Thursday, September 22, 2011

Bila dah lama tak tengok berita...

Malam kelmarin dah start packing baju untuk balik kampung petang ini. Memang selalunya saya packing awal dan berdikit-dikit. Takut tak sempat... petang ini entah jam berapa boleh tinggalkan pejabat. Boleh saja kalau nak keluar on-time, tapi rasa tak sedap kalau kerja belum selesai. Tambahan pula harus bercuti esok sedangkan Bos akan busy dengan majlis Sua Raya dan Dila pula sudah terbeban dengan kerjanya. Siapa mahu tolong buat kerja saya pulak kan hu hu... lagipun tak elok tunjuk 'cincai' dengan anak-anak buah.

Balik dari beraya dan mengurut Didik di rumah Wak Budin malam tadi pun buat final touch up lagi. Bila tengok beg semula, ish ni dah gaya macam hendak berhijrah sekeluarga. Balik cuma tiga hari je... apa tidaknya, anak-anak semua 'pesen' tukar baju lima enam kali satu hari. Lagipun sedang busy majlis, sempat ke hendak basuh baju... kenalah dibawa yang secukupnya.

Sebenarnya hendak borak-borak tentang excitement dapat tengok berita malam kelmarin. Dah lama sangat rasanya tak menonton berita di kaca TV kerana karenah kartun anak-anak. Banyak berita yang disampaikan dari Mogadishu, Somalia hingga kes Dato' Sri Anwar hingga kes Bukit Kepong sehinggalah UPSR. Bunuh sana dan sini, hilang sana dan sini pun ada juga. Ish, itulah sebab saya memang bising petala tujuh dengan anak-anak kalau pergi mana-mana tak beritahu. Tak fahamkah mereka susah dan gerun hati seorang Ummi ni? Kalaulah hilang diculik atau diapa-apakan, apa nak jadi dengan Ummi mereka ni nanti...

Mendengar dan menonton krisis kemanusian di Somalia tu, tak tahulah hendak kata dan perbuat apa melainkan doa dan harapan untuk mereka. Saya bukan ada super-power untuk membantu. Hanya Allah sahajalah yang punya keizinan untuk mengubah keadaan.

Dan kes Dato' Sri Anwar pun, rasanya dari muda sampai tua dah saya mendengarnya. Masih saya ingat lagi seorang kawan baik tidak mahu bertegur sapa dengan saya hanya kerana sentimen 'Anwar dia-Mahathir saya' ini. Tidaklah saya ini pro mana-mana pihak tetapi kasihan dengan bangsa sendiri yang aibnya tumpah kepada setiap dari kita juga tanpa kita sedari.

Dan Bukit Kepong? Hmm... masih dangkal ilmu saya hendak memperkata ataupun mempersoalkannya. Lagipun sejak bersekolah, modul pembelajaran juga sudah menyogok maklumat dan kekal dalam minda. Menonton filem Bukit Kepong itu juga sudah tidak terkira banyak kalinya dan setiap kali juga menyuntik semangat patriotik. Ceh wah!

Siapa salah, siapa benar ataupun siapa jahat versus baik... siapa boleh menentukannya? Lagipun saya dan kita ramai yang belum lahir dalam zaman yang sudah disejarahkan itu. Pernah ada ketika seorang teman bertanya, "Awak pastikah Hang Tuah itu lelaki?"

La... dah namanya Hang Tuah, menonton pula filem Hang Tuah itu sendiri pun wataknya dilakonkan oleh P.Ramlee, tentulah dia lelaki. Sofi pun likes...

Katanya lagi, "Kalau betul dia lelaki, mana kubur dia? Yang ada cuma perigi je kan, Perigi Hang Tuah."

Isy lah... macam tu punye teori pun ada ka? Buat confuse manusia je... Bila fikir-fikir, dalam sejarah yang disuratkan di atas lembar oleh tinta, ada peninggalan zaman itu dan lagendanya punya tanda-tanda dan simbolik tersendiri. Sejarah Puteri Hang Li Po, peninggalannya perigi. Begitu juga Perigi Puteri Berlima. Is that why Perigi is associated with ladies?  Atau si bijak pandai yang memanipulasi fakta?
Perigi Hang Li Po

Perigi Hang Tuah









Tetapi bak kata Papa Nasir, "Boleh ke manusia terima kalau sejarah itu cuba diperbetulkan dengan mengatakan Hang Tuah itu perempuan?" So, let us think...

Dan lagi tentang murid, guru, UPSR dan ibubapa. Tak sempat baca paper untuk details, just watched the news. Whatever it is, I believe everyone of us is a 'guru'. At least for our ownself. Kalau kita jadi guru dan buat silap kepada diri sendiri, insya-Allah boleh diperbetulkan selagi ia tidak memudharatkan diri sendiri dan pihak lain.

Tetapi bila telah dipundakkan amanah dan tanggungjawab lalu dibayar pula untuk tugas seorang guru, pensyarah, pendidik dan apa-apa gelaran sekalipun, objektif kareer harus jelas. Kadang misi dan visi boleh bercanggah, namun saya tetap yakin guru dan pelajar adalah dua komposisi yang saling memerlu dan melengkapkan. Kalau visi 'guru untuk sekolah', itu kena revise semula nampaknya... kerana tanpa bangunan sekolah, tetap juga guru dan pelajar itu boleh wujud.

Kasihan pada anak-anak yang kita pinggirkan demi menjaga prestasi sekolah. Dan kalau sudah jadi isu begini, siapa yang rugi? Nabil kata, 'Lu fikirlah sendiri!'. Tapi saya sebagai seorang yang pernah menjadi murid, pernah menjadi pendidik dan kini seorang ibu, saya selalu kata murid-murid itu umpama anak-anak kita.

Kalau salah kita nasihat, kalau nakal sangat leterkan tak pun piat je (saya tak kisah, tak tahulah ibubapa lain) dan kalau demi masa depan kita harus bimbing dan beri segala upaya. Apa yang mereka hasilkan atau apa yang mereka akan jadi, wallahualam... itu kerja Allah. Kita hanya berusaha...

Do we have the power to change the past?
Kalau ada mesin @ kapsul masa macam cerita orang putih tu pun,
saya tak sure nak 'go-stand' ke tak...
Err.. pi jumpa Merong Mahawangsa in live.. huish tak nak la..

Or do we have the power to change Allah's will?
Errr... Papa selalu suruh saya doa banyak-banyak,
insya-Allah Tuhan pertimbangkan... 

***************************************************

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS