Saturday, April 4, 2020

Corat Coret MRO'2020 (...1) - Stay Calm

Masuk fasa kedua MRO  bagi tempoh 1-14 April 2020. Day 4 / Phase 2. Masih bertahan #stayathome. Anak-anak pun masih okay walaupun kekadang dah tendang bola dalam rumah. Main bola beranda tepi habis patah bayam-bayam brazil. Adeh... 

La ni, depa bila dah boring dgn hp, ipad, laptop & TV, depa pi buat sepah pulak. Potong kotak2 jadikan flying disk la, pedang la. Si Baby, 1st week PKP dulu, terlepas keluar (masih dlm pagar), pi cari belalang. Malamnya, bekas belalangnya kosong....

M : Eh, kenapa kosong bekasnya baby?
M : Mana belalang?
B : Tak ada... penat baby cari.
M : PKP baby. Belalang #stayathome la...

Kita simpan few memories dlm tempoh PKP. Jadi kenangan... jadi pengubat hati yang masih terasa sedih & pedih ini...

Moga-moga, dengan izin Allah kita mampu perolehi hidup normal semula.



I never expected that bawang followed me to my working desk.
Haiya, sedang nak masak ada call masuk untuk semakan kerja, maka beginilah kejadiannya.
Sebenarnya, lagi letih work from home. 
Salute la full time housewives & 
those housewives yg buat kerja sambilan dari rumah. 



Their 'online homeschool' started on 31st March 2020. 
Gigihnya perjuangan & pengorbanan guru-guru. Terima kasih...
This time perhaps cikgu2 boleh up status:

 'Ibubapa sila jangan rotan anak-anak murid kami. 
Anda rotan, KAMI SAMAN!'

Haa... kannnn....?


Excited sgt baby dpt online homework dari cikgu. Hari2 dia tanya, "Bila baby boleh pergi sekolah?"

Kita masih 'berjuang', sayang, Baby doalah ya semoga Allah beri ehsan-Nya pada kita lalu diangkat & dimusnahkan Virus Covid-19 ni.

Moga tak ada lagi org lain menderita sebagaimana family kita kehilangan ahli keluarga. 



B : Ini gambar Pa dgn Mumi kawen?
M : Ya...
B : Mana baby?
(Hmm... soalan standard anak2 bila lihat gambar kahwin mak-pak mereka)

B : Ini Mumi ke?
M : Ye...
B : Eh, kurusnya Mumi. Kenapa sekarang Mumi gemok?
M : Grrrr


Dah tak reti nk masak bila longterm #stayathome ni. Ni antara lauk MRO @ PKP kami yg rupanya buka selera. Anak2 pula, #stayathome ni bila nak makan, asik nak bersuap. Adeh... manja yang amat!

Kami practice makan nasi sehari sekali je dgn hidangan yg minima. Cuba latih diri & anak2 hayati erti 'darurat & kesusahan'.

Bila diajak puasa sunat, anak-anak ternganga & tanya, "Eh, esok dah 1 Ramadhan ke Mumi?"

Sabo je lah!

Dan hari ni, Mumi masak bubur nasi je. Nanti makanlah dgn sup ayam, telur masin, sambal kicap / sambal ikan bilis Pa tu ye...


#MRO@MCO@PKP
#stayathomeandbreakthechain
#helpfrontliners
#fightcovid19

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS