Saturday, November 29, 2014

Kek Coklat Lembab Kukus

Anak-anak tak berapa suka kek perisa lain. Nasib baik juga lah... sebab Ummi mereka ni hanya tau buat kek coklat je hu hu...

2x pindah, saya rasa oven kecil tu dah macam sewel. 2, 3x bake, hasilnya tak macam selalu. Hmm... tak pelah... nanti settle down di THRP, ada rezeki, nak bodek Papa beli oven baru hu hu...

Bakar kek asyik pecah, maka saya kukus je lah adunan kek tu. Tertengok di FB ada kenalan share resepi Kek Kukus Coklat Lembab. Tapi lupa siapa namanya untuk give credit. Maaf ye, saya tumpang guna resepi anda, semoga Allah beri pahala kerana berkongsi ilmu masakan ni dan anak-anak saya kenyang makannya.

1st time try resepi ni bila buatkan AB 2 biji kek untuk bawa ke sekolahnya on last day few weeks ago. Kami tak rasa kek tu pun. So, petang tadi bila hujan turun agak lebat, tetiba je tangan dah bancuh adunan.

Meh saya simpan resepinya di sini. Boleh saya refer bila nak buat (orang thyroid ni pelupa...)

Bahan A 
1 cawan serbuk koko (saya guna Van Houtten)
1 cawan gula pasir halus
1 cawan susu cair (saya guna susu HL coklat bebudak ni punye)
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (saya guna Blue Key je)

Bahan C
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur

Cara membuatnya :

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk, kacau sebati atas api yang kecil then sejukkan.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Masukkan semua bahan A dan esen vanilla ke dalam adunan telur, kacau sebati.
4. Masukkan tepung, kacau lagi hingga sebati lebih kurang 5 minit
5. Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu.
6. Tuang adunan dalam loyang, tutup permukaan dengan aluminium foil untuk elak wap air masuk
7. Kukus selama 1 jam 10 minit (jangan asyik buka je penutup tu)

Topping:
Saya guna apa yang ada dalam peti sejuk je...
2 sudu butter
1/3 keping coklat masakan
sedikit susu pekat manis
sedikit susu HL coklat
(cairkan secara double-boil sampai agak pekat dan berkilat).

Bila salin resepi ke dalam FRAN baru notice yang bahan A tu semua kena masak dulu atas api. Saya dok humban segala dalam telur yang dah kembang tu. Adoila. Mujur budak2 ni makan okay je... haish...

Ini je lah rupa kejadian kek kukus coklat lembab ni. Belum sempat ditoppingkan, dah hilang suku dikerjakan Babang & Didik. Walaupun baru lepas makan nasi 2 pinggan dengan lauk tomyam & kambing marinate yang saya bakar dalam oven sewel tu, boleh lagi telan kek. Cuti sekolah ni berkurung di rumah... selera mereka menjadi2. Alhamdulillah.


MAHAN pulak tak menyabar. Angkat tutup kukus terus cubit sikit bagi ke dia. Terus MAHAN demanded  for a slice of it. Haiya itu budak...

Hmm.... kek coklat lembab kukus sempena tahu2 je Malaysia akan menang 3-1 dengan Singapore untuk Piala AFF Suzuki ek... macam tu lah main bola, baru worth! Hu hu...

1 comment:

  1. sama macam resepi saya jugak kak..sedap. ish..ni rasa cam nak membaking jugak ni!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS