Tiba2, untuk sharing ini saya tak tau nak tulis bagaimana. Apatah lagi saya baru je pulih dari fasa 'frozen' selama seminggu lebih. Frozen disebabkan oleh isu bengong lagi ntah apa-apa di pejabat... dan lebih2 lagi frozen bila kena kutuk. Bopoluh den... hu hu...
Sebenarnya banyak yang saya nak tulis. But, after given some deep thought... saya memilih untuk apa yang saya rasa elok. Malaslah nak memanjangkan isu. Macam selebriti selalu kata, "No komen!". Tapi saya bukan selebriti. So the most appropriate words are...
To anyone yang telah membeli, terbeli, terpaksa beli... those yang telah membaca, terbaca, terpaksa baca... please accept my very humble apologies. Suamiku Heroku (Arysa Nasir), memang tak sempurna serba-serbi. Ia baby kedua saya yang sebenarnya siap ditulis sebaya Seandainya... (Rys Areesa). Ditulis sejak 12 tahun lalu. Merentasi tahun & zaman. Mungkin dah tak relevan. Atau mungkin ia typical.
Saya bukan penulis terdidik yang ada certificate layak menulis. Saya, orang menulis yang sentiasa nak pergi belajar, tapi sentiasa pula kena redah tsunami. Saya, orang yang terpaksa berebut (selalunya terpaksa beralah) dengan waktu & tanggungjawab utama sebelum dapat duduk melakukan apa yang saya suka.
Saya tak pandai bersastera. Saya tulis dengan bahasa 'moden' yang saya tau je, sebab saya orang mix Gen X & Gen Y. Saya adalah manusia Gen XY yang gaya bahasanya mungkin ntah apa-apa. Tapi cikgu2 & pensyarah BM saya tak pernah kecewa dengan keputusan kertas BM saya. All d'way A1.
Cuma dalam hidup yang real ni, fitrahnya saya ni memang manusia yang suka mix language. Ada waktunya saya prefer bahasa Inggeris dalam banyak situasi tertentu.
Saya cuma belajar2 menulis fiksyen moden, mengangkat sedikit dari realiti hidup ke dalam baby-books saya yang tak sempurna. Maka ia jauh dari kemampuan saya untuk menulis bahan sastera.
Maafkan saya untuk Suamiku Heroku (Arysa Nasir) kerana ia heavy, perhaps little bit heavier dari Seandainya... (Rys Areesa). Telling stories within medical life, memang ada plot bagi sebilangan individu membosankan.
Draf2 saya kena tapis oleh 1st editor - Papa. Syarat Papa, draf tu kena ada isi perkongsian yang berguna. Tapisan Papa bila lepas tapisan editor penerbit, maka ia jadi buku. Tapi bila buku tu ada banyak isi perkongsian, kadang kala ia susah diterima sebilangan pembaca hu hu...
Dengan SH, saya tak berniat 'berdakwah sesempurnanya'. Saya tak ada kelayakan menulis 'buku dakwah' & 'buku agama'. Kang kena tangkap! Saya cuma ingin berkongsi good things, moral baik-buruk yang ada dalam kehidupan sehari-hari.
Untuk statement yang tercetak di ms 31 itu... ampunkanlah saya. Kalaulah boleh saya undur masa.. seandainya saya mampu biayai percetakan semula semua nashkah itu...
Tak pernah ada niat saya untuk menyelewengkan agama. Saya bukan ahli syiah, jauh sekali anggota Taleban. Doa Iftitah dalam solat adalah sunat dibaca. Bukan WAJIB. Saya tak maksudkan selain itu. Saya sendiri pun bila selak kembali halaman itu jadi 'frozen' & asked myself 'how the hell did I write this!?'
Maksud yang ada dalam kepala saya hanyalah, for Muslim, our destination is Allah. Everything we do in this temporary world is only for the sake to reach Allah's bless. I refuse to elaborate further and longer... I believe those who can think wisely may understand.
Menulis bukan sesuatu yang mudah bagi saya. Di atas faktor itu, I tend to miss seeing things as it should.
Lastly, but not least, jika anda yang saya hormati sekalian mencari naskah bacaan santai, SH mungkin tak sesuai kerana ia ada 'keberatan' perkongsian di dalamnya. Jika mencari buku dakwah & buku agama untuk menjadi direct lesson kepada diri anda, anak, suami/isteri, sahabat etc, SH bukan bukunya. Kerana SH hanya mencuba untuk memperlihat apa yang sepatutnya dalam versi manusia sederhana yang tak pernah sunyi dari salah dan dosa.
Baby books saya mungkin hanya dibaca oleh 1,2,3,4 & 5 orang saja (pinjam kata2 novelis Nazurah Aisyah hu hu), tapi apabila yang 1,2,3,4 & 5 itu mampu digest & lalu jalan fikiran serta view yang serupa, itulah yang menjadi pendorong semangat & rasa bersyukur saya. Terima kasih. Saya tak pernah ada hadiah mahal2 untuk diberi. Hanya doa agar Allah berikan yang terbaik & yang dihajatkan oleh kita semua.
Permulaan cerita agak biasa , sehingga ayu baca sampai kemuncak klimaks cerita mengenai kisah percintaan dua agama yang mendapat tentangan hebat keluarga, cabaran serta dugaan sepanjang jalan cerita dan pengakhiran cerita ini menarik.
- Ayu -
Suamiku Heroku (SH) dilabel mengandungi 60% elemen Islamic. Ampunkan saya di atas segala kelemahan dan kesalahan elemen Islamic ini. Ianya sesuatu yang tidak pernah saya niatkan.
SH juga ada label 80% konflik. Teringat AB tanya, "Ummi, nape buku citer Ummi tu asyik banyak stress?"
Agaknya sebab konflik melampau yang stressfull tu menyebabkan SH tak mampu dihadam sebilangan orang. Maafkan patik, kerana patik ini hanyalah kelkatu malam yang selalu bermimpi hendak jadi rama-rama di taman. Erk, apa kaitan? Hmm...
A walk to remember :
'Tuan hamba', terima kasih di atas kemurahan hati tuan hamba beri review . Honestly ia buat saya down for week plus. Serius punye down hingga Papa perli, "Apesal? Nak berhenti menulis?"
Ya lah... mana ada orang yang tak dikritik. Kalau tak nak dikritik, duduk dalam rumah dendiam. Tapi pon mesti ada yang kritik, "Eh, apasal perempuan tu ek? Duduk umah tak kuar2?" Hu hu...
Apapun saya tetap berlapang dada. Apatah lagi bila saya sudah khatam seluruh entries blognya untuk 'kenal' tuan hamba itu hu hu. Dalam setiap baik & buruk, sebenarnya ada ilmu yang kita boleh pelajari. It is just the matter of how we see things.... hmm...
Ulangkaji jap hu hu...
A-L-H-A-M-D-U-L-I-L-L-A-H
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.