Saturday, July 23, 2011

MY LIFE's BOULEVARD...

Sepanjang minggu yang baru lalu ini, seperti selalu, setiap detik dalam laluan hidup sangat-sangat penuh terisi. Penat dan lelah. Pedih dan perih. Tetapi itulah asam garam kehidupan yang memberi perbezaan yang unik dari setiap individu dengan individu yang lain. Walaupun ada waktunya terdetik hati bertanya dengan Tuhan, "Tuhan, saya penat sangat hidup begini... berilah sedikit ruang untuk saya nikmati kehidupan seperti manusia lain seadanya." Kemudian cepat juga tersedar, ah, hidup saya ini lebih baik kalau dibandingkan dengan insan di Palestin, Somalia, Africa dan sebagainya. Dan tentunya lebih baik dari mereka yang sedang mencipta melodi hidup di dalam kurungan dan penjara. Tuhan, terima kasih... saya bersyukur atas segala pemberian-Mu.

Sebenarnya saya sedang cuba menyiapkan tugasan pejabat. Membuat minit perkara berbangkit mesyuarat. Hai lah, tak pernah-pernah lagi sebenarnya dalam kareer saya ada skop kena buat minit. Selalunya kerja-kerja mesyuarat ni PA Bos je yang buat. Tak apalah, lain padang lain belalang. Pengalaman dan pelajaran... itu pun nak komplen kan... gaji pun orang bayar...

Untuk rehatkan kepala sekejap, teringat hendak update perkongsian. Dah sepanjang minggu tak sempat hendak meniti jari di atas keyboard for blog purpose. 

Last Saturday, ada family day untuk office. Since I registered my attendance confirmation in the very last minute, jadinya tak dapatlah baju family day. On the day baru diberikan kepada saya tapi tak dapatlah pakai, malas nak tukar. Warna oren juga. Teringat kepada family day TSSB last December 2010. The whole staff inclusive family berpakaian oren. It was somehow became the most remembered moment especially for my children.  They enjoyed the days in Cherating very much. Budak-budak kan...

This time, with this new and most probably my final career, saya keberatan nak bawa mereka ikut family day sebab ia dibuat di kawasan U sendiri. Dah tahu sangat nanti budak-budak ni mesti nak compare dengan Cherating time mereka. They love field, water and activities. Tapi bila buat separuh hari kat padang, mungkin anak-anak akan bosan.

Tapi alhamdulillah, my boys ada aktiviti mereka since penganjur menyediakan tempat permainan belon besar macam di shopping complex tu. Kasihan Didik lah asyik kena pijak. Dahnya budak umur 12 tahun pun dok terenjut-enjut kat situ...

Abby seperti biasa memang pandai participate. Siap daftar diri sendiri masuk sukaneka, menang tempat pertama pulak tu. Alih-alih hadiah file tu jadi tempat abang simpan segala lukisan dia. Abang sedang gila melukis sekarang. Eloklah, dah mula mewarisi kegemaran dan bakat Papa dia.

Anak dara kami yang sulung tu, sebab dah besar malas hendak joint adik-adik dia di padang. So kerjanya makan sahajalah. The end of the program, ada pertunjukkan silap mata dari Hafiz the Wizard. Seronok budak-budak ni, sampai ke hari ini masih tertiru-tiru gaya silap mata tu. Abby pun akhirnya dapat merungkai misteri salah satu gaya silap mata Hafiz the Wizard. Siap minta,"Mi, nanti kalau kita buat birthday ke apa-apa ke, kita panggillah diorang datang nak?". Adoilah, larat ke nak bayar nak oi!

Ada hari apa ntah minggu baru ni, while driving from office terdengar satu lagu. Masa tekun memandu tadinya tak sempat nak tangkap tajuk lagu dan nama penyanyinya, but when it went half way tiba-tiba terasa it suits very much dengan jalan cerita Menunggu Hadirmu. Immediately called Papa, "Pa, turn on Sinar. Lagu apa tu? Cepatlah, nanti dia habis..."

Hai, orang lain yang tengok Maharaja Lawak tentu dah tak hairan dengan lagu ni. Rupanya it has one more time became a small phenomena in Malaysia ya selepas dibawakan oleh Sepah... tapi dek kerana seluruh siaran TV di rumah dah dikuasai oleh Babang dan Didik, jangan kata Mahajara Lawak dengan Sepah, Papa pun kempunan nak tengok bola. 











Few photos di Hari Keluarga U, 
16th July 2011
**********************************************************************************
dulu her ayah dgn his ummi pernah jadi office mate, jumpa lagi waktu ini... what a small world

En Saad dulu kata, "Ros, you pergi holiday je lah lepas ni. Satu family dpt cabutan bertuah brg holiday!"
 Jealous lah tu  hu hu

The big happy my 4 mths family of TSSB...
Some photos as to recall the memory my childred love most... 
**********************************************************************************

Hmm... ada banyak lagi yang kami lalui sepanjang minggu ini. Namun bukan semuanya favourable untuk dikongsi bersama. Yang duka biarlah dahulu dipendam waktu. Cuma kesal kerana ada manusia yang semakin hari semakin lupa diri. Orang tua kata, sudahlah kail panjang sejengkal, ada hati mahu menduga laut. Tapi betullah juga, tanpa ilmu manusia itu tidak akan ada perlindungan iman dan maruahnya. 

Lumrahnya manusia fikir, dengan duit dan kuasa yang dimiliki, dialah tuan dunia. Dialah raja singgahsana.  Kalau dulu, dibesarkan dan diberi makan pakai atas kasih sayang dan keringat orang, tapi hari ini orang-orang inilah yang telah jadi pengemis di hadapannya. Berani bersumpah Lillah untuk perkara yang jauh dari benar. Kasihan... sudah semakin jauh dari rahmat Allah. 

Sungguhlah benar, "Lelaki yang elok untuk wanita yang elok, lelaki yang buruk jodohnya memang wanita yang jelek." Bertemu sudah buku dan ruas, si miskin yang tiba-tiba hilang akal bila bermandi kuasa dan harta, si wanita yang buruk akal, rupa dan perangainya, sudah bersatu mengkhianati tangan-tangan dan hati-hati yang suatu masa pernah sudi menyayangi dan menghormati mereka.

Tak apalah, langit masih terbentang tinggi. Belum runtuh menimpa lantai bumi. Buatlah sekehendak hatimu, puaskanlah nafsu yang beraja dalam dadamu. Sekuat manapun kau mahu panjangkan kesusahan untuk kami seperti azammu, sebanyak itu jugalah pahala yang kau berikan kepada kami. Cuma buat-buatlah beringat meskipun tak terjangkau oleh akalmu yang masih kurang terisi ilmu, segala yang kau gunakan saat ini bukan mutlak milikmu. 

Kami bina setiap satu dengan lelah demi orang tua kami. Bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri. Cubalah dihitung diri sendiri, berbaloikah hidup tanpa maruah dan martabat keluarga? Kerana semua itu telah runtuh di dalam tanganmu dengan tepukan gemuruh syaitan bertopeng manusia. Mak bapa kami yang bermain dengan cucu dikatakan diperhamba anak, tapi si isteri sendiri yang bangunnya jam 12 tengah hari dan duduk menyilang kaki buat paddicure mannicure di hadapan TV katanya sayangkan orang tua... hai, pelakon terbaik bukan lagi milik Azean Irdawati dan Erra Fazira. Patutlah kakak-kakak ipar ini harus dinyahkan dulu supaya boleh jadi Cleopatra palsu di rumah kami. Drama TV rupanya menjadi nyata di hadapan mata...

Mungkin suatu masa dahulu kamu pernah menjadi yang begitu terindah dalam hidup kami. Yang menjadi penyeri hidup kedua orang tua kami. Sudah lupakah kamu dengan janji-janjimu untuk terus menjaga, menyayangi dan bertanggungjawab terhadap kami? Sudah lupakah setiap satu kata-katamu dari A menjadi Z, B menjadi D, U menjadi N kini? Ingatlah natijahnya bila janji dan sumpah sendiri kamu khianati. Kamu masih begitu kerdil dalam pengetahuan dunia. Biar tidak banyak, saya sudah melihat hampir separuh keajaiban-Nya. Biar tidak rela, namun andai ada di akhir baki usia kita, marilah kita sama-sama menyaksikannya.

Bahagia yang kamu janjikan dahulu, segalanya sudah lenyap ditelan waktu kini. Hadirnya dajal pendusta di antara kita, memecah belahkan kasih sayang keluarga. Dan yang akan saya bawa hingga ke akhir hayat ini bersama duka dalam hati, sayalah yang telah menerima dan membawa masuk si pendusta bertopeng manusia itu ke dalam keluarga. 

(ini MUNGKIN sekadar nukilan dari serpihan rasa,
 yang buruk kita jadikan sempadan, yang baik sama-sama kita jadikan tauladan)

This is indeed the greatest trial along my boulevard...


I don't know why... you've changed so much, 
just let us know that this wont be forever... 
please tell us why you make us cry... 
never knew it would go this far, 
why you left us on that boulevard, 
come again you will release our pain, 
and we could be family again, 
just one more chance, another life, 
and let us feel it isn't real that we are loosing you, 
come back to us and we will be happy without her... 

IMPOSSIBLE!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS