Friday, May 31, 2013

TINGG!!!

Awal tido bantal tinggi. La ni dah few days, tido duduk. Seretide n ventolin inhaler dah tak jalan. So, it is not my athmatic. Sore throat dah jadi batuk. Saya dah rasa tak blh buat satu benda pun. When it started to be green, I knew what is happening.

"Saya rasa saya demam lah Pa..."
Papa rasa dahi, "Tak lah... awak ni fikir yg bukan-bukan..."

Saya dah lali dgn jwpn Papa. Bak kata Dr Ros, "He wants you to think positive and he wants to be your strength."

Tapi saya tahu saya demam dan saya tahu siapa yg sdg ketuk pintu. So scr psychologically nya saya dah jadi ala-ala tak positif. Papa kena cuba method lain. That one doesn't work on me anymore hu hu.. that is why wise man say, the motivation and strength came from our ownself.

Saya ponteng Mei, 15th appointment. Kalau straight away ke DEMC, I know what will happen to me. Jadinye saya usaha cara lain. X-Ray di klinik panel, done yesterday. As expected ada sedikit infection in the same right lung.  Doc put me on antibiotic for 3 days. Kalau dah full blown, no sorry for me.

This morning Didik started to follow suite. It's a trend. Unlike his bro. Be strong Babang. Lps bg Didik neb di rumah, Papa Nasir buat terapi tepuk-tepuk blkg mcm kat hospital. After few minutes, Didik batuk2, then muntahkan lendir dan kahak. Terapi berjaya.

Pi klinik panel lagi pg td. Ambil semua ubat Didik yg mmg dah last kopek. Doc insisted ambil darah sbb dia worried on my thyroid level. Next week, the result of chest X-Ray n d blood test will b out. Moga2 msh blh elakkan being hospitalized. Moga2 msh dipinjamkan usia dan kesihatan....

~ x ~ x ~ x ~ x ~

TINGG!!!
Wang syiling jatuh di hdpn seorg lelaki yg sdg membancuh simen. Melihat wang syiling itu, tangannya berhenti bekerja. Slps mengutip wang itu, dia menyambung kerja sml.

TINGG!!!
Jatuh lagi duit syiling. Lelaki itu menoleh ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa. Dia mengambil syiling itu dan berkata, "Alhamdulillah... rezeki aku..."

Namun dia tidak sedar, syiling itu sbnrnya dicampakkan oleh ketuanya dr aras lapan bgnn yg sdg dibina. Ketua itu memanggilnya utk berkata sesuatu. Ttp bunyi mesin, enjin n sgl kebisingan tapak bina menenggelamkan jeritannya. Lalu ketua itu mencampakkan semua syiling dgn harapan pekerjanya itu akan mendongak memandangnya.

Sayangnya shgga syilingnya habis pekerja td msh tidak menyedari. Dia ambil serpihan batu kecil di lantai lalu dibaling ke arah pekerjanya itu.

Auch! Lelaki td merasa sakit terkena balingan batu lalu dia pun mendongak ke atas. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya untuk menyampaikan pesan. Ayok!

Ia simbolik kecil hbgn manusia dgn Pencipta. Smd kita sedar atau tidak, Allah sering jatuhkan 'syiling' dlm bentuk rezeki, rahmat atau kesenangan kpd kita tak terkira byknya. Allah jatuhkan syiling sbg satu panggilan utk kita sentiasa 'mendongak', mengingati Dia dan bersyukur.

Lumrah sbhgn manusia sll lupa dan smkn tenggelam dgn 'syiling' melimpah ruah yg Allah beri. Lupa mendongak kpdnya utk ucap terima kasih dan bersyukur. Lalu bila rahmat tidak buat kita mendongak, maka Allah jatuhkan pula batu dlm btk musibah, kegagalan, keperitan dan kesakitan. Lumrah sbhgn manusia jua, bila dlm kesusahan, baru menadah tangan dan mendongak memohon ampun dan rahmatnya semula.

~ x ~ x ~ x ~ x ~


Dlm sujud setiap waktu, dlm ingatan di waktu lapang,
dlm kebaikan yg jika pernah ada
mungkin ada waktunya juga saya alpa.
Ampunkan hamba-Mu ini ya Tuhan...
berikanlah hati ini rasa taat untuk mengingati dan mensyukuri
anugerah yg telah Engkau berikan dgn rasa kehambaan...
Saya terima jika ini hadiah sekalipun kifarah... 
krn saya tahu Allah mungkin tak izinkan saya utk terleka

Thursday, May 30, 2013

Jeffery Deaver - EDGE


Everyone has weakness
He'll find yours

512pgs, membacanya sy rs mcm berlakon filem thriller. As the praises to this novel, it was indeed brilliantly plotted, well written and pacy. Rasanya mmg readers tahu trademark Jeffery Deaver ni twists and surprises. Along the way saya tensed. Few times stop sbb ada rasa takut nak teruskan bacaan. Tapi sbnrnya ia taklah setakut yg saya imaginasikan. The torture was tolerable for me hu hu...

Thriller story ttg Officer Corte yang ditugaskan utk melindungi seorg detektif n keluarganya krn  menjadi sasaran seorg lifter (information's extractor) iaitu Henry Loving. Loving seorg lifter kejam dan licik yg diupah utk dapatkan maklumat yg dikehendaki drpd sasaran dlm apa cara, sekalipun mendera n membunuh. His method is by having the edges that could make the target spell the information needed.

6 years ago the same Henry Loving had murdered Abe Fallow, the mentor of Officer Corte dlm satu misi perlindungan yg dilakukan. Now, dlm tugasnya melindungi Detektif Ryan n keluarga, Corte turut ada keinginan memberkas Loving, which is not in his scope of duty.

Byk scenes yg mendebarkan sepanjang usaha melindungi detektif Ryan dan keluarganya. Lepas satu, satu. Kita fikir begitu, tapi rupanya begini. Kita fikir orang tu, tapi rupanya dia ini. Tugas Corte bkn saja melindungi Ryan dan keluarganya tapi turut memastikan setiap sesuatu atau seseorg dilindungi in such a way sbb Loving akan utilize each and everything connected to the target as edges. 

Semua strategi Corte byk dibantu oleh protegenya, Claire duBois yg sgt genius. Cepat je Claire dptkan maklumat yg dikehendaki Corte. And the most interesting was, Corte selalu gunakan konsep rule of play dlm few games yg dia pnh main. Hmm.... I am not a game player, so payah sikit nak blend dgn kepala saya ni hu hu...

Endingnya tolerable, sbb saya dok fikir sesuatu yg sgt tragis atau yg sgt menggerunkan. 

To summarised, I love Edge. Thriller mmg blend dgn Jeffery Deaver. Apa tidaknya, he was a former journalist, folksinger and an attorney! Dah tulis more than 80 novels, his books are sold in 150 countries and translated into 25 languages

Hmm... bak kata Babang... jauhnya bintang tu...

Tuesday, May 28, 2013

Masak Lemak Jantung Pisang

Pagi Sabtu lalu, lps berkeliling rumah ambil gambar tumbuh-tumbuhan dan orkid, nmpk pokok ni tepi dapur. Terkebil-kebil. My favourite. Kalau rebus, cicah sambal belacan, sedapnya. Dan sedap jugalah kena semputnye hu hu...

Kalau ada Papa Nasir, blh minta tlg jolokkan jantung tu. 2x fikir, sib baik dia tak ada. Sbb walaupun dia ada, jgn hrp dia nak ambilkan jantung tu utk saya. Dia tak kasi mkn jantung pisang sbb nnt saya dpt semput.

Ckp dgn ibu, msk jantung mesti sedap. Ibu kata tak ada org nk tlg ambil. Saya nekad ambil sendiri even Ibu kata saya takkan larat nak angkat galah dan jolok jantung. Tinggi tu. Jgn underestimate anakmu ini, Ibu. Hendak 1000 daya. Gaya org mengidam pun ada saya ni. Oh ya, tahniah utk 'Mozila' di atas kehamilan yg ditunggu-tunggu. Jaga diri, insya-Allah smg dipermudahkan dan selamat jua hendaknya... aaamiin...

V
V
Ibu sengih x terkata bila jantung pisang itu slmt sy trnkan. 
Teringat Babang pernah bertanya, 
"Ummi, ini jantung pisang? 
Pisang pun ada jantung ke macam manusia? 
Jantung manusia macam tu ke?"
V
V
Ibu kupas jantung pisang sampai togel begini... 
V
V
Ibu gulaikan jantung pisang utk saya. 
Wah, mkn dgn nasi n ikan masin, sedap sgt.
Selera org kampung mcm saya...
Papa, sorry ya...
Ummi termakan pulak gulai jantung pisang ni hu hu....


Bahan-bahan :
Jantung pisang
Santan
Bawang merah, bawang putih
Kunyit hidup, cili api
Ikan bilis @ udang geragau kering
Daun kunyit, serai

Cara-cara membuatnya
1.   Kupas jantung pisang dan rebus hingga agak empuk
2.   Kemudian hiris jantung pisang tersebut agak halus
3.   Tumbuk bebawang, kunyit hidup dan cili api hingga lumat
4.   Simpul daun kunyit dan ketuk serai
5.   Bilis @ udang geragau blh tumbuk juga sikit
6.   Masukkan santan, bhn 3,4,5 ke dlm periuk
7.   Masukkan sedikit garam
8.   Blh ltk secubit kuib ayam Knorr @ perisa Cukup Rasa Maggie
9.   Masak santan dan bahan2 dlmnya atas api sederhana
10. Timbuk santan sentiasa supaya tak pecah minyak
11. Bila dah menggelegak, masukkan hirisan jantung pisang
12. Timbuk lagi hingga sebati masaknya
13. Kalau dah cukup rasa blhlah matikan api dapur.


Nak masak apa ya tgh hari ni? Rasa tak larat sgt. Kids masih kenyang sarpan cekodok sardin pagi tadi. Kan bagus kalau blh kenyang mengadap lappy utk tghari ni hu hu. Spttnya siapkan assignment roti jala for global marketing. Boleh siap ke hari ni? Aduh...

Kepala msh berbintang, so kena dptkan sufficient rest sblm masuk office lusa. Counting minutes to hours for Papa Nasir to be home today's evening. Ni lah keadaannya perempuan yg jarang ditinggal suami hu hu.... meroyan!

Monday, May 27, 2013

Orkid Mega

Hobi paling baharu Bibik, tanam orkid. Hmm... bibik... bibik... suka hatilah asalkan Bibik bahagia.

Ini bkn Bibik.. tapi Ibu yg suka sapu sekeliling rumah setiap hari sbg senaman pagi

Pasu2 orkid Bibik yg msh blm berbunga di sekeliling rumah, atas para, atas tanah n ada yg bergantungan di dahan pokok rambutan hu hu.. weekend lalu dia ajak saya hantar dia ambil bunga di Sg Buluh, Bibik kata kawannya yg jaga nursery bunga di sana suruh dia dtg ambil bunga FOC. Tapi abah tak kasi... Bibik merajuk.. amboi, jgn tak caya... maid yg saya assign utk parents saya ni pandai merajuk dan berani lawan mulut dgn abah saya hu hu... tapi dia jugalah yg paling sabar melayan kerenah orang tua saya. Terima kasih Bibik...




Saya suka tengok warna orkid Bibik yg dah berbunga ni. Tapi I guess menjaganya tak mudah. Rajin sungguhlah Bibik Mega. Favourite dia kot...

My favourite flowers cuma Daisy and Rose
Rose, sbb nama saya bermula dengannya
Daisy, sbb ia adalah my birth flower 
Tapi nak menanamnya... entah bila hu hu 

"Roses are red, daisies never blue
Sugar is sweet, and orchids are beautiful too!"

Hijau dan Berguna

Hari ni sy tak larat pi kerja. Tak sedap badan, sore throat, sakit kepala n rasa nak collapsed. Dari 2 minggu lepas saya rasa mcm ni. Pagi tadi kerah jg tenaga sediakan lunch in advance. My boys dah pandai berdikari. Babang ambil sendiri honey star dr dlm peti sejuk dan minta saya buatkan milo utk ganti susu HTL yg blm sempat di re-stock. Mereka 2 beradik sarapan bsm sambil sy sudahkan basuhan.

Pi klinik tadi ditemani Babang n Didik. Saya pun berdikari utk seminggu ni hu hu. Lung, blood pressure n sugar saya all clear n normal. So, what caused this dizziness? Doc suruh saya obey monthly check up. Hmm.. saya baru ponteng last 15th nye. Doc worry saya overdose camazol dan dpt hypothyroid pula. Doc said I gain weight a lot.

Hmm... tak mohlah fikir lagi. Saya nak buat terapi sekejap. Tulis diari dlm FRAN.... about what I did last weekend... hu hu...

Saya pnh simpan surrounding view di rumah my inlaws sblm ni. Kali ni nak simpan kenangan di rumah Ibu dan Abah pula lah. Last Saturday, pagi2 saya dh bangun. Rindukan suami sy yg sdg brd di Taipei hu hu... mengada2. Breakfast dah siap, tapi org dlm rumah ni msh dlm bedroom memsg. Cuma saya, Ibu dan Bibik je yg dh sibuk dgn urusan dapur. 

Hati rindu saya bawa berkeliling rumah. Agak lama saya tak balik. Byk dh pepokok baru dan kebun kecil Ibu yg baru diusahakan. Knplah Ibu dan Bibik bersusah payah tnm pokok bunga, serai, kunyit, pisang dan mcm2? Jawapannya : It's actually therapy for them. Aktiviti yg menenangkan perasaan.... sama spt sy tenangkan perasaan dgn membaca, mengaji dan dgr muzik.


Pokok pandan - khasiatnya DI SINI hu hu... malas nak type hu hu
tapi biasanya kita jadikan pewarna atau pewangi dlm masakan kan...?
Atau hiris halus2 utk jadikan renjisan bunga
waktu  majlis kahwin n cukur jambul...
err.. Papa selalu simpul2 daun pandan dan letak dalam kereta -
elakkan lipas dan biar kereta bau wangi semulajadi.
Ada bbrp pokok limau di sekeliling rumah Ibu. Buahnya byk spi melendut...
sy pnh diketawakan krn ambil daun limau ni sbb sy ingat ia daun limau yg sy sll guna bila msk tomyam... kesian saya... hu hu...
Pokok daun misai kucing - elok untuk kurangkan tekanan darah, lawaskan air kecil, anti peradangan, sakit buah pinggang peringkat awal, batu karang n diabetes.
Pendek kata Ibu panggil ia pokok ubat hu hu...
Pokok ni dari anak pokok kari yg Bibik ambil dr rumah saya. Bibik tanam dekat dgn dapur tingkap, nak masak kari petik je dari tingkap dapur hu hu... Khasiat daun kari : atasi masalah haid n gonorea, hilangkan rasa loya n pening2 lalt org preggy, sembuhkan cirit-birit n penyakit buang air besar berdarah, air rebusan kulit batangnya blh ubati diabetes.. hmm....
Waktu saya sampai rumah Ibu tgh hari Jumaat tu, Bibik sdg tnm pokok daun kesum ni. Hu hu... bibik mmg suka bercucuk tanam sama mcm Ibu. Senanglah nak masak asam pedas dan laksa. Raya ni saya dah plan nak buat laksam. Khasiat daun kesum : bantu pulih masalah penghadaman dan kelemumur
Ibu tanam byk pokok serai. Eloklah, ibu pun asik-asik masak rendang hu hu...
Citral yg lbh tinggi dlm serai dikatakan boleh matikan sel kanser.
Antara tanaman yg ada di kebun kecil ibu - pisang, serai, lengkuas... ibu kata org kedai runcit di kampung beli hasil2 tanaman Ibu ni... Ibu kata ada jiran tanya knp ibu susah payah bercucuk tanam begini, tapi ibu kata dia saja suka-suka dan jiran2 sekeliling pun boleh tumpang sekaki kan.... hu hu... sedekah tu elok ibu... betul tu...

BERBUDI KEPADA TANAH
HASILNYA WALAU SEDIKIT SAMA MERASA

Thursday, May 23, 2013

Maaf & Terima Kasih Utk Jantung Sihat?

I received an email from a friend, I call her Wan. Reading it made me smile... there... reading nurture your feeling kan... hu hu... saya pnh terbaca ttg ini sdkt masa dulu. Now when I have the article, wish to keep it here in FRAN for knowledge mutual sharing. True or false, ia misteri Tuhan. Yang penting ia adalah atr nilai murni yg harus ada pada setiap diri insan.

~ x ~ x ~ x ~ x ~ x ~ x ~

Walau marah mcm mn kita pd seseorg, jgn pnh lupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin perkataan ini tak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah anda bhw hanya dgn meminta maaf kpd perempuan dgn ikhlas dpt membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mgkn sgt ssh dilafazkan kbykkn org terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dr Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yg ditujukan pd seorg perempuan blh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yg mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dr org lain blh menyebabkan peningkatan tekanan darah yg dpt memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendgrkan kata ‘maaf‘ dpt menurunkan tekanan darahnya dan scr automatik kembali normal sekitar 20% lbh cpt.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lbh lama utk pulih stlh mendgr permintaan maaf krn mendpt perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorg lelaki cenderung bekerja lbh keras stlh mendgr pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 org lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yg diukur dlm kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dlm darah atr detik jantung atau tekanan dlm arteri-arteri ketika jantung istirehat stlh penat ‘bekerja’. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dpt meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pd org tersbt.

Jadi, sayangilah pasangan anda.
Jgn lupa berterima kasih dan meminta maaf!

~ x ~ x ~ x ~ x ~ x ~ x ~

Have good times my dear!
Don't worry, we'll take care of ourselves 4 u...
Be home safely!


Tuesday, May 21, 2013

Tak Kisah Ke, Tak Ikut?

Minggu ini sy msh sakit kepala. Sambung dr minggu lps. Transformasi sistem byrn di pjbt dr versi 1 ke versi 2 buat sy sakit jiwa raga sampai angin naik ke kpl. Betul ke slh sy tak testing betul2? Hari tu masa virtual testing cam okay je. Tapi bila realized, saya yg paling sakit jiwa. Kasihan org teknikal kena accomodate comments and critics.

Bila dah sakit jiwa n kepala dgn kerja yg tak selancar biasa, ter'burst' lah pula. Sorry sgt. Begitulah keadaannya bila nak berhijrah from better to best. Utk jadi best, harus ketahui kelemahan spy sng ditambahbaik. Dan kelemahan itu selalunya easy to be detected bila digunakan scr menyeluruh. Nak tak nak lalukan ajelah... moga minggu dpn semua limitasi dah dpt diatasi n skt kpl ini blh syuh syuh pergi bawa diri. So RAN.. give your 100% concentration and commitment and patience!

Few days ago, ada sesuatu yg Didik lakukan mengusik hati saya. It's a small matter. Tapi ia masih buat saya senyum. Biasanya bila tak ada tisu atau towel kecil, maka baju atau apa2 saja milik saya akan jadi kain lap bila anak2 comot. It's normal. Tapi tak tahu knp bila ia keluar  from his small lips, saya jadi touched... 

Babang:
B : (mulut comot sbb mkn aiskrim)
B : Ummi, nak lap kat mana ni? Tak de tisu.
U : (terpandang cardigan hitam ksygn saya)
U : Lap je lah kat baju Ummi yg hitam tu.
B : Okay!

Didik...
D : Ummi, adik dah syiap. Mulut adik comot ni...
U : Adik laplah, ummi kan tgh drive ni....
D : Nak lap ane Mi?
U : Tu baju Ummi yg Babang buat lap tadi
D : (Hesitated)
U : Lap lah cepat, nanti kering kat mulut...
D : Ummi tak kicah ke? Nanti kotor baju Ummi...

Aduhai... Didik worried kalau baju saya kotor bila lap ke mulutnya yg comot. At 4, he sometimes does care a lot. And Babang? Tak apalah, he knows kot that this Ummi of his is willing to surrender everything 4 him... every mother on earth does too, I believe...


Tapi bila Didik membalas dendam!?

(Suatu hari bila Didik ikut Ummi ke pejabat...)

D : Ummi nak pegi mana?
U : Nak pergi tandas.
D : Nak ikut!
U : Eh, mana boleh! Ummi masuk toilet perempuan.

came his turn...

D : Nak encing! Adik nak pegi andas!
U : Jap, Ummi temankan.
D : Tak yah! Ummi mana boleh ikut!
U : Eh, sesuka hati dia je.. nape pulak tak boleh?
D : Adik nak acuk andas akilah... (tandas lelakilah)

Ceh!


~ x ~ x ~ x ~ x ~ x ~

Care is the actualization of love assumed
.. dan bila tengok Didik n Babang, kekadang sakit kepala hilang, 
kekadang pula tambah sakit kepala saya dibuatnya.. 
hmm... sabar RAN... sabar....

Boys! Lights' off please!
(macam kat asrama pulak hu hu...)

Sunday, May 19, 2013

MDC2013 : Btw Footballer, Musician n Writer...


So, Babang & Didik.. which one is your interest? Footballer kah? Musician - ahlil musik kah? Or Writer kah (legasi cita2 Ummi)? Asalkan jgn jadi Rugger sudahlah, patah riuk macam Papa kamu! (hu hu... Papa Nasir jeling saya).


Babang n Didik with VI86 Papa Nasir (eh ni Papa mereka) and 
coach n striker of VI86 team
SHAHRIN MAJID, one of the big name in M'sia football world.

 Bro Shahrin Majid won the best player 
for Veteran Championship 
n he generously let Babang have his prize hu hu.. tq uncle!

 ... with musician AIDIT ALFIAN 
(b4 patah tulang di pergelangan tangan main semi final)
He got sweet smile... and nice man too
hish, kalau tgh preggy ni, maunye kenan... erk?!
Anyway bro... betul, bukan I yg habiskan jajan tu tau!
Percayalah... hu hu...

Papa Nasir with his VI86 team-mate - AIDIT ALFIAN 
(slps patah tulang dipergelangan tangan.
Hmm.. tangan cari ilham seni tu bro...
Auch.. masih boleh senyum walaupun I bet, ia mesti painful...)

And my favourite writer - AHADIAT AKASHAH from VI82
Musuh tradisi bolasepak MDC VI86 Papa Nasir 
Musuh waktu lawan bola in MDC je.. 
but still senior n junior yg blh hug n smile juge hu hu...

 Wonder whether politicians are this kind too...
lawan tetap lawan, biar sampai menang
(n VI82 is still champion, sob-sob-sob)
tapi kita tetap saudara sesama Islam...
Erk.. PRU 13 dah selesai weeks ago okay... 
focus should be on the pure objective now.
Agama diutamakan, Rakyat Didahulukan
improvise tagline oleh saya yg memandai hu hu...

Eh, eventually baru notice
saya tiada di mana2 dlm gambar2 MDC2013
hmm... tak pe... saya ni kan kunun d'very camera-shy...
ahaks...

MOKHTAR DAHARI CUP (MDC) 2013

Ia acara tahunan Papa Nasir di VI. Understood MDC is pioneered by VI86. Kagum. Tahun lepas saya tak ikut, sbb tak sihat. 

Semalam, 18/05/2013, Babang kena ponteng taekwondo lagi. Jam 7 pagi dah keluar rumah sbb Papa nak pi daftar seminar di Sunway then shoot ke Victoria Institution. Subuh tu saya hampir collapsed di bilik mandi. 2 kali rasa mcm nak black-out. Adoi... baru ponteng check up last 15th, janganlah buat hal... 

Hmm... apa nak cerita ye? It's just about field, ball, goal, hot n sunny day, clear sky, makan nasi, roti, sandwich, jajan, aiskrim, minum ais, ambil gambar, sorak, happy, frust, n yeah... ia hari sukan tahunan di VI. Hu hu... hah, bersukan sambil berrefleksologi dengan urutan OKU penglihatan.

VI86 berkumpul, coaching by bro Shahrin Majid... atur strategi.

Di khemah VI86 ada jual T'Shirt VIOBA


During semi-final... VI86-VI88. Senior menang 1-0!
Bro Aidit Alfian diiring keluar padang - 
cedera di pergelangan tgn..
Your spirit worth it bro.. you guys made it to Final. Get well soon!
His wife is a doctor, lagi cepat la heal hu hu...

Final match! VI86-V82. Senior menang penalty.. adoi...

Apparently most boys have interest in football
Better football than rugby, 
saya takut bila Papa Nasir kata nak train my boys to be ruggers... 

Dah penat main bola, mereka main perang-perang tepi padang... 

Dan... bila Papanya struggling with his VI86 team in final
Didik dah ikut Alice pi Wonderland... keletihan dan kekenyangan...

VI86 - tak ada rezeki ambil semula MDC Veteran Championship.
VI82 champion 3 years in a row, 4 altogether...
Tak pe, bukan INI KALILAH, insya-Allah LAIN KALILAH
hu hu sorry pinjam tagline.
2014 maybe?

Monday, May 13, 2013

Contoh yang mengerikan

Tiba-tiba terdengar Didik menangis mcm syahdu sgt. Babang pula tetiba dah berdiri tersengih-sengih sblh saya. Saya pun off typing kejap.

U : Kenapa Adik menangis tu?
U : Babang buat apa dgn Didik! Gaduh? Rotan?
B : Mana ada... 
U : Habis nape adik nangis?
B : Sebab abang kata macam ni kat adik...

"Adik, adik... kalau adik dah umur 6 tahun nanti kan, adik kena sunat.
Mula-mula kan, doktor tu dia kan cucuk dengan jarum.
Selepas tu kan... dia kan... gunting toy adik
sampai kulit jadi warna peach.
Bila toy dah warna peach
dia masukkan jarum tajam dengan benang pulak.
Pas tu kan, doktor tu jahit toy adik. Dah siap!"

Erk!? Warna peach? Where did he get that info from?

U : Nape adik nangis ni....
D : Babang kata adik kena sunat.
U : Nape tak nak sunat?
D : Takut toy saya patah...

Erk?! Patah?

Bang, boleh tak jangan takut-takutkan adik macam tu? Mentang-mentanglah dia dah lepas... hish....

Thursday, May 9, 2013

Telo Bolat

Org kata, lain anak lain pesen, lain ragam. Sy ada 2 ketul je pun tergolek-golek nk gelakkan diri sendiri. Babang begitu, Didik begini. Byk perkara hatta bab makan pun mereka berbeza.

Babang suka merajuk bila dimarah, Didik suka usik kita semula kalau dimarah hingga tak jadi nak marah. Babang suka makan roti dan biskut cecah air. Didik tak suka langsung.

Babang suka telur mata kerbau. Didik pula katanya, "Adik tak mau yg tu. Adik nak telo bolat! Ummi buatkan adik telo bolatlah. Adik nak makan sekarang..."

Hah, pesen dan-dan tu nak mkn, mmg Babang-Papa-Didik tiga serangkai. Sepesen! Babang dgn kek coklat, Papa dgn puding laici dan Didik dgn telo bolatnya!

Telo bolat? It's actually telur rebus... hu hu...


Tapi Didik tak mkn kuningnya. Tu dia letak dlm bekas kecil kat sblh. Didik mkn putih telur je. Cam tahu-tahu je kuning telur tu tak elok sgt sbb ada kalori yg lbh byk drpd putihnya. Atau laymen kata mkn kuning telur menggemukkan.

Telur ayam adalah sumber protein yg ada hampir semua vitamin dan garam galian yg badan manusia perlukan. It's cheap somemore hu hu... It is said that compared to red meat and fish, 93% protein dlm telur tu blh diterima oleh tubuh manusia.

Since ada 75 kalori dan 5 gram lemak dlm telur, it is said that we better take an egg in a week. Tapi... kalau kat umah hari2 pun goreng telur dadar tu dah ala-ala wajib, cemana gegaya? Ni pun budak kecik ni, sekali hadap telo bolat, 2 biji selesai.

Teringat kat kisah lelaki mkan telur rebus yg terkentut di hdpn mertuanya tanpa dia sedar tu hu hu... Dik, tahun depan bila adik dah sekolah, dah pandai baca, adik baca ni dan please don't follow suite ya!

Seorg lelaki suka sgt mkn telur rebus. Suatu hari dia balik lewat dr pjbt. Sblm sampai rumah, dia singgah dulu di kedai sbb lapar. Npk telur rebus dia pun mkn. Brp biji tak ingat lah. Tp mkn telur rebus sampai sendawa hu hu.

Sampai di rumah, isterinya sambut di muka pintu. Katanya ada surprise utk suami. So, isterinya tutup mata lelaki ni dgn kain dan di bawa ke dlm rumah. Di meja mkn, isterinya kata nak ke dapur dulu dan pesan jgn buka ikatan di mata.

Lelaki ni terasa nak terkentut. Nak pergi tandas takut pula nanti hampakan wife dia yg kata nak buat surprise tu. Dia pun tunggu. Tapi last-last dia terkentut sekali. Lega. Kemudian dia kentut lagi. Sgt lega. Kemudian sekali lagi.

Then his wife came, bukakan ikatan di mata dan kata, "Happy birthday abang!"

Lelaki ni kemudian terpandang begitu ramai ahli keluarga dan jiran di sekeliling meja. Muka mereka semua cemberut semcm (tahan bau kentut telur rebus).

Merah padam mukanya lalu dia tegur bapa mertua yg paling hampir dgn dia, "Eh bapak, dah lama bapak sampai?"

Bapak mertuanya kata, "Dah, sebelum kentut yg pertama tu lagi!"

Auchh....

Tuesday, May 7, 2013

NA : Bukan Hanya Ada Kita

1st karya Nazurah Aisyah yg saya baca ialah Lili Buat Najah. Slps itu sy tak berkesempatan baca naskhah yg lain. LBN mungkin dh melayakkan sy sumbang airmata utk Sultan Melaka himpun sbg persembahan kpd Puteri Gunung Ledang. I hate that story but I can't deny I love it too.

One day terbaca 5 chapters awal BHAK dlm blog NA. Baca dlm sunyi. Hujung chapter 5 tu airmata bergenang. Straight away call Papa, apply budget reservation hu hu...


PBAKL tahun ni, cuma blh beli 3 buah buku je. Sedih, lean budget. BHAK is one of those. I finished the reading of 543 pages within 24 hours yg mana sesekejap mencuri masa menatapnya.

Be in the reading, saya rasa terbang. Bila Medina bercerita, saya jadi Medina. Bila Zahrin bercerita, saya jadi Zahrin. Merasai perasaan dan pengalaman mereka. Apa rasa jadi isteri kedua? Apa rasanya bila sejarah berulang? Apa rasanya menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri? Atau apa rasanya bila meludah ke langit, wajah sendiri menadahnya kembali?

12 years ago, seorg kwn lelaki pnh berkata, "Hati I ni ada byk ruang utk kasih sayang. Melimpah-limpah. Salah ke kalau I buka utk yg memerlukan dan I perlukan?" BHAK ni baru keluar, so kwn saya ni baca buku apa agaknya sampai skrip dia melankolik bgt? Tapi hingga hari ini dia msh setia pd yg satu. Hidup ini ketentuan Dia. Poligami itu pun atas izin Tuhan, baru keizinan isteri. Sbb kalau Tuhan izinkan, walau isteri tak izin, kahwin lagi satu juga si suami n vice versa. Tapi jgn mintalah.. sbb manusia tu akan dapat spt apa yg dia niatkan. Adoi... 

Mula baca ttg sifat Medina yg sgt bertolak ansur dan selalu sedar diri tu, kagum sgt. Tapi perempuan tetap perempuan. Berkongsi seorg lelaki yg dicintai, perit. Teringat kata my MIL, "Perempuan mana yg sanggup bermadu? Berkongsi kasih? Pedih, walaupun tak tunjuk."

And yes, Medina is a woman. Fragile. Ada hati dan jiwa. Merajuk minta dipujuk. Itu tradisi kasih sayang. Mungkin juga sikap itu didorong oleh 'pembawakan budak'. I knew she's pregnant from the 1st time writer described Medina berisi dan mula 'kepala angin'. Pandainya saya.. hu hu..

Cara Medina merajuk, sebiji mcm sy merajuk. Tapi sy mungkin bit worse hu hu. So, BHAK is real. Bkn fantasi n imaginasi love story. Tapi saya dah smkn tua. Merajuk2 tu dh lama sy tinggalkan di belakang waktu. Penat tau merajuk ni sbnrnya... lbh2 lagi bila org yg kita rajuk dgnnya tu tak reti nak pujuk. Mcm Zahrin tu la... hu hu...

Honestly saya suka garapan BHAK. Dan saya suka cara NA menulis. Simple sentences, yet it touch me deep inside. Saya suka konsep cerita BHAK. Yes, dlm dunia ni dan dlm kehidupan ni bkn hanya ada kita je. Ada ramai org di sekeliling kita. Ia kompleks. Ia juga menceriakan. Sgl yg kita punyai di dunia ini, sgl yg diberikan kpd kita, bkn mutlak milik kita. Ada masanya harus dikongsi dan berkongsi. Kesediaan dan kemurah-hatian? Hanya hati2 terpilih mampu melaluinya. 

BHAK ialah cerita kehidupan nyata. Mengajar ttg byk perkara dlm kehidupan yg selama ini kita tahu tapi blm ttu mampu menjalaninya. Apapun LBN msh terlalu tragis buat saya berbanding BHAK. Oh ya, Medina Azzahra ada bau2 bacang dgn Tasha (watak utama dlm LBN). Tersenyum sayu bila LBN disebut dlm BHAK. Anywayboth remain in my head. Still.

Hope to have an autograph of the writer one day! On both LBN n BHAK ya. And may be photo together too? Hu hu... bkn sng nk jumpa penulis tersohor mcm NA ni...

Notes : BHAK sebut sherpherd pie tu buat saya teringin nak makan lagi je. Home made sherperd pie for Muslim commercial market kawan Pa tu mmg sedap! Pa, nanti kalau ada budget lebih, kita order 3 ye! Tapi bukan madu 3 tau... no-no-no... (goyang jari telunjuk kanan).

Monday, May 6, 2013

PRU 13/2013 : Post Mortem

بسم الله الرحمن الرحيم

Kiri bercakap, kanan bercakap
Depan beri pendapat, belakang berdebat
Baik atau buruk... entah mana satu yang sahih
Tapi satu yg saya selalu sedari 
Samada tuxedo atau jubah 
Kita semua manusia, hamba Tuhan

Alhamdulillah 
Satu lagi peluang tunai tanggungjawab sbg rakyat 
Bukan minyak murah jadi matlamat 
bukan guna highway tak bayar toll yang diidam-idamkan
Saya percaya kalau mahu sesuatu kenalah usaha
Setiap sesuatu itu ada 'harga'nya
Rebate, alhamdulillah.
Free? Macam fantasi je...

Saat menurunkan tinta, bergenang airmata 
Bukan kerana fahaman dan pendirian yang berbeza 
Tapi kerana percaya pada keperluan hidup sejahtera 
Kerana percaya pada sentimen mengenang budi  
Betapa perjuangan meneruskan 
survival dan maruah bangsa pasca merdeka itu
masih belum selesai
berikan peluang dan masa untuk sempurnakan misi dan visi

Saat mengekalkan pendirian, hati berdoa 
Ya Allah...
"Aku lakukan ini untuk AGAMAku, BANGSAku dan NEGARAku"
Kerana takut tak terjawab rintihan cucu cicit piut
generasi akan datang
Apatah lagi soalan Maha Esa di sana kelak.

Alhamdulillah. Sudah sempurna.
Walau kontroversi, merasa juga telunjuk kiri berwarna biru 

Tak sendeng kiri atau kanan
Tak terbeli dek abang, kakak, adik, saudara, kawan, jiran,
Tidak juga lawan
Saya hanya pilih yg kurang kemudharatan
bersendikan pegangan murni sifat Melayu
"Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa."

Bersyukur itu banyak aspeknya
Isu berbangkit yang lain, of course 
urusan antara setiap individu dgn Pencipta
hidup ini takhlukan Dia
buat baik balasnya baik
kalau buat jahat tunggulah sampainya semboyan hukuman
Itu janji-Nya

Alhamdulillah sekali lagi. 
Bersatulah bangsaku, majulah negaraku. 
Berpaksi dan bertunjangkan agama nan satu!

Amanah sudah dimandatkan
Mohon tunaikanlah tanggungjawab,
bukan hanya lunaskan akurjanji
Rakyat bukan statue of liberty 
Kami ada perasaan, jiwa dan hati.
Bersamamu membina Malaysia selamanya kami sudi
Cuma tidak rela andainya maruah bangsa dan agama
jadi gadaian dan sewa beli

Bukalah hati bukalah minda, mohon bantuan Dia
Jangan sampai ada yang bertepuk, menggempur dalam diam
kita masih tak sedar
Janganlah menang sorak kampung tergadai

Masa yang ada, manfaatkan
Usahlah kita sibuk membelek kesalahan dan kekurangan
Kerana yang kita belek itu refleks diri kita sendiri
Kerana kita satu bangsa dan satu agama
Checkes and balances indeed is very crucial
Kalau kurang, tambahlah
Kalau salah, tegurlah
Tapi kena bijak guna akal diplomasi dan strategi
Jangan guna hati dan emosi
Supaya yang ditambah tak rasa melimpah
Supaya yang ditegur tak rasa dibongkah
Yang ditambah dan ditegur pun, pertimbangkanlah sebaiknya
Kalau untung, semua pasti merasa
Tapi kalau rugi, percayalah, kita je nanti...

Alangkah indahnya kalau kita bergandingan
Biru, hijau dan merah macam bendera Malaysia
Kiri dan kanan, depan dan belakang
Kubu orang kita sendiri...

***-----***

Lawak PRU13

Cuti ke tak ni?
A:  Eh, Selangor cuti ke hari ni?
B : Cuti...
A : Bukan kata kalau PR menang je ke baru cuti?
B : Entah, yg tau kerajaan Selangor gazet cuti. 
B : Dia pun menang gak, menang kat S'gor.
B : Kalau tarik balik cuti pun, aku cutikan diri aku sendiri je. 
B : Annual leave ada, yg tak ada cuma 'ada aku kisah cuti ke tak?'


Satu ke dua?
A : Masa kat kotak undi tu kena pangkah satu ke dua kertas?
B : 2-2 kertas kena pangkah satu pilihan. Bahagian dan parlimen.
B : Nape?
A : Err... sebelum ni ngundi, aku pangkah kat satu kertas je.
A : Yg ni pun aku pangkah kat satu kertas juge.
B : La, nape?
A : Err... tak tau pula kena pangkah dua-dua.
B : Tak senonoh kau! Zaman mana kau duduk daaa...
A : Tak pe lah, walau satu je aku pangkah, janji dia menang. 
A : Jangan jadi mcm husband aku...
A : Dua-dua kertas dia pangkah party cap beruang sebab kesian...

Ada ke party cap beruang? Heh... 

Thursday, May 2, 2013

Wah! Very Inspiring...

Masa pergi PBAKL on the 3rd day tu, ada sidang pelancaran novel terbaru PISA (Sury Ryana) n BYTB (Hanni Ramsul). Both kan menang anugerah popular pilihan pembaca 2012. Nak beli tapi tetiba teringat, saya kan akan dpt juga writer's copy hu hu...

Yeah, mereka dah selamat sampai di rumah. Adoi, hilang penat balik kerja hari Selasa lalu bila nampak parcel atas sofa. Papa kata, "Amboi! Dapat buku terus lupa nak salam suami ke?" Heh heh, sorrylah sayang.. ada waktu2nya buku2 tu lbh jelas di mata berbanding yg lain. Ampun ya...

Terkebil-kebil mata saya pandang 5 buah buku tu. 3 buah keluaran May. 2 lagi tu keluaran eksklusif PBAKL. Sgt inspiring.  Yg tak boleh tahan tgk buku NAN tu. My fave writer hu hu.

My silent congratulations to writers buddies for their books. Kena buat jadual bacaan nampak gayanya ni. Last month pun dah sebeg besar my niece,  Zura angkut novel2 kat rak buku saya ke universitinya. Bacalah, tapi jangan lupa pulang tau Zura! Ummi pun belum baca! Hu hu...




Terima kasih beribu lemon KN! Untuk bulan ni, bulan2 yg lepas dan bulan2 yg akan dtg. Saya happy sgt dengan monthly receivable ni hu hu. At least, setiap bulan ada inspiration walaupun sekejap. Jadilah dr tak ada inspirasi langsung. Sama juga dgn lebih baiklah orang yang ada mimpi dan cita-cita daripada langsung tak mimpi dan bercita-cita.

Kiranya Mat Jenin tu baguslah juga kan... at least he had dreams... cuma tak kesampaian je hu hu...

RAN, apa lagi menung? Jari lama rehat dah!

Ya, tapi mata saya mengantuk sangat... Selamat malam!


Wednesday, May 1, 2013

Felda Residence Hot Spring, Sungkai : The Waterpark

Seronoknya tgk Babang mkn byk hari ni. Bertambah-tambah. Mknn brunch td sambung lg utk lunch. Ingat nak simpan utk dinner (dasar malas) tp dh slmt dimakan. Didik pun asyik mkn sup, timun & telur rebusnya. 

Sambil layan mrk mkn, sambil sidai baju n kemas rumah. Sapu rumah je belum. Sat lagi kot... sy nk sambung last part of diary sharing utk Hot Spring hu hu...

Di Hot Spring ni, kemuncak routenya ialah water park. Bila dah berendam di kolam air suam & terapi di kolam air panas tu, bolehlah naik ke water park. Kat atas ni meriah. Ataupun dah puas berendam & kesejukan di water park, on the way turun route tu nak balik chalet, boleh singgah rendam kaki, terapi kaki ataupun berendam pula di kolam air suam. Either way, you'll enjoy it.

Cantik & damai je water park ni. Tapi kalau ca-ya-nu-alif dah ramai, aduhai... riuh dgn diaorg je. Mungkin kalau ada peruntukan boleh upgrade sikit. Baru lebih grand.

Abadikan keriangan....



Babang n Pa melungsur. Happy nya lah...



Unlike Babang n AB, sebaliknya with Didik. Didik sgt takut dgn gelungsur air. Dia cuma akan main di tepi2 je. Menjerit2 dia peluk saya bila diagah & ditarik AB, Babang & Papa. Didik takes after me... hu hu...


By any measure, this place is pleasant. Tak jauh sgt kalau nak travel ke sana. Almost various activity in a place. Affordable. Ingat nak datang lagi bawa Ibu. Cuma terfikir larat tak rasanya Ibu jalan kaki menyusur route nak ke kolam air panas tu. My parents & my inlaws dah tak berapa sihat & tak larat nak jalan jejauh tu.  Mungkin blh guna wheelchair utk mrk. 

**...........**

PAGEVIEWS