Ini juga sharing September 19, 2014 yg msh ada dlm draft. Kasihan pulak tgk ketam ni kat sini. Apapun yg berlaku ia adalah memori yg wujud. Bila dah di TPR3, sesekali teringat Homestay TSP. Walau tak byk kenangan manis kat situ, satu duanya signifikan juga dlm hidup sy.
Mengenang kembali 2nd Saturday in Syawal di Homestay TSP...
That day, my family side wish to have small event of 'makan-makan'.. But he was very much busy (BUSY...) with his D'Sara venture. While waiting for him to come back in the afternoon, sy dok tgk 10 ekor ketam cecomel cinonet yg dia beli pagi tu. Ya... dia mmg cenggitu. BUSY la mcm manapun, tak pandai alih priority. Takat ni la...
Pttlah ada yg memendam rasa sgt. Che habaq dah, hidup ni pilihan. Yg dok pilih hidup memendam rasa, sapa suh? Mcm che la jugak kena smash dgn mak che, 'dulu dah kata dah tok sah duk kawen dgn dia, hang nak juga. Hang yg pilih, hang tanggung la'. Ha, tu mak che la kata kat che. Tu sbb che siap2 lama da, sbb tu hang kata che menang, padahai bila kita bertanding pun che tak tau. Hang je kot bertanding syok sendiri? Hu hu...
Len kali panaih badan minumlah ENO. Panaih hati pi serah diri utk menyembelih, alih2 kena sembelih. Hat budu tu simpan sket dlm poket, tok sah dok buat lagi la next time na! Tok sahlah dok jatuh lubang semedang. Umur dah hujung dah pun cik kak oi! Kita dua ni dah title tok nenek dah. Sat ja lagi PAUSE dah, nak hala ke mana tang 'the best forever ever' tu haih? Yg best forever ever tu Jannah ALLAH je.
Tukaqla. Pi belajaq mengaji ka kan baguih? Hat nak pi belajaq mengaji tu boleh ajak cheq. Cheq suka sgt sbb che ni pun tak pandai. Tp takat ajak cheq pi beli tudung selai kunun harga ratuih tu, cheq tak lut. Standard che ni paling mahai pun pakai tudung la ni RM19.90 (skrg dah up sikit, dulu RM5 ja... la ni kalu minta tudung RM75 selai, tu dia tak leh kata apa da kan...? Pay back time!)
Che bukan ada duit sgt nak baziaq2. Duit che simpan & labuq sbb anak2 che semua jantan. At least ada la harta depa dewasa kelak. Tak mohlah cheq nanti anak2 lelaki cheq nak kahwin, si perempuan dok keluar belanja sampai mas kahwin pun depa tolong separuh. Tak best la lagu tu kan? Tu namanya bakal menantu2 cheq tu nnti desperate pulak nak kan anak2 jantan cheq. Lagi satu cheq ni anti-rasuah. Cheq kan penjawat awam, terikat dgn akurjanji. Integriti.
Bro Abil kata, "Jahat juga RAN ni ye?"
Heh, sy manusia. Tak sempurna. Byk je cela tp cela sy tak menyusahkan org lain. Kalau kena gaya, sy blh jd lbh jahat dr yg dah sedia menjahat tu. Tp sy tak pergi sekolah utk jd jahat. So jgn buang masa provok2 sy dgn method ba-alif-nga-nga tu. Belum lut. Kan dah pesan jgn mkn cili tu, monyet! Nak makan juga. Kan dah terjelir. Provokasi mkn diri. Tak ke sia2 namanya tu?
Haish, ketam pun pening tgk FRAN lately asik cilikan orang je.
Dlm peti sejuk di homestay TSP ms tu hya ada sos, cili n bebwg. Ye la... kami kan org yg hdp merempat. Heh... merempat2 sy pun blm lg spi 'mencuri harta benda org lain'. You had...
Kesian ketam. Msk je la apa yg ada. Jadilah ia Ketam Masam Manis RAN ala bidan terjun.
Bahan2 apa adanya je:
10 ekor ketam cecomel
3 labu bwg besar (sy mls kupas bwg kecik)
1 labu bwg putih
2 senduk cili kisar
Sos cili, sos tomato, sos masam manis, plum sauce
Sos tiram sikit (jika suka)
kalau ada serai, halia pun blh jadi bhn gak
Minyak utk menumis
Sedikit gula n garam
Air
Ketang-ketung:
1. Pnskan minyak n goreng ketam n put aside
2. Pnskan minyak, tumis bebawang yg dah kisar
3. Masukkan serai, halia n cili kisar
4. Tumis hingga naik bau
5. Tuang sauces (sgl sos dlm peti sejuk sy guna)
6. Buh sikit sos tiram (bbyk kang lain warna lak)
7. Kacau sebati, then buh sikit air
8. Buh garam n gula, sesedap rasa
9. Biar mendidih
10. Then masukkan keketam n gaul rata
11. Blh hidang n makan!
This time agak kering. N Babang can’t wait for others. Mkn tak toleh kiri kanan. Bertambah nasi. N his compliment was, “Ummi adalah masterchef saya!”
He preferred Ketam Masam Manis
better than Ketam Telur Asin one. Tak pelah, janji
you like it. And I just love the way you enjoy my cook, son!
MIL Dik Sah kata
it was very nice. Mcm mn nak masaknya?
I was very motivated. Tp itu resepi
emergency. Takat nak isi perut sendiri, suami & anak2. Nak hidang kat org, malu. Blm
up to d'standard. Maklumlah, saya taklah sehebat, '
I pandai masak tau. Nanti I masak kat rumah you raya haji ni'. Eh eh...
over-excited.
The hidden memory was... di sana kita sekeluarga mulakan 1 Ramadhan, bersahur & berbuka di atas lantai simen yg sejuk. Di tgh2 timbunan kotak2 & perabot2. Di sana sy & anak2 berhijrah dari kediaman yg 8 thn kami huni pnh memori. Di sana waktu itu sy & anak2 tidur atas lantai, kepanasan. Tingkap nmpk bulan & bintang. Tak ada langsir. MAHAN mulakan dunianya berpindah randah. Kami di sana setiap hari berteman rasa seramlicious dgn rumah pilihannya. Sdg dia pula jadi terlebih warak, berterawikh istimewa.
Byk pahala... dahlah kami
bear the difficulties in life, kemudian hari2 bagi sedekah kpd golongan yg memerlukan. Hebat.
Tapi... acuan kuih goyang tak blh keluarkan kuih ketayap, tau!
Kalau ketam yg disiang, takkan jadi kambing masak kurma pulak!
- Sehari selembar rasa,
Lama kelamaan hilanglah ia
Boleh ke bertahan sabarnya? -
(R.A.N.)
Note: Ini versi lps edit oleh internal editor.
draft asal katanya 'membunuh'. Tapi draf asal tu la
yg buat nyawa saya hidup! Ceh. Tak pe... blh buh dlm
mss 12 Days nnt Tak lari gunung dikejar. Tapi gunung
boleh rata kan? Dan perasaan pun boleh hambar...