Sunday, December 28, 2014

Menuju Hujungnya 2014

Assalammualaikum all & 2014...

Didn't have d'chance to keep this on last Friday of 2014. Sambil tunggu santan cair ptg tadi saya beransur ketuk keyboard lappy atas mesin basuh. Nak buat Kuih Kastad Jagung. Papa pesan, "Buat manis, kalau tak manis abang tak nak makan.' In d'matter of sugar's sweetness, this spouse has contra preference. Tapi tunggu MAHAN tidur baru dapat formalize sharing ni dalam FRAN.

Malam Jumaat kelmarin, tunggu Pencetus Ummah hingga tamat siaran. Tak boleh tidur bila dengar titis hujan timpa bumbung kuat bunyinya. Bila lightning malam memancar hingga cerah warna langsir sliding door, Subhanallah... pilu hati bila terkenang bagaimanalah keadaan mereka di pantai timur sana.

Alhamdulillah, PU Azman juara musim ke-2, selepas PU Hafiz @ 1st PU. Orang omak den, nogori sombilan hu hu. Saya suka PU Faiz, tapi bila dengar tazkirah pertamanya, tau itu disadvantage utk dia jadi juara. Tak apa, dakwah bukan hanya milik juara. Setiap manusia dilahirkan sebagai khalifah & memikul tanggunjawab dakwah.

Jumaat siang tu pula d'1st cut off time (cot) for year end closing procedure di pejabat. Dari malam semalamnya tu memikir bagaimana cawangan2 di pantai timur nak sudahkan cot Jumaat & 2nd cot tomorrow. Terutamanya cawangan KB, bila seluruh bandar itu khabarnya dah digenangi air.

Kalaulah tak ada tanggungjawab di sini... insya-Allah pergi dah saya jadi sukarelawan. Papa pun dah kias2 nak joint team 4WDnye untuk misi bantuan kemanusiaan. I wish.... oh... saya blank

Dulu, rumah abah & ibu di tepi sungai. Lelahnya basuh selut setinggi buku lali dalam rumah 2-3x/tahun. Pernah gaduh dengan polis sebab tak nak naik bot pergi dewan. Akhirnya saya & abah duduk dalam air sepanjang malam jaga rumah. Ibu & adik2 je bermalam di dewan.

Satu kali tu, akur juga naik bot. Rumah dah nak tenggelam. Berbaki 1/4 je ke bumbung. Waktu tu terlihat air mata arwah abah bergenang merenung rumah yg harus ditinggalkan. Saya tau abah gusar kalau2 rumah tumbang. Rumah yg seluruhnya dibina atas kudrat, titik peluh & darah arwah abah. Susah hatinya memikirkan di mana nanti akan dia tempatkan orang-orang yg dia sayang ni.

Malah waktu hari kahwin kami pun, persekitaran rumah buruk sangat sebab baru lepas banjir & kerja2 lebarkan sungai sedang digiatkan. Ah, apa ada kisah?  Hu hu...

Bahkan lepas kahwin, pernah 1x abah telefon. Abah kata 'kalau boleh, baliklah...'. Waktu itu saya tau abah gentar. Dia dah makin tua, mana nak larat tanggung susah hati lihat rumah terkepung dek air banjir. Definitely he needed us. Bila sampai, sejuk seram lihat arus air yg kuat. Bila sungai depan rumah makin lebar, makin takutlah pula tengok air yg membuak di dalamnya.

Itu baru sungai. Malah ia tak langsung terbanding dengan tragisnya bah di pantai timur. Tapi insyaAllah, orang2 yang pernah melalui, pasti dapat memahami walau sedikit. Tak terbayang peritnya mereka kat sana yg seluruh kawasan menjadi laut. Hampir putus hubungan & tiada jalan keluar yg terdaya oleh kudrat. Mengharap Allah... mengharap prihatin kita, saudara2 mereka di luar ini.

Pagi tadi baru sempat hantar sumbangan. Itu saja yg termampu oleh kami yg tiada kelebihan kudrat & upaya. Sumbangan itu kami iringkan doa & harapan dari jiwa agar saudara2 yang diuji untuk menguji iman & solidariti kami itu diselamatkan & dipermudahkan Allah atas segala urusan serta keperluan.

Berkongsi dengan kemampuan skala kecil ke Rumah Alumni, 
Kolej Melati, UiTM Shah Alam, 
tempat pengumpulan sumbangan mangsa banjir oleh warga universiti.

Selain pakaian dewasa & kanak2 baya Babang & Didik, pakaian, stokin & segala kepunyaan MAHAN yg dah tak muat saya kumpul dalam satu beg plastik yg kecil. Papa kata, "Hmm... elok tu. Dulu agaknya sebab awak asyik simpan balance baju Babang & Didik kekonon nak turunkan... sebab tu dapat lelaki juga. Cer kali ni cuba, jangan tinggal atau turunkan apa2 barang diorang, manalah tau kot2 dapat baby girl?'

Erk!? Amboi, kot nak test skill kiasan tu, tajuk tu sangat tak sesuai tau Pa!

Sebahagian dari sumbangan yg masih belum dihantar. Kata tuan itu kalau tak dapat dihantar melalui darat,
akan dihantar via Air Asia. 

Air Asia...?!

Pulang dari menghantar sumbangan, dengar pula berita AirBus Air Asia (Indonesia) Surabaya-Singapura hilang hubungan dengan trafik udara. Aduhai, tenggelamkah mereka di dalam sejuknya air lautan tu? Oh tidak...

Dan Papa kata pula, dengar2nya ada feri dengan muatan 400 penumpang turut mengalami musibah. Kat mana... tak sempat tanya Papa. Aduhai... bahagian setiap individu, pihak & negara dalam gigih mengheret langkah dengan pasrah & redha untuk menyudahkan cerita hidup, 2014.


Ya Rahman... ampunilah kami. 
Kami mohon kasih sayang & belas kasihan-Mu, Ya Rahim... 
Bantulah saudara2 kami yg sedang Engkau uji untuk menguji kami. 
Bantulah juga saudara2 kami yg sedang berusaha sepenuh kudrat 
Memberi segenap bantuan yg terdaya kpd mereka2 yg teruji. 
Permudahkan urusan mereka & permudahkan urusan kami semua.
Ampunkanlah kami yang penuh dosa ini... 
Ringankanlah sedikit Ya Allah ujian-Mu ini ke atas kami...

*************

FRAN, i'll be seeing you, hopefully in 2015... insya-Allah...
jika masih dipinjamkan usia....
Till then.. 2014.. 3 days in advance,
thank you so much for being another year in my life... Alhamdulillah.

Note : Wida, are you okay there?


1 comment:

  1. Memang tahun 2014 ni tahun yg berat utk negara kita ni..kadang2 terpikir, adakah bumi dah terlalu tua..mungkin tiba masanya? aduh seram sejuk. daerah2 lain kat trgnu ni memang banyak yang dah naik air..cuma k.trgnu je masih bertahan. kalau ada air naik pun..disebabkan air pasang, yang terkena tempias kawasan berdekatan sungai dan pantai. setakat ni rutin kami masih seperti biasa..tapi tu lah, sentiasa berjaga-jaga..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS