Hari ni 2nd day of MCO Phase 4. Bbrp kelonggaran mula diberikan dlm fasa ni. Few approved sectors dah dibenarkan beroperasi (full capacity, seriously?)
Students yg stuck @ campuses dah mula bergerak balik ke rumah keluarga masing2 since mlm kelmarin. Kos ditanggung & pergerakan terkawal dgn sistematik, insyaAllah & alhamdulillah. Moga selamat sampai & terus kekal selamat di pangkuan keluarga.
Survey juga dibuat (collection of application) utk rakyat yg stuck di kampung utk kembali ke kediaman masing2 dlm kebenaran pergerakan satu hala (jika diberikan). Dah dibenarkan keluar berdua dlm radius lebih 10km. Tapi, nak pi mana pun kami ni.
Pun, dah seminggu kita jalani ibadah puasa Ramadhan. Kat office minggu lalu bebudak ni dah pasang lagu raya. Kami pun sesekali dtg sewel, buka lagu raya kat umah n nyanyi. Adeh...
Tapi... yg sebak... last few days, Pa kata mak (my MIL) dah transfer duit raya utk cucu2 & cicitnya semua. Utk setiap anak/keluarga pun mak dah transfer duit raya. Mungkin Mak ambil kira kebarangkalian beraya new norm @ mmg beraya dlm tempoh PKP lagi. Makanya tak berjumpa la... ish, sedih.
Ya, in every house there's story. Setiap manusia tak sempurna. Tapi selalu nak ambil iktibar dr Ibu & mak. What I should & shouldn't do when I become mother & soon, one day, become mother in law pula. InsyaAllah... hu hu jauh visi Mumi... nak jadi mother in law.
I will have 3 daughters in law nanti, insyaAllah. Mumi buli depa ka depa buli Mumi hu hu... InsyaAllah, Mumi percaya Mumi akan jadi MIL yg baik & disayangi. Apapun Mumi selalu doa Allah kurniakan anak2 pasangan hidup dari kalangan wanita solehah, yg rendah hati, sederhana keterampilan, setia & menjaga hati serta lidahnya. Mumi doa juga agar dpt jadi sebaik Ibu & Mak.
Eh, tetiba pepagi ni Mumi sebak pula. Rindu rupanya... semoga Allah pelihara our mothers selalu.
Okay, Mumi nak simpan diari Ramadhan... Baby setakat ni tak bocor lagi puasanya & solatnya, alhamdulillah. Oh, subuh tadi je dia 'pengsan' :-)
Karenah terbaharu Baby, bila kami bertadarus dia sibuk dok memotret.
Lately dia suka sgt melukis. Tambah2 musim PKP. Kalau disuruh buat homework, sekejap je bertahan. Lepas tu melukis la dia.
Dari Babang, Didik sampai Baby... mcm ikut skill Papa. More to drawing & painting. Seorang pun tak ikut Mumi, tulis-tulis. Hmm....
Baby, Mumi simpan sini few comments dari uncles & aunties (especially your aunty Wawa) ya... Mumi nak tergelak baca comments diorang. At least, your kerenah ni beri senyuman n sedikit gelak tawa kat org lain juga. We stay connected that way during MCO hu hu...
Potret Pa tu, 2 mlm lepas dia sempat lukis songkok je. Mlm tadi baru dia selesaikan lukisannya. Tapi trauma Pa bila lubang hidungnya sebesar alam dilukis Baby.
Earlier than that, dia ambil gambar Mumi. Katanya nak lukis. Sekali tgk dia cuma lukis kotak kat belakang Mumi dgn emoji kuning tu je. Mumi tak dilukisnya. Mujur dia hias pic Mumi tu dgn bebunga, tak de la Mumi marah sgt :-)
Semalam, balik dr kerja dgr radio IKIM. Ttg seorg Umi yg kelima-lima anak lelakinya adalah Profaz (profesional hufaz). Actually, Mumi msh berfikir2 mana perlu Mumi letakkan Baby tahun hdpn. Mmg dah register di sekolah sama spt Bbg & Didik, tapi Mumi ntah knp terasa nak kelainan sikit utk Baby. Tapi... masih berfikir2 few considerations...
Moga2 dlm Ramadhan ni, Allah beri petunjuk.
Okaylah, Mumi dah settle kerja (wfh) & dh siap FRAN. Mumi nak pi collect petai dari K.Biza yg husbandnya tolong belikan pagi tadi. Kita masak sambal udang dgn petai ye buka ni... :-)
"Ramadhan itu awalnya rahmat..."
#MCOFasa4Day2
#littleartist
#wfhwhilewritingdiary
#profaz