Sunday, March 4, 2012

Sukan Akhir dan Penalti

Tahun ini Ibu saya pertama kali lihat cucu sulungnya bersukan tahunan sekolah. Terharu hati bila lihat Ibu sangat gembira bersorak untuk cucunya dan anak-anak PASTI yang lain. Ibu tampak gembira sangat.

Rumah hijau diwakili ramai yang bersaiz agak besar kecuali Babang. Tapi mereka dapat last prize.
Johan tarik tali tahun ini adalah rumah biru yang diwakili oleh semua peserta yang bersaiz lebih kecil berbanding peserta-peserta 3 rumah sukan yang lain. 
Ini yang orang kata kecil-kecil cili padi ya?
Dan selalunya orang kata,
'the best quality come from a small package' hu hu...

Babang rumah hijau juga tahun ini. Ibu kata Babang sangat cerdas dan cergas. Acara sukan pertama Babang dan kumpulan berjalan atas dua tempurung. Sangat pandai dia menarik tempurung di kakinya itu dan laju sahaja menamatkan gilirannya, berbanding beberapa anak-anak lain yang seringkali terkandas. Kumpulan mereka dah leading, tetapi perserta terakhir confused pula... tiba-tiba blur beberapa langkah sebelum di garisan penamat. Dapat nombor 3 sahajalah. Saya tak salahkan budak-budak, tapi urusetianya yang sangatlah ignorance dan blur buat saya bengang je. Tapi tak apalah...

Ada acara tiup sampai sampai pecah. Ibu ketawa lalu bercerita, "Dulu masa Ibu sekolah, curi-curi bawa duri kecik. Bila dah tiup belon besar sikit, cucuk duri kat belon. Meletuplah dia.. hu hu."

Hah? Biar betul Ibu ni.. tu namanya ngelat Bu, tak baik... Ibu kata itu masa kecil, tak ada akal lagi...  hmm... 

Ini Final year Babang bersukan di PASTI. In another 2 years, Didik punya turn pula di PASTI, insya-Allah...

Babang ambil hadiah dari Ketua Pemuda PAS Rantau Panjang (I am politic free )
Papa masam muka je kerana saya paksa dia masuk acara... sorry...
Didik dengan dunianya... Abby jadi guardian angel...
Senyum Babang dengan hadiah-hadiahnya...
Babang kini asyik bercakap tentang akan ke sekolah baru. Dia sudah kami daftarkan 2 minggu lalu untuk Tahun Satu di Sek. Keb. Seksyen 7, Shah Alam tahun hadapan jika diizinkan Allah. Gembira dan teruja benar dia bila kami tunjukkan bakal sekolah agama di waktu pagi dan sekolah kebangsaannya di sesi petang minggu lepas. Sabar anakku... kamu pasti akan lalui zaman persekolahan yang ria dan bermakna.

Dan ini mungkin last entry untuk sehingga beberapa waktu. Saya sudah diberi penalty oleh Papa Nasir untuk menyempurnakan vet-tru Menunggu Hadirmu. Wa...

1 comment:

  1. sori sis..tak perasan komen sis, masa tu dah start cuti..

    insyallah, kalau sy balik kg pas ni..sy bawakkn keropok utk sis yer..
    soriiii

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS