Saturday, September 10, 2011

GALERI SENI AMIR SOFI

I did mention earlier that Sofi was in his painting-maniac era. Sampai habis satu ream kertas colour biru Papa dia hingga terjerit orang tua tu. Selepas habis satu ream kertas biru tu, Sofi kerjakan pula satu ream kertas A4 putih Papa pula. Kalaulah Papa tahu...

Dia boleh stay up sampai satu pagi dan kerjanya hanyalah melukis. Bila diperhatikan, dia melukis semua watak kartun TV. Kadang-kadang bila dia duduk menonton atau tengah menung-menung, kemudian terdengarlah dia berkata, "Hah! Abang dah dapat satu idea!" Hish, macam perangai Ummi je...

Selepas habis tercabut box-file dia yang dah muntah dengan kertas lukisan, Sofi kemudian giat menulis surat. Ya, surat... surat untuk Adam lah, untuk Ammar lah (anak Lani, jiran depan rumah saya), untuk Haiqal lah. Kemudian paling kelakar, dia fokus dan sibuk bertanya bagaimana hendak eja itu ini demi suratnya yang berpucuk-pucuk itu kepada 'Mona'. Siap tanya, "Ummi, Papa, macam mana nak eja Mo-na?"

Bila ditanya siapa Mona, mulalah dia tersipu-sipu, tersengih-sengih. Blushing konon. Ish, anak Papa...

Walaupun panas hati melihat pensil-pensil warna yang bersepah di sana-sini, begitu juga dengan carikan kertas sampai Didik pun korek telinga dan hidungnya dengan pensil warna itu, dan walaupun Umminya ini sudah berteriak sampai petala tujuh namun Papa masih buat tak kisah. Sofi lagilah tidak hairan. Terus juga melukis.

Ya lah... suka hatilah... melukis pun sebenarnya merupakan salah satu method or richest opportunity yang boleh memaksimakan pembangunan minda kreatif anak-anak. Paling tidak, aktiviti melukis ini juga boleh membantu  merangsang otot-otot kecil tangan mereka yang akan membina skill memegang pensil untuk menulis dengan baik. Lagipun, orang selalu kata kanak-kanak yang kreatif tend to be smart.  Painting and music are among activities that can stimulate children's creativitiy.

Hendak hantar Sofi pergi kelas muzik (walaupun diri sendiri dari kecil teringin hendak belajar main piano), tak ada budget, so let him paint ajelah... lagipun, painting tidak perlu hantar ke kelas, Papa dia memang memiliki jari emas.

Rasanya dah beratus-ratus helai kertas yang dia lukis. Tetapi ini sahajalah yang muat untuk  persembahan pertama Galeri Seni Amir Sofi ini. 
 
Jake and The Never Land Pirates

Birthday party OSO?

The Submarine

Ely the Elephant

Special Agent OSO landing...

Kereta Bomba macam ni ke?

Mickey Mouse before make-up
 
Mickey Mouse selepas make-up
 
Ultraman Mebius

Jungle Junction

Higgly Town?
  
Badak, The Rhino
 
Rocket

Sofi Luv Ummi... nasib baik..
Kalau tulis Sofi Luv Mona, tu baru Papa dengan Ummi kena fikir bagaimana nak bagi khutbah...

Kapal Jake and The Never Land Pirates

Kereta Bomba lagi?

Obviously he is very much for Jake and The Never Land Private Ship
Tapi sekarang ini, dia sudah kurang melukis. Hobinya sudah beralih kepada PSPnya pula. Cuma bila PSP sudah mati bateri dan harus dicaj, barulah dia naik ke tingkat atas, panjat kerusi dan keluarkan beberapa helai kertas A4 Papa untuk melukis...

Anak-anak sekarang dah banyak permainan. Yang canggih dan mahal, ye lah permainan berteknologi. Kalau zaman saya dulu cuma tahu main mainan yang tak perlukan kos. Contohnya main teng-teng. Cuma perlu tanah dan kayu atau ranting untuk gores kotak atas tanah tu. Tak pun main kejar-kejar. Cuma perlu diri sendiri dan orang yang akan dikejar atau mengejar kita pula. Paling best main masak-masak. Lepas tu adalah yang menjerit bila daun dan bunga semua habis gondol dijadikan masakan hu hu. Bila dah besar sedikit, main basikal. Itupun basikan tua atuk macam yang allahyarham Sudirman jadikan model dalam lagu Basikal Tua dia tu. Seksa nak kayuh sebab ada palang kat tengah. Nak beli tak ada duit, nak minta dengan parents pun memang jenis yang tak reti minta.

Suami saya kata ada kebaikannya anak-anak disediakan dengan permainan begitu kerana ia boleh meransang minda. Hmmm... bolehlah saya terima sikit. Pun saya lihat ia dapat membantu menjadikan Babang dan Didik duduk diam, tidak berlari sana sini macam Chipmunk.

Tetapi ibubapa akan ada lebih tugas kerana harus pantau anak-anak supaya tidak ter'over' dan melupakan disiplin. Hmm...

Bila saya keras hati tak mahu ikut kehendak anak-anak, husband akan kata, "Tak apalah, kita dulu tak pernah rasa. Biarlah anak-anak rasa pula... zaman ni bukan macam zaman kita dulu..."

Betullah tu, memang begitulah kebanyakan ibubapa. Saya sendiri pun begitu. Bila melihat anak-anak hanya melihat anak orang ada itu ini, dalam hati terdetik 'nanti kalau ada rezeki'...

Harapnya anak-anak akan lebih menghargainya... kasih ibu bapa dan kasihkan harta benda juga. But how to tell that to Ayong & Abby supaya tak leka dan lebih sukakan membaca buku sekolah serta Babang and Didik yang belum reti bahasa?

Cabaran menjadi ibu-bapa zaman batu berteknologi tinggi ni. Wa wa wa!!!!!

1 comment:

  1. okeylah tu conteng kat kertas jer..waiz ni kalau bg pen/pensil..conteng dinding pulak!geram betul..

    yelah sis, zaman kita dulu mana ada psp n ipad ni. budak2 skrg advance betul

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS