بسم الله الرحمن الرحيم
Kiri bercakap, kanan bercakap
Kiri bercakap, kanan bercakap
Depan beri pendapat, belakang berdebat
Baik atau buruk... entah mana satu yang sahih
Tapi satu yg saya selalu sedari
Samada tuxedo atau jubah
Kita semua manusia, hamba Tuhan
Alhamdulillah
Satu lagi peluang tunai tanggungjawab sbg rakyat
Bukan minyak murah jadi matlamat
bukan guna highway tak bayar toll yang diidam-idamkan
Saya percaya kalau mahu sesuatu kenalah usaha
Setiap sesuatu itu ada 'harga'nya
Rebate, alhamdulillah.
Free? Macam fantasi je...
Saya percaya kalau mahu sesuatu kenalah usaha
Setiap sesuatu itu ada 'harga'nya
Rebate, alhamdulillah.
Free? Macam fantasi je...
Saat menurunkan tinta, bergenang airmata
Bukan kerana fahaman dan pendirian yang berbeza
Tapi kerana percaya pada keperluan hidup sejahtera
Kerana percaya pada sentimen mengenang budi
Betapa perjuangan meneruskan
survival dan maruah bangsa pasca merdeka itu
masih belum selesai
berikan peluang dan masa untuk sempurnakan misi dan visi
Saat mengekalkan pendirian, hati berdoa
masih belum selesai
berikan peluang dan masa untuk sempurnakan misi dan visi
Saat mengekalkan pendirian, hati berdoa
Ya Allah...
"Aku lakukan ini untuk AGAMAku, BANGSAku dan NEGARAku"
Kerana takut tak terjawab rintihan cucu cicit piut
generasi akan datang
Apatah lagi soalan Maha Esa di sana kelak.
generasi akan datang
Apatah lagi soalan Maha Esa di sana kelak.
Alhamdulillah. Sudah sempurna.
Walau kontroversi, merasa juga telunjuk kiri berwarna biru
Walau kontroversi, merasa juga telunjuk kiri berwarna biru
Tak sendeng kiri atau kanan
Tak terbeli dek abang, kakak, adik, saudara, kawan, jiran,
Tidak juga lawan
Saya hanya pilih yg kurang kemudharatan
Tak terbeli dek abang, kakak, adik, saudara, kawan, jiran,
Tidak juga lawan
Saya hanya pilih yg kurang kemudharatan
bersendikan pegangan murni sifat Melayu
"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa."
Bersyukur itu banyak aspeknya
Isu berbangkit yang lain, of course
urusan antara setiap individu dgn Pencipta
hidup ini takhlukan Dia
buat baik balasnya baik
kalau buat jahat tunggulah sampainya semboyan hukuman
Itu janji-Nya
hidup ini takhlukan Dia
buat baik balasnya baik
kalau buat jahat tunggulah sampainya semboyan hukuman
Itu janji-Nya
Alhamdulillah sekali lagi.
Bersatulah bangsaku, majulah negaraku.
Berpaksi dan bertunjangkan agama nan satu!
Amanah sudah dimandatkan
Mohon tunaikanlah tanggungjawab,
bukan hanya lunaskan akurjanji
bukan hanya lunaskan akurjanji
Rakyat bukan statue of liberty
Kami ada perasaan, jiwa dan hati.
Bersamamu membina Malaysia selamanya kami sudi
Cuma tidak rela andainya maruah bangsa dan agama
jadi gadaian dan sewa beli
Cuma tidak rela andainya maruah bangsa dan agama
jadi gadaian dan sewa beli
Bukalah hati bukalah minda, mohon bantuan Dia
Jangan sampai ada yang bertepuk, menggempur dalam diam
kita masih tak sedar
Janganlah menang sorak kampung tergadai
Masa yang ada, manfaatkan
Usahlah kita sibuk membelek kesalahan dan kekurangan
Kerana yang kita belek itu refleks diri kita sendiri
Kerana kita satu bangsa dan satu agama
Checkes and balances indeed is very crucial
Kalau kurang, tambahlah
Kalau salah, tegurlah
Tapi kena bijak guna akal diplomasi dan strategi
Jangan guna hati dan emosi
Supaya yang ditambah tak rasa melimpah
Supaya yang ditegur tak rasa dibongkah
Yang ditambah dan ditegur pun, pertimbangkanlah sebaiknya
Kalau untung, semua pasti merasa
Tapi kalau rugi, percayalah, kita je nanti...
Alangkah indahnya kalau kita bergandingan
Biru, hijau dan merah macam bendera Malaysia
Kiri dan kanan, depan dan belakang
Kubu orang kita sendiri...
***-----***
kita masih tak sedar
Janganlah menang sorak kampung tergadai
Masa yang ada, manfaatkan
Usahlah kita sibuk membelek kesalahan dan kekurangan
Kerana yang kita belek itu refleks diri kita sendiri
Kerana kita satu bangsa dan satu agama
Checkes and balances indeed is very crucial
Kalau kurang, tambahlah
Kalau salah, tegurlah
Tapi kena bijak guna akal diplomasi dan strategi
Jangan guna hati dan emosi
Supaya yang ditambah tak rasa melimpah
Supaya yang ditegur tak rasa dibongkah
Yang ditambah dan ditegur pun, pertimbangkanlah sebaiknya
Kalau untung, semua pasti merasa
Tapi kalau rugi, percayalah, kita je nanti...
Alangkah indahnya kalau kita bergandingan
Biru, hijau dan merah macam bendera Malaysia
Kiri dan kanan, depan dan belakang
Kubu orang kita sendiri...
***-----***
Lawak PRU13
Cuti ke tak ni?
A: Eh, Selangor cuti ke hari ni?
B : Cuti...
A : Bukan kata kalau PR menang je ke baru cuti?
B : Entah, yg tau kerajaan Selangor gazet cuti.
B : Dia pun menang gak, menang kat S'gor.
B : Kalau tarik balik cuti pun, aku cutikan diri aku sendiri je.
B : Annual leave ada, yg tak ada cuma 'ada aku kisah cuti ke tak?'
Satu ke dua?
A : Masa kat kotak undi tu kena pangkah satu ke dua kertas?
B : 2-2 kertas kena pangkah satu pilihan. Bahagian dan parlimen.
B : Nape?
A : Err... sebelum ni ngundi, aku pangkah kat satu kertas je.
A : Yg ni pun aku pangkah kat satu kertas juge.
B : La, nape?
A : Err... tak tau pula kena pangkah dua-dua.
B : Tak senonoh kau! Zaman mana kau duduk daaa...
A : Tak pe lah, walau satu je aku pangkah, janji dia menang.
A : Jangan jadi mcm husband aku...
A : Dua-dua kertas dia pangkah party cap beruang sebab kesian...
Ada ke party cap beruang? Heh...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.