Friday, April 24, 2020

Malammu Yang Pertama, Ramadhan

Pagi smlm, rasa tak sabar tunggu pengisytiharan puasa walaupun tahu hari ini umat Islam di Malaysia pasti akan mula berpuasa Ramadhan. Cuma, tahun ini krn pandemik C-19, majoriti rakyat di dunia sdg melalui #newnormal

Memikirkan Ramadhan dlm suasana PKP, tertunggu juga perutusan PM ttg khabar PKP@MCO selanjutnya. As expected, PKP dilanjutkan lagi hga 12 Mei 2020. Redha. Ia pasti utk kebaikan semua. 

Moga2 kita semua masih mampu istiqamah berjihad utk menangi kehidupan kita dari ancaman Covid-19. InsyaAllah... setiap ujian ini ada hikmah yg sgt indah. Skrg pun, personally myself sdg merasai keindahan itu... 

Mlm tadi, jika kebiasaannya kami akan bersegera ke Masjid Klang utk terawikh mlm pertama. Tapi mlm tadi kami di rumah. New normal bagi kebiasaan tahunan. Sedih, tapi bahagia.


Moga azan yg Babang kumandangkan akan jemput lebih byk barokah Allah ke dlm baiti jannati ini. Alhamdulillah, kami selesai seadanya 8 rakaat tarawikh & 3 rakaat witir dipimpin Pa. 

Subuh tadi baby tanya, 'ni berapa rakaat'. Bila Mumi jawab 2, dia tanya lagi, 2 rakaat berapa kali. Mesti dia dok teringat 2 rakaat berkali2 malam tadi :-)



D'beauty of 1st night Ramadhan.
Hikmah Ramadhan 2020 dlm MOC. Syukuri apa yg masih dipinjamkan buat kita...
Terima kasih Allah.


Lihat suasana ini, tersentuh hati. Doa buat frontliners kita... yg sdg berjuang berkorban demi kebaikan kita semua. Moga terus kental semangat & daya tahan hati. Hargailah jasa mereka dgn menjaga diri kita... & patuhilah peraturan yg telah digariskan. 
Kita mesti menang dgn izin Allah!

Utk morei mlm tadi... 1st time Mumi buat puding roti caramel kukus. Selalunya Mumi buat Puding caramel je sbb ia favourite Papa & puding roti biasa favourite Babang. This time, Mumi berjaya buat 2 in 1, Puding Roti Caramel Kukus. 

credit to Limau Nipis sbb dari sanalah Mumi belajar...
Okay, hikmah seterusnya utk Mumi. Pa & Baby kata sedap! Alhamdulillah...



Drpd Abu Hurairah RA bhw Nabi SAW bersabda :
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan taat kepada Allah serta mengharapkan keredhaan-Nya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Allah... ampuni hamba-Mu ini, suamiku, ibubapa kami, anak-anak kami, seluruh keluarga kami, pemimpin, frontliners & juga saudara2 Islam kami...
Terimalah taubat & penyerahan amal ibadah kami Ya Allah
Selamatkanlah kami di dunia & juga di akhirat nanti...


Walk to remember:
Hujan lebat & angin kencang dah mula. Seperti hari2 sebelumnya. Moga hujan ini bawa rahmat & hapuskan wabak C-19 selama-lamanya dari dunia ini. Okay, Mumi nak solat Asar, then nak masak utk berbuka di hari pertama ini. Yg simple2 saja. InsyaAllah. 

Baby masih berpuasa selepas dipujuk2. Jam 3 tadi dah mula rayu2... huhu...


#welcomingramadhan&mcophase4
#1stramadhan1441H
#pudingroticaramelkukus
#tarawikhnewnormal

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS