Sunday, March 22, 2020

MRO Day 5 : Senyum Sembunyi Kesedihan

Day 5 of MRO today.

Hari ni PaMi & boys buat kerahan tenaga. Turunkan semua langsir, basuh & lap habuk. Basuh karpet n vacuum n mop hampir seluruh ruang rumah. #stayathome, kena pastikan pengudaraan bersih, minimakan dust. Kami alergic to dust...

Baca semua updates & berita ttg Covid-19. Study the pattern & trend. Hati susah... risau. Hingga hari ni dah ada 10 kematian.

Mumi sentiasa kira hari. Last social gathering kami, 14th March lalu. Walaupun masa tu, Mumi berbelah bahagi nak pergi @ tak. Disebabkan kenduri keluarga, Mumi redha je. Tapi masih awasi semampunya utk limitkan pergaulan especially anak2. So far, so good... tak dengar lagi apa2 yg mendukacitakan drpd gathering tu.

Dah 8 hari berlalu. Kami mcm okay. Cuma anak2 selsema & batuk sikit2. I don't know why. Baby especially agak lama selsema & batuk. Tapi mereka tak demam langsung. Nak pi check kat klinik pun susah hati juga takut risiko & takut susahkan doktor pula. Maka Mumi akan terus 'kuarantin' mandiri & patuhi penjagaan kesihatan semampu daya. Make sure anak2 makan ubat, n ambil supplement plus Vitamin C. 

Makan, Mumi catu. Buat sarapan, makan sampai habis. Petang bila dah ada yg merengek lapar, baru Mumi masuk dapur. Late lunch, about 4-5pm. So dinner skip. Ini bukan waktu nak bermewah makan for me. Selain drpd kami mmg fitrahnya tak pandai simpan stok makanan selain maggie, tepung n ikan pancing yg berekor-ekor dlm freezer tu, Mumi juga empathy pd nasib certain people yg barangkali hilang mata pencarian disebabkan MRO.

Pasti ada yg putus duit belanja terutama jika pendapatan mereka bersifat ada kerja ada duit. Macam mana mereka nak stock up keperluan dapur dll keperluan yg mendesak? Sungguh tak tergamak nak suap makanan bila ingat tu semua. Maka kita pun makan apa yg ada je ye Pa, anak2 sekalian...

Tak mampu bantu, jgn susahkan. Tak mampu bantu, maka kita peringati & empathy dgn cara sendiri.

Hari ini... update dari SIL... his lung dah masuk kuman, jantung still problematic & latest... kidney mula merosot fungsi. Masih ditidurkan. Yesterday, dah declare pd boss. Eventhough mmg tak direct contact... tapi utk elak stigma & lain2 kekeliruan & persoalan, Mumi tak akan masuk office minggu depan. I'll help them what I can from home.

Dan kami masih teruskan solat hajat serta bacaan Yassin setiap selepas maghrib berjemaah kami.  Thank you Pa krn msh ada jadi Imam kami. Moga Allah sudi dengar & sudi berehsan utk kurniakan kami peluang kedua. Walau bagaimanapun, saya tetap persiapkan diri & hati. Takdir Tuhan, no matter what, perlu diterima dgn redha & lapang dada.

Bila sedih, Mumi elak2 dgn kemas rumah sambil2 zikir. Bila stress melampau, Mumi bebel2 dgn anak2. Bila tak dapat bendung, Mumi meraung dlm bilik mandi. Dan bila minda dah keletihan, Mumi boleh tertidur separuh hari di waktu siang. Escapism. Moga2 saja tak gila...

Yg susah nak buat ialah duduk depan laptop utk siapkan proposal skrip walaupun ada few story flow dlm kepala. Kepala sarat dgn story flow, tapi hati hilang bersama seorang adik yg sdg berjuang sendirian melawan kesakitan.

He's always my lil brother no matter what has happened in d'past. We share d'same blood line. We share d'childhood's memory. When you're in pain, trust me, I feel d'same Dik, even in different way...

Stay strong dik. Fight as much you can... Along harap impian along utk lengkapkan gambar raya kita sekeluarga masih ada harapannya... I wish I can hold you again... I love you & will always love you till my last breath.

Dan anak2 patuh dgn #stayathome. Cuma hari ni dah nampak keboringan tu. Dah mula cari alternatif lain selain internet, TV, iPad, laptop & handhone. Tahu pun muak kan...?


Habis segala tilam & bantal dibawa ke ruang TV tengah. Jadi prop utk aktiviti lompat berhalangan Didik & Baby. Aigooo... Mumi penin! Takut kepala memasing kena bucu meja tu je. Terpaksalah Mumi lapik dgn toto bucu tu lepas tu.

Tapi tak apalah... asal saja kamu sihat & bahagia walaupun Mumi #lockdown kan kamu instead of arahan PM hanya MRO hu hu.


Dan si Babang, bila Mumi 'haramkan' pintu bilik dikunci (kang ntah apa projek dia buat kat dlm tu secretly), tetiba dia tepek notice cenggini pulak! Adeh, budak seketul ni!


It is not an easy task utk ajar Baby di rumah. Anak bongsu kot, lain sungguh. Kalau nak ajar dia tulis ke, kira ke, baca ke... tak moh nya dia. Katanya dah tahu dah...

Agak lambat sbnrnya Baby membaca compared to Babang & Didik. Tapi Mumi tetap bersyukur, sbb walaupun kami tak pernah dpt ajar dia membaca dgn sungguh2, he got it bit by bit by himself. Especially bila dia perlu nak type sesuatu di ruangan search internet/youtube, maka itulah dorongan & motivasinya dlm belajar menulis, mengeja & membaca.

Anak-anak... lihat kamu Mumi lega. Kamu selamat sekurang2nya bersama PaMi di rumah kita. Tapi hati Mumi pedih bila ingat anak2 frontliners yg sdg berjihad & berjuang melawan Covid-19 & bantu rawatan masyarakat. Kasihan anak2 mereka... ntah berapa lama tak berjumpa, peluk cium ibubapa mereka.

Tengok gelagat kamu yg ketawa ria, Mumi pun tumpang senyum juga. Walaupun sebenarnya hati Mumi banjir dgn airmata. Pak Usu kamu sdg bertarung nyawa. Apalah daya Mumi saat ini... hanya tadahan doa pd Allah je yg Mumi ada.

Allah, bantulah kami. Lindungilah kami... dan kuatkanlah kami...
Moga ujian Covid-9 adalah hikmah manis buat kami semua hamba-hambaMu ini.


#covid-19
#mylilbrotherisfighting
#MROday5
#luluhhati
#servingthenation

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS