Monday, January 28, 2019

13th


27th Jan. 2019

Ketika sdg buka sliding door beranda tepi, awal pagi yg sgt cantik…

P : Ayg, kat mana…?
U : Ada ni, nak kuar tengok pepokok jap…
P : Happy anniversary
U : (Terkelu. Sumpah, terlupa langsung!)
U : Oh… sorry… saya lupa langsung...
U : Happy annv Pa, sorry… saya tak dpt jadi isteri yg baik…
U : (hati tisu mcm biasa)
P : I’m still here… we’re still here, together

Rasanya belum ada tahun yg saya lupa ttg hari ni. Walau ada tahun saya tersalah bulan. Kdg confuse Jan @ Feb. Tapi… entah knp tahun ni, serius total lupa. Tambahan pula lately, agak tak sihat. Almost every night tidur tak selesa. Confuse atr symptom jantung due to thyroid @ minor athma attack. Apapun, Alhamdulillah. Dah lama kot sihat sgt. Sesekali Allah beri peringatan. Tanda Allah sayang…


Pa,
From that moment on,
I give my hand to you with all my heart,
I’ve promise to always be there,
Give you anything & everything I could
To always care through weakness & strength,
For happiness & sorrow, for better or worse

But, those are beautiful words written for a song
The truth is…
When I give my hand to you with all my heart,
I do hope that my heart will be taken care of with honesty & sincerity
When I promise you to always be there next to you through every thick & thin
There might be times when we’re on our knees & cried in pain
And there might be times when I have to hurt you with my principles

Pa,
I can see your hair's turning white
And you can obviously see the wrinkles on my face
They’re not only the signs of how much we have aged 
But how our marriage has survived the test of time with Allah’s bless...

Pa,
Thank you for these 13 years
Alhamdulillah
May there still times ahead to treasure, insyaAllah
May we survive the trials, hardships, pains & heartbroken
I can’t hope for much
Just… to grow old with you together
Andai ada izin Allah…


Pa, saya tak mampu nak beli hadiah mahal2... 
Just this... memori yg kekal dari Our Mini Green on our 13th years @ 27 Jan 2019. 
Our marriage life IS NOT a bed of roses, 
But, its okay... we have bright RED DAISIES anyway :-)  


Walks to remember :
Semoga Pa dan Umi hidup lama - Didik
Abang tak ada hadiah, ada doa je. Selamat  ulangtahun Umi & Pa, semoga bahagia! - Babang

#anniversary
#diaryRAN
#chedaisy
#maafkanakukeranataksempurna

Thursday, January 24, 2019

Duit Belanja

Mlm tadi, tertidur awal. Terjaga jam 9 lebih. Rushed boys to sleep in their roomBaby rupanya dah tertidur juga next to me. Kasihan dia tak menyusu hga ke pagi. Lena betul dia tidur. Penat ye sekolah?

Masuk dapur, clearkan sesayur bwh tudung saji. Didik keluar bilik, tanya nasi. Nak mkn lagi? Mgkn lapar semula krn dinner kami awal dlm waktu maghrib sbb kebuluran. Masak simple je sambal bawal pancing campak2 balik keje ptg smlm.

Temankan Didik mkn… and the next conversations buat kami sama2 menangis.

D : Umi tau tak… saya ada kwn baru. Baru pindah dari S.
D : Dia miskin, Mi… (tunduk pandang nasi dlm pinggan)
D : Dia pegi sekolah bawa bekal…
U : Baiknya dia…
D : Bekal dia nasi, lauk telur & kicap.
U : Bawa duit belanja tak?
D : Bawa… limapuh sen je… (jari tgn kiri  tekan pelupuk matanya)
U : (Terkedu. Hati perit. Mata pedih.)
U : Adik belanja la dia bila2 adik ada lebihan duit…
D : Ya, saya mmg belanja dia.
D : Kawan2 lain pun ramai bagi dia duit sorang sikit.
D : Ada yg bagi singgit, dua inggit…
D : Semua org kesian… (suara dah terketar)

Didik tutup matanya yg berembes air. Saya juga dah basah wajah.

Spjg urus anak2 di sekolah, saya lali dgn kisah ‘duit belanja’. In fact, siangnya tu, kawan Didik tumpang ke sek agama slps koko. Didik bisik, kawannya mengadu duit dah habis, tak tahu nnt nak mkn apa di sek agama. Bila ditanya, katanya mak bagi RM4. Sehari suntuk di dua sekolah, berbekal RM4.

Saya hulur RM2 pdnya & baki RM3 pd Didik. Berbahagi. Ptg otw home, pesan pd Didik, lain kali biarlah kwnnya tu tggu bas sekolah dia je. Bkn krn kena hulur, tapi krn hati saya yg mmg dh byk luka & cedera ni, tak sanggup lagi nak berdepan dgn kisah2 sedih. Blh berhenti degup jantung. Kalau emergency sgt barulah Ummi tumpangkan juga ya…

Sama juga kisah kwn Babang yg dia ceritakan minggu lps. Kawannya tanya harga roti canai di kantin pdnya. Rupanya duit tgl sikit sbb paginya guna beli buku. Parents cuma beri RM10 @ RM20 utk kegunaan seminggu. Di situlah duit buku & di situlah duit belanja. Pandai-pandailah. Sdgkan itu jumlah perbelanjaan harian Babang.

Kalau ada lebihan duit belanja, kongsilah dgn dia… itu saja yg saya mampu kata dgn hati yg pedih.  

Teringat kisah kawan sek ren Babang dulu. Hampir setahun, jika saya beli mknn utk Babang, akan beli utk 2 org spy mrk mkn berdua. Jika ada rezeki lbh saya kirimkan duit belanja seringgit dua juga. Hggalah kwnnya tu sendiri yg kata mrk sekeluarga dah agak stabil krn dh dpt bantuan.

Sll setiap raya @ hari Ibu, dia berkirim salam & ucapan kpd saya via Babang. Bila ditanya msh ingat kpd saya? Jwpnya kpd Babang, ‘Aku tak akan lupa mak kau sampai bila-bila’. 

Hati saya pecah lagi & lagi. Semoga Allah sentiasa menjagamu nak. Semoga berjaya dunia akhirat. Bantulah keluargamu perbaiki taraf kehidupan. Moga jua bakal anak2mu nnt tak lalui kesusahan yg pnh kamu lalui.

Ya, saya tahu kisah begini ada di merata-rata. Mereka yg membantu, semoga Allah lapangkan rezeki bersama…

Utk Babang, Didik & Baby…

Bersyukurlah dgn apa yg kita ada. Walau sedikit, walau ada masa perlu apply konsep soft landing, berdikit & berbahagi, anak-anak Ummi msh mampu berkongsi dgn kawan2 yg memerlukan. 

Jika berlebih, menabunglah… dan jika dah mulakan kehidupan nnt, sesekali jgn ikut nafsu dunia. Jgn ikut gaya org. Jadilah diri sendiri atas kapasiti sendiri. Belilah asset yg boleh bantu di kala susah & boleh jana pendptn. Usahlah berhutang jika msh terdaya hidup dlm sesen dua yg kita ada. Lamborghini ke rambutgini ke, tak wajib. Kalau semua orang susah dlm dunia ni kamu dah bantu & still duit kamu terpijak juga, baru boleh beli rambutghini tu!

Dan! Jgn libatkan diri dgn berbilang perempuan! Sekali, konon kesian, dua kali terjerat. Lepas tu sengsara badan & perasaan! Dunia takut tak tertanggung, akhirat takut tak terjawab. That’s my warning! Pilihlah yg betul & jgn sesekali melukai. Jujur & setialah apabila menjadi lelaki. Berdoalah sungguh2 agar Allah sentiasa melindungimu dari mata2 & hati2 yg jahat. Kamu juga tahu di mana pendirian Ummi. 

Tak mengapa jika PaMi msh perlu ikat perut sesekali, asalkan kamu  tak lalu kesusahan yg perit. Tak mengapa Ummi msh belum mampu guna brgn peribadi berjenama, asalkan peruntukan yg kami sediakan utk kamu dpt bantu org lain juga. Ummi pun belum lagi jadi manusia yg hadap dgn jenama & kemewahan dunia. Ummi aman lalui kehidupan ni apa adanya… pakai & mkn apa adanya.

Asalkan Ummi msh mampu lihat kamu senyum & dgr kamu tertawa bercerita. Asal juga Ummi msh dipinjamkan Allah masa utk terus bantu kamu jalani kehidupan di dunia hga kamu mampu berdiri di atas kaki sendiri nantinya…


Walk to remember...
Now I know kenapa Allah tak takdirkan saya jadi guru @ peniaga kantin sekolah....
Kadang tak tertelan makanan bila fikir ttg mereka yg kesusahan di luar sana...
Tak tertelan pun, tak kurus-kurus juga kau RAN!


#diaryran
#didik

Monday, January 21, 2019

eRYA by SURIA

Suatu petang, dlm kereta otw home, 1st week of school

D : Umi, tadi Ustaz tanya cuti sekolah pi mana.
D : Saya kata tak pergi mana2 pun, duk umah je.
U : (kerling wajah Didik, ada suram… sedihnya)

2018- struggle  year, thn exam Babang,  fasa rawat hati & settle down TH37 yg blm sudah2. Dis spt biasa, cuti ‘beku’. Peak season for closing time. Tambahan rakan sejawat dpt seruan mengerjakan umrah. Mmg ‘wajib’ cover office semampu daya.

Malah sejak ada OMG, malasnya nak tinggalkan rumah. Bkn tak berjalan lgsg last year. Rasa mcm ikut TB/PM di Broga. Erk! Itu 2017...

2018? Hmm... ya la, mcm tak de. Sept, pi Floria. Itupun sbb Wawa bagi ticket. Dis, singgah ber3 di Kebun Komuniti. Hmm.. no wonder la boys terasa sgt. Sorry sayang...

Dgn izin Allah, PM buat teambuilding lagi. Kali ni di eRYAbySURIA @ SURIA Hotspring Bentong Pahang. Cuma kali ni, license PM saya expired. Maka pergi sbg family je, bukan sbg UTC.

Boys love d'place so much. Staffnya baik2, berbahasa & very helpful (unlike Broga... sorry...). 3x bermasalah dgn kunci, adik handsome (husband Prof yg panggil dia adik hensem) tu tak lekang senyum, willing to help. Org dah baik cenggitu, kunci asyik problem pun redha je. Last sekali dah check out pun dia tlg juga sbb swimming suit baby tertinggal dlm shower room.

Kak Su kata ownernya Melayu. Ada cwgn di Janda Baik, Cherating, Terengganu, Johor & even London! Di London katanya ada about 70 beds. Wah, happy for the achievement of org kita. Didoakan moga terus maju jaya!


Bilik kami di 106 dgn double queen bed. Selesa & mudah akses. Blkg bilik swimming pool, depan bilik pula kwsn 'latihan PASKAL' & main badminton :-). Boys love it.


Di kwsn lobi, ada disediakan ruang bacaan, bilik mainan kanak2. Ada meja-meja utk main pingpong, karom, congkak, saidina dll. Pendek kata, ada aktiviti dlm tempoh menunggu. Mudah bagi kami especially Ahad 130119 tu, lps check out msh perlu tunggu Pa selesai program jam 4 ptg.

Happy baby main. Diteman Che Mad (adik Kak Su) & dia dpt kawan baru juga :-)

Babang & Didik mmg favourite mereka la karom tu. Papan karom kat rumah dah pecah lama.. siapa pijak pun tak tau...

This used to be my soul. Tak blh nampak. Ambil satu novel tajuk Head Over Heels sbb sinopsisnya menarik, bawa ke bilik. Sampai check out tak mampu baca. Reading soul saya sepertinya dah berkubur.... :-(

Kolam renangnya berpagar. Nak masuk guna passcard. Pd saya ia agak sesuai & selamat utk anak-anak. Within sight & reach. Penjaga pun tak penat. Lengkap dgn shower rooms & bilik persalinan.

Boys in hotspring pool. Sdg elok kot suamnya sbb baby okay je dlm tu. 2 kolam air sejuk & 2 kolam hotspring je. Mudah utk saya monitor anak2 yg dah mcm dolphin dlm air :-) Org dewasa pun nmpk excited gila berendam & berenang. I didn't... sbb malas nak bersalin-salin :-) 

Selain indoor, ada outdoor activities juga spt cycling, horse riding, pond fishing & even river tubing. Tapi tak sempat nak try. Kot lenkali ada rezeki bolehlah. Lagipun boys dah sebut2 nak ke sini lagi. Maka, start menabung ya anak2! :-)

Utk program teambuilding Pa, his dreamboard terpilih atr yg kreatif. Wah, congratulation! Last minute & guna recycle materials. Saya yg mmg dah lunyai hari2 di pejabat, hanya terdaya tlg teman dgn mata separa tutup, tolong gunting2 & gam2 kan deco bebintang je :-)


Wrapped it, alhamdulillah... Pa selesai komitmennya. Diizin Allah juga rezeki menyambil bawa anak2 berhibur sekejap di luar. Sunburn masing2. Tapi alhamdulillah tetap pergi sekolah tanpa ponteng. Azam 2019! Cuma msg2 batuk n selsema sikit.

Sblh resort ada kebun jagung. Hari tu owner kebun dtg ke resort bawa jagung2 yg baru dipetik. Semua pakat beli sbb dijual murah. 15 tongkol fresh from ladang sold at RM10. Okay kot kan?

Di luar kwsn resort, ada kolam air panas awam yg besar. Kolam Air Panas Bentong. Tapi... err... saya mgkn tak berani lepaskan anak2 ke situ. Mcm scary n hesitating kot in terms of hygenic & keselamatan. Just my personal view... no prejudice intended. Depends on individual...

And... ya... eRYAbySuria Hotspring Bentong ni for us is a very nice & comfortable place. Selain teambuilding, blh buat nature wedding! Buat family day pun best kot kat sini. Kalau ada rezeki mungkin eRYA jadi pilihan juga utk weekend rest & retreat. Tak lah jauh sgt. Kalau tak di Bentong, boleh juga try this resort di lokasi lain pula eg Janda Baik. 

Kak Su kata insyaAllah tahun depan, buat lagi team building tapi blm tau destinasi. Kami tumpang  menyibuk lagi ye Kak Su kalau ada rezeki. Jgn serik dgn kami anak-beranak ya... :-)


credit : Terima Kasih Cinta - Tasha Mashahar ft RJ



#eRYAbySuriaHotspringBentong
#hotspring
#teambuilding
#familytime
#diariRAN
#terimakasihcinta

Saturday, January 19, 2019

OMG - Pak Belalang




... Jika ingin bahagia, tinggalkan masa lalu di belakang. 
Sesekali toleh? Pandanglah sebagai kenangan & sempadan. 
Tapi sesekali usah dibawa kembali ke dalam kehidupan....
(RAN 19-1-19)


Teringin nak tulis cerita baru...
belum terdaya nak mula...
Hutang Biografi PAS pun belum berbayar lagi walau semuka :-(

Pak Belalang.. 
kalau nak makan, makanlah
PaMi berOMG sambil bersedekah
tapi ingat-ingatlah lah sikit orang belakang ya
jgn perabih sampai licin pula!

Thursday, January 17, 2019

OMG - Chillies

Ibu, pure N9an. Masa kecil bersuap makan dgn Ibu lauk masak lemak kuning yg tak bercili. Besar sikit, diajar makan masak lemak cili api. Sampai ke besar ni, mmg sgtlah semangat makan kalau lauk lemak cili api. Terutama yg pedas kaw-kaw. Saya pun boleh je makan nasi berulamkan cili padi tu sebijik2. 

Tapi bila dah tua ni perut dah tak brp tahan pedas. Anak2 pun spt tak mewarisi favourite cili padi. Maka bila masak, berpada-pada.

Dulu abah selalu warning, "Makanlah pedas2 masa mengandung. Nnt rentung baby dlm perut." 

Bila ada OMG, saya suka semai bodoh2 benih cili. Mudah sgt tumbuh. Dlm longkang pun tetiba ada. Tapi nak menghidup & membesarkan tu payah la pulak. Cepat je kena serang bena putih. Ada yg dah berbunga, akhirnya layu. Ada yg baru belajar nak keluar sebiji cili, alih2 mati. Grrrrr!

Alihkan ke tepi tembok, asiklah kena langgar dek kucing sampai jatuh tergolek. Ada yg elok nak berbuah, mati pulak! Grrr! Geram, saya carmouflagekan mereka dlm pasu RJ. Letak atas tembok. Kekonon nak perdayakan bena putih tu. Biar mereka ingat itu RJ bukan cili. Teori saya, seorg yg bukan botanist :-)

Tapi, mcm berjaya je!?

3 pokok cili menyamar dlm 3 pasu RJ. 2 pokok dah mula belajar berbuah. Tapi mcm kasihan pulak. Berebut space & nutrient. Nanti Ummi fikir nak buat mcm mana ye che cili...

Pokok cili ungu dlm bekas knife holder yg diubahsuai jadi pasu meriah berdaun & dah belajar berbuah! Duduk bwh bumbung porch, tepi tiang... kena matahari pagi. Nampak comel sgt jadi penawar keletihan harian. Benih dari sebiji cili yg berasal dari  Floria Putrajaya :-)
Pokok cili purple.. tak lama kemudian bertukar warna jadi oren & merah. Comelnya awakk!
Google kata ada spesis cili pelangi @ Rainbow Full Sky @ New Mix yg mmg mengeluarkan cili pelbagai warna ikut fasa kematangan. Ini ke dia? 
Mcm pokok cili padi je.... hmmm....
Nampak serabut dlm pasu... tapi apa nak buat...
Pa sdg petik pucuk bayam brazil utk lauk dinner kami sambil2 trim BB dlm pasu :-)

Balik kerja ptg kelmarin, sempat2kan diri (walau perut dah kebuluran amat) tengok pokok. Nampak che-che cili dah berbuah. Berwarna-warni. Tanya Pa, "Boleh makan ke cili warna-warni ni?" 

Saya ingat pokok cili warna-warni ni spesis Chinese (Chinese lagi namanya...) Ornamental. Utk hiasan je. Rupanya baca di google, blh je makan. Buat sambal belacan!?  Adeh, jadi warna-warnilah sambal belacan kita nanti Pa.

Tapi... mcm syg pulak nak petik. Cane ni... satu masalah pulak bila tanam pokok makanan tapi syg nak makan. 

Ptg smlm, petik juga buah2 cili yg dah bebesar tu. Pa tumbuk buat sambal ikan bilis signature dishnya for dinner. Bagi saya kurang pedas je cili ni... mgkn blm cukup matang,


Yang berdaun lebar2 ni Bik Mah kata mcm pokok cili merah besar. Ya kot, sbb Pa suka guna cili merah yg agak besar tu utk buat sambal bilisnya sbb pedas. Saya pula mmg ntah kenapa jadi syok semai benih segala cili. Lepas tu tak tahu nak pindah ke mana dah.. Ada bbrp pokok cili api, sepasu tu cili api kampung pemberian jiran, che Izad. Tq...

Berangan nak tengok semua pokok cili ni berbuah merah2. Agaknya mesti cantik... :-)

Okay che cili! Ummi dah simpan kamu dlm FRAN. Live n grow happily ye. Berbuah byk2 & survive lama tau... supaya Ummi tak perlu beli cili lagi kat kedai. :-)


Walk to remember:
Sdg bersiap awal pagi kelmarin...
D : Umi, ni beg siapa?
U : Beg lama Umi. 
D : Knp tak pakai yg ni?
U : Knp tak blh pakai yg skrg?
D : Yg lama ni lebih cantik...

Oh, okay Didik... I got your message.

#bilaanakdahperhatipenampilanmak
#cili
#carmouflage
#diariRAN

Thursday, January 10, 2019

My 1-2-3

10 days in 2019. Alhamdulillah. Kejar kerja2 akhir & awal tahun di pejabat, tak sesempat nak diarikan anak2 mulakan sekolah di tahun baru ni.

MAHAN dah mulakan sesi tadika di sekolah Babang & Didiknya di PASTI pd 3 Jan lalu. And as usual, ustazah2 di sekolah pasti akan panggil saya 'mak Sofi'. Dulu Didik pun mereka panggil Sofi. Skrg.. baby pun mereka panggil Sofi. Jejak bertapak Babang yg mcm tak terpadam2. Hu hu... 

Ustazah bercerita... dia usik Baby...

U : Hai Sofi!
B : Nama saya bukan Sofi. Saya Hazmi!

Pertama kali Baby ke PASTI ni waktu usianya sarat 8 @ 9 bulan dlm kandungan. Temankan Didik mulakan 1st day di PASTI 5 thn dulu. Skrg... Baby pula belajar di sini. The last Amir. 

Awal tahun lepas Baby dah asyik tanya bila dia akan ke sekolah. Lambatnya nak masuk sekolah katanya. He's very excited about going to school. Ya, his 1st day was great. Tak nangis pun. Gaya mcm sudah biasa ke sekolah. 1st day, lps htr masuk kelas, kami balik rumah dulu tgk pokok2. He's okay throughout the day. And we overheard Ustazahnya praised Baby for being so behaved. Alhamdulillah.

Setiap malam Baby tahu rutinnya. Keluarkan baju sekolah yg mmg sudah siap dibasuh oleh Nek Imah & letak di atas iron board utk Umi iron. Sejuk hati Umi, nak... thank you for being my sweet baby.

Selamat datang ke alam persekolahan tadika ya Baby. Belajar rajin-rajin, dengar kata ustazah & be nice to your friends. Moga Allah terangkan hati Baby menuntut ilmu yg bermanfaat sebagaimana Babang & Didik. Moga kamu juga disayangi & disenangi para guru sebagaimana Babang & Didik.

2015, angan-angan nak ke PASTI bila sarung kopiah Babang. Alhamdulillah, 2019 Baby diizinkan Allah utk sarung kopiah PASTInya sendiri. Sebelum ke sekolah, dia ajak Pa 'serapan' dulu :-)




Dan Didik... beria hendak joint ragbi tahun ni. Adeh... sekuat mana saya tak benarkan, sekuat tu juga dia mahu. Apatah lagi kalau Pa mmg bercita2 anak2nya ada yg mewarisi ragbinya. Sanggup hantar ke 1st training weekend lalu. Weekend ni kena ponteng la ye Dik. Kita ada urusan lain sedikit. 

Tak lunyai ke budak cekeding ni nanti kalau main ragbi?



Babang pula, petang Jumaat mgu lalu, datang ke depan saya. Tersenyum sambil peluk bahu saya.

B : Umi, nanti jangan lupa puasa ya!
U : (Tak faham)
B : Babang lepas exam KAA!
U : Oh, alhamdulillah... tq sayang... (menitis airmata)

Ya, saya bernazar puasa sehari jika Babang lepas exam kelayakan KAA. Alhamdulillah, ini minggu  pertamanya di kelas 1 Mawaddah / Imtiyaaz. Satu-satunya kelas KAA di sekolahnya dgn murid kurang dari 35 orang. Bertukar sepenuhnya ke sesi pagi. Kembali bertiga di dlm kereta setiap awal pagi hari persekolahan! 


My 1,2 and 3
Harta yg dipinjamkan Allah. Amanah yg perlu disempurnakan sebaiknya. Moga masih ada izin Allah utk PaMi terus galas tanggungjawab & amanah ini. Moga ada usia kami juga melihat kamu membesar sejahtera dlm naungan & redha-Nya. Sayang kamu sampai sana. 

Moga sempurna semampunya dan diterima Allah puasaku hari ini....

#diaryran
#eldest2ndyoungest
#123
#PASTI
#1stday

PAGEVIEWS