Hari ini kepala masih terasa macam ada bintang-bintang yang berkeliling. Matapun hendak buka dengan tidak. Memandu ke pejabat pagi tadi menggunakan mata hati kerana mata yang memandang tidak mampu melihat alam dalam sinaran mentari pagi yang mula meninggi. Sebabnya? Sebabnya saya lambat lagi ke pejabat pagi ini. Nasib baik selamat sampai. Alhamdulillah. September ni pecah rekod saya kerana most of the days in the month saya lambat sokmo... tapi saya tetap punch in sendiri, tak minta tolong staff saya or orang lain tolong punch in kan ye... dah lambat, saya buat cara lambat je. Penting, saya mesti ensure kerja saya diselesaikan dengan sedaya upaya.
Kelmarin jam 1 pagi lebih baru sampai rumah dari kampung. Biarpun tahu Papa berkelana hati samada hendak pulang atau tidak memandangkan adik-beradik yang lain mengambil cuti kecemasan, tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa. Saya harus pulang kerana saya perlu menghadiri mesyuarat semalam. Sudahlah antara alasan saya menangguhkan Induksi selain kerana adik ipar kahwin dan anak ambil UPSR, adalah kerana staff saya juga harus pergi dan tiada wakil untuk bantu Bos dalam mesyuarat. Maka takkan lah saya harus mungkir pula tidak masuk mesyuarat. Sudahnya mesyuarat itu selesai nak dekat jam 7 petang. Hish, lain kali nak pesan kat budak-budak ni, set meeting pagi je. Tension jiwa raga...
Usai kenduri hari Sabtu lepas, abah mertua saya, Ustaz Hussein Fikri dikejarkan ke Hospital Sabak Bernam. Kemudian dirujuk ke Hospital Teluk Intan. Suspected to have heart problem. Sebenarnya abah Hussein memang sudah tidak sihat beberapa hari.
Even, hari Khamis ketika saya masih berjaga sehingga jam 2.30pagi kerana menjaga anak saudara si Darlene dan si Syakir yang belum tidur bila seisi rumah sudah lena keletihan, abah Hussein masih duduk menekur kepala. Malam esoknya juga begitu. Dia nyata keletihan dan nampak tidak sihat pada setiap mata yang memandang. Kak Long Suhana kata abah Hussein tu sebenarnya takut kalau ditahan di hospital. Jadinya dia buat-buat tidak ada apa-apa sajalah dan berkeras tidak mahu pergi waima ke klinik sekalipun. Ya lah.. ini kenduri anak bongsunya. Bertahan juga dia sehingga hari Sabtu petang itu.
Ahad petang bila saya sudah sikit-sikit membantu kemaskan rumah, Papa bawa kami melawat abah Hussein. Melihat abah Hussein di CCU saya jadi sedih. Alahai, apa benda dalam dunia ni yang tidak menyedihkan saya...
Emak mertua saya juga sudah semakin uzur. Lututnya sakit hingga emak berjalan harus gunakan tongkat. 4.30 pagi Jumaat lepas, saya terbangun bila terdengar keluhan emak. Emak terhenti di tengah-tengah rumah berhampiran saya tidur. Emak sakit lutut. Saya nampak mata emak bergenang menahan sakit. Walaupun mengantuk, saya bangun juga. Saya papah emak ke kerusi lalu mencari minyak untuk urut lutut emak. Tidak sampai hati hendak bangunkan saudara lain yang masih lena, saya cuma kejutkan Papa Nasir. Hmm... emak mertua saya juga sudah seperti Ibu saya. Sakit lutut dan susah hendak berjalan. Akan tiba masanya saya juga mungkin melalui fasa itu...
Umur Abah Hussein sudah 73 tahun. Dalam kereta sewaktu pulang ke Klang awal pagi yang gelita itu, saya berbisik dengan Papa, "Berapa lama aje kita ada masa dengan abah...?"
"Paling-paling dua tiga tahun lagi... standby je lah..." bisik Papa Nasir juga perlahan dengan wajah mendung.
Saya hsssh kan Papa Nasir. Meskipun apa yang ada dalam fikiran kami itu sama, tetapi lain sangat rasanya bila dizahirkan dengan kata-kata.
Teringat kata-kata Papa Nasir dua tiga hari sebelum balik kenduri minggu lepas. "Awak tanyalah dengan abah apa yang dia nak tulis, suruhlah tulis. Lepas tu awak tolong edit sikit-sikit. Jadikan buku ke..."
Saya kerut kening, "Eh, abah menulis ke?"
"Tak adalah, dulu-dulu abah suka juga menulis. Pernah dia tulis sikit-sikit kat kertas cerita kanak-kanak dan tampal gambar. Then, ada sorang saudara ni pernah cakap yang dia ada itu ini (macam ada business dengan publishing, just to tell people that he has something la kiranya kot), lepas tu abah kata 'hah, bolehlah nanti tolong terbitkan buku'."
Mendengar kata-kata Papa Nasir waktu itu, saya terus terdiam. Tiada kata-kata. Teringat pada abah kandung sendiri yang dulu-dulunya juga suka menulis. Bersusah payah menulis dalam sinaran cahaya lampu gasolin hingga tebal kemudian hilang ditelan.... err... kenapa saya sudah terlupa dengan cerita yang abah saya sampaikan itu...?
Saya tidak tahu samada hendak tanya dengan abah Hussein tentang itu ke tidak. Entah-entah dia sudah lupa pun tentang hal itu. Lagipun ingatan abah Hussein sejak kebelakangan ini sudah tidak begitu kuat. Dan abah saya sendiri? Sudah tidak ada perkataan untuk diperbicarakan dengannya. At least, for the time being we better be apart, hopefully dengan berjauhan begini akan membibitkan rasa rindu dan kasih darinya. Hopefully dia masih ingat dia punya anak-anak perempuan yang telah dia kecewakan dan lukakan hati. Sedang kami, biar jauh di mata, dalam hati dan nafas tidak pernah lupa...
Semoga abah Hussien pulih dan kembali menjalani kehidupan.
Kehidupan dan usia Abah Hussein,
insya-Allah amat bermakna dan diberkati,
moga-moga abah kandung saya juga begitu...
Dalam hati ini sentiasa ada rasa prihatin dan doa,
meskipun hampir setiap waktu saya tidak pernah pandai menzahirkan...
sebak pula baca entri ni...
ReplyDeletesemoga abah hussein pulih ya yati...
mmg sebak, mengalir air mate.. :(
ReplyDeleteTerima kasih untuk doa Yus, abah Hussein dah discharged semalam awal petang. Alhamdulillah dia dah boleh berbual dan pi bilik air sendiri (according to Papa Nasir).
ReplyDeletehi LY...
sy yg jauh nihanya mapu mendoakan kesihatan wak husin dan wak enon..
ReplyDeleteabah wida pon dah tua..emm