Petang Jumaat lepas, saya punched out on time (not really, just 5 minutes after the time). Nak balik rumah dulu and go together with husband to fetch our sons. Sampai di rumah Bik Imah (my son’s babysitter cum nenek saudara), Didik sedang menyusu. While waiting for Didik, saya duduk borak-borak dengan Bik Imah.
“Bik, betul ke Sofi dapat nombor satu?” dalam hati masih sangsi juga. Mother’s instinct...
“Tak adalah.”
Berderau darahku. “Dia cakap cikgu dia bagi tahu dia dapat nombor satu?”
“Itu ada surat dalam beg dia,” ujar Bik Imah sambil mengeluarkan beberapa helaian dari beg tadika Sofi.
Saya semak semua markah-markahnya. Sama seperti markah di atas kertas ujian dia. Tapi, bila mata saya memandang nombor kedudukan Sofi dalam kelas, aku berteriak geram, “Abang! Abang kata dapat nombor satu?”
Sofi gelak sambil berlari mendapatkan Papanya.
“Pa, tengoklah anak awak ni! Ye ye Ummi percaya dia dapat nombor satu!”
Suamiku pula gelak. Kenapa ni? Semua komplot ke nak kenakan saya? “Ish, ye ye umi dengan excitednya posting dalam blog pasal anak umi dapat nombor satu! Ni cemana ni? Malulah umi... satu Malaysia (konon) dah baca excitement Ummi! Wa wa wa....”
Sofi kata dia dapat nombor satu. Betullah. Memang dia dapat angka satu tu, double lagi! Kalau dia sendiri yang baca, mesti dia sebut – satu, satu. Abang dapat nombor satu. Rupa-rupanya Sofi dapat nombor sebelas!!
My 3rd sister kata, “Hmm... Mak Lang tahu Sofi mesti smart macam Ummi dan Papa dia...”.
Peribahasa kita hari ini ialah :
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...
Kuah tumpah dalam nasi ye...? Hish, tapi ni kuah mana pulak yang tumpah ke dalam nasik ni!
Moral of the story
1) Begitulah gembira dan bahagianya hati seorang ibu dengan kejayaan anak,
walaupun ia hanyalah ujian awal tahun bagi kelas tadika Sofi yang berumur 4 tahun 3 bulan.
2) Lain kali selidik dulu betul-betul setiap berita yang didengar, jangan buat perception awal
(jangan jadi Anakku Sazali...)
(jangan jadi Anakku Sazali...)
3) Apalah sangat dengan nombor, yang penting markah-markahnya mesti cantik kan...
4) Ummi! Sabar... Sofi gurau aje...lain kali Sofi dapat nombor satu.
5) Tapi yang paling baik ialah, sejak me and my husband kata dia dapat nombor satu,
hingga hari ini Sofi bersemangat sangat hendak pergi ke sekolah.
Setiap awal pagi bila dia bangun sejak itu dia kata, "Abang mesti pergi Sekolah!"
dan terus mandi.
Alhamdulillah...
5) Tapi yang paling baik ialah, sejak me and my husband kata dia dapat nombor satu,
hingga hari ini Sofi bersemangat sangat hendak pergi ke sekolah.
Setiap awal pagi bila dia bangun sejak itu dia kata, "Abang mesti pergi Sekolah!"
dan terus mandi.
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.