Sunday, September 2, 2012

KESAMBET

Anak-anak saya memang jenis yang agak alah... sikit-sikit sakit... walaupun saya ini bukanlah peka sangat pun, tapi saya boleh tahu sebab-musabab atau petanda-petanda demam atau sakit yang kami hidapi.

Tapi kali ini bila Babang sakit, saya suspicious sungguh. Sebabnya tak ada angin ribut, tup-tup dia demam. Ia hanya bermula pada suatu lewat petang selepas mandi dia keluar dr bathroom dan menggigil kata, "Sejuk... sejuk... sejuk..."

Kun Faya Kun... saya tahu kalau Tuhan mahu ia terjadi, pasti ia akan terjadi. Tetapi manusia pun disuruh mencari pengetahuan untuk sesuatu remedy dan berusaha untuk memperbaiki atau menyembuhkan.

Ubat dr doktor dah makan tiga empat hari, tapi panas tak reda-reda. Siang masih boleh tahan pada 37 plus. Tapi menjelang senja dia dah melepek dan suhu malam cecah 39 dc lebih. Setiap waktu hidungnya berdarah. Doktor kata by Monday dia tak okay, wajib bawa check darah. Aduhai...

Saya ingat pesan Ibu, kalau anak demam jangan tidur sangat. Kena monitor anak, manalah tau kalau suhunya tinggi sangat waktu kita tidur tu... kekdg tak tahan mata, namun cepat sedar dua tiga kali perhati, sponge dan ambil suhunya... 

Saya ada seorang sepupu yang sebaya. Julia namanya. Kami pernah besar dan main bersama. Tetapi oleh kerana mengidap demam panas dan tidak disedari, Julia cacat sehingga kini. Saya pernah melawat dia sekali di pusat jagaan. Sehingga kini saya tidak sanggup lagi ke sana. Remuk hati melihat keadaannya.

Ish, nape sampai ke situ? Mungkin saya rindu pada Julia...

Malam tadi, Abang Man @ Dr Man datang beraya sekeluarga ke rumah. Anak lelakinya dahulu pernah bantu saya di PTCC sbg tutor. Sekarang mahu menyambung MBA. Alhamdulillah... suka dengar orang study tinggi-tinggi...

Pernah beliau undang kami ke kliniknya bila kami bertanyakan pendapat perubatan dari beliau untuk kes thyroid saya. Tapi dek kerana klinik beliau bukan panel kami, dan kerana beliau juga merupakan antara doktor orang-orang kenamaan, kami segan. Sekali sahaja kami pergi dan beliau tak mahu terima bayaran. Lagilah segan... Tapi kebetulan malam tadi dia datang, saya tanya juga pasal Babang. 

"Macam mana dapat demam?" Dr Man tanya.

Kami pun bercerita dan jawapan beliau buat saya relieve, "Hmm... kalau itu punca demamnya, cubalah 'cara dan ubat' lain..."

Sebelum pulang, beliau bantu betulkan dos ubat dan sedikit sebanyak nasihat. Alhamdulillah dan terima kasih Doc!

Malam tadi juga Papa Nasir called kawannya minta bantuan. Hmm... dah agak dah... Babang keteguran... atau dalam bahasa Jawanya 'kesambet'. 

Alhamdulillah, pagi ini Babang sihat walafiat seperti biasa.

Dia sibuk ambil suhu badannya sendiri dan kata, "Ummi, saya dah tak panas dah! Saya dah sihat kan Ummi! Wah, seronoknya saya dah sihat!"

Saya senyum. Teringat katanya pada malam yg suhunya sangat tinggi, dia kata, "Ummi, bila saya nak sihat ni... sakitlah Mi... tak seronoklah bila saya tak sihat macam ni...."

Doa Ummi sentiasa untuk kesejahteraan dan kesihatan anak-anak Ummi. Kalau boleh, biarlah Ummi yang ganti menanggung sakitnya untuk kamu berdua...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS