Sunday, April 12, 2020

Hatiku di Haramain : Qisas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...Show forgiveness, speak for justice & avoid the ignorant...
(Al-A'raff 7:199)
*********************************************************************

3 hari lagi (termasuk hari ni)  sebelum MCO (I like to refer it as MRO hu hu) Fasa 2 berakhir lusa, 14/4. Dan spt pengumuman PM TSMY kelmarin, MCO akan dilanjutkan kpd Fasa 3 mulai 15/4. Not a surprise, indeed berhrp fasa-fasa MCO disempurnakan spt yg dirancang di atas kertas strategi negara.

Walaupun tahu ramai yg akan terkesan, ramai yg akan 'derita' (kita semua sama walau berbeza), insyaAllah Allah akan bantu kita semua. Pasti ada tangan2 & hati2 baik yg akan berganding bahu berkongsi susah senang kita. The rest, berusaha & bertabahlah kita. The utmost important aim for now is to win this battle. Untuk pastikan Covid-19 terkubur!

Mumi dah siap urusan dapur. Lps buat piza simple dari balance roti Gardenia utk sarapan pagi tadi, Mumi sambung msk gulai kambas (teringin sgt) & goreng telur dadar je. Sotong stim dah siap perap. Simpan dulu dlm peti sejuk. Nanti depa ni nak makan, baru kita stim okeh!?

Byk diari nk tulis dlm FRAN tp Mumi mcm x de mood. Tgh risaukan Naha yg sdg warded (isolated) di NCI. Hopefully result ptg ni nnt baik2 saja. Cukup2lah apa yg dah berlaku.. Senyum-tawa-buat2 bodoh yg ditampal di muka ni takut tak tahan lama melindungi hati yg luka.

Mumi nak simpan diari memori tanah suci yg belum selesai ni lah ye, FRAN...


09 Nov. 2019

Slps Masjid Hassan Enany, kami dibawa pula singgah, ziarah & tunaikan solat Maghrib jamak Isya' di Masjid Syeikh Ibrahim Al Juffali yg terletak di kwsn Bald Kota Jeddah. Namanya bersempena saudagar kaya dari Arab Saudi, Syeikh Ibrahim Al Juffali yg membangunkan masjid ini pd 1986.

Masjid ini dibuka kpd umum hanya ketika waktu solat. Waktu lain, ia ditutup. 

Mujur ada satu gambar minta Pa tlg snap kan... buat kenangan... 

Lebih dikenali sbgi Masjid Qisas di kalangan umat Islam krn ia merupakan tempat pelaksanaan hukuman pancung di negara Arab Saudi.

Ketika kami sampai, kelihatan peniaga2 yg terdiri drpd org Indonesia. Selain permainan kanak2, cenderahati dll spt tasbih dsbginya, di sini juga ada dijual bakso! Tapi saya tak makan bakso :-)


Di suatu kwsn yg tidaklah brp lapang, kelihatan anak-anak lelaki Arab bermain bola.

Ustaz kata di sini dilaksanakan hukuman qisas. Tetapi dr artikel google, tempat hukuman qisas dijalankan adalah berupa ruangan seluas 25 meter persegi & berlantai keramik yang ada atap & tiang tanpa dinding. Ketika itu saya tak nampak pula such place. Mungkin juga saya salah dengar atau salah faham... hu hu...

Pada istilah, qisas adalah hukum Islam yg bermaksud pembalasan yang setara. Terbaca dlm satu artikel, ketika hukuman akan dijalankan, semua pihak akan berada di sana utk menyaksikan pelaksanaan qisas tersebut.

Keluarga pihak yg dizalimi pesalah brd di hdpn. Pelaksana hukuman, setelah 3 langkah hampiri pesalah, sekiranya tiada pergerakan dari ahli keluarga mangsa yg dizalimi, qisas akan terus dilaksanakan. Sekiranya terdapat pergerakan tangan atau dlm bentuk kata2, yg mungkin bererti pesalah dimaafkan oleh ahli keluarga mangsa, maka hukuman akan dihentikan.

Dikatakan, selepas hukuman dijalankan, lantai ini akan segera dibasuh/siram & dibersihkan. Manakala jenazah pesalah akan dibersih & disolatkan di masjid ini sebelum dikebumikan.

Hukuman qisas biasanya dilaksanakan scr terbuka slas solat Jumaat. Walau bagaimanapun, hukuman qisas ini jarang terjadi. Dikatakan dalam setahun cuma ada 3 kali qisas yg benar2 dilaksanakan. Bukan mudah sbnrnya jatuhkan hukuman qisas. Byk syarat harus diteliti & dipenuhi. Itulah antara keadilan Islam.

Tapi kalau berada di sana menyaksikan hukuman qisas dijalankan, dikatakan tak boleh merekod atau ambil gambar. Nanti kena penjara! I wonder if I can be able to make myself present there at that moment to witness... tak sanggup...

Pd hari biasa, ia sama spt masjid lain. Tempat tunaikan solat & berdoa serta persinggahan jemaah haji & umrah dlm perjlnn ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah.

Selepas selesai solat Maghrib jamak Isya'

Saya bersolat di ruang solat wanita di tingkat atas krn tingkat bwh dah penuh safnya waktu itu. Cantik suasana di dlm dgn lampu2 gantungnya. Cuma ada satu je gambar saya di dlm Masjid Qisas yg Kak Zaidah insisted to take, 3 of us. Jadilah utk disimpan sbgi memori kami...

Semoga kita semua sentiasa dlm peliharaan Allah juga. Berbuat baik sesama makhluk... tak aniaya apatah lagi menzalimi...

Selamatkan kami di dunia & di akhirat, Ya Allah...


#umrah2019
#masjidqisas
#qisas
#jeddah
#MRO@MCO@PKP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS