Suasana di pejabat walaupun sehari dua ini agak sepi tetapi pada saya agak sesakkan jiwa. Seorang kakitangan saya telah pergi mengikuti kursus Induksi untuk pengesahan jawatan selama 2 minggu bermula 16hb September lepas sehinggalah 29hb nanti. So, the 1st boss akan harus refer kepada saya untuk perkara-perkara tertentu, sedangkan sayapun masih bertatih untuk absorb semua benda dalam kepala. Ni yang buat gelabah je...
Sebetulnya saya juga tersenarai untuk mengikuti Induksi walaupun tempoh perkhidmatan saya masih belum cukup setahun. Tetapi atas beberapa limitasi terpaksalah saya kemukakan rayuan lagi untuk menangguhkannya. Hmm... entah berapa banyak rayuan agaknya saya kemukakan sepanjang tempoh bekerja di sini... Orang kata rugilah saya tolak dan tangguh Induksi kerana nanti lambat confirm dalam jawatan, tapi tak apalah... tiada apa yang hendak saya kejarkan pun. Ada rezeki adalah nanti tersenarai dalam Induksi sesi seterusnya.
Ini ada beberapa keping gambar sekitar majlis makan-makan yang dibuat di pejabat tempoh hari untuk gabungan persaraan, ulang tahun lahir dan lebaran. Almaklumlah, perangai lama saya yang memang segan nak bergambar masih belum diperbaiki (sebab kalau saya ada dalam gambar, mesti gambar tu kurang cantik sebab saya belum comel hu hu...)
Dept. planned on grey theme. Nasib baik baju raya cum baju kenduri saya tu ada sikit-sikit grey. Hantam sajalah labu... may be next time (kalau ada usia dan rezeki) boleh plan awal terus jadikan baju raya masing-masing hu hu...
Puan kata, "awak duduk tu tolonglah cover saya sikit..." cover apa ntah puan ni... dah memang comel pun... ha ha |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.