Wednesday, December 31, 2014

KTVH on her way...

Assalammualaikum!

Hu hu.. kekunun tak moh jumpa FRAN sampai tahun baru, tapi hari ni hati rasa lega sangat. Satunya... air di pantai timur dah mula surut. Walaupun mungkin survivors tipis, tapi lega juga QZ8501 telah ditemui. Umum sedar bahawa cabaran pasca bencana mungkin lebih unbearable... insya-Allah ramai yang akan mendoakan agar semuanya dipermudahkan. Bahagian hidup kita yang diberi Allah, redha lah. 

Lewat pagi tadi, I got a call from GBPB, beritahu SH dah masuk cetakan kedua untuk Januari 2015. Makanya, hari ini saya dapat 10 naskhah writer's edition. Alhamdulillah...

Besides that, I wanted to keep this in diary. Our life30/12/2014 .... at least penutup 2014 masih beri harapan meneruskan kehidupan dengan hati yang bersemangat waja!

PAGI !

P : Mi, tau tak Didik buat lawak pepagi ni...
U : Nape?
P : Pa suh dia tolong cari tali pinggang Papa...
P : Boleh dia cari sambil kata...
P : Tali pinggang oh tali pinggang! Ke mana awak menghilang?


PETANG!

Saya sibuk mengecah bilik pejabat buat file clearance kekunun nak kerja dalam bilik yang kemas sekemas-kemasnya tahun 2015. Hilang penat bila dapat hadiah ini. Panjang umur... saya dok fikir manalah editor saya ni menghilang dari berwasapan hu hu...


Alhamdulillah... KTVH lepas fasa penilaian editor. Ada rezeki insya-Allah KTVH menunggu gilirannya di BP juga. Saya tak biasa dapat compliment untuk draf mss saya (kecuali STKG @ SH yg Sr Editor BP kata, 'okay... saya suka'), maka bila dapat comment ini dari editor, Tuhan je yang tahu selapang mana hati saya. Tergedik2 nak simpan dalam FRAN, at least when I see this, motivasi datang... hu hu...

Task to do : post draf ke Ilham, edit semula conversations yg existing menggunakan English language, dan.... tukar tajuk. Tukar tajuk!? Lagi... ala... KTVH tu dah catchy ikut apa yang kepala saya boleh fikir to reflect story flow. Papa pun tersedak bila saya beritahu kena tukar tajuk.. Wa wa wa... nanges...


MALAM! Memang nanges la...

Balik dari pejabat selepas fetch boys, the moment nak bf MAHAN, ternampak banyaknya semut hitam & telur2nya di bawah comforter. Dibantu Babang & Didik, while MAHAN terpinga sebab tak jadi nenen, kami clearkan sesemut tu. Bila nak duduk semula, ternampak lagi sekumpulan semut hitam. Rupanya banyak tempat dia berlindung dengan keturunannya. Mencari perlindungan dari apa ni sang sesemut?!

B : Hish, banyaknya semut ni! Kenapa ni?
D : Sebab semut tu suka kat kita agaknya bang...
U : Atuk umi dulu kata, kalau semut2 naik macam ni..
U : Tandanya nak banjir...

Babang & Didik selalu saya update berkenaan banjir di pantai timur, on how lucky they are being here & how pity were the flood victims, plus the QZ8501 tragedy. Unexpectedly... both of them keriau. Didik menangis takut... persistently ajak pindah. Sepanjang malam sampai terlelap, dia dok tanya, 'dah banjir ke Ummi?'. Alahai... sian Didik...

Babang pula kata, "Hah?! Dunia ni dah nak hampiri kemusnahan!"

Heh, kemusnahan tu pasti Bang. Kiamat memang dijanjikan Allah. Sebelum tu, Ummi berdoa & berharap sangat Allah izinkan baby KTVH ni lahir di BP. Lagipon masih banyak yang ingin Ummi lakukan selagi hidup masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan. Insya-Allah...

Notes
RAN! Almost 2 in d'morning. Jom tido! Esok kerja! Last day in office for 2014.

Sunday, December 28, 2014

Menuju Hujungnya 2014

Assalammualaikum all & 2014...

Didn't have d'chance to keep this on last Friday of 2014. Sambil tunggu santan cair ptg tadi saya beransur ketuk keyboard lappy atas mesin basuh. Nak buat Kuih Kastad Jagung. Papa pesan, "Buat manis, kalau tak manis abang tak nak makan.' In d'matter of sugar's sweetness, this spouse has contra preference. Tapi tunggu MAHAN tidur baru dapat formalize sharing ni dalam FRAN.

Malam Jumaat kelmarin, tunggu Pencetus Ummah hingga tamat siaran. Tak boleh tidur bila dengar titis hujan timpa bumbung kuat bunyinya. Bila lightning malam memancar hingga cerah warna langsir sliding door, Subhanallah... pilu hati bila terkenang bagaimanalah keadaan mereka di pantai timur sana.

Alhamdulillah, PU Azman juara musim ke-2, selepas PU Hafiz @ 1st PU. Orang omak den, nogori sombilan hu hu. Saya suka PU Faiz, tapi bila dengar tazkirah pertamanya, tau itu disadvantage utk dia jadi juara. Tak apa, dakwah bukan hanya milik juara. Setiap manusia dilahirkan sebagai khalifah & memikul tanggunjawab dakwah.

Jumaat siang tu pula d'1st cut off time (cot) for year end closing procedure di pejabat. Dari malam semalamnya tu memikir bagaimana cawangan2 di pantai timur nak sudahkan cot Jumaat & 2nd cot tomorrow. Terutamanya cawangan KB, bila seluruh bandar itu khabarnya dah digenangi air.

Kalaulah tak ada tanggungjawab di sini... insya-Allah pergi dah saya jadi sukarelawan. Papa pun dah kias2 nak joint team 4WDnye untuk misi bantuan kemanusiaan. I wish.... oh... saya blank

Dulu, rumah abah & ibu di tepi sungai. Lelahnya basuh selut setinggi buku lali dalam rumah 2-3x/tahun. Pernah gaduh dengan polis sebab tak nak naik bot pergi dewan. Akhirnya saya & abah duduk dalam air sepanjang malam jaga rumah. Ibu & adik2 je bermalam di dewan.

Satu kali tu, akur juga naik bot. Rumah dah nak tenggelam. Berbaki 1/4 je ke bumbung. Waktu tu terlihat air mata arwah abah bergenang merenung rumah yg harus ditinggalkan. Saya tau abah gusar kalau2 rumah tumbang. Rumah yg seluruhnya dibina atas kudrat, titik peluh & darah arwah abah. Susah hatinya memikirkan di mana nanti akan dia tempatkan orang-orang yg dia sayang ni.

Malah waktu hari kahwin kami pun, persekitaran rumah buruk sangat sebab baru lepas banjir & kerja2 lebarkan sungai sedang digiatkan. Ah, apa ada kisah?  Hu hu...

Bahkan lepas kahwin, pernah 1x abah telefon. Abah kata 'kalau boleh, baliklah...'. Waktu itu saya tau abah gentar. Dia dah makin tua, mana nak larat tanggung susah hati lihat rumah terkepung dek air banjir. Definitely he needed us. Bila sampai, sejuk seram lihat arus air yg kuat. Bila sungai depan rumah makin lebar, makin takutlah pula tengok air yg membuak di dalamnya.

Itu baru sungai. Malah ia tak langsung terbanding dengan tragisnya bah di pantai timur. Tapi insyaAllah, orang2 yang pernah melalui, pasti dapat memahami walau sedikit. Tak terbayang peritnya mereka kat sana yg seluruh kawasan menjadi laut. Hampir putus hubungan & tiada jalan keluar yg terdaya oleh kudrat. Mengharap Allah... mengharap prihatin kita, saudara2 mereka di luar ini.

Pagi tadi baru sempat hantar sumbangan. Itu saja yg termampu oleh kami yg tiada kelebihan kudrat & upaya. Sumbangan itu kami iringkan doa & harapan dari jiwa agar saudara2 yang diuji untuk menguji iman & solidariti kami itu diselamatkan & dipermudahkan Allah atas segala urusan serta keperluan.

Berkongsi dengan kemampuan skala kecil ke Rumah Alumni, 
Kolej Melati, UiTM Shah Alam, 
tempat pengumpulan sumbangan mangsa banjir oleh warga universiti.

Selain pakaian dewasa & kanak2 baya Babang & Didik, pakaian, stokin & segala kepunyaan MAHAN yg dah tak muat saya kumpul dalam satu beg plastik yg kecil. Papa kata, "Hmm... elok tu. Dulu agaknya sebab awak asyik simpan balance baju Babang & Didik kekonon nak turunkan... sebab tu dapat lelaki juga. Cer kali ni cuba, jangan tinggal atau turunkan apa2 barang diorang, manalah tau kot2 dapat baby girl?'

Erk!? Amboi, kot nak test skill kiasan tu, tajuk tu sangat tak sesuai tau Pa!

Sebahagian dari sumbangan yg masih belum dihantar. Kata tuan itu kalau tak dapat dihantar melalui darat,
akan dihantar via Air Asia. 

Air Asia...?!

Pulang dari menghantar sumbangan, dengar pula berita AirBus Air Asia (Indonesia) Surabaya-Singapura hilang hubungan dengan trafik udara. Aduhai, tenggelamkah mereka di dalam sejuknya air lautan tu? Oh tidak...

Dan Papa kata pula, dengar2nya ada feri dengan muatan 400 penumpang turut mengalami musibah. Kat mana... tak sempat tanya Papa. Aduhai... bahagian setiap individu, pihak & negara dalam gigih mengheret langkah dengan pasrah & redha untuk menyudahkan cerita hidup, 2014.


Ya Rahman... ampunilah kami. 
Kami mohon kasih sayang & belas kasihan-Mu, Ya Rahim... 
Bantulah saudara2 kami yg sedang Engkau uji untuk menguji kami. 
Bantulah juga saudara2 kami yg sedang berusaha sepenuh kudrat 
Memberi segenap bantuan yg terdaya kpd mereka2 yg teruji. 
Permudahkan urusan mereka & permudahkan urusan kami semua.
Ampunkanlah kami yang penuh dosa ini... 
Ringankanlah sedikit Ya Allah ujian-Mu ini ke atas kami...

*************

FRAN, i'll be seeing you, hopefully in 2015... insya-Allah...
jika masih dipinjamkan usia....
Till then.. 2014.. 3 days in advance,
thank you so much for being another year in my life... Alhamdulillah.

Note : Wida, are you okay there?


Saturday, December 27, 2014

Tak Nak Pakai Tudung?

Tak lama lagi sekolah nak buka. Pakaian & peralatan sekolah dah beli berdikit sejak awal Disember. Segalanya atas pilihan Pa, sbb saya mmg 'not born to shop'. 

My style, ada benda nak beli, go-grab-pay-go home. Kalau nak tercari, terbelek, teracu... aiyo... wa nangis.

Last phase nanti, Pa kena trim rambut anak lelakinya yg berdua tu. Tak moh lah masuk sekolah dgn rambut panjang. Ummi ni dari sekolah rendah sampai habis sekolah menengah jadi prefect tau... skrg Ummi jadi prefect utk kamu berdua pulak! Long hair for boys? Never!

Teringat kisah Didik di pertengahan tahun. Rambut dah tutup dahi. Suh gunting rambut tak mahu. Pa pula muakan, "Ala, biarlah. Didik lebih elok rambut panjang. Nampak sweet, mcm Pa..."

U : Dik! Jom pergi potong rambut!
D : Tak nak! Adik tak nak gunting rambut.
D : Nanti habislah rambut hencem adik ni...

Erk!? Like father, like son! And like Babang, like Didik. Hopefully baby MAHAN tak ikut juga nanti ni. Dah tak kuasa saya. Tak pe.. tak pe… one day you’ll know.

And that one day came. Masin mulut. Didik teriak, “Papa! Ummi! Saya nak potong rambut esok.”

Pelik. So sudden serah diri. Rupanya ada fishball dlm mee ye? Ustazah kata, “Zafri, Ustazah bagi masa seminggu je utk potong rambut ye. Kalau tak, minggu depan Zafri dtg sekolah, pakai tudung tau!”

Didik merah muka bila saya kata, “Hah, elok lah! Nak simpan rambut encem, pakai je lah tudung.”

"Tak nak! Adik tak nak pakai tudung!"

 Hah hah hah!

Err... Didik tak nak pakai tudung tak pe. Tapi kalau Didik ni perempuan, Ummi kena dah suruh pakai tudung. Dosa tau kalau tak tutup aurat. Erk... saya ada azam nak perbaiki cara tutup aurat ni. Ya Allah, kurniakanlah hamba-Mu ini taufiq dan hidayah.

Aaa... KTVH! Bila nak dapat green light ni!?

Monday, December 22, 2014

Suamiku Heroku (Arysa Nasir) - Ampunkan Patik Beribu Ampun...

Tiba2, untuk sharing ini saya tak tau nak tulis bagaimana. Apatah lagi saya baru je pulih dari fasa 'frozen' selama seminggu lebih. Frozen disebabkan oleh isu bengong lagi ntah apa-apa di pejabat... dan lebih2 lagi frozen bila kena kutuk. Bopoluh den... hu hu... 

Sebenarnya banyak yang saya nak tulis. But, after given some deep thought... saya memilih untuk apa yang saya rasa elok. Malaslah nak memanjangkan isu. Macam selebriti selalu kata, "No komen!". Tapi saya bukan selebriti. So the most appropriate words are... 

To anyone yang telah membeli, terbeli, terpaksa beli... those yang telah membaca, terbaca, terpaksa baca... please accept my very humble apologies. Suamiku Heroku (Arysa Nasir), memang tak sempurna serba-serbi. Ia baby kedua saya yang sebenarnya siap ditulis sebaya Seandainya... (Rys Areesa). Ditulis sejak 12 tahun lalu. Merentasi tahun & zaman. Mungkin dah tak relevan. Atau mungkin ia typical

Saya bukan penulis terdidik yang ada certificate layak menulis. Saya, orang menulis yang sentiasa nak pergi belajar, tapi sentiasa pula kena redah tsunami. Saya, orang yang terpaksa berebut (selalunya terpaksa beralah) dengan waktu & tanggungjawab utama sebelum dapat duduk melakukan apa yang saya suka. 

Saya tak pandai bersastera. Saya tulis dengan bahasa 'moden' yang saya tau je, sebab saya orang mix Gen X & Gen Y. Saya adalah manusia Gen XY yang gaya bahasanya mungkin ntah apa-apa. Tapi cikgu2 & pensyarah BM saya tak pernah kecewa dengan keputusan kertas BM saya. All d'way A1. 

Cuma dalam hidup yang real ni, fitrahnya saya ni memang manusia yang suka mix language. Ada waktunya saya prefer bahasa Inggeris dalam banyak situasi tertentu. 

Saya cuma belajar2 menulis fiksyen moden, mengangkat sedikit dari realiti hidup ke dalam baby-books saya yang tak sempurna. Maka ia jauh dari kemampuan saya untuk menulis bahan sastera. 

Maafkan saya untuk Suamiku Heroku (Arysa Nasir) kerana ia heavy, perhaps little bit heavier dari Seandainya... (Rys Areesa). Telling stories within medical life, memang ada plot bagi sebilangan individu membosankan. 

Draf2 saya kena tapis oleh 1st editor - Papa. Syarat Papa, draf tu kena ada isi perkongsian yang berguna. Tapisan Papa bila lepas tapisan editor penerbit, maka ia jadi buku. Tapi bila buku tu ada banyak isi perkongsian, kadang kala ia susah diterima sebilangan pembaca hu hu...

Dengan SH, saya tak berniat 'berdakwah sesempurnanya'. Saya tak ada kelayakan menulis 'buku dakwah' & 'buku agama'. Kang kena tangkap! Saya cuma ingin berkongsi good things, moral baik-buruk yang ada dalam kehidupan sehari-hari. 

Untuk statement yang tercetak di ms 31 itu... ampunkanlah saya. Kalaulah boleh saya undur masa.. seandainya saya mampu biayai percetakan semula semua nashkah itu...

Tak pernah ada niat saya untuk menyelewengkan agama. Saya bukan ahli syiah, jauh sekali anggota Taleban. Doa Iftitah dalam solat adalah sunat dibaca. Bukan WAJIB. Saya tak maksudkan selain itu. Saya sendiri pun bila selak kembali halaman itu jadi 'frozen' & asked myself 'how the hell did I write this!?' 

Maksud yang ada dalam kepala saya hanyalah, for Muslim, our destination is Allah. Everything we do in this temporary world is only for the sake to reach Allah's bless. I refuse to elaborate further and longer... I believe those who can think wisely may understand

Menulis bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Di atas faktor itu, I tend to miss seeing things as it should

Lastly, but not least, jika anda yang saya hormati sekalian mencari naskah bacaan santai, SH mungkin tak sesuai kerana ia ada 'keberatan' perkongsian di dalamnya. Jika mencari buku dakwah & buku agama untuk menjadi direct lesson kepada diri anda, anak, suami/isteri, sahabat etc, SH bukan bukunya. Kerana SH hanya mencuba untuk memperlihat apa yang sepatutnya dalam versi manusia sederhana yang tak pernah sunyi dari salah dan dosa.

Baby books saya mungkin hanya dibaca oleh 1,2,3,4 & 5 orang saja (pinjam kata2 novelis Nazurah Aisyah hu hu), tapi apabila yang 1,2,3,4 & 5 itu mampu digest & lalu jalan fikiran serta view yang serupa, itulah yang menjadi pendorong semangat & rasa bersyukur saya. Terima kasih. Saya tak pernah ada hadiah mahal2 untuk diberi. Hanya doa agar Allah berikan yang terbaik & yang dihajatkan oleh kita semua.



Permulaan cerita agak biasa , sehingga ayu baca sampai kemuncak klimaks cerita mengenai kisah  percintaan dua agama yang mendapat tentangan hebat keluarga, cabaran serta dugaan sepanjang jalan cerita dan pengakhiran cerita ini menarik.
- Ayu - 


Suamiku Heroku (SH) dilabel mengandungi 60% elemen Islamic. Ampunkan saya di atas segala kelemahan dan kesalahan elemen Islamic ini. Ianya sesuatu yang tidak pernah saya niatkan.

SH juga ada label 80% konflik. Teringat AB tanya, "Ummi, nape buku citer Ummi tu asyik banyak stress?"

Agaknya sebab konflik melampau yang stressfull tu menyebabkan SH tak mampu dihadam sebilangan orang. Maafkan patik, kerana patik ini hanyalah kelkatu malam yang selalu bermimpi hendak jadi rama-rama di taman. Erk, apa kaitan? Hmm...

A walk to remember :

'Tuan hamba', terima kasih di atas kemurahan hati tuan hamba beri review . Honestly ia buat saya down for week plus. Serius punye down hingga Papa perli, "Apesal? Nak berhenti menulis?" 

Ya lah... mana ada orang yang tak dikritik. Kalau tak nak dikritik, duduk dalam rumah dendiam. Tapi pon mesti ada yang kritik, "Eh, apasal perempuan tu ek? Duduk umah tak kuar2?" Hu hu...

Apapun saya tetap berlapang dada. Apatah lagi bila saya sudah khatam seluruh entries blognya untuk 'kenal' tuan hamba itu hu hu. Dalam setiap baik & buruk, sebenarnya ada ilmu yang kita boleh pelajari. It is just the matter of how we see things.... hmm...

Ulangkaji jap hu hu...



A-L-H-A-M-D-U-L-I-L-L-A-H

Sunday, December 21, 2014

SEANDAINYA... : ENGKAU YANG AKU CINTA

SUAMIKU HEROKU dah berumur 3 bulan. Tapi hingga hari ini perkataan 'seandainya' masih buat saya ingat kepada  SEANDAINYA..., my 1st baby-book yang serba-serbi kurang sempurna. Walau apapun ia tetap istimewa bagi saya.


One day, tetiba teringat Achik Spin. Al-Fatihah. He was & is still among my top favourite voice. Saya suka hampir semua lagu2nya even duetnya dengan Siti Nurdiana. 

Lily Isahar pula beri komen ini buat saya senyum tahun lepas.

Sep 21, 2013 Lily Isahar rated it 5 of 5 stars
The plot quenched my thirst for a melancholic, 
tragic love story.

Engkau Yang Aku Cinta (Achik) reminds me of  





Walaupun SEANDAINYA... (Rys Areesa) dapat 5/5* dari Lily Isahar, on the contrary ia dapat 1/5* dari Norazah Hussain. Tapi dalam 1/5 tu beliau tetap beri few sweet words. Ia pandangan peribadi beliau dan saya tetap dengan lapang dada untuk kebaikan baby-books saya.
 
Jan 22, 2014 Norazah Hussain rated it 1 of 5 stars
Bab pertama: mengujakan - pertemuan dalam train yang mendebarkan, ternanti-nanti plot berikutnya.
then, selak2 1st 100 pages : aduhhhh..... bila 'dipaksa' masuk machine Micheal J. Fox "Back to the future", keterujaan terus merudum dan merudum dan merudum (dah terbayang iklan si rabbit eveready@energizer dah....) then m/s seterusnya : masih lagi tertunggu 'bateri' baru, tapi x sampai2. end up: speed reading..... :)
DAN... dalam dok speed reading, mata masih lagi 'tertangkap' penggunaan dialog dalam English (for me) yang agak melampau. X salah sebenarnya nak menginternationalkan bahasa, tapi bila dah 'lepas garisan merah' - pembaca novel melayu akan cepat jemu (macam aku). DAN.... environment + perincian situasi kerja yang juga 'lepas garisan merah' terlalu melelahkan....
Anyway.... one of the best ending in malays novel(for me) setakat ini....


******************************

PAGEVIEWS