Wednesday, March 4, 2020

Shell Out

It's March already... alhamdulillah, sampai dah Rejab. Moga masih diizinkan sampai ke waktu2 seterusnya.

FRAN... Mumi is a bit busy lately. Tapi bahagia sgt. Rasa alive & bersemangat dari hari2 sblmnya. Sbb... I got back on my track. Berdikit & bertatih utk journey baru. Moga2 tak hangat2 tahi ayam. Nanti2 Mumi simpan diary about that ya.

Diari shell out ni dah duduk lama dlm draft. Kesian dia... Mumi finalize kan je la.

Waktu buka booth Champs di KUIS, ada slot derma darah Pa kata. Kononnya dia nak derma darah juga. Tapi hajatnya tak sampai. Tak layak. Darahnya kurang. Erk!?

Maka, Ahad 16th Feb, kita jalan2 ke Pantai Remis. Kalau dulu masa larat, bbrp kali juga kami ke sana masuk laut cari remis & kepah. Lately dah tak de kesempatan, pun dah tak larat.

Hajatnya nak cari kerang, bantu tambah darah Pa. Pun dah lama tak belanja anak2 makan ketam. Dgn bajet sblm gaji :-) kita beli ala kadar je la. Setakat nak makan 5 beranak je. Teringat Bik Mah, belikan juga kerang seplastik utk mereka sekeluarga.

Nak masak apa ya?
Pa suh buat shell out.
Erk!? 1st time saya buat masa gathering my family, tak brp jadi. Nak ulang tu rasa mcm trauma pulak. Tapi tak pe, kita cuba ye penuhkan hajat Pa...


Gambar2 ni Pa ambilkan sbb saya busy kemas dapur. Plating saya tak de rupa shell out. Hu hu... sbb utamanya kami guna pinggan je. Tak kuasa nak hampar plastik sbb secoet je pun. Pun tak de dulang bulat yg besar tu. Pa kata nanti minta dulang Mak Enon satu. Huish, malulah. Dulang bulat besar Ibu pun banyak juga, tapi segan pulak nak amek makpak punye. Nanti2 lah kalau jumpa kat mana2 kedai, kita beli satu dulang. Boleh buat makan dalam dulang sekali, ikut sunnah Nabi :-)

Saya ikut resepi dlm google. Alter sikit sbb Pa kata nak gravy shell out tu campur telur asin. Ikut je la selera org yg nak tambah darah.

Simpan kat sini bahan2nya supaya saya tak lupa lain kali.

A. Bahan kisar - cili kering, bawang putih, bawang merah/besar, belacan, halia. Supposedly ada udang kering tapi kat umah tak de, so saya skipped.

B. Bahan tumis - bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, cili padi (jika nak pedas), serai

C. Sos perasa - serbuk kari ikan, sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam (saya guna sos lada hitam je senang huhu), kiub pati ayam

D. Aksesori - kentang (rebus empuk), brokoli & kobis bunga (rebus sekejap). Toskan & saya gaulkan sedikit dgn garam, serbuk lada putih & minyak bijan.

E. Telur asin, rebus & lenyek2.

Cara-cara:
1. Rebus seafood asing2 sekejap. Toskan.
2. Tumis B hingga naik bau dlm minyak + sedikit butter (saya lupa butter hu hu). 
3. Masukkan serbuk kari & tumis sekejap lagi.
4. Masukkan semua bahan kisar A yg lain & tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan bahan C. Saya tambah sedikit air utk masakkan lagi kuah tu.
6. Masukkan telur asin yg dah dilenyek.
7. Saya tak guna garam sbb dah ada telur asin & sos ikan.
8. Oleh krn saya guna ketam & kerang je, maka masukkan ketam dulu. Angkat. 
9. Then masukkan kerang pula. Angkat campurkan dgn ketam dlm pinggan hidang.

Simple je. Ikut selera Pa. Walau tak byk, dpt juga beri sepinggan kpd jiran kembar rumah sebelah.

Ptgnya, waktu jalan2 di Car Booth Sale Tesco Shah Alam (hujan turun lebat la pulak), Bik Mah called suh dtg lps maghrib pulak. Kita beli utk dia, dia pi buat shellout suh dtg makan sama2. Terima kasih Bik... terharu pulak. Siang mlm makan home-made shell out.


Babang kata Nek Mah punye shell out sedap mcm kat Ladzizah (baru notis mcm tak pernah simpan diari ttg Ladzidzah Tomyam). Sbbnya Nek Mah pernah buat shell out utk mereka ketika PaMi musafir Nov lalu.

Mungkin Bbg prefers shell out style Nek Imahnya tapi tak sampai hati nak cakap pd Mumi hu hu. Tak pa Bbg, Mumi sgt memahami. Mumi tau je Mumi ni cempedak di luar pagar :-) Cara Nek Mah simple juga cuma lain style. Cili giling, cili padi, bebawang & guna souces - sos tiram, sos cili, sos seafood... hah! Sos seafood! Okeh, lain kali kita try cara Nek Mah pula ye...

Pa pula kata dia lebih suka versi saya (ye la ikut taste telur asin dia). Ke... saja nak amek hati?


This was d'memory of Baby's 3rd advance birthday, bukan celebration sgt... cuma Pa ajak pi shell out di Ladzidzah. The advantage of shell out kat sini, pd kami... dari pengalaman2 lepas, at satisfactory kot. Byk, sedap & affordable. Saya tak tahu banding pricing sbb bukan kaki jelajah kedai makan merata, tapi Pa kata worth.

We went on our own twice rasanya, then treat jiran kiri-kanan TPR2 sempena kami akan move out ke TH37. Kemudian treat Bik Mah, Paman & Idlan sempena PT3 result dia. Mereka pun acknowledged sedap & mmg makan sampai tersandar. Even jiran kami pi repeat lagi lepas tu hu hu... they loved it la kot.

Yang belum sampai hanyalah hajat nak bawa families dtg sini. Asyik susah je nak kumpul semua at one time... :-(

Tapi ada juga terbaca testimoni yg negatif. Ikut rezeki masing2 rasanya... tak ada sesiapa atau apa2 pun yg sempurna. Mesti ada yg lemah atau kurang di sana-sini. Kalau tersinggah & terbaca diari ni, boleh la cuba kalau belum pernah ke sana. Basic details ada pd gambar tu... rasanya dia ada cawangan juga kat Kota D'sara kalau tak silap...

Happynya baby. Bulan Feb yg lepas, apapun 'gathering'  dia anggap birthday celebration dia. Kiranya makan2 shell out adhoc umah Nek Mah tu sbgi 'kek' ke-6 utk birthday baby tahun ni ya. Cukuplah ye baby...

Ni dah masuk March. Akan ada budak dok menghitung hari, giliran dia pulak. Juling mata PaMi :-)



#shellout
#ladzidzah
#birthday

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS