Sunday, March 29, 2020

Birthday #11 at MRO #11

Hari ni MRO #12.

Semalam, Didik turned 11 years old on MRO #11. Oleh krn PaMi masih 'letih' fizikal & perasaan menguruskan 'kepulangan' Pak Usu pd 26-27 Mac, PaMi tak teringat tarikh 28th Mac 2020.

Ketika ambil boys dari rumah Bik Mah 27th malam, Bik Mah bekalkan sebiji kek coklat yg besar. Allah... 

Didik... PaMi minta maaf...

Bik Mah, as usual sentiasa menyempurnakan kekurangan kami. Terima kasih Bik... tak terbalas rasanya jasa Bibik & Paman.

I guessed they wanted to celebrate that midnight. Tapi Mumi masih 'berkabung'. Fikiran & perasaan, hati & jiwa separuh hilang. Mumi tertidur awal. Sorry again Didik...

Alhamdulillah, berbekalkan homemade cake dari Nek Imah, kita sambut juga kan on 28th March...
Birthday berkurung :-)



Selamat ulang tahun, Didik. 

Ya Allah... Engkau kurniakanlah usia yg berkat buat anakku.
Bahagiakanlah hidupnya, kurniakanlah dia segala yg baik dari dunia hingga akhirat.
Murahkanlah Ya Allah rezeki anakku ini, permudahkanlah urusannya. 
Terangkanlah hatinya menerima ilmu yg bermanfaat.
Ya Tuhanku, moga anak yang Engkau pinjamkan & amanahkan kepada kami ini 
menjadi anak soleh yg akan menjadi pelindung kami di hari akhir nanti.

PaMi, Babang & Baby sayang Didik sampai syurga!


Seperti biasa, Mumi tak akan ada dalam frame. Mumi selalu jadi photographer je... :-)


#ketawadanairmataitusebenarnyacinta
#separuhjiwakupergiseparuhlagimasihdisini
#stayathome
#mroday12

Wednesday, March 25, 2020

MRO Day 8 : Selamat Hari Polis, Dik...

Hari ke-8 #stayathome & #breakthechain for Malaysian. Melaksanakan tugas & peranan kecil kita demi agama, bangsa & negara. Inilah patriotism.

Hari ni Mumi msh to-fro dapur - front working desk. WFH. Maka msg2 kelaparan sbb Mumi buat 'sarapan plus lunch' jam 12.30 tghari tadi. Nasi lemak MRO Apa Adanya je. Baby makan tambah 2x. Sedap sgt katanya. Sedap ke lapar, baby? Sampai mlm. Sat lagi kalau lapar sblm tidur, kita mkn biskut cicah air teh @ maggie je la tau!

Sorry, Mumi msh struggle adjust diri dgn situasi wfh plus hilang2kan rasa gundah & bimbang dgn situasi Pak Usu kamu. 

Pengumuman PM jam 1 ptg tadi, kami missed. Depa ni dok ulang World War Z while Mumi havoc working on laptop & handphone silih berganti.

MRO @ PKP dilanjutkan hingga 14 April 2020. Ada pros & cons lanjutan ini bagi setiap org. Moga2 kita yg msh blh bertahan, jika dgr mana2 saudara yg putus keperluan, dpt hulur bantuan. 

Cari semula video pengumuman PM, rasa sedih sgt pd moment beliau bacakan doa. Antara doa yang dikabulkan Allah adalah doa dari pemimpin yg adil. Moga Allah perkenankan. Aaamiin Ya Allah... 


Pagi tadi pun dah keriau nangis bila dgr lagu Doa Wira Negara. Harry Khalifah tukar lirik dari lagunya Syairmu Suaraku yg mmg favourite saya sblm ni. Hari ni hari menangis saya kot...

Ya Allah... bantulah kami. Lindungilah & kuatkanlah hati serta semangat frontliners kami. Tiada daya & upaya kecuali dgn kekuatan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.



My dear brother, 
Mmg selama ini kita 'berjauhan'. But knowing you're there lalui kehidupan dgn seadanya bahagia... along pun bahagia. But now, knowing that you're fighting... hati jadi luluh. Jika pilihan itu dibenarkan, I'd rather opt for biarlah jauh tapi ada, bukan jauh yg tak ada. Apapun, semua ini ujian berhikmah. InsyaAllah...

Petang tadi Baby nak tgk Pak Usu. Since kita tak boleh ke HKL, kita lihat memori je ye. Baby tanya 'kenapa Mumi tido?'

Ya, dari dulu pun Didik selalu kata Mumi suka 'tidur' kalau amek gambar :-)

Dik...
Abah dah lama pergi. Awak je yg kami ada walaupun atr kita 'jauh' sekian lama. Walau jauh, tapi hati kita dekat.

Hang in there strongly for us, brother. Come back safely...


It's perhaps 17-18 years time back. TTTitiwangsa rasanya. Remember...? 
As usual Angah yg arrange semua ni, sbb dia mmg suka event birthday cake sgl ni kan Dik?

Abah, happy belated birthday...
Dik, fight strongly. We're gonna celebrate yours next May 1st!

SELAMAT HARI POLIS, Dik...


Sabarlah hati. Sama-sama kita perangi Covid-19. Kita bantu pemimpin negara & frontliners kita. Kita kembalikan Malaysia kita semula pd keadaan yg biasa. 

LET US FIGHT THIS BATTLE, STRONGER TOGETHER, DENGAN IZIN ALLAH.



#MRO
#movementrestictionorder
#fightingcovid19
#MROextendsto01april2020
#selamatharipolis
#demiagamabangsanegara

Sunday, March 22, 2020

MRO Day 5 : Senyum Sembunyi Kesedihan

Day 5 of MRO today.

Hari ni PaMi & boys buat kerahan tenaga. Turunkan semua langsir, basuh & lap habuk. Basuh karpet n vacuum n mop hampir seluruh ruang rumah. #stayathome, kena pastikan pengudaraan bersih, minimakan dust. Kami alergic to dust...

Baca semua updates & berita ttg Covid-19. Study the pattern & trend. Hati susah... risau. Hingga hari ni dah ada 10 kematian.

Mumi sentiasa kira hari. Last social gathering kami, 14th March lalu. Walaupun masa tu, Mumi berbelah bahagi nak pergi @ tak. Disebabkan kenduri keluarga, Mumi redha je. Tapi masih awasi semampunya utk limitkan pergaulan especially anak2. So far, so good... tak dengar lagi apa2 yg mendukacitakan drpd gathering tu.

Dah 8 hari berlalu. Kami mcm okay. Cuma anak2 selsema & batuk sikit2. I don't know why. Baby especially agak lama selsema & batuk. Tapi mereka tak demam langsung. Nak pi check kat klinik pun susah hati juga takut risiko & takut susahkan doktor pula. Maka Mumi akan terus 'kuarantin' mandiri & patuhi penjagaan kesihatan semampu daya. Make sure anak2 makan ubat, n ambil supplement plus Vitamin C. 

Makan, Mumi catu. Buat sarapan, makan sampai habis. Petang bila dah ada yg merengek lapar, baru Mumi masuk dapur. Late lunch, about 4-5pm. So dinner skip. Ini bukan waktu nak bermewah makan for me. Selain drpd kami mmg fitrahnya tak pandai simpan stok makanan selain maggie, tepung n ikan pancing yg berekor-ekor dlm freezer tu, Mumi juga empathy pd nasib certain people yg barangkali hilang mata pencarian disebabkan MRO.

Pasti ada yg putus duit belanja terutama jika pendapatan mereka bersifat ada kerja ada duit. Macam mana mereka nak stock up keperluan dapur dll keperluan yg mendesak? Sungguh tak tergamak nak suap makanan bila ingat tu semua. Maka kita pun makan apa yg ada je ye Pa, anak2 sekalian...

Tak mampu bantu, jgn susahkan. Tak mampu bantu, maka kita peringati & empathy dgn cara sendiri.

Hari ini... update dari SIL... his lung dah masuk kuman, jantung still problematic & latest... kidney mula merosot fungsi. Masih ditidurkan. Yesterday, dah declare pd boss. Eventhough mmg tak direct contact... tapi utk elak stigma & lain2 kekeliruan & persoalan, Mumi tak akan masuk office minggu depan. I'll help them what I can from home.

Dan kami masih teruskan solat hajat serta bacaan Yassin setiap selepas maghrib berjemaah kami.  Thank you Pa krn msh ada jadi Imam kami. Moga Allah sudi dengar & sudi berehsan utk kurniakan kami peluang kedua. Walau bagaimanapun, saya tetap persiapkan diri & hati. Takdir Tuhan, no matter what, perlu diterima dgn redha & lapang dada.

Bila sedih, Mumi elak2 dgn kemas rumah sambil2 zikir. Bila stress melampau, Mumi bebel2 dgn anak2. Bila tak dapat bendung, Mumi meraung dlm bilik mandi. Dan bila minda dah keletihan, Mumi boleh tertidur separuh hari di waktu siang. Escapism. Moga2 saja tak gila...

Yg susah nak buat ialah duduk depan laptop utk siapkan proposal skrip walaupun ada few story flow dlm kepala. Kepala sarat dgn story flow, tapi hati hilang bersama seorang adik yg sdg berjuang sendirian melawan kesakitan.

He's always my lil brother no matter what has happened in d'past. We share d'same blood line. We share d'childhood's memory. When you're in pain, trust me, I feel d'same Dik, even in different way...

Stay strong dik. Fight as much you can... Along harap impian along utk lengkapkan gambar raya kita sekeluarga masih ada harapannya... I wish I can hold you again... I love you & will always love you till my last breath.

Dan anak2 patuh dgn #stayathome. Cuma hari ni dah nampak keboringan tu. Dah mula cari alternatif lain selain internet, TV, iPad, laptop & handhone. Tahu pun muak kan...?


Habis segala tilam & bantal dibawa ke ruang TV tengah. Jadi prop utk aktiviti lompat berhalangan Didik & Baby. Aigooo... Mumi penin! Takut kepala memasing kena bucu meja tu je. Terpaksalah Mumi lapik dgn toto bucu tu lepas tu.

Tapi tak apalah... asal saja kamu sihat & bahagia walaupun Mumi #lockdown kan kamu instead of arahan PM hanya MRO hu hu.


Dan si Babang, bila Mumi 'haramkan' pintu bilik dikunci (kang ntah apa projek dia buat kat dlm tu secretly), tetiba dia tepek notice cenggini pulak! Adeh, budak seketul ni!


It is not an easy task utk ajar Baby di rumah. Anak bongsu kot, lain sungguh. Kalau nak ajar dia tulis ke, kira ke, baca ke... tak moh nya dia. Katanya dah tahu dah...

Agak lambat sbnrnya Baby membaca compared to Babang & Didik. Tapi Mumi tetap bersyukur, sbb walaupun kami tak pernah dpt ajar dia membaca dgn sungguh2, he got it bit by bit by himself. Especially bila dia perlu nak type sesuatu di ruangan search internet/youtube, maka itulah dorongan & motivasinya dlm belajar menulis, mengeja & membaca.

Anak-anak... lihat kamu Mumi lega. Kamu selamat sekurang2nya bersama PaMi di rumah kita. Tapi hati Mumi pedih bila ingat anak2 frontliners yg sdg berjihad & berjuang melawan Covid-19 & bantu rawatan masyarakat. Kasihan anak2 mereka... ntah berapa lama tak berjumpa, peluk cium ibubapa mereka.

Tengok gelagat kamu yg ketawa ria, Mumi pun tumpang senyum juga. Walaupun sebenarnya hati Mumi banjir dgn airmata. Pak Usu kamu sdg bertarung nyawa. Apalah daya Mumi saat ini... hanya tadahan doa pd Allah je yg Mumi ada.

Allah, bantulah kami. Lindungilah kami... dan kuatkanlah kami...
Moga ujian Covid-9 adalah hikmah manis buat kami semua hamba-hambaMu ini.


#covid-19
#mylilbrotherisfighting
#MROday5
#luluhhati
#servingthenation

Friday, March 20, 2020

Hatiku di Haramain : Enany di Kota Nenek

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...Jeddah, ku pandang Laut Merahmu yg terbentang luas...
*********************************************************************

Day 3 on MRO.

I was in office with Pa sbg teman this morning utk release bayaran Jab Pengurusan Kewangan Pelajar. Already requested consent from Boss utk dtg dgn Pa, since smlm budak2 office experienced perkara mistik di pejabat. Makanya saya jadi 'tak sedap hati' pula pergi sendirian.

Ikutkan nak #stayhome je, tapi tak sampai hati. Bimbang org yg sdg tunggu byrn tu mmg betul2 perlukan duit tu utk survive. Jika kita pernah susah, kita pasti boleh fahami kesusahan org lain...

Dan... pagi ini juga terima berita sedih. Sbnrnya dah tergerak hati apabila awal dpt berita, cuma bimbang utk lafazkan scr qalbi.

Tak apalah... be strong Dik Us. Kami sentiasa syg kamu hingga akhir hayat kami. Apapun takdirNya, kita hamba Allah kena berlapang dada. Airmata mmg akan menitis, dada akan berat sarat terhiris. Tapi kita hidup atas ketentuan Allah jua. Jika ini sahutan Allah utk doaku menyatukan keluarga... ku berlapang dada.

Mlm tadi, kami anak beranak jemaah Maghrib, solat hajat & baca Yassin. Selain sahut solidariti saudara Muslim, itu juga utk kelapangan hati kita. Sedihnya...

Dan Jumaat ni, utk ubati hati, FRAN tolong simpankan memori kami ni ya...


11th day : Sabtu, 09 Nov. 2019

Sempurna hajat di Tanah Haram, tibalah waktu utk berangkat pulang. Sama spt org lain yg ke sini, bila tiba waktunya, pasti akan merasa sedih. Pd status wasap saya, boss kirim mesej sbg respond, lebih kurang bunyinya :

'Baliklah Rose... hidup & rezeki kita ditakdirkan di tanah air. Amanah & tggjwb kita di tanahair. InsyaAllah ada rezeki, datanglah lagi ke sana...'.

Sayunya hati... hu hu. Ya, ya... saya nak baliklah ni. Walaupun mmg hati nak tinggal di sana, tapi nyawa saya ada di tanahair. Saya dah rindu anak-anak bujang saya yg bertiga.

Dlm perjlnn ke lapangan terbang, kami melihat-lihat Jeddah, kota metropolitan di Arab Saudi yg terletak di sebelah pantai timur Laut Merah. Perkataan yg berasal dari bahasa Arab iaitu jaddah @ juddah yg bermaksud nenek.

Diriwayatkan, nama ini dikaitkan dgn Hawa (isteri Nabi Adam), nenek moyang manusia yg dikuburkan di kwsn pemakaman kuno di pusat kota Jeddah, dikenali sbg Moqbara Umna Hawwa (Makam Bonda Hawa).

Bandar kedua  terbesar di negara ini mempunyai anggaran populasi lebih dari 4juta penduduk. Sejarahnya dikatakan bermula dari awal masa peradaban. Kerana itu Jeddah dikatakan menjadi rumah bagi landmark kuno.

Persisiran pantainya panjang di spjg Laut Merah. Memandu @ bersiar2 di spjg persisiran pantai (Jeddah Corniche) adalah atr aktiviti popular di sini. Bahkan kbykn masjidnya terbina di persisiran pantai spt Masjid Terapung Ar-Rahmah, Laut Merah. Tapi Ustaz Syakir kata masjid ini khabarnya dah tak dibuka kpd org luar. Kami pun tak dibawa ke situ ketika itu.

Sbnrnya tak byk masjid terkenal di sini spt di Haramain. Tapi hari ini dlm perjlnn ke airport, ustaz bawa kami singgah ziarah sebentar ke dua buah masjid. Masjid pertama ialah Masjid Enani @ Hassan Enany Mosque.


Masjid yg terletak di Al Kurnaysh Road ini mempunyai ciri-ciri senibina Mediterania. Terletak betul-betul di tepi Laut Merah. Pembinaan masjid ini dibiayai oleh Sheikh Hassan Enany pd 1985.

Beliau merupakan ahli perniagaan  yg mengasaskan Enany Group yg mempunyai > 100 buah syarikat & perniagaan di Timur Tengah, Eropah & USA di dlm pelbagai portfolio - pembinaan, pelaburan, perundingan kewangan, pembangunan hartanah, agro-business, perdagangan, teknologi & pengurusan perisian komputer.

Beliau juga merupakan pengasas Prince Salman Center for Disability Research di Arab Saudi.

Cantik di mata yg memandang & sejuk pd hati yg menikmati damainya. 
Suasana sekelilingnya rasa nyaman & tenang je...

Pernah terbaca satu argument ttg masjid adalah tempat utk beribadah, mengingati Allah, baca al-Quran & tenangkan diri. Bukan utk dijadikan tarikan pelancongan, hingar bingar bergambar & sbginya. I believe Islam has wider perspective. Kita hadir menziarahi masjid, andai ada peluang kita bersolat di dlmnya. Mengkagumi nikmat & kebesaran Allah melaluinya. Menyedari & akui kebesaran Allah, terus rindui Rasulullah via sirahnya. Dan adakalanya melalui medium itu, terbit rasa cinta lebih mendlm di hati manusia. Malah mungkin, mampu suluhkan jalan hidayah kpd yg terpilih juga... wallahualam.


Kami hanya duduk lihat dari luar. Tak spt sbhgn jemaah lain yg jalan2 keliling masjid, kami cuma jalan2 di perkarangan depan je. Lebih byk lihat Laut Merah yg tak merah pun warnanya tu hu hu... tetiba menyesal pulak skrg tak berkeliling. Tak pe... ada rezeki nnt moga Allah panggil kita pergi lagi, insyaAllah... moga-moga...

Dikatakan masjid ini dikenali krn kubahnya (dome yg dikatakan salah satu yg terbesar di Timur Tengah, seriously?) yg keemasan, mosaik yg berwarna & tulisan kaligrafi. Selain kubah tu, yg lain tak ada rezeki kami utk melihatnya krn tak masuk ke dlm masjid. Satunya sbb bukan waktu solat & kami juga tak lama di sana krn mengejar masa.

Dari spjg perkarangan masjid, terbentang Laut Merah yg sgt luas.
Apa yg zahir terlihat di mata, bolehlah diabadikan dgn kenangan bergambar.
Tapi perasaan tika itu, tak tahu bagaimana utk digambar atau diluahkan.
Allah Yang Maha Besar je yang tahu...

Pa mmg suka sakat jemaah cilik grup kami. Budak2 tu pun mesra dgn Pa.
Atas - Pa & bbrp org rakan jemaah umrah kumpulan. Rindu mereka semua.

Subhanallah...
A beautiful sea facing mosque.

Perkarangan luarnya yg berjubin sayup mata memandang.

Ramai org di sini bersiar lihat bentangan Laut Merah. Ada family yg bawa anak bermain2 di sini. Main skateboard, basikal, kereta & motor kecil. Ini kalau main layang2, best ni... hu hu
Happy & beruntungnya mereka ditakdirkan bermastautin di tanah Islam yg sejahtera ini...


Sedikit panorama persekitaran bsm sbhgn rakan jemaah kumpulan & mutawwif Ustaz Syakir yg msh bujang & sgt elok kejadiannya dijadikan Allah :-) Pa, tak moh ke buat menantu? Hu hu... tp saya mcm agak trauma dgn cerita2 viral kblkgn ni. 

Baby pernah kata, "Nanti besar baby nak jadi Ustaz!"
Mumi pula kata, "Alhamdulillah... tapi biarlah ustaz tu sejati dari dlm hati, bukan setakat pada title & kopiah (tapi akhlak tak melambangkan Islam)."


Papa, Mumi & pokok di tepi Laut Merah, Jeddah... 

Pa wefie, supaya Ustaz Huzaimy & Ustaz Syakir juga dpt masuk dlm foto ni... tapi wefie dgn hp kami tak cantik. Tak clear Masjid Enany di belakang tu :-) redha je la...

Pic bsm sbhgn rakan jemaah kumpulan di dpn Masjid Hassan Enany, Jeddah pd ptg yg damai. 


Laut Merah terbentang luas
Bumi Jeddah yg sangat indah
Masjid Hassan Enany, damainya puas
Dalam hati, kebesaran Allah ini sentiasa merah...

#masjidenany
#jeddah
#lautmerah
#agarakutidaklupa
#day3MRO
#dikusvsC19

Thursday, March 19, 2020

Malaysia's Movement Restriction Order

Hari ni hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia. 44 years Allah pinjamkan usia, kali ini baru merasa such order.

Malaysia on MRO. Tapi dlm rumah kami ada perintah 'lockdown'. Boys hanya boleh main di perkarangan rumah itupun dgn Pa je. Sebolehnya elakkan bertemu kawan2 buat masa ini. Kita ikut nasihat ulul amri. Kita ikhtiar & usaha. Selebihnya adalah kehendak Allah & takdir hidup kita yg mmg sudah tertulis.

Dan Subuh pagi ini, saya dah termenangis. Kerana saya tak lagi dpt dengar laungan Subuh yg selama hari ini berganti2 dgn kuat dari masjid & surau sekitar rumah. Sayup sangat seolah sedih nak laung azan.

Maka, I told Pa... esok Subuh Jumaat sila azan kuat-kuat dlm rumah kita.

Semalam & hari ni saya masuk bertugas di pejabat. Dari jam 10 pagi - 3 ptg. Selesaikan urusan2 penting yg perlu. Mmg bukan frontliners, bukan juga essential services sgt. Tapi being in jabatan kewangan, adalah juga atr kerja yg essential.

Sebut pasal frontliners, sedih lagi hati saya. Moga Allah permudahkan urusan mereka, kurniakan kekuatan, ketabahan, kesabaran & kesihatan tubuh badan. Mereka berkorban membantu kita, membantu negara, membantu agama. Mereka korbankan kepentingan peribadi & keluarga mereka sendiri utk kebaikan semua. Keselamatan & nyawa mereka sendiri jadi taruhan.

Kalau kita tak mampu bantu, janganlah kita tambah kepayahan & derita mereka. Bila pandang anak2 kita, ingatlah juga nasib anak2 mereka yg saat ini entah berapa lama tak melihat ibubapa @ anak2 @ saudara mereka yg berjihad & berjuang membantu kita semua.

Have some emphaty. Sama-samalah kita ikut nasihat yg baik, patuhi peraturan & perintah pemimpin. Bertimbangrasa & bertoleransilah sesama kita. Please do not be selfish... 



Let us STAY PUT& STAY HOME ya...
Do take care & be safe together.

Semoga Allah lindungi kita semua & semoga kemelut Covid-19 ini akan segera berlalu tinggalkan hikmah & pengajaran dlm hidup kita.


#perintahkawalanpergerakan
#movementrestrictionorder
#covid-19
#juststayathome

Monday, March 16, 2020

Pre/MDC 2020 vs Covid-19 Lockdown

Every year, ia mcm sesuatu yang rutin. Dan every year, Feb-Mac weekends Pa akan angkut kami ke padang VI utk latihan MDCnya. 

Kadang segan. Nanti org kata kita queen control pulak asyik mengekor je ke mana pergi. Tapi org tak tau most of the time, kena paksa. Sbb saya sorang je perempuan dlm rumah. Boys tentu suka la nak ikut Pa ke padang. Maka saya kena angkut la juga, selain urus barang2 diorang pun kena jadi babysitter le... haish.

Selalu ada hasrat nak jogging keliling padang. Tapi tiap kali sampai, rasa segan lagi byk. Paling2 baik, layan baby main badminton je la :-)

Tapi this year, mcm baru sekali je kot Pa turun latihan. Every weekend kami penuh dgn jadual. However, MDC2020 which is scheduled on this March 21st will unfortunately be postponed due to Covid-19 risk. 

Smlm 15/3/2020 (Happy Birthday, Abah... Al Fatihah), peningkatan tertinggi yg drastik utk kes Covid-19. Shouldn't we go for lockdown already? Rasanya few medical people dah agak mendesak utk lockdown.

sumber : http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

Mmg akan ada pros n cons utk lockdown. Apapun, saya percaya every authorities sdg ambil tindakan yg terbaik. Moga2 Allah masih pelihara & kurniakan rahmatnya utk kita semua. Panik tak akan bantu keadaan, tapi perlu sentiasa alert dgn notis & makluman. Ambil juga langkah berhati2 utk jaga diri, keluarga & org sekeliling capaian kita.

Be truthful to self. Kalau tak sihat, kena quarantine diri sendiri @ kalau ada suspicious on contact, kena berterus terang dgn org medical. Jgnlah susahkan org lain kot kan... org medical tu front lines kita dlm keadaan begini. Kalau mereka collapsed...?

Pagi ni saja, mcm2 chatting di grup wasap. Ttg panik, ttg lockdown, ttg teori itu ini, ttg what should & should not be doing pre-in-post lockdown. Haish, terbayang je cerita Zombie & Z War tu :-(

Apapun, yg cross my mind, ingat nak pi tanam balik semua sayur2 kat OMG balik ni. Kot2 lockdown, petik je la sayur utk alas perut. Kawan2 & families pulak sibuk dah cerita pasal nak pi beli barang keperluan. Pun tadi dah ajak Pa pi AEON Big mlm ni, mesti Pa tgh kerutkan kening baca wasap saya tu hu hu.

Sama-samalah kita doa Allah sentiasa belas kasihan pd kita, lindungi & beri keselamatan pd kita semua. Sama-sama juga kita selami salah silap & dosa kita. Hanya ALLAH saja pelindung & penyelamat mutlak.

Ikhtiar & usaha. Apapun ketentuan, kita hamba Allah, perlu terima & redha. Tapi masih tetap nak doa yg baik2. Ya Allah, lindungi kami... selamatkan kami di dunia hingga akhirat. Izinkanlah waktu buat kami utk bertaubat & kumpul bekal ke alam abadi.

FRAN, simpankan moment boys di padang VI waktu latihan pre-MDC Pa @ 22-02-2020 ni untuk kenangan Mumi ya...


Baby had sweet time being coached by the legend Uncle Shahrin Majid.


Ni je la moment yg sempat Mumi snap. Masa ni tak de mood sgt nak jadi photographer. 
Tak tau nape asyik letih je waktu-waktu tu... stress hape pun tak tau huhu


... because the greatest part of a road trip
isn't about arriving at your destination.
It's all about the wild stuff that happens along the way...


#victoriainstitution
#premdc2020
#covid-19
#lockdown
#selamatharijadiabah


Friday, March 13, 2020

Hatiku di Haramain : Meninggalkanmu...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yg baik, melainkan balasan yg baik juga?"
(Ar-Rahmaan 55:60)
*********************************************************************

Ada orang yg ke Mekah dahulu sempurnakan rukun, baru lanjutkan ke Madinah. Kami, ditakdir Tuhan ke Madinah dahulu. Setelah 4 hari di sana, baru bertolak ke Mekah menyempurnakan rukun.

Kalau difikir, macam lebih baik ke Mekah dulu untuk sempurnakan rukun umrah baru bertenang di Madinah. Sebab, bila saya ke Madinah dulu, kaki mula rasa sakit dengan aktiviti to-fro Masjid Nabawi dan aktiviti ziarah. Maka bila ke Mekah tunaikan ibadah umrah, ia  umpama sedikit cabaran.

Tapi Pa kata, elok juga ke Madinah dulu. Lengkapkan sedikit diri dengan 'persiapan' tambahan sebelum sempurnakan rukun di Mekah. I think so too... apapun, Alhamdulillah kita dah laluinya sedaya upaya kita.

Bila di Tanah Haram, rasa tak mahu pulang. Rasa mahu tetap berada di sana habiskan kehidupan. Tenangnya hati. Damainya jiwa. Tapi kita perlu pulang juga kerana di Malaysialah rezeki dan kehidupan kita.

Imbau momen hari2 akhir sebelum tinggalkan tanah Mekah...

le Meridien nampak dari perkarangan Masjidil Haram. Nak turun ke Masjidil Haram dari le Meridien mungkin mudah kerana jalannya landai menurun. Tapi bila nak balik, jalannya agak sedikit mendaki (taklah mendaki manapun), mengah juga kadang-kadang.

Kediaman tumpangan sepanjang di Kota Mekah.


Dewan makan. Suka jusnya, pure & fresh. Waktu sarapan, saya setia que untuk ambil telur.. ntah apa ka nama telur tu. Basicnya telur dadar cuma dicampur dengan pelbagai bahan. When my turn came, saya akan minta mushroom yg baaaaanyak. After few time, chef tu kalau nampak muka saya je dia dah tau dah... tak perlu cakap :-) Apapun kalau di Malaysia pun, saya mmg lebih prefer telur dari ayam atau daging.

Tapi kalau makanan, honestly saya memang Islam-Melayu-Malaysia. Maka, makan untuk isi perut je supaya dapat jaga kesihatan & beri tenaga untuk tunaikan rukun & ibadah. Pa tak de masalah. Dia pandai makan, semuapun dia cuba & suka. Apapun, Alhamdulillah... rezeki Allah itu sgt mewah untuk hamba-hambaNya.

Mujur juga ada kawan jemaah yang bawa bekal sambal dari Malaysia. Bantu buka selera... :-)


Kalau ambil meja di tepi jendela dewan makan, akan nampak pandangan ni. Royal Palace, Mecca. 

Mula-mula diberitahu itu Royal Palace, macam tak percaya la pulak. Mcm tak de rupa palace je. Ya lah... dah terbiasa di tanahair sendiri... lain rupa & bentuk & senarionya :-)

Pa dgn sebahagian saudara jemaah. Rasa sayu pulak bila tgk pic ni...
Moga silaturrahim terus terjalin.


Laluan pergi balik Masjidil Haram-le Meridien... jumpa burung2. Miss you birdies...
Sorry ya birdies... tak sempat nak beli makanan dan bagi kamu. PaMi sentiasa berkejaran dengan waktu & keinginan untuk berada di Masjidil Haram... 

Doakan PaMi dapat bawa Bbg-Ddk-Bby jumpa kamu nanti ya...


Rindukan crowd ini... 

Sabtu 09 November, kami selesai tawaf wida' sebelum tengahari. Selepasnya kami terikat dengan beberapa peraturan & larangan sehinggalah kami meninggalkan Tanah Haram. Apa-apa yang TER, moga Allah ampuni.

Kami berangkat pulang dulu wahai tanah suci... 
Kami pulang dulu ya Rasulullah... 
Terima kasih Allah kerana menerima kami di sini...
Kami mohon ihsan dan ehsanMu untuk kembali lagi ke mari suatu tika nanti.

#annualleavepertamatahunni

Hatiku di Haramain : Yang Biasa & Tak Biasa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yg baik, melainkan balasan yg baik juga?"
(Ar-Rahmaan 55:60)
*********************************************************************


PAKAIAN SOLAT

Di Haramain, saya melihat byk situasi. Belajar mencontohi & menyempadani, bersandarkan fakta & ilmu. Melihat perbezaan individu. Dari warna kulit, bahasa percakapan, gaya tindakan hinggalah cara deliver amal ibadah.

Di M'sia, biasa lihat org solat dgn pakaian biasa asal cukup syarat tutup aurat. Tapi saya janggal solat tanpa telekung. Telekung, saya janggal guna yg berwarna. Di mata, kain kafan warna putih je.

Di Haramain, msg2 hadapkan diri di depan Allah dgn pelbagai cara. Ada yg kaki tak berstokin. Ada yg tudung msh nmpk rambut. Saya bukan siapa2 utk judge. Masuk syurga itu bukan ada apa yg jamin, melainkan dgn rahmat Allah. Diterima amal ibadah itupun hak Allah dlm menentukan. 

Balik dari musafir, cuba istiqamah dgn stokin kaki kalau keluar. Tanpanya rasa naked. Kdg2 terkucil juga terutama kalau sekadar ke kedai dekat rumah. Hand sock jika dah berlengan panjang, saya cuba pastikan ia ada dlm beg. Adakala perlu solat di perjalanan @ dlm keadaan yg agak 'tertekan' dgn himpitan masa & keadaan. Dgn pakaian 'cukup sifat ikut syariah', stokin kaki & tangan, dari tak pernah buat, saya dah mampu terima keadaan utk dirikan solat begitu adanya. 


SOLAT JENAZAH

Saya jarang dpt ikut solat jenazah. Rasanya pertama kali masa solat jenazah Abah, yg Dik Us imamkan. Kemudian solat jenazah bapa mertua kpd adik ipar & ketika solatkan jenazah besan ibu di Sekinchan.

Di Haramain, hampir setiap kali slps solat Fardhu, dpt ikut serta dlm solat jenazah. Bertuahnya mereka yg ditakdirkan meninggal dunia di Haramain. Disolat & didoakan ribuan jemaah di dlm Masjidil Nabawi & Masjidil Haram.

Antara suasana yg sempat Pa rakam...

Dari kurang biasa, saya hampir biasa dgn solat jenazah. Ia solat utk org yg telah meninggal dunia. Tiada rakaat, cuma 4 kali takbir. Tiada bacaan iftitah @ surah, melainkan Al-Fatihah.  Dilakukan slps dikafan & sblm dikebumikan. Hukumnya sunat & fardu kifayah. Dilakukan berjemaah utk mohon keampunan Allah terhdp si mati & mendoakannya.

Mula2 mendirikannya krn fikir setiap solat di Masjidil Nabawi & Masjidil Haram akan dpt pahala.

Rasulullah (SAW) bersabda : 
Sesiapa menghadiri jenazah sehingga disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapat satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yg sgt byk) & sesiapa yg menghadirinya sehingga jenazah dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. 
(Hadis Abu Hurairah)

Hadis Abu Hurairah riwayatkan Nabi berkata 2 qirat umpama 2 gunung manakala hadis Thauban (RA) pula meriwayatkan satu qirat itu sama dgn Bukit Uhud. Banyaknya pahala...

Tetapi utk solat jenazah ni, kita kena dirikan dgn ikhlas. Barulah, insyaAllah sampai kpd tuannya.

Abu Hurairah RA, berkata mendengar Rasulullah SAW bersabda : 
Jika kamu menyembahyangkan jenazah, maka hendaklah kamu ikhlaskan niat kamu semasa berdoa kepada jenazah tersebut.

Sebagai nota ilmu bersama. Dan supaya diri sendiri juga tidak lupa...



DOA QUNUT & SUJUD TILAWAH

Dlm solat Subuh, kita praktiskan bacaan Qunut pd rakaat kedua. Tidak di Haramain krn imam2 di sana bukan dari kalangan mazhab Syafie.

Bacaan Qunut Subuh adalah sunat. Jika ditinggalkan dgn sengaja (tak mau timbul fitnah @ dipandang pelik ketika solat di Haramain), tak membatalkan solat pun. Tapi bagi kita yg terbiasa dgn Qunut Subuh, mgkn terangkat juga tangan walaupun Imam tak membacanya. Memilih utk ringkaskan qunut juga dibolehkan agar tak terlewat mengikuti Imam yg dah mula sujud.

Ada menyarankan jika mahu baca Qunut scr ringkas di Masjidil Haram & Masjidil Nabawi seperti berikut:


Hal tiada qunut ketika Subuh di Haramain dah saya sedia maklum lama sblm ke sana. Cuma ringkaskan qunut tu je saya baru tau. Tak pe, insyaAllah kalau ada rezeki lagi ke sana boleh dipraktiskan juga.

Ketika solat Subuh Jumaat di Haramain, imam biasanya baca surah Sajadah pd rakaat pertama. Bila baca surah Sajadah, pasti ada Sujud Tilawah @ Sujud Sajadah ketika pd ayat ke-15. Ini adalah krn Sujud Tilawah @ Sajadah adalah sunat yg amat digalakkan (sunat muakad) dilakukan ketika membaca @ dgr ayat2 sajadah.

Sumber : https://www.almukhlisin.my/berdosakah-jika-tidak-sujud-pada-ayat-sajadah/

Tak berdosa jika tak buat sujud ini. Tapi sbgi hamba yg Allah cipta, sujud ini selain dpt ganjaran pahala & meraih redha Allah, ia juga membezakan kita dgn Iblis yg sombong.

Sujud Sajadah ini juga dah lama saya ikut jika solat Subuh berjemaah Jumaat dgn Pa. Ia juga dah kami lazimi. Cuma kdg bila saya terlupa bacaan sujud sajadah, saya ganti je dgn tasbih, tahmid, tahlik & takbir je. Moga Allah terima...

Di Haramain, msh ramai yg saya kira tak biasa dgn sujud tilawah terutama jemaah yg muda. Tak mengapa... selepas moment itu, pasti mereka akan tahu & terus praktiskannya. Saya dulupun sebab Pa yg cerita pengalamannya slps balik dari Umrahnya yg pertama ketika Didik berusia bbrp bulan dulu.

Kita manusia biasa. Sentiasa perlu belajar tambah ilmu di dada untuk perbaiki diri demi meraih keredhaan Allah.


#solatjenazah
#sujudtilawah
#sujudsajadah
#agarakutidaklupa
#rindutakpernahpadam

Saturday, March 7, 2020

Unblocked the block

Dah bertahun rasanya lepas siapkan final Menunggu Daisy Hati, saya tak lagi sentuh laptop jika di rumah. Tulis diari dlm FRAN pun selalunya buat waktu lunch break  di pejabat. I totally experienced what's called as the writer's block. Semua mss terbenam dlm pendrive. Tak boleh go on. I told Pa, I wanted to quit. 

Tapi lama-lama lepas tu rasa 'kehilangan'. Rasa mcm tak ada 'aktiviti' dlm hidup. Lama2 jadi stress. Rasa mcm tak lengkap.

I always wanted to write but I am not so good at it. Struggled nak siapkan satu2 mss jadi buku. Dah ada 4 babies tu pun, dah besar rahmat Allah utk saya. My targeted next phase... utk divertkan babies tu ke satu arah yg lain pula. 

Lama saya simpan cita-cita tu. Tapi the block getting tight & tighter. Hard to let myself out.

Di depan Baitullah, atr doa saya... kalau hasrat itu baik utk dunia & akhirat saya, saya mohon Allah permudahkan & tunjukkan jalannya.

Entah coincidence, entah Allah mula buka jalan.. tapi saya selalu percaya hidup kita atas ketentuan-Nya...  I am getting started. Tak pasti sejauh mana saya mampu bertahan utk pergi. Tak tau juga smd saya mampu menjadikannya realiti. Tapi saya dah cukup happy krn saya dah mampu utk bermula. Plus, dgn bersemangatnya... walaupun dah agak terlewat pd umur begini hu hu...


With cikgu @ Shahnas Putra & new friends. Automatically jadi 'student' & team-mate, something so precious for me. Sebab saya tahu for the beginning saya perlukan guidance & continuous support dari org2 yg willing membantu. Saya ni org yg ada byk urusan & limitasi...


Tapi, yg kelakarnya... bila saya bermula... anak-anak akan 'terasa'...

Antara complaint dari Baby utk minggu ini...

B : Mumi, malam nanti kita makan nasi tak?
M : Tak kot... Mumi tak masak. Kita makan roti je ye...
B : Ala... baby nak makan nasik...
B : Dah lama baby tak makan nasik dgn lauk sedap yg Mumi masak.
M : Erk?!

Dan malam ni... bila Mumi sdg asyik siapkan few proposals yg ideanya dtg mcm air terjun mencurah sejak tengahari, dia komplen lagi...

B : Baby dah mengantuk...
M : Baby tidolah...
B : Jomlah...
B : Baby nak tido dgn Mumi...
B : Mumi ni asik main laptop je...
M : Erk!?

Okay... skrip complaint tu sama sgt dgn skrip komplen Babang & Didik dulu waktu Mumi nak siapkan mss. 


Kesian dia... tido dah depan TV sambil tunggu Mumi. Tadi sebelum tidur, pesanannya macam2. Nanti baby tido, Mumi tido sebelah baby tau... Mumi peluk baby tau.. pegang tangan baby mcm ni tau (sambil tunjuk gaya).

Alahai anak... Mumi ni baru nak warm up engine... kamu complaint macam dah terabai bertahun... hmm...



#esoknakpitumpangtengoksifunteamtrainingpitching
#mynewjourney
#wheniunblockedtheblock

Friday, March 6, 2020

Hatiku di Haramain : Abraj Al-Bait Towers

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...pelihara iman, pelihara hati... hanya kerana & hanya untuk Allah yg Esa...
*********************************************************************

Covid-19 dah affect sampai ke M'sia. Earlier ntah knp saya tak risau sgt. Video2 Wuhan yg tersebar tu saya tgk mcm... rasa nak percaya pun tak, tak percaya pun tak. Mcm tgk movie je pulak. Dah knp kau RAN?

Tapi ttp juga berhati2. Mana pergi terutama dgn anak2 akan bawa  sanitizer, limit capaian & sentuhan mereka pd benda2 di luar (it's hard hu hu). Tetap juga bebelkan anak2, nasihat itu ini.

Bebaru ni, pi tukar tayar Titun sebelum round d'tour ke 5 tempat, 4 drpdnya kenduri... pheww... tengok org2 kat kedai tayar tu China pakai mask & ada kind of expression pd wajah mereka. Mungkin mereka bimbang kita was-was dgn mereka.

Walaupun mmg bimbang, tapi rasa toleransi tu lagi byk kot. Cuba letak kita di tempat mereka. Mmglah kalau nila setitik terjatuh dalam sebelanga susu, putih akan tukar warna. Tapi... ntahlah... serah pd Allah je. Kami duduk je di situ sementara tunggu mereka tukar tayar. Bila kami dah borak2 tanpa barrier, barulah diorg nak dekat2 & borak2 mesra. Haish... jahatnya kamu Covid-19.


Yg paling sedih bila dgr berita ttg halangan masuk ke Tanah Suci lately hingga waktu yg akan dimaklumkan. Bak kata rakan jemaah grup umrah, kami bertuah & bersyukur dpt pergi & balik dgn selamat, sempurna usaha ibadah yg dihajati di Tanah Suci.

Tumpang sedih utk saudara2 yg sepatutnya dah ke sana tp terhalang krn penularan Covid-19. Walaupun tahu kita perlu redha krn jemputan ini atas izin Allah, tapi jauh di sudut hati pasti kita hiba. InsyaAllah... moga semua ini dpt diatasi dgn izin Allah juga.

FRAN, hari ni Mumi nak simpan diari tentang Abraj Al-Bait Towers ya...

Ia bangunan ikonik yg dikagumi. Menara Jam Diraja Mekah. Mempunyai 7 menara gergasi (Menara Hotel, Menara Hajar, Zamzam, Maqam, Qibla, Marwah & Safa) yg terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram. Setinggi 601 meter, ia merupakan bangunan kedua  tertinggi di dunia Burj Khalifa, Dubai (828 meter) & mengatasi Menara Taipei 101 (509 meter). Oh ya, KLCC pula di ranking ke-5 tertinggi :-)

Lebih besar (various articles stated various comparison) berbanding menara jam Big Ben, London. Maka, tak perlulah saya bercita2 nak pi tgk Big Ben :-)

Di atasnya ada Muzium Menara Jam yg dibuka kpd umum sejak 6 Mei 2019. Kalau naik tower ni, mesti dpt lihat persekitaran Masjidil Haram & Kaabah yg sgt amazing. Tapi masa tu tak teringat langsung pun nak naik tower ni :-)


Bangunan ini didirikan di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyyah yg dirobohkan. Pengorbanan merobohkan binaan bersejarah itu dilakukan utk menyediakan sebahagian tempat tinggal bagi lebih 5juta jemaah haji setiap tahun. 

Projek pembinaan yg siap & dirasmikan oleh Raja Abdullah Bin Abdul Aziz pd malam AD 20/08/2011 (20 Ramadhan 1432H) ini juga membolehkan semua org dari seluruh dunia, smd Islam @ bukan Islam menyumbang kpd pengiraan masa & pengukuran kalendar yg tepat bagi manfaat manusia sejagat serta sebagai pusat penyelidikan astronomi.

Jam menara  ini menggunakan waktu standard UAE iaitu 3 jam ke depan berbanding Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Menara jam ini juga disasarkan utk menjadi salah satu masa  utama dunia dgn menjadi 'Pusat Masa Mekah' sebagai pangkalan Coordinated Universal Time 'T-U-C' menggantikan Universal Time Standard @ Greenwich Mean Time (GMT) yg berusia lebih 126  tahun.

Dlm persidangan di Doha pd 2008, ulama & cendekiawan Islam dikatakan berpendapat bhw waktu di Mekah adalah waktu sbnr meridien dunia krn ia merupakan titik pusat sebenar bumi dgn kddknya yg terletak di tgh2 dunia.


And... teruja bila tahu one of our Malaysian merupakan atr yg terlibat dlm rekaan menara ini iaitu Wan Nazri Wan Aria yg ketika itu bekerja dgn SL Rasch, Jerman. Beliau terlibat menghasilkan rekaan pelan2 tingkat teratas menara jam ini.

Rupanya juga beliau adalah bapa kpd one of Babang's BFF, si Wan Adam masa di SKS7 yg selalu juga saya tumpangkan ke sek agama bila dia & adiknya tertinggal bas sekolah.  


Mudah-mudahan ada rezeki kita lagi ke sana, bersama anak2 pula... 
dan moga2 hasrat teman2 & saudara2 juga diizinkan Allah jua...

Maha Besar ALLAH. 
Tak pernah hilang dari mata. Tak pernah surut rindu dari jiwa. 

Menara Jam Masjidil Haram - atr siang & malamnya... 

Antara fakta penting Menara Jam Masjidil Haram :

1. Nama Abraj Al-Bait ini adalah wakaf drpd penjada 2 masjid suci iaitu Raja Abdullah Bin Abdul
    Aziz Al Saud.

2. Ambil masa 6 tahun pembinaan dgn menggunakan kepakaran bbrp buah syakt dari Jerman,
    Austria & Turki (tapi pekerjanya semua adalah Muslim = 250 pekerja mahir Muslim).

3. Kos pembinaan dikatakan USD15billion. Berdasarkan Kementerian Wakaf Agama Saudi pula, kos
    keseluruhan projek USD3billion & utk menara jam shj kosnya USD800juta. Erk?!

4. Bangunan kedua tertinggi di dunia - 601meter, 120 tingkat, 3 tingkat bawah tanah & 96 elevator
    yg berhubung terus ke Masjidil Haram.

5. Bangunan ini juga mengandungi hotel, apartment & pusat beli belah yang keseluruhannya
    dikatakan seluas 1,500,000 meter persegi yg menyamai Temrinal 3 Airport Dubai.

6. 2juta LED sebesar genggam penumbuk dipasang pd muka jam yg mana ia memancarkan cahaya
    hijau (spt pic bawah ni) pd waktu malam dan waktu  siang ia berwarna putih. Dikatakan masa pd
    jam tu pd waktu malam boleh dilihat sejauh dari 8 km jarak. LED ini akan bercahaya 5x
    menandakan waktu solat.

7. Jam gergasi pada 4 sisi dgn keluasan paparan setiap satu 43meter panjang & 43 meter lebar adalah
    yg terbesar di dunia. Berat kasar setiap muka jam adalah 36 tonne.

8. 98juta keping mozek kaca warna emas digunakan sebagai hiasan empat permukaan jam.

9. Pemaju & kontraktor kompleks ini adalah Saudi Binladin Group, syarikat pembinaan terbesar di
    Arab Saudi.

10. Dilengkapi 26 buah searchlight  yg boleh menyuluh setinggi 10km ke angkasa.

11. Jarum jam bertatah emas 24 karat, dibina drpd gentian karbon yg mempunyai ketahanan pd
      sbrg cuaca, angin & sesuai dgn suhu kota Mekah. Panjang penunjuk jarum jam 17meter, dan
      jarum minit 23 meter.



Pernah terbaca bbrp artikel ttg pertikaian peluasan, pemodenan & kewujudan super skyscrapper di Kota Suci Makkah, terutama utk Menara Jam Diraja ini.

Di sebalik statement 'menaikkan imej Muslimin & beri keselesaan kpd jemaah umrah & haji', terdapat persoalan ttg sejauh mana keperluan kpd semua yg gah ini & kaitannya kpd penunjuk akhir zaman. Persoalan bgmn sentimen & objektif umat Islam boleh terpesong dari norma & fitrah dgn kewujudan semua mercu tanda begini. Beribadat atau melancong?


Diceritakan oleh satu riwayat pjg, hadis Riwayat Muslim ttg percakapan atr Rasulullah SAW dgn Malaikat Jibrail AS berkaitan Islam-Iman-Ihsan serta tanda2 Kiamat, ekstraknya yg mungkin blh dirujuk kpd persoalan & pertikaian yg dikemukakan ttg isu ini...

Seseorg mendtgi Rasulullah & bertanya, "... beritahu aku ttg sbhgn dari tanda-tanda Kiamat itu."

Rasulullah menjawab, "... apabila seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan tuannya, bila kamu melihat orang2 tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna lagi melarat, pengembala kambing saling membangga-banggakan diri dalam membangunkan bangunan yg tinggi..." 

Bila byk dibaca, mmg hati jadi gerun. Tapi, mati & hari akhir itu mmg sesuatu yg sgt pasti. Sebagai individu kecil, tiada daya upaya kita utk berbuat apapun. My own principle, menolak yg batil jika mampu & laksanakan yg wajib semampu daya. Jaga iman, jaga hati, jaga tindakan & bicara lidah sendiri. Saya pegang satu je, kita hamba Allah & tahu batas2 larangan & ketaksukaan Allah.

Ambil yg baik, sempadani yg sebaliknya...

Moga kita semua selamat dlm peliharaan Allah jua... di dunia hingga akhirat.


#menarajammasjidilharam
#superskyscrapper
#makkahroyalclocktower
#laranganmasuktanahsucikeranacovid19
#hariini11rejab1441H

Wednesday, March 4, 2020

Shell Out

It's March already... alhamdulillah, sampai dah Rejab. Moga masih diizinkan sampai ke waktu2 seterusnya.

FRAN... Mumi is a bit busy lately. Tapi bahagia sgt. Rasa alive & bersemangat dari hari2 sblmnya. Sbb... I got back on my track. Berdikit & bertatih utk journey baru. Moga2 tak hangat2 tahi ayam. Nanti2 Mumi simpan diary about that ya.

Diari shell out ni dah duduk lama dlm draft. Kesian dia... Mumi finalize kan je la.

Waktu buka booth Champs di KUIS, ada slot derma darah Pa kata. Kononnya dia nak derma darah juga. Tapi hajatnya tak sampai. Tak layak. Darahnya kurang. Erk!?

Maka, Ahad 16th Feb, kita jalan2 ke Pantai Remis. Kalau dulu masa larat, bbrp kali juga kami ke sana masuk laut cari remis & kepah. Lately dah tak de kesempatan, pun dah tak larat.

Hajatnya nak cari kerang, bantu tambah darah Pa. Pun dah lama tak belanja anak2 makan ketam. Dgn bajet sblm gaji :-) kita beli ala kadar je la. Setakat nak makan 5 beranak je. Teringat Bik Mah, belikan juga kerang seplastik utk mereka sekeluarga.

Nak masak apa ya?
Pa suh buat shell out.
Erk!? 1st time saya buat masa gathering my family, tak brp jadi. Nak ulang tu rasa mcm trauma pulak. Tapi tak pe, kita cuba ye penuhkan hajat Pa...


Gambar2 ni Pa ambilkan sbb saya busy kemas dapur. Plating saya tak de rupa shell out. Hu hu... sbb utamanya kami guna pinggan je. Tak kuasa nak hampar plastik sbb secoet je pun. Pun tak de dulang bulat yg besar tu. Pa kata nanti minta dulang Mak Enon satu. Huish, malulah. Dulang bulat besar Ibu pun banyak juga, tapi segan pulak nak amek makpak punye. Nanti2 lah kalau jumpa kat mana2 kedai, kita beli satu dulang. Boleh buat makan dalam dulang sekali, ikut sunnah Nabi :-)

Saya ikut resepi dlm google. Alter sikit sbb Pa kata nak gravy shell out tu campur telur asin. Ikut je la selera org yg nak tambah darah.

Simpan kat sini bahan2nya supaya saya tak lupa lain kali.

A. Bahan kisar - cili kering, bawang putih, bawang merah/besar, belacan, halia. Supposedly ada udang kering tapi kat umah tak de, so saya skipped.

B. Bahan tumis - bawang merah, bawang putih, halia, daun kari, cili padi (jika nak pedas), serai

C. Sos perasa - serbuk kari ikan, sos tiram, sos ikan, serbuk lada hitam (saya guna sos lada hitam je senang huhu), kiub pati ayam

D. Aksesori - kentang (rebus empuk), brokoli & kobis bunga (rebus sekejap). Toskan & saya gaulkan sedikit dgn garam, serbuk lada putih & minyak bijan.

E. Telur asin, rebus & lenyek2.

Cara-cara:
1. Rebus seafood asing2 sekejap. Toskan.
2. Tumis B hingga naik bau dlm minyak + sedikit butter (saya lupa butter hu hu). 
3. Masukkan serbuk kari & tumis sekejap lagi.
4. Masukkan semua bahan kisar A yg lain & tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan bahan C. Saya tambah sedikit air utk masakkan lagi kuah tu.
6. Masukkan telur asin yg dah dilenyek.
7. Saya tak guna garam sbb dah ada telur asin & sos ikan.
8. Oleh krn saya guna ketam & kerang je, maka masukkan ketam dulu. Angkat. 
9. Then masukkan kerang pula. Angkat campurkan dgn ketam dlm pinggan hidang.

Simple je. Ikut selera Pa. Walau tak byk, dpt juga beri sepinggan kpd jiran kembar rumah sebelah.

Ptgnya, waktu jalan2 di Car Booth Sale Tesco Shah Alam (hujan turun lebat la pulak), Bik Mah called suh dtg lps maghrib pulak. Kita beli utk dia, dia pi buat shellout suh dtg makan sama2. Terima kasih Bik... terharu pulak. Siang mlm makan home-made shell out.


Babang kata Nek Mah punye shell out sedap mcm kat Ladzizah (baru notis mcm tak pernah simpan diari ttg Ladzidzah Tomyam). Sbbnya Nek Mah pernah buat shell out utk mereka ketika PaMi musafir Nov lalu.

Mungkin Bbg prefers shell out style Nek Imahnya tapi tak sampai hati nak cakap pd Mumi hu hu. Tak pa Bbg, Mumi sgt memahami. Mumi tau je Mumi ni cempedak di luar pagar :-) Cara Nek Mah simple juga cuma lain style. Cili giling, cili padi, bebawang & guna souces - sos tiram, sos cili, sos seafood... hah! Sos seafood! Okeh, lain kali kita try cara Nek Mah pula ye...

Pa pula kata dia lebih suka versi saya (ye la ikut taste telur asin dia). Ke... saja nak amek hati?


This was d'memory of Baby's 3rd advance birthday, bukan celebration sgt... cuma Pa ajak pi shell out di Ladzidzah. The advantage of shell out kat sini, pd kami... dari pengalaman2 lepas, at satisfactory kot. Byk, sedap & affordable. Saya tak tahu banding pricing sbb bukan kaki jelajah kedai makan merata, tapi Pa kata worth.

We went on our own twice rasanya, then treat jiran kiri-kanan TPR2 sempena kami akan move out ke TH37. Kemudian treat Bik Mah, Paman & Idlan sempena PT3 result dia. Mereka pun acknowledged sedap & mmg makan sampai tersandar. Even jiran kami pi repeat lagi lepas tu hu hu... they loved it la kot.

Yang belum sampai hanyalah hajat nak bawa families dtg sini. Asyik susah je nak kumpul semua at one time... :-(

Tapi ada juga terbaca testimoni yg negatif. Ikut rezeki masing2 rasanya... tak ada sesiapa atau apa2 pun yg sempurna. Mesti ada yg lemah atau kurang di sana-sini. Kalau tersinggah & terbaca diari ni, boleh la cuba kalau belum pernah ke sana. Basic details ada pd gambar tu... rasanya dia ada cawangan juga kat Kota D'sara kalau tak silap...

Happynya baby. Bulan Feb yg lepas, apapun 'gathering'  dia anggap birthday celebration dia. Kiranya makan2 shell out adhoc umah Nek Mah tu sbgi 'kek' ke-6 utk birthday baby tahun ni ya. Cukuplah ye baby...

Ni dah masuk March. Akan ada budak dok menghitung hari, giliran dia pulak. Juling mata PaMi :-)



#shellout
#ladzidzah
#birthday

PAGEVIEWS