Friday, March 6, 2020

Hatiku di Haramain : Abraj Al-Bait Towers

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...pelihara iman, pelihara hati... hanya kerana & hanya untuk Allah yg Esa...
*********************************************************************

Covid-19 dah affect sampai ke M'sia. Earlier ntah knp saya tak risau sgt. Video2 Wuhan yg tersebar tu saya tgk mcm... rasa nak percaya pun tak, tak percaya pun tak. Mcm tgk movie je pulak. Dah knp kau RAN?

Tapi ttp juga berhati2. Mana pergi terutama dgn anak2 akan bawa  sanitizer, limit capaian & sentuhan mereka pd benda2 di luar (it's hard hu hu). Tetap juga bebelkan anak2, nasihat itu ini.

Bebaru ni, pi tukar tayar Titun sebelum round d'tour ke 5 tempat, 4 drpdnya kenduri... pheww... tengok org2 kat kedai tayar tu China pakai mask & ada kind of expression pd wajah mereka. Mungkin mereka bimbang kita was-was dgn mereka.

Walaupun mmg bimbang, tapi rasa toleransi tu lagi byk kot. Cuba letak kita di tempat mereka. Mmglah kalau nila setitik terjatuh dalam sebelanga susu, putih akan tukar warna. Tapi... ntahlah... serah pd Allah je. Kami duduk je di situ sementara tunggu mereka tukar tayar. Bila kami dah borak2 tanpa barrier, barulah diorg nak dekat2 & borak2 mesra. Haish... jahatnya kamu Covid-19.


Yg paling sedih bila dgr berita ttg halangan masuk ke Tanah Suci lately hingga waktu yg akan dimaklumkan. Bak kata rakan jemaah grup umrah, kami bertuah & bersyukur dpt pergi & balik dgn selamat, sempurna usaha ibadah yg dihajati di Tanah Suci.

Tumpang sedih utk saudara2 yg sepatutnya dah ke sana tp terhalang krn penularan Covid-19. Walaupun tahu kita perlu redha krn jemputan ini atas izin Allah, tapi jauh di sudut hati pasti kita hiba. InsyaAllah... moga semua ini dpt diatasi dgn izin Allah juga.

FRAN, hari ni Mumi nak simpan diari tentang Abraj Al-Bait Towers ya...

Ia bangunan ikonik yg dikagumi. Menara Jam Diraja Mekah. Mempunyai 7 menara gergasi (Menara Hotel, Menara Hajar, Zamzam, Maqam, Qibla, Marwah & Safa) yg terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram. Setinggi 601 meter, ia merupakan bangunan kedua  tertinggi di dunia Burj Khalifa, Dubai (828 meter) & mengatasi Menara Taipei 101 (509 meter). Oh ya, KLCC pula di ranking ke-5 tertinggi :-)

Lebih besar (various articles stated various comparison) berbanding menara jam Big Ben, London. Maka, tak perlulah saya bercita2 nak pi tgk Big Ben :-)

Di atasnya ada Muzium Menara Jam yg dibuka kpd umum sejak 6 Mei 2019. Kalau naik tower ni, mesti dpt lihat persekitaran Masjidil Haram & Kaabah yg sgt amazing. Tapi masa tu tak teringat langsung pun nak naik tower ni :-)


Bangunan ini didirikan di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyyah yg dirobohkan. Pengorbanan merobohkan binaan bersejarah itu dilakukan utk menyediakan sebahagian tempat tinggal bagi lebih 5juta jemaah haji setiap tahun. 

Projek pembinaan yg siap & dirasmikan oleh Raja Abdullah Bin Abdul Aziz pd malam AD 20/08/2011 (20 Ramadhan 1432H) ini juga membolehkan semua org dari seluruh dunia, smd Islam @ bukan Islam menyumbang kpd pengiraan masa & pengukuran kalendar yg tepat bagi manfaat manusia sejagat serta sebagai pusat penyelidikan astronomi.

Jam menara  ini menggunakan waktu standard UAE iaitu 3 jam ke depan berbanding Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Menara jam ini juga disasarkan utk menjadi salah satu masa  utama dunia dgn menjadi 'Pusat Masa Mekah' sebagai pangkalan Coordinated Universal Time 'T-U-C' menggantikan Universal Time Standard @ Greenwich Mean Time (GMT) yg berusia lebih 126  tahun.

Dlm persidangan di Doha pd 2008, ulama & cendekiawan Islam dikatakan berpendapat bhw waktu di Mekah adalah waktu sbnr meridien dunia krn ia merupakan titik pusat sebenar bumi dgn kddknya yg terletak di tgh2 dunia.


And... teruja bila tahu one of our Malaysian merupakan atr yg terlibat dlm rekaan menara ini iaitu Wan Nazri Wan Aria yg ketika itu bekerja dgn SL Rasch, Jerman. Beliau terlibat menghasilkan rekaan pelan2 tingkat teratas menara jam ini.

Rupanya juga beliau adalah bapa kpd one of Babang's BFF, si Wan Adam masa di SKS7 yg selalu juga saya tumpangkan ke sek agama bila dia & adiknya tertinggal bas sekolah.  


Mudah-mudahan ada rezeki kita lagi ke sana, bersama anak2 pula... 
dan moga2 hasrat teman2 & saudara2 juga diizinkan Allah jua...

Maha Besar ALLAH. 
Tak pernah hilang dari mata. Tak pernah surut rindu dari jiwa. 

Menara Jam Masjidil Haram - atr siang & malamnya... 

Antara fakta penting Menara Jam Masjidil Haram :

1. Nama Abraj Al-Bait ini adalah wakaf drpd penjada 2 masjid suci iaitu Raja Abdullah Bin Abdul
    Aziz Al Saud.

2. Ambil masa 6 tahun pembinaan dgn menggunakan kepakaran bbrp buah syakt dari Jerman,
    Austria & Turki (tapi pekerjanya semua adalah Muslim = 250 pekerja mahir Muslim).

3. Kos pembinaan dikatakan USD15billion. Berdasarkan Kementerian Wakaf Agama Saudi pula, kos
    keseluruhan projek USD3billion & utk menara jam shj kosnya USD800juta. Erk?!

4. Bangunan kedua tertinggi di dunia - 601meter, 120 tingkat, 3 tingkat bawah tanah & 96 elevator
    yg berhubung terus ke Masjidil Haram.

5. Bangunan ini juga mengandungi hotel, apartment & pusat beli belah yang keseluruhannya
    dikatakan seluas 1,500,000 meter persegi yg menyamai Temrinal 3 Airport Dubai.

6. 2juta LED sebesar genggam penumbuk dipasang pd muka jam yg mana ia memancarkan cahaya
    hijau (spt pic bawah ni) pd waktu malam dan waktu  siang ia berwarna putih. Dikatakan masa pd
    jam tu pd waktu malam boleh dilihat sejauh dari 8 km jarak. LED ini akan bercahaya 5x
    menandakan waktu solat.

7. Jam gergasi pada 4 sisi dgn keluasan paparan setiap satu 43meter panjang & 43 meter lebar adalah
    yg terbesar di dunia. Berat kasar setiap muka jam adalah 36 tonne.

8. 98juta keping mozek kaca warna emas digunakan sebagai hiasan empat permukaan jam.

9. Pemaju & kontraktor kompleks ini adalah Saudi Binladin Group, syarikat pembinaan terbesar di
    Arab Saudi.

10. Dilengkapi 26 buah searchlight  yg boleh menyuluh setinggi 10km ke angkasa.

11. Jarum jam bertatah emas 24 karat, dibina drpd gentian karbon yg mempunyai ketahanan pd
      sbrg cuaca, angin & sesuai dgn suhu kota Mekah. Panjang penunjuk jarum jam 17meter, dan
      jarum minit 23 meter.



Pernah terbaca bbrp artikel ttg pertikaian peluasan, pemodenan & kewujudan super skyscrapper di Kota Suci Makkah, terutama utk Menara Jam Diraja ini.

Di sebalik statement 'menaikkan imej Muslimin & beri keselesaan kpd jemaah umrah & haji', terdapat persoalan ttg sejauh mana keperluan kpd semua yg gah ini & kaitannya kpd penunjuk akhir zaman. Persoalan bgmn sentimen & objektif umat Islam boleh terpesong dari norma & fitrah dgn kewujudan semua mercu tanda begini. Beribadat atau melancong?


Diceritakan oleh satu riwayat pjg, hadis Riwayat Muslim ttg percakapan atr Rasulullah SAW dgn Malaikat Jibrail AS berkaitan Islam-Iman-Ihsan serta tanda2 Kiamat, ekstraknya yg mungkin blh dirujuk kpd persoalan & pertikaian yg dikemukakan ttg isu ini...

Seseorg mendtgi Rasulullah & bertanya, "... beritahu aku ttg sbhgn dari tanda-tanda Kiamat itu."

Rasulullah menjawab, "... apabila seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan tuannya, bila kamu melihat orang2 tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna lagi melarat, pengembala kambing saling membangga-banggakan diri dalam membangunkan bangunan yg tinggi..." 

Bila byk dibaca, mmg hati jadi gerun. Tapi, mati & hari akhir itu mmg sesuatu yg sgt pasti. Sebagai individu kecil, tiada daya upaya kita utk berbuat apapun. My own principle, menolak yg batil jika mampu & laksanakan yg wajib semampu daya. Jaga iman, jaga hati, jaga tindakan & bicara lidah sendiri. Saya pegang satu je, kita hamba Allah & tahu batas2 larangan & ketaksukaan Allah.

Ambil yg baik, sempadani yg sebaliknya...

Moga kita semua selamat dlm peliharaan Allah jua... di dunia hingga akhirat.


#menarajammasjidilharam
#superskyscrapper
#makkahroyalclocktower
#laranganmasuktanahsucikeranacovid19
#hariini11rejab1441H

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS