Friday, December 5, 2014

Kekasih Waktu - Noor Suraya

Akhirnya selesai juga bercinta dengan Kekasih Waktu pada 241114. Sungguhlah dah lama sangat tak membaca. Last reading season was when I conceived MAHAN. And this is the 1st book as come-back after almost a year didn't.


Sejak dibeli di PBS pada 1/9/2014, saya dok menggendongnya. Kejap baca, kemudian berminggu hilang. Meroyan cari. Rupanya dalam tempat tepi Camry’s driver’s seat

Hampir lunyai dikerjakan MAHAN. Sampai hati baby, gigit Kekasih Waktu Ummi. Ummi sayang amat semua buku. Pantang betul Ummi orang rosakkan buku2 Ummi. Nasib baiklah kamu anak bongsu. Redha ajelah. Macam LHN yang redha aje Che Bunga koyakkan majalahnya hu hu…

Serius, waktu nak mulakan Kekasih Waktu, saya ulang m/s 1, 2 & 3 tu hampir 10x. Nak warm up, nak pull gear membaca buku yang ditulis Noor Suraya, personally for me (tak cakap untuk orang lain ye), agak sukar.

Sebabnya, bagi saya buku Noor Suraya tak boleh hanya dibaca dengan mata kepala. Imaginasi saya memilih untuk terus turun ke hati. Sama seperti bila saya membaca beberapa naskhah lain dari Noor Suraya.

So, kalau hati belum ready, semua perkataan dan frasa tu tak boleh masuk. Sebab tu saya masih belum mula Cintaku Luruh di Oxford hu hu... belum ready. Kena tengok gambar Papa di Oxford banyak2 agaknya baru boleh start baca buku tu kot... hu hu...

Seperti BHAK (Nazurah Aisyah) yang buat saya teringatkan LBN. Kekasih Waktu buat saya pi jenguk Jaja & Din di rak buku. Hai Jaja & Din! Betapa bulatnya bumi ini…


Din, the moment he came back to Malaysia n met his dearest wife, Faiza @ Jaja & Din
When I read this book, I never expected he was taken home by ZAYN....
 When Din met his Faiza, ZAYN @ Kekasih Waktu was there witnessing...

Saya tak mampu cari frasa cantik untuk describe Kekasih Waktu. Pada saya yang memang kaki buku, ia karya indah & hebat dalam kelas dan gayanya tersendiri. Bahasa Kak Su memang ada aura dalam puitisnya. 

Mungkin kerana faktor umur, saya lebih menjiwai watak Farhana dan Imran. Betapa bersetujunya saya dengan pergolakan jiwa dan perasaan mereka suami isteri. Diperjodohkan oleh laluan takdir yang unik. Tetapi didatangi ujian dan dugaan hati begitu. 

Hai... saya terbayang Zaharris Arman (Seandainya.... - Rys Areesa) dalam diri Imran. Man seeking a love signal from his dearest... tapi tidak kelihatan tanda cinta yang mereka inginkan lalu merajuk mengalih haluan kasih.

Dan saya lihat Areena (Seandainya...) dalam Farhana. Betullah, kalau orang sudah tak sayang, nak paksa buat apa. Hati ini Tuhan yang memegangnya.

Walaupun dari mula Zayn di'demam'kan, saya sudah boleh menduga noktahnya, saya tetap harap ia beda. Malangnya, ia tidak seperti yang saya harapkan. Alahai Kak Su... kenapa endingnya harus begitu? Sampai hati...

Saya juga rasa menghampiri hujung naskhah, Kak Su macam nak cepat-cepat habiskan je Kekasih Waktu ni. Kalau ada lagi few chapters mungkin better kot. Atau sebagaimana Kekasih Waktu ini 'bersaudara' dengan Jaja & Din, apakah memang ia dilalukan begitu bagi memberi petanda akan ada sequel untuk Dian dan Mubin? Atau akan ada sequel hati pasangan veteran untuk Farhana dan Imran?

Kekasih Waktu, terima kasih untuk pengalaman dan ilmu. I wish someday I could be standing in front of Taj Mahal with my dearest Papa... rewinding Zayn's memory.

Wednesday, December 3, 2014

And It's December Again

2 minggu lalu, dia kata...

B : Ummi, tak lama lagi birthday saya.
B : Ummi jangan lupa kek saya ye...


U : Abang nak Ummi buat kek coklat?
B : Okay juge! Nanti Ummi hias dengan krim strawberry ye.
B : Abang nak... (bla bla bla)

Adoi, scary dengar description Babang berkenaan kek yang dihajati. Ummi cuma tau yang basic je. Tempah ajelah jawabnya pada isteri kawan Papa (yang bake kek Decemberian).

Few minutes before 3rd December this year comes to it's end. Saya nak simpan sharing ini pd hari ini juga. Hopefully sempat hu hu...

Balik kerja tadi sempat buat bihun sup. Dah lama berhajat nak beri my homemade cooking pada twin babies depan rumah yang yatim, tiada ibu sejak berusia 8 bulan. Dipelihara single father... aduhai. Tiap kali keluar rumah, pandang rumah mereka pun hati saya sayu. Apa lagi kalau pandang mereka... apa daa saya...

Kek pertama Papa potong2 dan hantarkan ke rumah jiran2 bersama puding laici yang saya buat malam semalam. Itu je yang sempat dibuat dalam minggu dan bulan yang hectic n pack di pejabat ni. Disember kan... year end closing. Niat sedekah untuk Babang.

Babang bersama kek yang dihajati...
kek kedua yang dipotong bila nek imah, tok jamali & bang chik lan sampai...
Birthdaynya diraikan nek imah, atok jamali & bang chik lan...
suka tengok bang chik lan makan bihun sup sampai 3 kali tambah... 
Wah... tahun ni Babang ada adik baru untuk raikan birthdaynya...
Happy nya MAHAN... sayu hati saya...

Happy 8th Birthday Babang!
Ummi, Papa, Didik & MAHAN love you so much!

Ummi sayang kamu seluas langit yang biru tu, tau!

Sunday, November 30, 2014

Lip Lop Yang Cemerlang

Balik dari PD, sehari lepas tu MAHAN kena chicken pox. Babang pula food poisoning sebab makan nugget di sekolah agama. Bercutilah saya sepanjang minggu attended d sick boys sambil2 gerun monitor Didik. Akhirnya seminggu lepas tu Didik juga panas badan. Adoi...

Habis AL saya utilize tahun ni. Byk spent AL masa mengandung MAHAN. Cuti je sebab malas amek MC. Tahun ni MC saya amek 3 hari je. Maka program 2 minggu hujung tahun ini kena tundalah ye Papa, sorry. VC sahih2 tak akan approve.

Dalam menjaga orang sakit, saya pun hampir collapsed.  Penawarnya datang serentak pada 19h Nov. Dapat wasap dari Teacher Intan. Jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan. Erk!? Macam pelik je. Salah nombor ke Teacher ni? Tapi ada nama Babang pada surat tu. Forward kpd Papa yang outstation 3 hari ke Penang sejak Khamis 13hb tu.

Papa balas, "Alhamdulillah, tercapai juga hajat Ummi...".
Wah, touching nya... tell you...

Bila ambil report card Jumaat 14hb, aiyo... rasa macam nak pengsan. Gigih cover depan Teacher. Apatah lagi Teacher sedang beria tanya tentang Suamiku Heroku dan minta sign pada naskhahnya. 

"Babang! Terima kasih ya nak," semalamnya, when I thanked and hugged him, airmatanya bergenang.

Tapi selepas dapat report card dan bila saya kata, "Babang dapat nombor satu!" Bukan nombor satu-satu seperti dia di PASTI dulu hu hu... I myself didn't expect it at all. Ingatkan dapat no. 3 ke. When we least expecting of something... tu la jadinya. 

Serius mukanya berkata, "Nombor satu? Hai... pelik, macam mana boleh dapat nombor satu? Saya pakai hentam je..."

Haish! Boy is always a boy!


Babang terima hadiah untuk tempat pertama pencapaian terbaik akademik ikut kelas.
Alhamdulillah. It's more than enough for me...

Tahun ni Babang realisasikan bahawa dia 'mendengar' & 'memahami' apa yang saya tegur, nasihat dan leterkan. Selalu kalau saya counter, "Tahu kenapa Ummi marah?", dia akan jawab, "Tahu... sebab Ummi sayangkan saya."

Saya ingin dia memahami erti kemahuan, kesungguhan, doa dan harapan. Alhamdulillah... hari itu dia hadiahkannya kepada kami.


Di majlis anugerah Babang, saya dapat kawan baru. Dr Anne, yang berbelas tahun berkhidmat di HTAR (husbandnya di belakang tu sebumbung kerja juga rupanya dengan saya hu hu). Dr Anne sdg bercuti tanpa gaji, berbakti kepada orang tuanya. Thank you Dr. Anne, I learned a lot from you. And congratulation, her son tiap tahun terima anugerah. Wow!

DIDIK. Walaupun dia demam & few days off dari sekolah, saya buat & hantarkan juga makaroni cheese dan kek batik (itu je yg saya tau buat pun hu hu...) sebagai juadah jamuan PASTI. Beria Ustazahnya pesan agar Didik datang malam itu. Didik dapat hadiah juga ke?

Exam mid term, Didik dapat no. 2 & full mark in few subjects. Walaupun sejak tu saya dah mula pasang angan2 nak book seat depan2 pentas (kot2 Didik maintain in top 3), masih juga saya takut nak berharap lebih sebab report card belum siap.

Sejak zaman Babang, PASTI Mawaddah ni suka buat majlis ikhtifal waktu malam. Kata Ustazah Laili, "Malam la best, ada lampu lip lop!" Gitu pulak? Hu hu...

Didik cuma dapat hadiah untuk terbaik satu subjek je. Tergelincir dari Top 3 budak ni...
haiya... tak apalah... cuba lagi ya Didik!
 

Alhamdulillah, well done boys! Ummi dan Papa tak mampu nak belikan hadiah mahal2 untuk kamu. Nak belikan kereta Ferrari lagilah jauh langit hu hu... nanti kami kumpul duit beli kereta mainan ye, insya-Allah. Kami cuma dipinjamkan limpahan kasih sayang juga doa untuk seluruh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kamu dari dunia hingga akhirat. 

Honestly, bukan award yang diutamakan. Prinsip saya, walaupun bukan selalu, saya berdoa dan berharap anak-anak akan sampai jua ke tahap seperti ini, so that they would have moments to appreciate in their life. At least this would motivate them to do the best they can along the way. 

Babang & Didik yang Ummi dan Papa sayang...

Kami berdoa Allah terangkan akal dan hati kamu menerima ilmu yang bermanfaat dan dapat digunakan dengan berkat untuk agama, bangsa dan negara. Ilmu tu untuk bekalan kamu, harta yang mampu Ummi & Papa tinggalkan untuk kamu. Kami hanya menumpang sedikit pahala sebagai bekal akhirat kami, Insya-Allah....

Jadilah contoh yang baik untuk baby MAHAN. Kamu berdua sayang MAHAN kan...?

Walk to remember :
Tahniah Bang Chik Lan n others who already got their UPSR result on last Nov. 26. Alhamdulillah. Usaha sudah, segalanya atas izin Allah. Recalling memory when seeing straight As on my UPSR slip during old-days. Now I know what Ibu & Abah felt... how time flies. Hopefully dapat lihat my boys sit for UPSR. Kalau ada umur dan kalau masih ada UPSR...

Saturday, November 29, 2014

Kek Coklat Lembab Kukus

Anak-anak tak berapa suka kek perisa lain. Nasib baik juga lah... sebab Ummi mereka ni hanya tau buat kek coklat je hu hu...

2x pindah, saya rasa oven kecil tu dah macam sewel. 2, 3x bake, hasilnya tak macam selalu. Hmm... tak pelah... nanti settle down di THRP, ada rezeki, nak bodek Papa beli oven baru hu hu...

Bakar kek asyik pecah, maka saya kukus je lah adunan kek tu. Tertengok di FB ada kenalan share resepi Kek Kukus Coklat Lembab. Tapi lupa siapa namanya untuk give credit. Maaf ye, saya tumpang guna resepi anda, semoga Allah beri pahala kerana berkongsi ilmu masakan ni dan anak-anak saya kenyang makannya.

1st time try resepi ni bila buatkan AB 2 biji kek untuk bawa ke sekolahnya on last day few weeks ago. Kami tak rasa kek tu pun. So, petang tadi bila hujan turun agak lebat, tetiba je tangan dah bancuh adunan.

Meh saya simpan resepinya di sini. Boleh saya refer bila nak buat (orang thyroid ni pelupa...)

Bahan A 
1 cawan serbuk koko (saya guna Van Houtten)
1 cawan gula pasir halus
1 cawan susu cair (saya guna susu HL coklat bebudak ni punye)
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (saya guna Blue Key je)

Bahan C
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur

Cara membuatnya :

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk, kacau sebati atas api yang kecil then sejukkan.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Masukkan semua bahan A dan esen vanilla ke dalam adunan telur, kacau sebati.
4. Masukkan tepung, kacau lagi hingga sebati lebih kurang 5 minit
5. Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu.
6. Tuang adunan dalam loyang, tutup permukaan dengan aluminium foil untuk elak wap air masuk
7. Kukus selama 1 jam 10 minit (jangan asyik buka je penutup tu)

Topping:
Saya guna apa yang ada dalam peti sejuk je...
2 sudu butter
1/3 keping coklat masakan
sedikit susu pekat manis
sedikit susu HL coklat
(cairkan secara double-boil sampai agak pekat dan berkilat).

Bila salin resepi ke dalam FRAN baru notice yang bahan A tu semua kena masak dulu atas api. Saya dok humban segala dalam telur yang dah kembang tu. Adoila. Mujur budak2 ni makan okay je... haish...

Ini je lah rupa kejadian kek kukus coklat lembab ni. Belum sempat ditoppingkan, dah hilang suku dikerjakan Babang & Didik. Walaupun baru lepas makan nasi 2 pinggan dengan lauk tomyam & kambing marinate yang saya bakar dalam oven sewel tu, boleh lagi telan kek. Cuti sekolah ni berkurung di rumah... selera mereka menjadi2. Alhamdulillah.


MAHAN pulak tak menyabar. Angkat tutup kukus terus cubit sikit bagi ke dia. Terus MAHAN demanded  for a slice of it. Haiya itu budak...

Hmm.... kek coklat lembab kukus sempena tahu2 je Malaysia akan menang 3-1 dengan Singapore untuk Piala AFF Suzuki ek... macam tu lah main bola, baru worth! Hu hu...

Junior Outdoor Goers I - Fun Camp

Cuti sekolah dah seminggu bermula. Babang asyik sebut nak pergi kem cuti sekolah. Survey juga, tapi belum berani nak lepaskan. Masih tunggu jika UiTM buat any camp lagi seperti sebelum ni.


Ini kem pertama yg Babang sertai. Fun Camp, organized by Kelab Rekreasi UiTM. Daftarkan sekali anak2 buah, at least dia tak kekok sangat. Lagipun buat kat tempat kerja saya, tak susah hati sgt. Bila2 boleh jenguk.

His 1st time for outdoor activity. My 1st time jg melepaskan my little young man keluar dari rumah. Lebih kpd mendidik diri saya yang over protective. Mau tak over protective? Anak kan...

Risau dalam hati Allah je yang tau. Macam mana Babang? Boleh ke dia tidur dalam camping tent, boleh ke dia urus diri etc etc etc. Padahal saya ni, bila anak sikit luka, jatuh pun sy bising. Berjauhan apatah lagi. Tidurpun msh dgn kami padahal Babang dah merayu2 nak tidur dlm bilik sendiri. 

Papa marah saya, "Anak lelaki kalau tak jatuh, tak luka, tak parut.. tu bukan anak lelaki. Awak nak ke anak2 lelaki awak putih gebu, halus mulus macam perempuan!? Buat tu tak boleh, buat ni tak larat, takut itu takut ini! Awak nak ke diorang jadi macam tu?" Erk! Ya lah.. ya lah... 

Masa packing baju, saya buat 5 set c/w tracksuit n suar kecik then gulung setiap set n ikat dgn getah. Agar Babang senang amek bila nak pakai. Dah siap2 pesan, baju mana utk hari apa n bila. Baju tido pun ada, tapi bila fikir semula, gila apa outdoor tidur dlm khemah nak pakai pyjama bagai? 

Obviously, Babang, AB, Anis, Amar n Danish loved this camp very much. Byk aktivitinya - mlm unggun apilah, flying fox la etc etc. Ada banyak gambar dalam CD tapi tak larat nak membelek. Gambar sikit ni jelah buat kenangan dalam FRAN. 

Tiap waktu senggang, pi tengok mereka. Hantar roti, air & ambil baju kotor segala...
Tiap senggang juga call AB & Anis, "Adik2 cane?"
Bagi chance la Ummi ni risau... 1st camp kan... hu hu...
Padahal budak2 ni excited & enjoyed their activities very much.
Tengok muka masing2 tu bahagia nye lah...
Khemah2 tempat tidur peserta kem...
Budak2 berlima ni tidur sekali dalam khemah paling besar
Ayah Aminnya kata dalam gelak, "Adventure apa namanye ni tidur sekali semua?"
Padahal saya punye bersyukur, Tuhan je yang tahu.. takut weh anak tidur sesorang...
3 malam tu... hu hu...
Didik @ rock climbing
Among their fun activities. Didik pun suka2 hati je joint hu hu... 

MAHAN mcm gula dihurung semut... hu hu...

Insya-Allah kalau mereka organized lagi, Ummi register kan kamu ye...
hai, berdebar2 hati bila anak 
stay outdoor mcm tu.
Umminya ni yg tak lena tidur hu hu...


 My dear sons... 
I just want the best of world for you 
that I can't bear to be apart from you. 
When you are away, and when you miss me, 
please look up to the sky. 
There'll you see my love for you... always...
(RAN)

PAGEVIEWS