Saturday, December 27, 2014

Tak Nak Pakai Tudung?

Tak lama lagi sekolah nak buka. Pakaian & peralatan sekolah dah beli berdikit sejak awal Disember. Segalanya atas pilihan Pa, sbb saya mmg 'not born to shop'. 

My style, ada benda nak beli, go-grab-pay-go home. Kalau nak tercari, terbelek, teracu... aiyo... wa nangis.

Last phase nanti, Pa kena trim rambut anak lelakinya yg berdua tu. Tak moh lah masuk sekolah dgn rambut panjang. Ummi ni dari sekolah rendah sampai habis sekolah menengah jadi prefect tau... skrg Ummi jadi prefect utk kamu berdua pulak! Long hair for boys? Never!

Teringat kisah Didik di pertengahan tahun. Rambut dah tutup dahi. Suh gunting rambut tak mahu. Pa pula muakan, "Ala, biarlah. Didik lebih elok rambut panjang. Nampak sweet, mcm Pa..."

U : Dik! Jom pergi potong rambut!
D : Tak nak! Adik tak nak gunting rambut.
D : Nanti habislah rambut hencem adik ni...

Erk!? Like father, like son! And like Babang, like Didik. Hopefully baby MAHAN tak ikut juga nanti ni. Dah tak kuasa saya. Tak pe.. tak pe… one day you’ll know.

And that one day came. Masin mulut. Didik teriak, “Papa! Ummi! Saya nak potong rambut esok.”

Pelik. So sudden serah diri. Rupanya ada fishball dlm mee ye? Ustazah kata, “Zafri, Ustazah bagi masa seminggu je utk potong rambut ye. Kalau tak, minggu depan Zafri dtg sekolah, pakai tudung tau!”

Didik merah muka bila saya kata, “Hah, elok lah! Nak simpan rambut encem, pakai je lah tudung.”

"Tak nak! Adik tak nak pakai tudung!"

 Hah hah hah!

Err... Didik tak nak pakai tudung tak pe. Tapi kalau Didik ni perempuan, Ummi kena dah suruh pakai tudung. Dosa tau kalau tak tutup aurat. Erk... saya ada azam nak perbaiki cara tutup aurat ni. Ya Allah, kurniakanlah hamba-Mu ini taufiq dan hidayah.

Aaa... KTVH! Bila nak dapat green light ni!?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS