Tuesday, August 16, 2022

Full House for Aug 13th

The father n 1st daughter/child share the same birth date & month. Aug 13th. It would be a life time sweet memory of any family. Though she is not really mine, but she is a daughter to me too.

Happy birthday Pa & Ayong. Semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayang dan rahmat Allah, sejahtera di dunia hingga ke syurga. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Mumi, be part of my life. Walaupun jalan hidup kita bersama selama ini tak berturap rata dan sempurna, tapi lekuk, liku dan pecahannya yang telah kita lalui dan jalani, dengan izin Allah sampai juga kita ke hari ini...  Alhamdulillah.

Mohon maaf, Mumi tak berkemampuan dan tak reti nak sediakan grand party... hadiah mahal atau surprises... yang Mumi ada cumalah kesyukuran, kebanggaan dan menghargai setiap momen kita bersama. Mumi cuma ada doa je untuk Papa dan Ayong... 


On the Aug. 13th tu hanya Pa, Mumi & Baby je di rumah. Babang Didik ada program camping badan beruniform sekolah di Hulu Langat dari Jumaat 12-14 Ogos tu. Walaupun letih baru balik dari camping lewat petang Ahad tu, sanggup je Babang Didik ikut pergi makan2 shellout kakak2nya belanja.

Babang kata, 'Demi makan, apapun abang sanggup.'
Ceh!


Full house, only us. Looking at this pic, Mumi rasa hiba pulak. Masa memang berlalu tak menunggu. Sekejap je anak-anak dah seperti ini. Banyak yang dah kita lalui, perit pedih. Alhamdulillah, kita tetap boleh bersama seperti ini...

Meskipun begitu, tugas ibubapa tak pernah terhenti. Masih juga ada isu yang perlu ditangani. Untuk fasa kehidupan Ayong & Abby sekarang ini, PaMi hanya mampu beri nasihat. Semoga ada yang boleh membantu kamu membuat pilihan dan keputusan yang baik. Selebihnya memang sudah ditakdirkan Allah. 

Pesan Mumi satu je... pilihlah lelaki yang bersungguh pada kita bukan sebaliknya. Pilihlah lelaki yang jujur dan ikhlas walaupun sukar nak ditentukan di awalnya. Lelaki yang menghargai dan belas pada kita, yang boleh susah senang bersama. Paling penting, dan paling Mumi percaya, luruskan hati dan niat kita sendiri ketika akan melangkah ke alam rumahtangga. Bawa bersama doa mohon Allah pelihara. Kerana itulah yang akan mengiring kita walau sehebat mana pun gelora yang melanda.

Andai takdir menulis sebaliknya... tetap perlu yakin dan percaya, Allah itu maha mengetahui segala-galanya.

Dan bila Mumi lihat Babang & Didik... Mumi dah ada framework dalam kepala. Membaca sifat dan sikap mereka, Mumi dah mula menyarankan ruang pengajian dan kerjaya yang mungkin boleh mereka pertimbangkan. Apa yang penting, diri sendiri kena rajin usaha dan berdoa pada Allah.

Dear Pa, happy birthday... terima kasih kerana masih sudi menyayangi kami dan berusaha memimpin tangan kami menuju Syurga.

Dear Kakak, happy birthday too... jadilah wanita yang solehah, yang ada kredit diri, yang menjadi kebanggaan dan membantu Papa dan Mama kamu di dunia hingga akhirat. 

Maafkan Mumi untuk segala ketidakmampuan dan ketidaksempurnaan Mumi sepanjang kita hidup bersama...

#august13th
#happybirthdaypapa&ayong
#shelloutsantaisetiaalam


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS