Tuesday, April 29, 2014

Alhamdulillah... dan Terima Kasih

Alhamdulillah, dah selesai...  esok minta tlg Papa htr ke pjbt LHDN yg terdkt. Every year submit borang BE on the dateline. Tahun ni alasan saya... err... saya dlm confinement leave, tak sempat nak isi borang cukai ni hu hu... nak buat e-Filing, rasa tak de mood pulak. Tahun depanlah kot...


Alhamdulillah jg thn ni sy n Papa berstatus cukai terlebih bayar. Syok ni kalau dpt balik jumlah ni dari LHDN. Mana taknya terlebih, gaji tak byk mana, expenditure n tanggungan double triple dr pendapatan isi rumah. Nak buat cemana.. this is life. Apapun alhamdulillah... bersyukur...

Oh ya, tahun ni juga ada Pelepasan Khas RM2000 utk pembyr cukai dgn pendptn agregat sehgga RM96,000 setahun @ pendptn sehgga RM8k/mth. Hmm... nape tahun ni je... bagi lah utk tahun depan, tahun depannya lagi dan lagi dan lagi... 

Dan alhamdulillah msh Allah beri kesempatan melalui satu lagi dot dlm garis masa usia. Tengok my kids sgt suka sambut birthday... budak2 mcm tu lah... tenagers pun... adult pun. Tapi saya mmg tak ghairah dgn birthday sendiri. Ucapan suami n family je yg sllu buat sy teringat 'oh, its my birthday ke?'. Dan saya akan kata pd diri sendiri, 'hmm... dah semakin tua aku ni...'

Dlm usia2 mcm ni, hati n fikiran sy dh lama terarah kpd destinasi yg pasti tu. Akhir usia. Faktanya, smkn bertambah birthday, smkn kurang usia. Takut... sbb tau masih byk dosa n hutang pd Tuhan yg blm langsai. Hati sllu nak langsaikan, sllu berazam nak improve. Tapi entahlah... saya ni hanya manusia biasa...

Terima kasih Papa utk ingatan n this little surprise... next time tak yah lah surprise dpn ramai, saya ni pemalu hu hu... 
n my SIL, tq sbb susah payah tlg Papa belikan kek...
Terima kasih juga utk ingatan, ucapan dan doa dr yg mengingati...
Hmm... lagi 2 tahun sy dah nak masuk 4 series...  
I want to be better Muslimah n person... daughter, wife n mother...

On my 27th April, at Qila's wedding, 
MAHAN for the 1st time cicip buah oren. 
Suka sgt dia dgn buah oren yg manis tu... 
Habis bbrp potong... uh-ih-uh-ih nak lagi... uish.. sudahlah tu baby... 
kang sakit perut, naya je Ummi...

Hmm... Didik dh pegang2 kaki minta dibuatkan susunya. Ingat nak sambung edit assignment ke-3, tapi 2 3 hari ni keletihan saya maksima sgt. Nak buat assignment perlu kesegaran fizikal n minda, baru blh concentrate. Nampak gaya, lps buatkan susu Didik ni, saya joint d 3 boys tidur je la gamaknya...

Selamat malam... 

Thursday, April 24, 2014

Tired? Be Carefull....

Less than a month, my confinement leave will come to its end. Sekejap je rasanya. Smlm pun saya masuk office kejap, print borang EC plus nak amek feel kerja hu hu... Hish, hari ni dah 24hb, borang cukai blm hantar lagi ni! Mlm kang isi...

MAHAN pula smkn hari smkn tak moh berenggang. Asyik nak sama2 dgn Ummi dia. Puting botol susu pun dia blm nak. Cane nak tgl dia dgn Nek Imah dia ni nanti... hmm...

Seminggu ni MAHAN ada perangai baru. Wajib bgn tidur at 5a.m. @ 6a.m. Sengih2, senyum2, nak borak... dia nk tggu ikut Papa dia htr Babang @ Didik ke sekolah. Suka betul berjln pepagi. Ummi nye ni ngantuk, penat giler. Sbb mlm tidur lewat. Kalau tak mengadap mss, sy akan edit assignments @ baca material utk mss n assigments tu. 

Lately jg sy mmg rasa penat yg amat sgt. Sekali fikir, tentulah penat - berkejar dgn house chores, kerenah anak-anak, mss, assignment... n skrg baby blues...

2x fikir, rs mcm tak logik je rs penat semcm ni. Sbbnya skrg saya ambil Vitalea. Awal2 hari tu mmg bertenaga sikit. Lama-kelamaan supplement mcm tak work on me. Ada satu teori je dlm kepala saya. Hormon TSH sy mesti dah tunggang-langgang ni. Since pregnant MAHAN sy mmg dah tak ambil ubat, n saya mls nk pi check up thyroid. Sbb... saya bosan tgk result thyroid saya yg tak ada positive progress.

Bila baca artikel ni, The Shocking Reason You May Be Tired, hmm... betul la teori dlm kepala sy ni. Apa nak buat skrg...? Sy dh sgt2 mls nk pi hospital. Sgt2 mls nk kena cucuk jarum amek darah tiap bulan. Blm lg dgn rs mls tgk duit yg keluar utk byr bil rwtn hu hu...

So, for ladies, especially myself, bila trs penat semcm, kena fikir 2x instead of this thought '...typical tired mom...'

Myself, bkn setakat rs penat semcm je, tp saya dah tak blh control anger. Pantang anak2 buat perangai mulalah nak mengamuk. Dan juga saya dah terlalu forgetful n blur. Biasanya dgn simptom2 ni je sy dah blh tahu tahap TSH saya. 

Pa... sy dh email MDH kat En Ali, dah print hardcopy tp mgu dpn br htr ke office dia sbb skrg org2 penerbitan n penulisan sdg mabuk n sibuk dgn Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Pun sy dah siap edit 2 assignments. Tinggal lagi 3... nnt pelan2 la..

Blh tak awak sponsor sy pi grooming ke... slimming ke... facial ke.. butik ke.. spa ke... kedai buku ke... PBAKL ke...? Tetiba teringin nak ada masa sendiri utk diri sendiri... hu hu...

Adoi, kejap je dh petang... cptnya masa berlalu. Before off FRAN, saya nk tgk my kids pictures ni sat... ia vitamin yg blh krgkan penat sy hu hu...


  Tiap2 pagi skrg ikut Papa htr Babang n Didik pi sekolah... 
MAHAN suka dholan-dholan...


Kena sllu pakai baju ni sblm ia menjadi sendat hu hu...
sbnrnya nak simpan memori hari ni
MAHAN dh blh pakai seluar jeans pusaka tu tanpa londeh... 
seluar tu dr Babang turun ke Didik, now turun ke MAHAN... 
alhamdulillah ada lagi rezeki nak pakai...


Okay, MAHAN dah bising dlm buai, tahu2 je masa dia nk mandi. Sat lagi Babang balik sekolah... so kena siapkan apa yg perlu utk dinner...

Penat... tapi saya bahagia... alhamdulillah...

Monday, April 21, 2014

Merah Semangat Membara

Dah 2yrs sejak attend sukan Babang wkt dia di PASTI in 2011 n 2012 dulu. Now, attend sukan PASTI Didik pula. Alahai btp cptnya masa berlalu. Tgk anak2 membesar, trs smkn singkatnya usia di dunia ni... 

Dulu Babang rmh hijau. Didik kini rmh merah. Hu hu... kalau sama rmh, dptlah Didik pakai baju Babang tu. Elok lagi, tp skrg kena jd baju tidur je la jwbnya.

Alhamdulillah wkt sukan berlgsg Ahad smlm 20th April, hari redup je. Dek krn sy bw MAHAN, maka tak dpt ddk bwh khemah. MAHAN perlu di'bf' n tidur. Sy tumpang surau di situ. Bila di'bf' n MAHAN dah tidur sy lari sekejap tgk Didik. Nsb baik Babang dh ada experience hu hu... dia je la yg tlg pantau n jaga Didik. Papa pula dah saya pesan ambil gambar Didik ketika acara dia berlangsung.

 Motto rumah merah : Semangat Membara
 Seminggu sblmnya mrk giat berlatih. Didik dah nmpk rentung kulitnya hu hu...
Didik dlm acara susun puzzle. Air muka bersungguh! 
Didik pakai kasut lama Babang. Thn dpn kita beli yg baru ye Dik...

Didik n acara bawa bola dlm sudu... bola Didik jatuh tepat di tpt Papa sdg ambil gambar dia hu hu...

Masa ni Didik 3thn. Dia sibuk nk tarik juga hga acara tarik tali rumah Babang ni dibatalkan mulanya.

Skrg dia pula yg jadi peserta sah pertandingan tarik tali utk rumah merahnya. Tapi... rumah merah Didik dpt no 4 je. Masa ni pun sy tak dpt tgk sbb sdg bf MAHAN di surau. Tak pe... thn dpn insya-Allah dpt tgk sbb MAHAN pun dah setahun lebih nnt hu hu...


Dan MAHAN.... dia pakai baju merah (hadiah dr Ayah Amin) utk support rumah merah Didiknya. Tapi dia nyenyak tidur di surau hu hu...

Dik... sorry ya kita tak tgu hga penyampaian hadiah. Papa ada urusan kerja n MAHAN pun dah bising nak buainya. Ummi dah mta tlg ustazah simpankan hadiah Didik... thn depan kita tunggu penyampaian hadiah ya nak... insya-Allah...

Wednesday, April 16, 2014

Pisang Tanduk Berkeju Ditabur Choc Rice

Smlm bw MAHAN inject imunisasi bln ke-2. His weight now is 5.6kg. 59cm length. Adu lg dgn doktor ttg masalah batuk n selsema MAHAN. Checked lung... clear. Doc kata since I have acute athmatic, my son probably allergic dgn persekitaran - cuaca, dust, haze etc. Doc kata nothing to worry for time being sbb body MAHAN akan bina sistem pertahanannya. Cuma kena monitor jgn sampai demam. Tapi mlm td suhu MAHAN 37.5, demam sikit. Terpaksa bagi 1ml ubat demam lg, alhamdulillah pagi ni suhu normal.

Kerja rumah all done. MAHAN sdg uh-ih-uh-ih nk tido. Sblm mulakan assignment kedua, saya nak simpan about this dulu sambil nyanyi n buaikan MAHAN.

My uncle has passed away last week. Hari arwah meninggal, Papa pergi layat seorg. Papa kata, tak elok sgt saya pergi sbb MAHAN msh baru. Tak apalah, sy dh tengok dia a week before that.. terakhir kalinya tu...

So, lps Zuhur Sabtu lps kami ke Lenggeng. Sedih tgk auntie. Tp sy buat bodoh, sibukkan diri kupas bawang. Mlm itu tahlil terakhir. Ibu yg mmg msh di sana sejak hari kebumi, sibuk mengusung si MAHAN yg dia beri gelaran Untung. Rindu sgt katanya. Ibu mmg suka beri gelaran kat anak2 saya. Babang dulu dia panggil Kuntang Kanting. Didik pula si Putih. Yg ni dia panggil Untung pulak. Aaamiin... 

Tkg masak hari tu CIL saya, Kak Edah. Masa wedding kami pun, Kak Edah juga yg masak. Dia pandai memasak n sgt kreatif.

Ptg tu satu menu yg menarik hati saya ialah pisang tanduk goreng. Masa mengandung MAHAN saya mmg teringin nak mknnya. Smpi sdh tak dpt. Bkn Papa tak cari. Tp bila sampai kedai, saya jd tak ingin pula. Main acah-acah pulak. Apakah itu sbbnya MAHAN dah main buih air liur sejak berusia sebulan stgh hari tu? Hu hu...

Even teringin, tp saya tkt nak mkn. Org tua kata mkn pisang nnti takut luka dlm perut tu bernanah.. msh baru kan. Papa pula yg lebih2 hu hu. Tapi bila dia makan, hmm... lain pulak ceritanya. Pelik dgn Papa, kalau makan kat hotel di mana2, semua dish dia nak cuba n makan. Tapi ada few dish yg kalau diWesternkan, dia tak blh terima sgt. Katanya tekak org kampung.

Saya rasa sikit... sedap juga! Ia bkn sekadar pisang tanduk goreng biasa. Hu hu... tak taulah kalau org lain dah biasa, tapi saya inilah baru 1st time cuba hu hu... saya namakan dia Pisang Tanduk Berkeju Ditabur Choc Rice. Amboi tajuk...




Bahan2 :

Pisang Tanduk
Keju Parmesan
Susu Pekat Manis
Chocolat Rice

Cara2:

1. Pisang tanduk dikupas kulit n digoreng.
2. Bila dh sejuk sikit, belah jgn putus di bhgn tengahnya .
3. Sapukan sedikit susu pekat manis di spjg belahan pisang.
4. Parut keju Parmesan n tabur atas sapuan susu pekat tadi.
5. Taburkan choc rice.
6. Katupkan.
7. Boleh makan hu hu!


Kami tak tgu tahlil malamnya. Papa ada gathering kelas MBA. Waktu nak balik, auntie saya di bilik air, saya cuma laung je. Sejujurnya tak moh jumpa dia, takut saya burst. Tapi bila reverse kereta nmpk dia gesa2 tolak wheelchairnya panggil2 saya.

Aduhai... waktu salam n cium dia, airmata tuanya yg ditahan2 tu mengalir juga. Saya ni cuma anak saudara tp bila dia berkata, "Nanti dtglah jongok-jongok acik ni ha... acik dah sensorang yo ha... nanti hantarlah omak kau buek toman-toman acik..." 

... hati saya rabak... apatah lagi bila melihat mata Ibu pun merah juga... tentunya Ibu rindukan Abah... Pheww... buang hiba ni...

MAHAN... cepatlah tidur nak... Ummi nak start to concentrate kat assignment ni... ke kamu nak mengemping ni...? Adoila...

Tuesday, April 15, 2014

Kenapa Dgn Baju n Seluar FIFFY?

Saya jenis tak reti beli branded clothes. Apa yg saya nmpk cantik n affordable, itulah yg saya beli. Pakaian baby pun begitu. Kalau ada satu dua helai yg branded, tu mesti Papa dia yg beli. Itupun kalau sales la.. hu hu... 

Masa pi beli bebrg baby sblm bersalin hari tu, rasa mcm mahal sgt bebrg. Bkn berkira... tapi baby nak pakai pun bkn lama sgt... MAHAN pun lps ni tak de adik dah kot. Bebaju Babang n Didik pun mana yg msh elok saya simpan. MAHAN boleh pakai lagi. 

Ada satu jenis baju yg saya suka pakaikan MAHAN, especially time cuaca panas ni kan... hu hu.. Baju Fiffy je... adoi, nak citer sikit je mukadimah pjg na..

Sbnrnya tiap kali pakaikan MAHAN baju ni, teringat conversation Didik dgn Acu Mozila dan Nenek Enon dia sewaktu mereka dtg ke rumah tengok kami sms ketiadaan Papa hari tu...


D : Comeinya baby pakai baju ni... baju Fiffy!
N : Cuba eja ni (Nenek tunjuk kat Fiffy di baju MAHAN)
D : F-i-f-f-y
N : Apa bunyinye?
D : Baju
N : (???) Cuba eja baju?
D : F-i-f-f-y ... baju!

Acu Mozilanya menyampuk pula nak menyakat...

A : Yang ni pulak? (tunjuk word Fiffy di seluar baby)
D : F-i-f-f-y
A : Apa bunyinye?
D : Seluar
A : Eja seluar?
D : F-i-f-f-y seluar!

Adoi.. neneknya dah gelak... Didik pun tergelak sama... Aduhai anakku... 

Skrg asyik tersasul panggil Didik as baby. Sblm ada MAHAN, family Nek Imah dia even kami pun panggil Didik tu Baby. Skrg tersasul-sasul... sbbnya baby patutnya utk MAHAN.

Kekadang saya panggil MAHAN tu adik... berkali-kali juga Didik menyahut atau berpaling bila saya bercakap dgn kata nama adik. Dia ingat saya panggil atau bercakap dgn dia, padahal saya bercakap dgn MAHAN hu hu...

Didik... Didik...

Monday, April 14, 2014

Selagi Tak Ada Kek...

Back to 28/3... was his 5th birthday. Tapi masa tu Papa ada study trip ke Cambridge-Scotland-Edinburgh-London. 

Alhamdulillah, my husband managed to complete his final paper requirement there. Betul tak saya kata? Belajar tu bukannya lama. Pejam-celik, pejam-celik this coming October konvo, dah dpt MBA scroll. 
ANH @ Robbinson College, Cambrige U - a motivation 4 our kids...

Till flight Papanya dah safely landed (dlm hati risau sgt apatah lagi tragedi MH370 msh dlm SAR), mabuk time-zone utk bbrp hari, Didik asyik tanya bila hari jadi dia. I explained that his birthday has passed. On 28th March. Expressionless je wajah dia.. mcm tak blh digest penerangan tu.

On 6/4 tgh hari, dia tanya lagi, "Ummi, bila hari jadi saya ni?"

I always understand that, without even a piece of cake, the birthday seems meaningless for my kids. Sedih pulak rasanya. Nak bake cake tak larat sbb sejak ada MAHAN, tugas saya di rumah jadi terkejar-kejar. Lappy pun dok terbongkang atas katil, jarang dpt usik. MAHAN mcm nak utilize my 3 mths confinement leave, tak moh berenggang. Even abang2 dia tlg jaga pun dia bising, keriau nak Ummi dia juge... hu hu...

Since 6/4 was also Abby's b/day, even with tight budget, kami raikan juga demi nak riakan anak2. Fetch Abby di Meru. Masam je mukanya... knp? Org Meru tak raikan ek? Hmm... 

Pi beli bebiskut n few girlish thing utk keperluan Abby di hostel. Beli kek n raikan sendiri di rmh je. Lwt ptg baru bawa mrk ke PizzaHut. Abby mkn mcm org kebuluran je? Tak mkn ke kat rumah Meru? Tak msk katanya. Ni klu ddk rmh saya, mkn Maggie pun canang spi masuk The Star. Tak suka ungkit... tapi hati manusia biasa mcm saya ni.. lukanya berparut. Tak moh ingat, manusia yg tu pun saya dah jauhkan dari dunia saya. 

1st time MAHAN shopping.. lena tidur kat troly baby seat, lapik bantal lagi hu hu...

Happy 5th b/day Didik
Happy 13th b/day Abby
jadilah anak yg soleh/ah, semoga berjaya dunia n akhirat

Since then, Didik dah tak tanya bila hari jadi dia. Next year lah pulak... hu hu...

Okay, washing machine dah menyanyi. Nak pi sidai basuhan... MAHAN dah saya pindahkan dlm buai.. kalau dibiarkan tidur atas tilam, alamat saya tak blh bergerak ke mana-mana...

Friday, April 11, 2014

Cili n Bom Adik

Hari ni MAHAN muntah teruk 3x. Papa kata it's good utk keluarkan kahak tapi nyawa saya bagai nak putus lihat dia choking bgt. Dia msh baby, blm tahu alternatif pernafasan n bgmn nak batuk keluarkan kahak. Akhirnya Papa minta kawannya yg kebetulan singgah, utk urutkan MAHAN. Still ada kahak lagi.. hopefully MAHAN kuat... Ya Allah, sembuhkanlah anakku...

Hari ini juga saya diminta utk email copywrite, blurb n fiction inspiration bagi STKG. Oleh krn Papa sdkt demam, maka dia ada di rumah, dapatlah saya curi2 masa duduk dpn lappy.

Alhamdulillah dah emailkan apa yg penerbit minta tadi sbb esok onward klu blh saya tak nak tgk lagi hga ia diizinkan terbit. Sbnrnya dh tak larat nak tgk STKG ni, mkn 10 thn lbh menunggunya. Lagipun mgu dpn nak fokus edit 5 assignments yg tertangguh.. hu hu...

Okay, nak simpan diari ttg MAHAN n Didik.


**************************

Spjg mengandungkan dia, saya cuma lalu makan kalau mknn tu pedas n panas. 1st trisemester saya mkn lauk budu n cili api je dgn nasi panas. Sedapnya!

Selalunya Didik perhati saya makan n I never thought ia akan jadi satu isu pd dia. 

D : Ummi, nape Ummi suka makan banyak cili?
U : Kenapa? Tak boleh ke?
D : Kesianlah baby saya kat dlm perut Ummi tu...
D : Nanti dia pedih... panas...
U : Erk?! 

Tetiba rasa sayu. Teringat abah juga sll buat lawak begitu. "Makanlah cili byk2 masa mengandung, nanti anak keluar semua rentung (hitam)"

Abah... Along rindu dgn abah...

**********************


Suatu hari kami sarapan di kedai. Order menu sarapan msg2. Mcm biasa roti canai je lah...

D : Ummi, Ummi makan apa?
U : Entah... Ummi tak selera... makan roti boleh?
D : Okay, tapi jgn Roti Bom tau!
U : Nape?
D : Nanti mati baby saya kat dlm perut Ummi tu...
U : (Adoilah....)

*************************

Papa dok borak dgn d'boys.

P : Kita dah ada Babang, Didik... baby ni nak dipanggil apa?
U : Panggil adiklah..
D : Tak boleh!
U : Eh, kenapa tak boleh?
D : Sayalah adik...
P : Habis tu nanti baby tu nak dipanggil apa?
D : Abang... abang, saya adik... Didik... baby panggil baby je la!

Dia dah book panggilan adik @ Didik. Nanti baby kena panggil dia adik juge le ni. Tp MAHAN pun takkan le nak dipanggil baby sampai ke besar. Kalau gegurl tak pe la juge dipanggil baby sampai tua pun... hu hu...


**************************

Err... agaknya suhu demam Papa tinggi ptg td. Sbbnya inilah yg ulung kali saya dgr dia kata, "Mi, kita cari gegurl pulak nak?"

Uish... bkn awak kata 'buka 13hb, tutup pun dgn 13hb juga' ke Pa?

Our Boys

Born on 13 Feb 2014, 1140 a.m. tru emergency ceaser. Berbanding Babang 2.9kg n Didik 2.7kg, dia juaralah sikit - 3.18kg. Dia membuatkan saya melalui pembedahan ceasarian utk kali kedua slps Babang. So, no more after this!

My babies mmg semua tecik2. Padahal masa mengandung, org dok ingat saya mengandung kembar. Hmm... baby saya manja, semua fasiliti dia nak letak dlm perut - almari, meja, buku n sgl, sbb tu perut saya besar smcm hu hu...

Tak apalah... despite kekdg rasa terkilan anak tak setembam n segebu anak org lain (mgkn kesihatan saya atr faktornya), wording ni buat saya happy je, "Good things come in small packages!" Hu hu... insya-Allah...  

Babang n Didik mmg dr awal sgt excited menunggu dia. Hingga Didik dok belek alat menguji kehamilan n tanya, "Mana baby Mi?" Hish, bkn ada kat situ laaa...

Oleh krn dia wujud scr unexpected, maka saya sprti dah tahu jantinanya. Dah tak kisah whether it's boy or girl asalkan Allah izinkan dia lahir dgn sempurna n sejahtera dan saya msh blh susukan dan jaga dia hga dewasa...

Babang n Didik panggil dia 'Bayi Keluarga Kami'...

Mrk sgt sayangkan MAHAN... d'3rd n youngest Amir in d'family... hu hu... cuma kena extra careful dgn Didik sbb dia suka picit-picit n tekan-tekan MAHAN. Adoi, pelik the way he expresses his love. Itu bkn anak patung la Dik oi!

My boys in blue - ramai kata MAHAN ni Sofi @ Babang Junior.
Tapi pd saya Babang+Didik=Baby
Iras MAHAN in between gabungan abang2nya...
Tak habis2 borak psl Disney Frozen, bukan ke citer gegurl tu?
Sblm pergi sekolah, wajib sayang baby dia dulu...
balik sekolah, 1st question 'Ummi, baby saya ok tak hari ni?'
Ummi caught Didik tutup mulut Baby
U : Kenapa tutut mulut Baby?
D : Dia nangis tak moh diam...
Nota:
Al-Fatihah utk bapa saudara saya Allahyarham Ebrahim yg telah pulang ke pangkuan Pencipta at about 1.30a.m. 100414. Kini ibu n kakaknya sama2 sendirian tanpa teman hidup mrk... don't worry mothers... kami msh ada... Allah ada...

Wednesday, April 9, 2014

Diari Ummi utk M.A.H.A.N

Since last April sy sll rasa tak sihat. Instinct tu dah ada. Malangnya Papa menidakkan. Ya lah juga, doktor blm bagi green light hu hu...

Rasa makin gemuk, saya mkn ubat kurus. But one day, when I was so crave for putik mangga, I knew it. Hah hah... it was just d same with MASAN n MAZAN's time. 

Having him, saya alergic dgn komputer, membaca n sgl rutin yg saya suka. Di pejabat saya sengsara sbb terpaksa force diri bekerja dgn komputer. Tak lalu makan apapun utk 1st trisemester. Alhamdulillah juga mampu habiskan puasa Ramadhan even sahur n buka makan hanya sesuap nasi. Mungkin juga dgn izin Allah, double stemcell sgt serasi dgn saya. 

Terpaksa tinggalkan FRAN, tinggalkan mss walau berazam utk noktahkan ADI tahun lalu. 3 mss dah jadi stok dgn penerbit. Seriously need to work on new mss. Tapi dlm keadaan tak larat, semua ditinggalkan.

While having him too, many things happened... perancangan yg terlaksana, dugaan yg byk n etc etc etc...

Conceived with MAHAN dlm usia lewat 30-an plus kesihatan tak stabil, I came to understand why Dr Rahman sll menolak permintaan saya utk mengandung lagi.

Walaupun slm ini tekanan darah sentiasa rendah, having MAHAN tekanan darah saya jadi tinggi. I passed out while driving ketika balik kerja suatu hari, terpaksa bedrest di HSB utk 3D2N.

Utk kandungan bongsu (confirm bongsu, insya-Allah hu hu) ini, I planned to have normal delivery sbb saya ada byk urusan yg harus dilunaskan. Sbb itu saya paksa diri utk lasak. Rutin harian di pjbt mcm biasa, plus turun naik fetch n send Babang ke sekolah hga org2 di office dah gesa saya bercuti, plus kerja2a rumah yg saya extrakan spi Papa risau, berdikit kemas n packing barang2 sbg persediaan pindah rumah saya buat walaupun sgt meletihkan n menyakitkan. Saya fikir ia akan memudahkan saya bersalin normal. 

Dlm pd mengharap dpt bersalin normal, saya juga sbnrnya takut dan bimbang menunggu hari. Saya sll fikir what if I could'nt make it this time. Siap dah bagi wasiat pada Papa Nasir...

Apapun MAHAN keluar 3 days earlier dari EDD. Mulai 3am 13 Feb, saya dah sgt sakit di rumah. Tak sedar dah buka 5cm. Paginya slps hantar Babang ke Al-Amin, kami ke DEMC. While waiting di LR, sehga 10am, bukaan sudah 9cm. Compared to Babang n Didik, sakit menunggu bersalin utk MAHAN sgt extra. Mungkin krn faktor umur n kesihatan, mungkin juga saya tak makan sblmnya, mungkin juga saya dah terlalu kepenatan. Mungkin juga byk dosa hmm...

Sepanjang waktu di LR saya hanya mampu mengiring. Rasa nak muntah, nak pass out semua ada. Dah tak mampu lay on my back, so how to go normal? Dlm pada sakit tu, byk yg singgah di kepala. Should I go for normal dgn kapasiti tenaga yg dah semakin tak ada? What will happen to my baby if I pass out in the middle of the process? Dan banyak lagi... akhirnya saya minta utk ceasar. Maka MAHAN keluar via emergency ceaser due to maternal distress. Maka jadilah dia ahli baru mesyuarat tingkap dgn Babang n Firas Mozila hu hu. Hmm... apapun, saya bersyukur Allah masih beri saya kesempatan utk bernafas, dan MAHAN lahir dgn sempurna. 

Memandang MAHAN hati saya sayu.... entah knp saya rasa dia ada iras Atoknya. Malah sy notice byk aksinya terutama cara dia tidur sebijik mcm abah...

Abah... ini MAHAN... 
Anak bongsu Along dah lahir...
Alhamdulillah... terima kasih utk doa abah...
Abah mcm mana kat sana? Semoga sejahtera... 
Abah dapat tak kiriman2 kecil Along?


Tuesday, April 8, 2014

Frustration

Hari ni dah 3-4 hari MAHAN meragam. Blocking nose... mana ntah dia dapat. Aircond ke? Jangkitan ke? Hmm... oleh krn tiada ubat yg sesuai diberikan utk bayi sekecil dia, maka saya ikut petua orang tua. Tenyeh kunyit di dahi n pangkal hidungnya utk keringkan selsema. Sampai kuning dahi, hidung n sarung tangannya, sian dia. Tapi mcm tak ada perubahan.

Pergi klinik tadi utk redakan keresahan hati saya. Doktor kata lung clear... meaning not much to worry... cuma biasalah hidung sumbat. Biasa? Saya tak tahan hati kalau anak2 sakit. Rasa biarlah saya yg ganti... 

Hmm... saya blm sempat simpan diari ttg kewujudan MAHAN. Nanti ye MAHAN... bila lapang Ummi simpan diari utk kamu pula. 

Meladeni anak kecil n 2 org anak lelaki yg bersekolah, dgn kerja rumah n kerja bkn rumah.. hu hu... saya terfikir mcm mn org yg beranak berbelas-belas tu ye... adoi... saya nak jaga 3 anak n 1 suami n 1 rumahtangga je pun dah rasa nak pitam.

MAHAN dh tidur slps Papa buat terapi dan beri ubat demam 1ml tadi. Walaupun nmpk msh krg selesa, at least saya dpt masuk FRAN sekejap.

Hari ni sbnrnya saya frust sgt... Frust sbb saya rasa ada SOP yg kurang dipraktiskan dgn betul.. hu hu memandai je saya. Tapi kalau ikut logik begitulah adanya... Saya selalu rasa dlm melakukan sesuatu kena ada sistem n standard. Kalau tak, bimbang ada pihak yg merasa kurang diberi keadilan.

I was expecting a bonus this year as informed last 2 years. Tapi bonus tu dah switched pulak. Lain yg saya expect lain yg bakal diperolehi. Tak apalah... mungkin MDH tahu dia baby ke-3 yg saya produce, maka dia beri laluan kpd STKG terlebih dahulu even situasi awal dulu beda.

Saya terpaksa dgn berat hati withdraw MDH dari plan asal krn 'sistem pengurusan' yg pd saya tak logik. Tak apalah... saya akan hantar MDH utk alternatif lain. Consultation dah diuruskan... guru yg sudi membimbing pun dah stand by. Pd saya biarlah saya menunggu lama utk sedikit lagi tempoh kecederaan @ masa tambahan asal sistem pengurusan dan komunikasinya berkesan. 

Papa suggest saya express opinion, tapi in certain way saya tak suka begitu... biarlah... kalau kita rasa tak setuju, tak selesa, beralah dan withdraw ajelah... tak rugi pun... cuma rugi masa je lah... menunggu dan menunggu lagi hu hu... rasa nak nyanyi lagi Ku Menunggu - Ella, ahaks.

MDH, kita tukar tajuklah... nak tak? Ponek dah menunggu ni...

Friday, April 4, 2014

Diary : 1st day Didik in PASTI

Saya mula menulis diari di FRAN bermula March 2011. Jadi tak sempat simpan ttg 1st day Babang di PASTI. Being absent for almost a year dr FRAN pula, saya tak dpt tulis 1st day Didik di PASTI on the day it happened. Tapi ia msh tak terlalu lama utk flash back... hu hu...

On his 1st day... was so happy and excited.



Saya temankan Didik di PASTI utk 3 hari. Dgn perut yg dah berat, saya cuma ddk di luar kelas Didik, di mana Didik blh nmpk saya tiap kali dia berpaling ke pintu. He was a good boy. Sgt gembira ke sekolah. Tak menangis pun. Cuma apabila kids dlm kelasnya menangis bagai nak rak dan serbu pintu di blkg tempat duduknya, dia jadi trauma sedikit. Waktu bawa di ke tandas, dia menangis dan kata, "Ummi... adik nak balik..." Hu hu...

Dia jg pd mulanya sgt malu nak berkawan.. bila ada kawan mendekat, dia akan tersipu-sipu dan lari hu hu...

Compared to Babang, I had less time with Didik utk his early education phase. I was extremely busy with work n mss. Jahatnya saya... 

Kalau dulu sblm masuk PASTI, kami mmg dah dgr Babang read ABC, count 123 etc etc.. tapi Didik... diajar pun dia buat dek je... jadinya saya berserah je lah dgn budak yg seorg tu...

"Pa, saya risau dgn Didik... dia tak tahu ABC lagi..." kata saya pd Papa suatu hari dulu.

Papa buat dek, "Tak pe... dia tahu tu... dia low-profile, saja buat tak tahu..."

Benar kata Papa, in the first week tu saya lihat Didik dah kenal semua huruf n nombor, boleh menulis dgn elok... hmm... ni mesti Nenek Imahnya yg train...

Dan Didik sgt rajin buat homework. Melihat cara dia pegang beg, buku n alatan sekolahnya, saya tahu dia ada interest utk belajar. Most probably juga dia rajin sedikit berbanding Babang hu hu...

Papa mmg dah detect capability Didik dr awal bila pd masa dia train Babang menghafaz surah-surah lazim Al-Quran, surprisingly Didik yg hanya diam mendgr n then recited bacaan surah tsbt even Babang msh blm hafal. Tp dlm bacaan yg pelat la hu hu...

Welcome to school my sweet dear Didik... belajar rajin-rajin ye nak... jgnlah buat alasan nak petik bintang yg bersinar tapi tinggi  lg mcm Babang dulu ye... hu hu...

Hmm... MAHAN tak brp sedap perut tu... ih-uh-ih-uh dr jam 4a.m. td... menyambil2 sempat juga satu diari dr pagi tik-tok-tik-tok hu hu...

PAGEVIEWS