Friday, March 13, 2020

Hatiku di Haramain : Yang Biasa & Tak Biasa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yg baik, melainkan balasan yg baik juga?"
(Ar-Rahmaan 55:60)
*********************************************************************


PAKAIAN SOLAT

Di Haramain, saya melihat byk situasi. Belajar mencontohi & menyempadani, bersandarkan fakta & ilmu. Melihat perbezaan individu. Dari warna kulit, bahasa percakapan, gaya tindakan hinggalah cara deliver amal ibadah.

Di M'sia, biasa lihat org solat dgn pakaian biasa asal cukup syarat tutup aurat. Tapi saya janggal solat tanpa telekung. Telekung, saya janggal guna yg berwarna. Di mata, kain kafan warna putih je.

Di Haramain, msg2 hadapkan diri di depan Allah dgn pelbagai cara. Ada yg kaki tak berstokin. Ada yg tudung msh nmpk rambut. Saya bukan siapa2 utk judge. Masuk syurga itu bukan ada apa yg jamin, melainkan dgn rahmat Allah. Diterima amal ibadah itupun hak Allah dlm menentukan. 

Balik dari musafir, cuba istiqamah dgn stokin kaki kalau keluar. Tanpanya rasa naked. Kdg2 terkucil juga terutama kalau sekadar ke kedai dekat rumah. Hand sock jika dah berlengan panjang, saya cuba pastikan ia ada dlm beg. Adakala perlu solat di perjalanan @ dlm keadaan yg agak 'tertekan' dgn himpitan masa & keadaan. Dgn pakaian 'cukup sifat ikut syariah', stokin kaki & tangan, dari tak pernah buat, saya dah mampu terima keadaan utk dirikan solat begitu adanya. 


SOLAT JENAZAH

Saya jarang dpt ikut solat jenazah. Rasanya pertama kali masa solat jenazah Abah, yg Dik Us imamkan. Kemudian solat jenazah bapa mertua kpd adik ipar & ketika solatkan jenazah besan ibu di Sekinchan.

Di Haramain, hampir setiap kali slps solat Fardhu, dpt ikut serta dlm solat jenazah. Bertuahnya mereka yg ditakdirkan meninggal dunia di Haramain. Disolat & didoakan ribuan jemaah di dlm Masjidil Nabawi & Masjidil Haram.

Antara suasana yg sempat Pa rakam...

Dari kurang biasa, saya hampir biasa dgn solat jenazah. Ia solat utk org yg telah meninggal dunia. Tiada rakaat, cuma 4 kali takbir. Tiada bacaan iftitah @ surah, melainkan Al-Fatihah.  Dilakukan slps dikafan & sblm dikebumikan. Hukumnya sunat & fardu kifayah. Dilakukan berjemaah utk mohon keampunan Allah terhdp si mati & mendoakannya.

Mula2 mendirikannya krn fikir setiap solat di Masjidil Nabawi & Masjidil Haram akan dpt pahala.

Rasulullah (SAW) bersabda : 
Sesiapa menghadiri jenazah sehingga disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapat satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yg sgt byk) & sesiapa yg menghadirinya sehingga jenazah dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. 
(Hadis Abu Hurairah)

Hadis Abu Hurairah riwayatkan Nabi berkata 2 qirat umpama 2 gunung manakala hadis Thauban (RA) pula meriwayatkan satu qirat itu sama dgn Bukit Uhud. Banyaknya pahala...

Tetapi utk solat jenazah ni, kita kena dirikan dgn ikhlas. Barulah, insyaAllah sampai kpd tuannya.

Abu Hurairah RA, berkata mendengar Rasulullah SAW bersabda : 
Jika kamu menyembahyangkan jenazah, maka hendaklah kamu ikhlaskan niat kamu semasa berdoa kepada jenazah tersebut.

Sebagai nota ilmu bersama. Dan supaya diri sendiri juga tidak lupa...



DOA QUNUT & SUJUD TILAWAH

Dlm solat Subuh, kita praktiskan bacaan Qunut pd rakaat kedua. Tidak di Haramain krn imam2 di sana bukan dari kalangan mazhab Syafie.

Bacaan Qunut Subuh adalah sunat. Jika ditinggalkan dgn sengaja (tak mau timbul fitnah @ dipandang pelik ketika solat di Haramain), tak membatalkan solat pun. Tapi bagi kita yg terbiasa dgn Qunut Subuh, mgkn terangkat juga tangan walaupun Imam tak membacanya. Memilih utk ringkaskan qunut juga dibolehkan agar tak terlewat mengikuti Imam yg dah mula sujud.

Ada menyarankan jika mahu baca Qunut scr ringkas di Masjidil Haram & Masjidil Nabawi seperti berikut:


Hal tiada qunut ketika Subuh di Haramain dah saya sedia maklum lama sblm ke sana. Cuma ringkaskan qunut tu je saya baru tau. Tak pe, insyaAllah kalau ada rezeki lagi ke sana boleh dipraktiskan juga.

Ketika solat Subuh Jumaat di Haramain, imam biasanya baca surah Sajadah pd rakaat pertama. Bila baca surah Sajadah, pasti ada Sujud Tilawah @ Sujud Sajadah ketika pd ayat ke-15. Ini adalah krn Sujud Tilawah @ Sajadah adalah sunat yg amat digalakkan (sunat muakad) dilakukan ketika membaca @ dgr ayat2 sajadah.

Sumber : https://www.almukhlisin.my/berdosakah-jika-tidak-sujud-pada-ayat-sajadah/

Tak berdosa jika tak buat sujud ini. Tapi sbgi hamba yg Allah cipta, sujud ini selain dpt ganjaran pahala & meraih redha Allah, ia juga membezakan kita dgn Iblis yg sombong.

Sujud Sajadah ini juga dah lama saya ikut jika solat Subuh berjemaah Jumaat dgn Pa. Ia juga dah kami lazimi. Cuma kdg bila saya terlupa bacaan sujud sajadah, saya ganti je dgn tasbih, tahmid, tahlik & takbir je. Moga Allah terima...

Di Haramain, msh ramai yg saya kira tak biasa dgn sujud tilawah terutama jemaah yg muda. Tak mengapa... selepas moment itu, pasti mereka akan tahu & terus praktiskannya. Saya dulupun sebab Pa yg cerita pengalamannya slps balik dari Umrahnya yg pertama ketika Didik berusia bbrp bulan dulu.

Kita manusia biasa. Sentiasa perlu belajar tambah ilmu di dada untuk perbaiki diri demi meraih keredhaan Allah.


#solatjenazah
#sujudtilawah
#sujudsajadah
#agarakutidaklupa
#rindutakpernahpadam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS