Last Friday dia kata, "Ummi, lagi 3 hari, hari jadi saya kan? Nanti Ummi buat kek coklat utk saya, boleh ye?"
Ya, it's his favourite. Hanya kek coklat. Sihat, minta kek coklat, kalau demam pun minta kek coklat. Kadang2 bila dtg moodnya nak makan kek coklat dia main order saja. Bbrp kali juga dia kata, "Ummi, saya teringin nak makan kek coklat lah. Ummi buatlah skrg."
Bkn tak mahu buat. Walaupun bkn pakar kulinari (congrates Izyan, jadi juara Masterchef Musim 2), tp kek sy tu blh dimkn jg. Msalahnya dia sll minta kek tu di tgh mlm buta. Ada 2-3x sy done bake cake pd jam 1 am krn dia nak juga mkn sat-sat tu...
Kami blm sempat nak keluar shopping, budget agak kurus bulan ni. Nasib baik ada seketul buttercup dlm freezer. Dptlh jg sy buatkan kek utk anak saya. Saya sll lp brp cwn coklat yg nak diguna. Baiklah sy smpn saja resepi kek coklat yg biasa saya ikut tu dlm FRAN ni.
Kek Coklat Moist Sofiza
Bahan A :
250 gm Buttercup
2 cwn tepung naik sendiri Bluekey
2 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
2 sk esen vanila
secubit garam
Bahan B
1 cawan serbuk koko Van Houten
1/2 cawan gula kastor
1 cawan air suam/panas
Cara-cara:
1. Semua bahan B disatukan dalam periuk kecil dan gaul.
2. Masak atas api kecil sambil kacau hingga sedikit berkilat. Sejukkan.
3. Butter n gula dipukul hingga agak putih (kembang).
4. Masuk telur sebiji demi sebiji, put in esen vanila n pukul sekejap lg.
5. Masukkan tepung berselang-seli dgn bhn B dan gaul sebati.
6. Tuang dlm loyang yg dah digris dgn sedikit mentega.
7. Preheat oven about 10 minutes.
8. Bakar kek about an hour @ 180 darjah, api atas bawah.
Topping:
Coklat masak, serbuk koko, mentega, susu pekat manis, air panas - cairkan scr double boiler till agak likat. Dah agak sejuk bolehlah mandikan kek dgn topping ni.
Saya tak pandai nak buat decoration. Perkakasnya pun tak ada. Menggunakan apa saja brg yg ada even yg recycle, ini sajalah yg mampu saya berikan utk birthday ke-6 permata hati saya yg sulung ini.
Doa Ummi semoga Allah sayangkan anak Ummi ini, diselamatkan dan diberkati dunia akhirat, menjadi anak soleh dan berjaya... may every happiness here n there be yours...
Doa Ummi semoga Allah sayangkan anak Ummi ini, diselamatkan dan diberkati dunia akhirat, menjadi anak soleh dan berjaya... may every happiness here n there be yours...
Dear Babang, ini saja yang mampu Ummi dan Papa berikan pada hari ini. Next week kita sambut meriah ya with your other twins, the more the merrier.
D : Hah, satu lagi lilin ada api! Biar adik tiup ya bang!
B : Ish budak ni... abang punya kek, dia pulak yg ia-ia tiup lilin...
(celebrate 4 hours in advance malam semalam...)
(celebrate 4 hours in advance malam semalam...)
Kembang hidung saya bila Babang makan 1/4 kek sekali hadap dan kata, "Hmm... sedapnya! Ummi adalah Masterchef saya. Ummi, kalau Ummi masuk Masterchef mesti dapat piala!"
Heh, belum tentu Masterchef tu rela nak tepek Ummi depan kamera diorang tu bang oi...lainlah kalau Ummi ni perempuan cantik yang pandai memasak hu hu...
******************************************************************
Nota :
Balik kerja lewat petang tadi, hujan lebat. Tiba di selekoh BR, saya terdengar bunyi dentuman yg kuat. One way road with 3 lanes. Sy di lane kiri, while di lane paling kanan sebuah motorsikal sudah terdampar di tengah jln dan seseorang tercampak di tepi jalan, bawah railing. Jantung saya laju, rasa mahu berhenti untuk membantu. Tetapi saya tak tahu nak berhenti di mana tambah hujan begitu. Kereta pula bertali arus. Saya called Papa sbb saya menangis tak boleh tahan hati. Apa nasib orang tadi? Akan adakah org yg akan membantunya?
Papa strictly kata, "In sha Allah, akan ada org yg akan tolong dia. You drive safely, anak-anak dan suami awak sedang menunggu di rumah ni. Calm down and drive safe! Abang tunggu awak!"
Siapapun motor rider tadi, apapun agamanya, saya berdoa sangat semoga Allah melindungi dia.. Maafkan saya krn tak berupaya utk membantu tadi. Saya yakin ada insan lain yang telah membantu beliau. Semoga malam ini dia selamat bersama keluarganya... sebagaimana saya selamat pulang ke pangkuan keluarga.
Berhati-hatilah di jalan raya demi orang-orang tersayang yang menanti kita di rumah... ingatan untuk semua dan diri saya juga.
happy besday babang!
ReplyDeletewida pon nak x sbr nak sambut besday waiz 5hb ni..tak x pndailah nak buat kek cam akak...beli saje, hehe
terima kasih aunty wida! (sofi)
Deletehappy birthday sofi.. semoga jd anak yg soleh :)
ReplyDeletethank you aunty lyly yana! (sofi)
Deletesalam
ReplyDeleteSelamat ulang tahun dari uncle tirana aduka.
salam kembali, terima kasih uncle!
Delete