemanah ini lah Rasulullah tempatkan 50 org pemanah yg dipimpin oleh Abdullah Bin Jubair al Anshir ketika pertempuran Perang Uhud.

Seramai 70 org pejuang Islam syahid di dlm Perang Uhud. Atrnya Hamzah Bin Abu Mutalib  r.a., Mush'ab Bin  Umar (pemegang panji2 Islam) & Abdullah Bin Jubair. Para syudaha ini dimakamkan di sekitar Jabal Uhud, tempat di mana mereka gugur. Rasulullah sendiri turut cedera.


Selain lingkaran perkuburan Syuhada Uhud, di depan Jabal Uhud ini ada masjid putih yg dinamakan Masjid Uhud. Kalau tak salah ingatan saya, mutawwif ada sebut masjid ini juga dipanggil Masjid Saidina Hamzah. Mungkin ia dipanggil begitu krn di kwsn masjid itulah Saidina Hamzah gugur syahid.


Alhamdulillah, mujur sempat rakam kenangan ini utk abadikan Jabal Uhud, Bukit Ar Rumah & Masjid Saidina Hamzah di dlm satu pandangan seperti ini...


Kami daki ke puncak Bukit Ar Rumah yg berlatarkan Jabal Uhud & Masjid Saidina Hamzah. Terik matahari diiringi hembusan angin. Mengimaginasikan di situlah 70 org pemanah Islam berjuang demi agama. Waktu tulis diari ini pun hati dah rasa hiba...


"Jika kita ingin melihat bukit yg ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda 'Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yg ada di syurga," (HR Bukhari)





Bsm sbhgn jemaah kumpulan. Ada yg menunggu di dlm bas krn kurang sihat & upaya...


Pd masa Khalifah Marwan Bin Hakam, dikatakan berlaku banjir besar hingga makan Saidina Hamzah & Abdullah rosak teruk. Maka jasad mereka (walau > 4o tahun masih segar) dialih & dikuburkan semula di tempat lain tetapi masih di kwsn Jabal Uhud.

Pd 1383H, dikatakan tembok tinggi berjeriji dibina mengeliling makam Saidina Hamzah bg membolehkan penziarah dtg melihat makam. Pun bgt, kwsn makam ni  tiada tanda khusus mahupun batu nisan.

Oleh kerana cintanya Rasulullah SAW kpd syuhada Uhud, baginda hampir setiap tahun dtg ziarah ke Jabal Uhud. Diikuti pula oleh para khalifah setelah baginda wafat. Begitulah sehingga kini kita umatnya mengikuti jejak baginda sehingga Jabal Uhud menjadi destinasi penting ziarah khususnya ketika musim haji.

Duhai Bukit Menyendiri, kami hadir dgn hati sayu & akan kembali ke tanahair kami dgn hati yg rindu. Moga kami diizinkan Allah hadir lagi bersama anak-anak kami. Dan semoga hajat & kerinduan saudara-saudara kami utk ke mari menatapmu akan diizin & dipermudahkan Allah.

#umrah2019
#wirasaujana
#jabaluhud
#agarakutidaklupa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS