Thursday, April 14, 2011

CARI KEPAH DI PANTAI REMIS

Salam...

Last weekend (10/4/11), ingat nak balik kampung. Dah lama sangat tak balik rasanya... lagipun Atuk Hussien dah telefon, “Balik tak minggu ni?”. Tapi my husband demam lah pulak. Lagipun minggu ni ingat hendak touch up STKG. Dah lama sangat tak sempat tengok. Last time bila serve Tourism Selangor, kerja macam nak gila. Now di UiTM, awal-awal ni belum ada workstation macam honey moon tapi pun dalam office tu rasa macam kepala pun sempit. Tambah lagi dengan lampu yang tak berapa nak putih dan terang tu, buat mata rasa mengantuk saja.
Masa first job dulu, dari dalam cermin kaca boleh nampak dunia luar. Di Tourism pun lagilah best. Bangunan tu sudahlah memang bangunan kaca seluruhnya, so boleh nampak the beautiful scene of Shah Alam town dari tempat duduk. Menara jam tu pula yang awalnya asyik buat bunyi yang mengganggu kerja saya pun dah nampak cantik time nak relax tu...
Bila mata dah berpinar dengan angka-angka dan skrin komputer, pusing sahaja seat dan tarik blind akan nampaklah groups of tourist yang sedang bergambar di dataran, ambil foto Masjid Biru tu. Pun akan nampaklah juga perarakan-perarakan tunjuk perasaan warga Selangor yang kadangkala diadakan.
Alih-alih my husband suggested to go Pantai Remis (belah Selangor ni je), macam biasalah nak cari kepah. My husband, my sons and my daugthers memang hantu kepah. This is our third time to Pantai Remis. The first time was unintended trip. Ingat saja-saja nak jalan, then we ended up on the beach. Lepas tu my husband ajak masuk laut bila air surut. My husband taught me how to look for kepah tu.
Reaching Pantai Remis
Cantikkan sungai tu dengan perahu yang ditambat di kiri kanan sungai... teringat blue waterways masa pergi Gold Coast (with kak Anis FESB) and Sydney (with my husband, Seha & Bob)
the beach and the sea and the sky...
Selalunya kepah, dia menyengetkan most of it’s part dalam pasir laut and bahagian belakangnya yang berwarna gelap tu akan nampak di permukaan pasir dan air. Sofi pun pandai cari masa tu. Dalam dua jam lebih main-main dalam air yang cetek tu dapatlah lebih kurang 30 ekor kepah. Bawa balik, kemudian tumis air dengan bawang, serai dan halia. Hmm.. semuanya my husband and Sofi habiskan.
Second trip we took along d'girls. Siap bawa dapur lagi nak masak di sana terus, kira picnic lah.
Papa & Abby sedang siapkan dapur untuk Ummi masak kepah!

Datang ke Pantai Remis, eventhough in my opinion tak berapa cantik sangat kalau nak compare dengan pantai pelancongan yang lain, but still economical daripada pergi Chongkak yang jauh tu... di Pantai Remis boleh cari kepah lagi.
Unfortunately, second trip tu tak berapa menjadi sangat. Padahal my husband and daughters masuk laut, after hours tu mereka balik dengan 5 ketul kepah je... nak tergelak pun ada tengok muka diorang. Alang-alang dah bawa dapur (hadiah lucky-draw yang saya dapat sewaktu family day Tourism Selangor di Cherating), masak ajelah. Sambil masak sambil gelak, sebab hanya 5 ketul kepah yang cinonet je...
Mereka makan seorang seketul because I am not too keen with it. Abby said, “Hmm... sedaplah, tapi tak banyak. Nanti kita datang lagi sini lagi cari nak?”
So last Sunday, we went there. Lagipun nak console my husband’s eldest daughter (which is my stepdaughter), yang pagi-paginya telefon Papa dia, crying. She quarrelled with her Mama and called her Papa that she wanted to stay with us pulak... okay, that is another story yet to be told. I am still thinking about how to share the story without insulting other people, myself especially not to be blamed...
Back to our kepah stuff...
Last Sunday, I cooked nasi goreng kampung, bawa roti Gardenia and Nutella sebagai bekal. Kali ni I refused to take along the dapur. Tak kuasa... My husband bawa semua equipment yang perlu untuk cari kepah and I even brought along swimming suits my sons. Macam nak mandi laut pulak...
This time kami masuk laut. Tapi that trip pun macam disspointing je. Nasib baik cuaca tak terik sangat macam the last two trips. Windy day.. pun redup je. I sat in the water sambil korek the sand. And keluarlah dua tiga ketul kepah till the girls berebut-rebut nak kepung tempat yang saya korek.

Coincidence Ummi and boys jadi orang Digi pula! Yellow Digi di Pantai Remis...

After an hour, saya pun dah surrendered. I just sat in the waters sambil korek-korek pasir, manalah tahu kalau-kalau terjumpa kepah lagi... My boys nampak letih. Sofi especially, Ummi, jom balik. Abang penat lah...” Lately Sofi memang reluctant nak keluar. He prefers to stay at home watching cartoon and play his PS.
“Sekejap lagi kita balik okay? Kita cari lauk dulu... abang kan suka kepah?”
“Abang dah sejuk ni....”
Memang dia nampak dah sejuk sangat.
But his sisters and father dah jauh ke tengah laut yang surut tu.
“Acik cari apa?” tanya seorang budak lelaki, I believe around age of twelve..
“Saja teman anak-anak cari kepah...”
“Dapat banyak ke?” dia jenguk ke dalam baldi kecil. Dia sengih, baru ada lima ekor.
Then they went away, chasing two of his friends. Few minutes later, he came back dengan beberapa ekor kepah di tangan, “Nah, cik!”
“Bagi acik ke?”
The boys angguk and saya laungkan, “Terima kasih.”
Since then, tiap kali dapat kepah they will send them into the pail sampai dah jadi berpuluh ekor. Babang Sofi dan Didik pun gembira membilang kepah mereka tu.

After some times, my husband and the girls reached us. Adalah lima enam ketul yang mereka bawa balik. I saw a plastik hooked to my husband’s belt dengan seekor kepah di dalamnya.
“Tu kenapa pulak?”
“Ini bukti...”
We laughed together. Maksudnya suami saya letak satu pada dia so that we wont blame him for not be able to find even a kepah. Hah hah hah!
Anak-anak semua dah basah kuyup. On the way back to our car, my sons dah tak larat jalan. Ya lah their small bare feet semua dah luka-luka agaknya pijak pasir pantai yang pnuh dengan cengkerang. Papa dukung Babang yang dah kesejukan dan saya terpaksa gagahkan juga dukung Didik yang dah jadi koala bear on me.
After all, it was a happy day for us. Balik, mereka puas makan kepah dalam 35 ekor yang saya masak. Nasib baik ada the boys yang tolong. Kalau tidak...

Adik & abang main chak-chak while waiting for air surut...

Adik berdiri belakang Ummi sebab takut dengan monyet...
Kat sinilah kami lepak and picnic. Open zoo... banyak monyet kat sini.

And this week, saya demam...
demam cari kepah. Ceh!

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS