Hari ni hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. 44 years Allah pinjamkan usia, kali ini baru merasa such order.
Malaysia on MRO. Tapi dlm rumah kami ada perintah 'lockdown'. Boys hanya boleh main di perkarangan rumah itupun dgn Pa je. Sebolehnya elakkan bertemu kawan2 buat masa ini. Kita ikut nasihat ulul amri. Kita ikhtiar & usaha. Selebihnya adalah kehendak Allah & takdir hidup kita yg mmg sudah tertulis.
Dan Subuh pagi ini, saya dah termenangis. Kerana saya tak lagi dpt dengar laungan Subuh yg selama hari ini berganti2 dgn kuat dari masjid & surau sekitar rumah. Sayup sangat seolah sedih nak laung azan.
Maka, I told Pa... esok Subuh Jumaat sila azan kuat-kuat dlm rumah kita.
Semalam & hari ni saya masuk bertugas di pejabat. Dari jam 10 pagi - 3 ptg. Selesaikan urusan2 penting yg perlu. Mmg bukan frontliners, bukan juga essential services sgt. Tapi being in jabatan kewangan, adalah juga atr kerja yg essential.
Sebut pasal frontliners, sedih lagi hati saya. Moga Allah permudahkan urusan mereka, kurniakan kekuatan, ketabahan, kesabaran & kesihatan tubuh badan. Mereka berkorban membantu kita, membantu negara, membantu agama. Mereka korbankan kepentingan peribadi & keluarga mereka sendiri utk kebaikan semua. Keselamatan & nyawa mereka sendiri jadi taruhan.
Kalau kita tak mampu bantu, janganlah kita tambah kepayahan & derita mereka. Bila pandang anak2 kita, ingatlah juga nasib anak2 mereka yg saat ini entah berapa lama tak melihat ibubapa @ anak2 @ saudara mereka yg berjihad & berjuang membantu kita semua.
Have some emphaty. Sama-samalah kita ikut nasihat yg baik, patuhi peraturan & perintah pemimpin. Bertimbangrasa & bertoleransilah sesama kita. Please do not be selfish...
Let us STAY PUT& STAY HOME ya...
Do take care & be safe together.
Semoga Allah lindungi kita semua & semoga kemelut Covid-19 ini akan segera berlalu tinggalkan hikmah & pengajaran dlm hidup kita.
#perintahkawalanpergerakan
#movementrestrictionorder
#covid-19
#juststayathome
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.