Azrina Albat
Assalammualaikum w.b.t
salam perkenalan dari saya Azrina...
Salam Puan rys areesa..saya seorang peminat novel
dan baru mendapatkan novel Puan ,'Seandainya' di pasaran.
Hasil nukilan puan amat menarik saya untuk
mendapatkan novel tersebut
mendapatkan novel tersebut
serta membacanya hingga ke muka surat akhir.
Keterujaan saya mebaca novel Puan berlarutan apabila mengetahui
Shamsul Azhar pulang ke kampung ibunya di Sabah.
Cuma,saya ingin sekadar memberi pandangan
mengenai penggunaan bahasa Sabah dalam novel puan
yang bagi saya seolah tidak sesuai meletakkan perkataan 'bah'.
Contohnya,
"Alah abang ni...masakan bah...
bukan tahu nama itu eksklusif untuk bakal
puteri-puteri abang nanti bah"...
puteri-puteri abang nanti bah"...
Bagi saya,penggunaan 'bah' selepas perkataan masakan itu tidak sesuai.
Selalunya perkataan bah digunakan sebagai kata penguat belakang.
Cuma ada sesetengah situasi yang membolehkan perkataan 'bah'
di letakkan sebagai kata peguat depan mahupun bebas.
Selain itu untuk ayat
"bukan tahu nama itu eksklusif untuk bakal
puteri-puteri abang nanti bah"...
puteri-puteri abang nanti bah"...
Sebagai orang Sabah,saya tidak memahami ayat yang ingin disampaikan
walaupun mungkin dapat mengagak
maksud sebenar yang ingin disampaikan.
maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Kemungkinan,perlu sedikit pembuetulan utuk
mendapatkan bahasa Sabah yang betul.
mendapatkan bahasa Sabah yang betul.
Puan, saya meminta maaf bukan niat saya
untuk menegur cara penulisan puan,
cuma sekadar memberi pandangan hasil daripada pembacaan saya.
Saya juga akan terus mendapatkan novel-novel Puan yang seterusnya
kerana amat meminati gaya penceritaan dan penulisan puan
yang bagi saya amat unik dan menarik.
Sebelum mengakhiri email ini,saya hulurkan salam perkenalan.
Salam perkenalan dan kasih...
*****************************************
Sebenarnya kami baru sampai Sabak Bernam, rumah mertua saya. Kebetulan mereka ke Gedangsa, beraya cum menjemput kenduri, dan Papa bersama anak-anaknya sudah terbaring keletihan, maka saya pun curi sekejap masa yang terluang ini untuk postingkan beberapa perkongsian.
Email ini bertarikh 5hb Julai 2011. Saya baru menyedarinya pada 1st September 2011 yang lalu, itupun ketika husband cum personal manager mengemaskini urusan komunikasi maya saya. Kebiasaan saya menggunakan yahoo email sahaja. Gmail ini amat jarang-jarang-jarang saya membukanya.
Email dari Azrina Albat ini buat saya tersenyum pada jam 2.04 pagi ketika suami, anak-anak, mertua, anak-anak buah dan ipar duai telah lena tidur. Namun ada juga anak buah yang masih mengunyah makanan raya hu hu...
Teguran AA berhubung kesalahan penggunaan bahasa pertuturan Sabah sejujurnya saya akui. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, Seandainya merupakan tulisan pertama saya yang telah lama terperap akibat kegagalan saya untuk akur kepada kehendak penerbit.
Cuma apabila Kaki Novel meminta Seandainya I dan Seandainya II digabungkan menjadi satu naskah sahaja, idea Sabah itu flowed secara serta-merta sebagai penghubung cerita. Saya turut akui proses penggabungan dan penyesuaian kedua-dua jilid draf Seandainya pada waktu itu disudahkan dengan terlalu pantas kerana limitasi waktu.
Saya juga tidak sempat membuat rujukan yang sebetulnya untuk penggunaan perkataan 'bah' kerana episod ini tidak saya kembangkan kerana limitasi ketebalan manuskrip tersebut. Saya hanya menggunakan sedikit pengalaman secara langsung mahupun tidak langsung saya ketika berkunjung ke Sabah beberapa tahun lalu.
Saya hormati teguran AA yang saya sifatkan sebagai teguran ikhlas yang amat membina. Untuk AA dan sekalian rakyat juga pembaca Sabah, terimalah permohonan maaf saya untuk kekhilafan dan kelemahan saya ini. Teruslah menyokong mimpi saya, teruslah menasihati dan membantu saya kerana ia adalah yang terlalu bermakna dan berharga buat saya sebagai seorang insan yang ingin berkongsi melalui pena...
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Rys Areesa Nasir, seorang budak baru belajar
Segala khilaf juga kesilapan,
terima kasih kalau sudi dimaafi dan ditegurkan...
Lain kali kena tnya org sabah dulu..hehe
ReplyDelete