Thursday, November 27, 2014

Nenek Bandar Tak Buta Pi Tengok Bola

BABANG

B : Umi, Dato' Bandar lelaki ye?
U : Yup...
B : Ada tak perempuan jadi datuk bandar?
U : Hmm.. ada...
B : (Pause a minute, with a face looks like thinking of something)
U : Nape?
B : Kalau lelaki kita panggil Dato' Bandar...
B : Kalau perempuan, NENEK BANDARlah ye Mi?

Bang, Dato' Bandar dlm bahasa Inggeris ialah mayor, yakni lelaki yg jadi Dato' Bandar. Tapi kalau perempuan menyandang jawatan Dato' Bandar, in English we'll call her Mayoress. Ummi rasa kalau nak translate kpd Nenek Bandar tu macam tak kena kot... tapi bolehlah kalau nak difikirkan ikut luar kotak pemikiran... hu hu...


DIDIK

Haish, kekadang ada perkara yg Didik buat, saya rasa nak marah je. Instead of marah, kekadang saya bagi nasihat. Tapi...

U : Adik, kita tak boleh buat sesuatu perkara secara buta-buta je...
D : Oh, kita kena buat secara TAK BUTA ye Mi?

Erk!? Adoila... sorry Dik... kadang2 Ummi tak sedar Ummi guna laras bahasa yg perlu diperjelaskan.


PI TENGOK BOLA!




Sometimes in last September. Bang Cik mereka sdg dlm tempoh UPSR yg ditunda-tunda. Selangor lawan Singapore utk Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam.  Mereka pergi bawa Atok Jamali & Bang Chik. A treat...

Tapi.... budak berdua ni tengok bola dlm mimpi daaa....

2 comments:

  1. haha..boleh pulak tertido dlm stadium tu ye.ni mesti penat sgt..smpai x kira tempat, asal boleh landing..senangnya dapat anak cam ni

    ReplyDelete
  2. hu hu... senang tido... yang tak senangnya kalau dikejut suh bangun. Entah2 berdukung bila keluar stadium...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS