Friday, March 13, 2020

Hatiku di Haramain : Meninggalkanmu...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yg baik, melainkan balasan yg baik juga?"
(Ar-Rahmaan 55:60)
*********************************************************************

Ada orang yg ke Mekah dahulu sempurnakan rukun, baru lanjutkan ke Madinah. Kami, ditakdir Tuhan ke Madinah dahulu. Setelah 4 hari di sana, baru bertolak ke Mekah menyempurnakan rukun.

Kalau difikir, macam lebih baik ke Mekah dulu untuk sempurnakan rukun umrah baru bertenang di Madinah. Sebab, bila saya ke Madinah dulu, kaki mula rasa sakit dengan aktiviti to-fro Masjid Nabawi dan aktiviti ziarah. Maka bila ke Mekah tunaikan ibadah umrah, ia  umpama sedikit cabaran.

Tapi Pa kata, elok juga ke Madinah dulu. Lengkapkan sedikit diri dengan 'persiapan' tambahan sebelum sempurnakan rukun di Mekah. I think so too... apapun, Alhamdulillah kita dah laluinya sedaya upaya kita.

Bila di Tanah Haram, rasa tak mahu pulang. Rasa mahu tetap berada di sana habiskan kehidupan. Tenangnya hati. Damainya jiwa. Tapi kita perlu pulang juga kerana di Malaysialah rezeki dan kehidupan kita.

Imbau momen hari2 akhir sebelum tinggalkan tanah Mekah...

le Meridien nampak dari perkarangan Masjidil Haram. Nak turun ke Masjidil Haram dari le Meridien mungkin mudah kerana jalannya landai menurun. Tapi bila nak balik, jalannya agak sedikit mendaki (taklah mendaki manapun), mengah juga kadang-kadang.

Kediaman tumpangan sepanjang di Kota Mekah.


Dewan makan. Suka jusnya, pure & fresh. Waktu sarapan, saya setia que untuk ambil telur.. ntah apa ka nama telur tu. Basicnya telur dadar cuma dicampur dengan pelbagai bahan. When my turn came, saya akan minta mushroom yg baaaaanyak. After few time, chef tu kalau nampak muka saya je dia dah tau dah... tak perlu cakap :-) Apapun kalau di Malaysia pun, saya mmg lebih prefer telur dari ayam atau daging.

Tapi kalau makanan, honestly saya memang Islam-Melayu-Malaysia. Maka, makan untuk isi perut je supaya dapat jaga kesihatan & beri tenaga untuk tunaikan rukun & ibadah. Pa tak de masalah. Dia pandai makan, semuapun dia cuba & suka. Apapun, Alhamdulillah... rezeki Allah itu sgt mewah untuk hamba-hambaNya.

Mujur juga ada kawan jemaah yang bawa bekal sambal dari Malaysia. Bantu buka selera... :-)


Kalau ambil meja di tepi jendela dewan makan, akan nampak pandangan ni. Royal Palace, Mecca. 

Mula-mula diberitahu itu Royal Palace, macam tak percaya la pulak. Mcm tak de rupa palace je. Ya lah... dah terbiasa di tanahair sendiri... lain rupa & bentuk & senarionya :-)

Pa dgn sebahagian saudara jemaah. Rasa sayu pulak bila tgk pic ni...
Moga silaturrahim terus terjalin.


Laluan pergi balik Masjidil Haram-le Meridien... jumpa burung2. Miss you birdies...
Sorry ya birdies... tak sempat nak beli makanan dan bagi kamu. PaMi sentiasa berkejaran dengan waktu & keinginan untuk berada di Masjidil Haram... 

Doakan PaMi dapat bawa Bbg-Ddk-Bby jumpa kamu nanti ya...


Rindukan crowd ini... 

Sabtu 09 November, kami selesai tawaf wida' sebelum tengahari. Selepasnya kami terikat dengan beberapa peraturan & larangan sehinggalah kami meninggalkan Tanah Haram. Apa-apa yang TER, moga Allah ampuni.

Kami berangkat pulang dulu wahai tanah suci... 
Kami pulang dulu ya Rasulullah... 
Terima kasih Allah kerana menerima kami di sini...
Kami mohon ihsan dan ehsanMu untuk kembali lagi ke mari suatu tika nanti.

#annualleavepertamatahunni

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS