Day 14 / MCO Phase 3
Selesai marinate ayam utk buat homemade roasted chicken. Dan selesai sediakan bebahan utk sotong cicah sos thai. Kekununlah... kalau jadi nnt Mumi simpan dlm FRAN esok lusa. Kalau tak jadi, Mumi simpan dlm hati je. Tak moh pun post ke Masak Apa Hari Ni Tak Jadi tu huhu... bukan malu dgn org sgt, tapi malu kat diri sendiri je lebihnya :-)
Maka smntr menanti waktu to finalize urusan kerja di dapur utk berbuka, sambil2 zikir & istighfar (wah...) & tgk email kerja & jwb whatssapp urusan kerja (dahnye wfh), maka Mumi tulislah diari sikit.
Kebetulan tadi sambil2 scroll FB jawab TQ atas wishes kawan2 di FB (ya, Mumi official genap umur smlm huhu... happy birthday to me, Alhamdulillah msh Allah izin sampai ke saat ini bernafas, moga msh ada pinjaman lagi utk terus perbaiki diri & moga juga dimakbulkan doa yg baik2 dari suami, anak2, keluarga & kawan2 semua ke atas diri Mumi RAN ya...), ternampak satu artikel ttg ini...
Hah! Maka Mumi pun cakap dgn Pa...
"You remember what I said when I first heard this song?"
Ya... di suatu pagi yg damai minggu lepas kot... tetengah Mumi duduk nikmati bau pandan di OMG dgn Pa, terklik link lagu ni. Yg cover lagu tu favourite Mumi si Nisa Sabyan. Dan melodinya Allahu... sgtlah indah.
Tapi yg spoilnya.... first lirik je dah buat Mumi naik hantu. Mumi paksa diri dgr seluruh lirik supaya Mumi tak tersalah judge. Penyudahnya, Pa terpaksa tadah telinga dgr Mumi kritik lirik lagu tu. Hampeh. Rosak pagi yg damai & haruman pandan pun lari berterbangan bila Mumi membebel tahap gaban.
Rasanya ini bukan lirik asal, mungkin diubahsuai ikut trend semasa. Mmg sweet, mmg comel liriknya... tapi... Mumi tak mampu utk bersetuju apatah lagi utk suka... ampun...
Dulu2 pernah jadi isu yg seolah2 jadi pertikaian & perlekehan di kalangan non-Muslim ttg Nabi SAW & Aisyah. Mumi tak mau komen sbb Mumi bukan sesiapa yg authorised & ada ilmu di bidangnya. Tapi Mumi tau faith & kepercayaan Mumi dlm Islam.
Dan lirik lagu Aisyah Isteri Rasulullah ni, menambah rasa terkilan Mumi. How can the beautiful sirah is written in such lyric, that way? Sedih...
Bila terbaca artikel tu, Mumi lega. Kiranya Mumi bukanlah org yg 'senget hati' thdp lirik lagu ni. Mumi tidaklah dengki atau prejudis atau apa2pun. Sbb pada Mumi, penyampaian kata-kata (lirik @ penulisan) sgtlah beri impak kpd yg mendengar. Tambah pula Mumi jenis membaca. Dan kelemahan Mumi adalah Mumi can't help to 'membaca' maksud dari pembacaan Mumi.
Sorry... Mumi tak salahkan yg altered liriknya. Niat dia baik je, Mumi yakin. Cuma penyampaian begitu bak kata pendakwah dlm artikel tu, bersifat manusiawi sgt. Dan org yg mendengar akan sedikit tersasar memahaminya. Kita bukan nak emphasize ciri2 fizikal & rupa paras & keintiman hubungan dlm menggambarkan perhubungan & kasih sayang... apatah lagi bila yg diperkatakan itu adalah Nabi & isteri Baginda...
Most of the time, my point of view selalunya Mumi bahaskan dgn Pa je. Mumi tak up mana2. Sbb kdg2 pendirian & pendapat individu tend to be misunderstood by certain people. And my principle is, jika pendapat Mumi tu akan timbulkan suasana tak damai, I better keep it to myself. Sampai masanya, kebenaran akan terbukti. Dan pasti ada authorised parties or people yg akan buat endorsement. Ya, I know there's pro n con of this attitude of mine... again I said, that's my bad side.
Mujur juga lagu yg diadaptasi dari Aisyah Isteri Rasulullah tu kpd Isteri Rasulullah (Khadijah) tu jadi ubat hati Mumi. And yes... that's the beautiful & respected lyric.
Pada Mumi, ada beza okay... atr lirik yg mengangkat martabat & kehormatan wanita dgn yg sebaliknya.
Wallahualam... Mumi hanya perempuan biasa yg jahil & kurang ilmu. Tapi Mumi tak setuju jika ada penulisan yg boleh buatkan org yg membaca / mendengarnya boleh jadi salah faham ttg istilah kehormatan wanita itu. Mumi rasa jika Saiyidatina Aisyah masih ada, dia juga akan sedih bila being described & emphasised that way... maafkan Mumi ya FRAN... just to let this view of mine here.
Mumi tau tak perlu persoalkan perkara begini. Mumi tau ia atr sirah yg diceritakan even by hadis & mgkn ada yg disebut dlm al-Quran, tapi... ntahlah Mumi masih tidak mampu bersetuju bila ia emphasized in this kind of lyric. Maaf. Mumi jahil..
Mumi tau tak perlu persoalkan perkara begini. Mumi tau ia atr sirah yg diceritakan even by hadis & mgkn ada yg disebut dlm al-Quran, tapi... ntahlah Mumi masih tidak mampu bersetuju bila ia emphasized in this kind of lyric. Maaf. Mumi jahil..
Mumi lebih suka lirik yg ni... rasa bersemangat nak jadi sebaik & sehebat Saiyidatina Khadijah. Alangkah indahnya jika Mumi & saudari Mumi semua juga mampu jadi wanita yg ditunggu syurga. Allah...
Dan dgn begitu, moga yg terlibat dlm pembikinannya & juga yg mendengarnya akan beroleh manfaat & barokah.
Dan dgn begitu, moga yg terlibat dlm pembikinannya & juga yg mendengarnya akan beroleh manfaat & barokah.
#lastdayofMCOphase3
#ramadhankelimanmumidahcuti
#lirikyangberimanfaat
#happybirthdaydearRAN
#lirikyangberimanfaat
#happybirthdaydearRAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.