Day 5 / Phase 2
Bbrp jalan di daerah Klang ditutup sepenuhnya mulai tgh malam tadi. Spt boleh baca perancangan seterusnya. Tak mengapa, kita tahu ia utk kebaikan. Mungkin ia akan lebih mempersulit urusan & kehidupan sesetengah insan, tapi... dlm hidup ini, kita tak mungkin puaskan hati @ sempurnakan setiap keinginan & keperluan setiap ong. Ada pengorbanan yg perlu dilakukan... oleh setiap orang, dgn cara tersendiri.
Bangun pagi ini, 1st news caught my reading. Kembalinya seorg pejuang Islam, mujahidah Shadiah Abbas. Mengejut, jam 5.05am pagi. Sedihnya, setiap yg kembali kpd Pencipta dlm musim wabak C-19 ini akan melalui kepedihan berlipat ganda krn ketakmampuan setiap ahli keluarga, saudara mara, sahabat & tetangga utk hadir beri kunjungan akhir. Sedih, krn jenazah walaupun bukan asbab C-19 tetap perlu juga tunggu pengesahan sbb kematian sblm dpt disempurnakan pengebumian.
Sedihnya hati hari ni. Pandang Pa, pandang anak2. Rindu Ibu... rindu mak... rindu ahli keluarga yg lain. Rindu jiran2, kawan2, rindu pejabat & rindu segalanya yg pernah Allah pinjamkan sebelum ini.
Indeed, ini teguran Allah. Ini cara Allah suntik hikmah-Nya untuk kita semua beroleh kesedaran. Terutamanya, myself...
Hari ini, masih ada izin Allah saya buat kerja rumah, masakkan bihun sup simple, masak nasi lauk ayam kunyit & sambal belacan berulam timun. Alhamdulillah, dpt lihat Pa makan 2x tambah. Masih dpt lihat kerenah & gelagat anak-anak.
Dan... masih dpt tulis diari lagi dlm FRAN. Sesaat masa selepas setiap waktu yg kita ada, tak tahu smd kita masih diizin bernafas atau perlu bergerak ke alam seterusya...
Selagi masih ada nyawa dlm kehidupan ini, kita lalui & nikmati dgn penuh syukur. Selagi masih bersama dgn org2 yg kita sayang, kita usahalah semampu daya utk layan & hargai mereka...
Alang-alang dah naik rooftop, Pa nak bersihkan sekali tangki air atas ni. Tapi, lain jadinya. Boys tumpang buat kolam renang sekejap. Maka mmg kena basuh bersih2 la tangki air tu jawabnya...
Cindirella versi boys. Kena basuh lantai rooftop. Kesian baby, dah rindu beach, sand, sea & of course swimming pool. Pool plastik dah lama bocor. PKP ni tak dan la nak pi beli baru kat shopping mall ye nak. Kamu jadi je duyung terdampar atas lantai :-)
Conversation dgn Babang...
B : Atas ni kalau buat jadi bilik santai Babang, mesti best kan Mi?
M : Ya, sbb tu PaMi siapkan base rooftop ni.
M : Sbb mmg plan kami nak jadikan bilik.
M : Tapi PaMi tak de lebihan bajet.
M : Apa yg kami ada, untuk besarkan kamu sebaiknya.
M : Sebab tu Mumi suruh kami belajar rajin2.
M : Dapat keputusan yg baik, kerja yg baik...
M : Kamu ada duit nanti, kamu naikkan la bilik atas ni...
Babang senyum. Macam2 plannya. Nak jadikan bilik menonton la, bilik main game la. Nak hampar itulah, nak buat beginilah.
Ya lah nak... at least kamu ada 'vision'. That's your lesson today atas rooftop ni. So, berusahalah utk realisasikan cita-cita kamu tu ya...
Then he said, "Tapi nanti, kami mesti ada rumah sendiri2 kan... rumah ni mcm mana nanti?"
"Kalau dah ada rumah sendiri pun, takkan la tak mau balik jenguk PaMi kat sini nak oiiiii?"
Ya... anak-anak semakin membesar. Byk yg mereka perhati dlm diam. Byk yg mereka cuba fahami dlm pada ketidakmatangan yg terlihat dek mata kasar.
PaMi doakan kamu semua membesar sempurna iman & akhlak. Bahagia & sejahtera dlm rahmat Allah... aaamiiin...
Kawasan kejiranan kini sepi. Masing2 #stayathome. Patuhi peraturan demi perjuangan kita bersama menyelamatkan agama, bangsa & pertiwi Malaysia. Walaupun masih ada yg degil / engkar, tapi kita teruskanlah perjuangan kita... tak mampu bantu banyak, usahlah kita menambah beban sediada di bahu frontliners kita.
Ini yg orang tua-tua kata kot, tak dapat jumpa orangnya, tengok bumbung pun jadilah... hilang rindu.
#PKPFasa2
#fightcovid19
#rooftop
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.