Tuesday, April 14, 2020

Corat-Coret MCO'2020 (...3) - Abstrak Sebuah Kehidupan

Adeh, Mumi baru lepas zumba 10 minit. Tu pun dah tak larat. Terus Mumi jumpa FRAN je sambil mengah2. Haish.. cane nak kurus ni? Hu hu... jap lah... bagi Mumi rehat sambil2 semak email keje & sambil2 tulis diari. 1st time Mumi zumba dlm tempoh PKP ni. Berpeluh2 Mumi, dahlah hari panas lit-lit. Memula ni tak bolehlah force sgt, nnt terperanjat jantung, organ2 dlmn & hormon. InsyaAllah kita ulang lagi & lagi nnt :-)

Hari ni hari terakhir MCO @ PKP Fasa 2. Esok akan bermula hari pertama utk MCO @ PKP Fasa 3. Lanjutan yg diperlukan krn kita msh belum mampu atasi C-19 dlm tempoh PKP Fasa 2.

Hari ni saya wfh. Jadual ke pejabat Boss restrict kpd 2dy/week je - Isnin & Rabu. Hari lain, wfh. Kehadiran ke pejabat bergantung kpd urgency & adhoc task.

Di kwsn Rantau Panjang, Klang ni sbnrnya dah dilabel red zone dari awal Fasa 2 rasanya. Now dah bbrp positive cases dikenalpasti lagi di kwsn sekitar. Smlm ptg balik dari pjbt, ingat nak singgah kedai cari roti Gardenia. Tapi majoriti kedai ada yellow seal tape. Mcm semua kedai ditutup.

PKPD dah ke? Dari status jiran baru tahu kedai2 di kwsn ini diarah tutup oleh IPD Klang Utara. Ala... cemana Mumi nak pergi dptkan brg keperluan dapur? Nak pi Eonbig tu, idokla Mumi berani lepaskan Pa pergi selalu. Semakin mencatulah Mumi nampaknya ni. Cash pun kami tak simpan. Biarlah guna duit tabung yg sesen dua tu, janji tak perlu pergi ATM. Lagipun kita skrg ni ibarat berada dlm fasa hidup survival. Better la kita teruskan hidup kita yg mmg bersederhana ni ya anak2...

Bbrp hari ni asyik dengar & baca berita kematian. Kematian mengejut pula. Adik lelaki jiran lama meninggal atas sejadah dlm tidurnya. Anak kawan Pa baru usia 22 tahun, meninggal tiba2, buat postmortem, rupanya apendiks pecah. Dan few others.

Pun baca ttg cerita2 org2 yg mula ingkar PKP. Tahu... dlm situasi PKP ni, ada atr kita, smd 'pergi' krn C-19 @ 'pergi' krn tak makan disbbkan tak kerja. Tapi... saya harap & saya yakin pasti ada tangan2 yg akan membantu mereka2 yg memerlukan. Tapi jika ingkar krn saja2, fikir2kanlah sama2 kesannya pd semua.

Semalam ingat nak minta tangguh check up thyroid ni. Call tak dapat, so bertatihlah saya ke HSA sblm ke BIMB & pejabat, walaupun takut2 bila jumpa org @ bila nak pegang itu ini. Paranoid hu hu. Tapi nurse kata doc tak benarkan tangguh. Kena juga ambil blood test utk jumpa doc minggu depan. Doctor pasti lebih tahu risiko kesihatan jika saya default jadual temujanji. Ya lah... saya ikut arahan & nasihat je la jawabnya.

Semalam pun dah terima separuh jumlah BPN (patutpun sehari sebelum tu cakap dgn Pa kata tapak tangan kanan gatal je. Ya, I always got that signal jika akan terima sesuatu hu hu). Tak apply pun. Tak harap pun, sbb rasanya kami msh mampu bertahan. Setakat beras sekampit kecil tu ada je di rumah jika nak dibuat bubur, InsyaAllah.

Pun tahu msh ramai yg amat perlukan BPN. Tapi mgkn krn saya adalah tax payer, maka data sedia ada dlm akses Kerajaan. Pa kata, kalau rasa bersalah sgt dgn terimaan BPN tu, kita infaqkanlah. InsyaAllah...

Berita melegakan smlm, swab test my BIL Naha keluar, negative C-19. Alhamdulillah... tak mampu lagi rasanya nak hadapi sebarang kehilangan. Dan tak tahu lah mcm mana nak tampung lagi airmata dlm hati jika berulang lagi kehilangan krn C-19 ni.

Moga msh bertahan kita #stayathome. Moga frontliners & supporting task forces atau jolokan baru mereka COVENGERS juga msh bertahan berjuang di luar sana.

Mereka berjuang berhempas pulas, menggadai kehidupan krn bangsa, negara, agama & krn membantu kita semua. Tak mampu bantu byk... ini saja yg terdaya. Make sure me & my family adhered to the rules. Jaga keselamatan & kesihatan semampunya. 

Moga waktu ini akan segera berlalu cause nothing lasts forever. Not even C-19. InsyaAllah ia akan terhapus jua dari muka bumi ini. Collectively we pray & fight it! We get C-19 die down! Terus kuat ya kita semua!


Hanya Allah tempat kita bergantung. Mohon ehsan & perlindungan. Moga diselamatkan kita semua, negara & whole mankind dari wabak C-19. Dan moga ia menjadi iktibar kpd kita yg msh diizin Tuhan utk terus survive melalui kehidupan mendatang dlm usia yg bersisa.


Mumi simpan kat sini memori kita dlm tempoh Fasa 2 MOC @ PKP ya :-)


Budak kecik ni kiranya dah lewat start mengaji. Fitrah anak bongsu, haish... sabo je lah mengajarnya. Makin lama makin tunduk mcm nak makan muqaddam tu. Dgn suara Pa yg dah naik tinggi & tinggi ke puncak pokok kelapa :-) Mumi mmg tak boleh ajar anak2, kot2 nnt cecikgu diorang saman Mumi sbb rotan anak2 murid depa :-)


Budak bujang kecil ini dah tak de kerja lain. Berkepit dgn laptop & hp. Ditanya, katanya buat kuiz online yg cecikgu beri. Okay fine... kalau main games pada-pada ye bang. Bila turn dgn buku, bantal lebih byk kepit dia, tanda2 sekejap lagi lelap la tu. Baby pun sama... kalau dgn buku, jauuuuuh letaknya. Musim PKP, tilam bantal semua tarik ke ruang tengah menonton TV. Berjemaah aktiviti kat situ menonton-study-main games-golek gelantang-bergaduh-makan-minum sgl.


Dah mcm2 aktiviti bebudak ni. Baby dari dok belek sgl baju dlm wardrobe (nanti kalau kita boleh keluar dah, baby nak pakai baju ni... katanya), hingga pi try white belt (ya, insyaAllah Januari nnt baby enroll for TKD as we've planned earlier sama mcm Bbg Ddk dulu juga), hingga kpd buat sepah-kemas sendiri.

Dgn Didik, kerja dua ketul ni asik bergaduh-baik-bergaduh-baik. Kejap jadi enemies, kejap jadi partner in crimes. Standardlah tu. Suka hati la nak... janji kamu bahagia.


Dah mula rindu kelas PSV budak2 ni. Udahlah tak dilapik lantai tu...
One thing impressed Mumi, the way Didik melukis. 
Mcm pernah Mumi lihat kat FB teknik melukis tu :-)


Didik punya Mumi boleh 'baca' lagi paintings nya. 
Tapi paintings Baby, abstract sangat, Mumi tak reti baca :-)


Pa dah mula rindu aktiviti fishingnya. Maka, lihat saja lah aktiviti tangkap ikan dlm youtube ye :-)

And, C-19... ia hanya menjarakkan kita, tapi bukan hati. 
Bik Mah hantar choc chip cookies utk boys, which boys refer as the best one in the world & rempeyek ikan bilis yg Mumi suka sgt tu. 
Petang semalam, Bik Mah hantar lepat ubi, 
mcm tau2 je Pa mengidam lepat & Mumi pula mmg lebih suka lepat ubi.
Nasibla Pa & boys... his wife & their mom ni kurang ilmu memasak :-)


Kita manfaatkanlah situasi ini sebaik mungkin... moga ia jadi memori yg memberi iktibar dlm kehidupan. InsyaAllah...


Walk to remember
Statistic of new cases is 170. Makin hari makin meningkat sedikit... sabarlah hati.


#lastdayMOC@PKPFasa2
#staystrongCOVENGERS
#jadilahrakyatyangpatuhdemikebaikanbersama
#stayathomeandfightcovid19harder

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS